#4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku masuk ke dalam rumah.

"Macam mana setuju tak?"

"Mama, Mia tak nak kahwin lagi."

Aku menjeling Aryan yang hanya senyap.

"Mia, mak tok harap sangat hang kahwin jugak dengan Aryan."

"Em..."

End Mia POV

Aryan POV

Aku tengok je Mia ni.

"Macam mana setuju tak?"

"Mama, Mia tak nak kahwin lagi."

Hah? Tadi dia jugak kata setuju. Aku tak fahamlah dengan dia ni.

"Mia, mak tok harap sangat hang kahwin jugak dengan Aryan."

"Em..."

Aku hanya memandang dia supaya setuju. Aku tak sanggup tengok mak tok terluka.

"Ye lah, Mia setuju."

"Alhamdulillah."

Semua macam rasa bersyukur sangat-sangat. Selesai semua tu, keluarga aku semua dah siap-siap nak balik dah. Aku sorang lah naik motor. Biar Yana naik dengan ibu and walid.

..........

Bangun pagi-pagi nak pergi mana? Lepak dengan Farhan? Hmm...dia Tak ada. Dia bercuti dengan keluarga tapi aku ni ibu dengan Walid kerja. Lepas tu, Yana sikit-sikit membebel kat aku. Dah macam mak nenek. Aku membuka telefon.

Me:
-Assalamualaikum.

Mia ❤️:
- Waalaikumussalam. Siapa ni?

Me:
- Tak save nombor bakal suami lagi ke. Ni akulah. Tulis kat contact, Abang Aryan ke. Aryan sayang ke. My love ke apa ke?

Sengaja je aku buat macam ni. Sejujurnya hati aku mula tercuit dengan sikap dia.

Mia ❤️:
- Tak kuasa aku nak save macam tu. Aku kahwin dengan kau kerana terpaksa tahu tak.

Me:
- It's okaylah sayang. Slow-slow eh. Tak sabar pulak nak tunggu bulan depan. You will be mine.

Mia ❤️:
- Psiko nya. Eih...

Dia terus last seen. Aku bosan. Hmm...apa kata pergi rumah Mia. Ma Tok ada lagi. Aku suka jugak Sebang sikit-sikit dengan Mak tok ni. Aku nak korek rahsia Mia. Aku pun naik je lah motor.

"Abang nak pergi mana hah? Bukan nak tolong Yana kemas rumah ke apa ke masak ke?"

"Tu semua kerja perempuan."

Maklumlah. Mak Senah balik kampung. Padan muka, Yana.

"Habislah Kak Mia dapat orang macam abang. Gila! Tak reti tolong orang."

"Bisinglah kau."

Aku segera memecut masuk ke taman perumahan sebelah.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam. Cik Aryan, masuklah."

Kak Wawa en nama dia. Aku dengar Iman panggil bibik diaorang Kak Wawa. Aku masuk je lah. Tengok mak tok macam tahu-tahu je aku akan datang.

"Haa...hang pasai apa mai sini pagi-pagi buta ni?"

Dah keluar dah loghat Kedah mak tok ni.

"Saja datang. Nak korek rahsia. Boleh ka?"

"Hang nak korek rahsia apa?"

"Apa-apa ja."

Aku acah je pandai cakap utara.

"Tak ada apa-apa rahsia pun. Cuma mak tok ada pesanan dan janji nak bagitahu hang."

"Apa?"

Agak teruja.

"Hang janji dengan mak tok lepas Mia kahwin dengan hang jangan bagi dia titiskan air mata lagi. Lindung dia. Ada sebab arwah nenda hang dengan mak tok nak kahwinkan hang dengan Mia."

"Kenapa?"

"Mak tok tak nak Mia terluka lagi. Jadi, jangan bai dia titiskan air mata lagi na."

Aku mengangguk.

"Mak tok, saya janji akan jaga Mia dan tak akan bagi dia menitiskan air mata lagi."

Aku bersungguh sungguh untuk menjalankan tanggungjawab ni. Sebab hati aku ni pun dah tercuit dengan Mia.

End Aryan POV

Mia POV

Aku tengok macam sakan je Mak tok sembang dengan Aryan. Aku menuju ke arah diaorang. Aryan masih memandang aku. Aku menghidangkan air teh. Aku duduk di sebelah Mak tok.

"Ada apa ni?"

"Hmm...hang dengan Aryan kahwin bulan depan. Hang pi siap lah. Pi ikut Aryan. Nanti Mak tok suruh Pak Mad sediakan kereta."

"Tak nak lah, mak tok."

"Alah, hang ni. Pi lah. Hang yang nak kahwin. Bukan mak tok. Karang yang punya baju tak muat, lagu mana?"

Aduh, malasnya. Tak nak!

"Alah, tak nak."

"Mia, tolonglah bagi kerjasama tu."

"Ye lah."

Aku terus naik ke tingkat atas.

End Mia POV

Aryan POV

Aku nampak telefon Mia ditinggalkan di situ. Mak tok pun pi naik atas gamaknya. Aku ambil telefon Mia. Aku mengambil telefon aku. Aku mendail nombor Mia. Aku melihat skrin telefon Mia.

Mikhail ❤️

"Comel lah Mia ni."

Tiba-tiba aku terdengar pintu bilik ditutup. Haa...Mia dah turun. Aku tutup telefon letak jauh-jauh. Aku dan Mia Sudha naik kereta. Mak tok rupanya bukan nak ikut kitaotang pun. Cuma nak pergi ke pasar. Dalam kereta aku senyap je lah sampailah dekat mall. Aku berjalan dengan dia hingga ke butik pengantin.

"Kau ni memilih sangat lah."

"Eh, Aku kan aku nak yang terbaik."

"Bukan orang tengok pun."

"Suka hati akulah."

Cerewet perempuan ni. Lepas fitting, aku ajak dia makan.

"Jom makan dulu."

"Hmm..."

Nampak macam dia penat and lapar. Selesai memesan makanan, dia hanya membuang pandangan pada orang sekeliling.

"Aku nak tanya sesuatu."

"Apa dia?"

"Kenapa save nombor aku guna nama Mikhail?"

Dia seperti terbungkam.

"Jawablah."

End Aryan POV

Mia POV

"Kenapa save nombor aku guna nama Mikhail?"

Aku terdiam. Tak tahu nak jawab apa.

"Jawablah."

"Kau tengok fon aku?"

Dia mengangguk. Kemudian, dia keluar telefonnya. Tiba-tiba telefon aku pula yang berdering. Dia telefon aku.

"Tunjuk sekarang."

Aku terpaksa. Aku tunjuklah dekat dia.

"Kenapa save nama aku Mikhail?"

"Salah?"

"Hmm...Tak Tapi nampak sweet. Aku pun save nama aku ada love belakang tu."

Dia tersenyum senget. Aku rasa macam nak cekik dia je. Lepas makanan sampai, dia potong steak dia and dia nak suap kat aku. Aku buat tak heran.

"Nah!"

"Tak naklah. You still nothing to me."

"Okay."

Dia meletakkan potongan steak tadi itu di atas pinggan aku.

..........

"Weyh! Aku tumpang gembira!"

Aku memandang Adlina dengan penuh menjengkelkan.

"Kau memang nak aku bunuh kau hari ni ke?"

"Rileks lah Mia."

"Kau tahu kan aku tak nak kahwin dengan dia. Lagi-lagi usia aku ni baru 17 tahun weyh. Pleaselah. Aku ni tak ambil SPM lagi lah."

"Kalau aku, aku pun nak. Tapi bukan dengan Aryan lah. Dengan seseorang lah."

"Dah dah. Tak naklah kata pasal dia. Aku serius tak ada mood nak kahwin dengan dia."

"Weyh kahwin mana boleh ada mood tho."

"Tapi aku tak nak kahwin dengan dia. He is like too annoyying."

"Tak, annoyying lah. Dia garang gila-gila."

"Tak kisahlah tapi aku tak nak kahwin dengan dia. Plis lah."

"Yang kau terima kenapa?"

"Sebab aku sayangkan mak tok."

"Please buka hati kau untuk Aryan. Please."

Bersambung.....

Jangan lupa vote...☺️
Abaikan typo dan maaf kalau novel ini membosankan.
Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro