#30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku masuk ke dalam bilik. Nak nangis sepuas hati tapi aku terdengar pintu dikuak. Aku tahan niat aku.

"Jom keluar."

Aku masih duduk atas birai katil. Tak bergerak.

"Sayang, jomlah."

Menyampahnya bila dengar dia sebut sayang tu.

Dia duduk di sebelah aku.

"Kenapa ni sayang?"

Dia cuba nak peluk aku tapi aku meronta.

"Why ni sayang?"

"Don't call me sayang!"

Aku keluar dari pintu bilik. Aku sedar dia kejar aku.

End Mia POV

Aryan POV

"Mia!!!"

BANG!!!

Aku terus meluru ke arah Mia.

"Mia! Bangun Mia!"

Darah muka mengalir deras. Orang ramai cuba membantu.

.................

Aku melihat Mia masih belum sedar. Mia salah faham. Aku just layan dia sebab dia ugut untuk buat Mia keluar dari sekolah dan malukan Mia.

"Mia. Pleaselah bangun. Aku minta maaf. Dah 3 hari dah sayang. Kenapa sayang masih tak nak bangun. Pleaselah. Bangunlah sayang."

Air mata aku semakin laju mengalir. Aku tak sangka semua ni boleh terjadi dalam sekelip mata.

....................

Aku terjaga dari tidur. Aku melihat Mia sudah membuka mata dan dia merenung ke arah aku.

"Kenapa sayang? Sedar-sedar je dah tenung abang. Handsome sangat ke?" Sambil tersenyum.

Dia membuat muka menyampah sambil menjegilkan mata dia.

"Lama dah ke bangun?"

Dia membalas dengan jelingan. Aku melihat sebekas bubur di atas meja. Aku segera mengambil bubur itu dan menyua ke arah Mia.

Mia menggeleng.

"Sayang, makan sikit."

"Don't call me sayang!" Suara dia makin meninggi.

"Okay. Pasal hari tu tu ---"

"No. Aku tak nak dengar sebarang penjelasan kau. Sumpah tak nak dengar."

Dia menarik selimut dan menyelubungi diri dia. Aku menyentuh bahu dia.

"Sayang."

Dia menarik bahunya.

"Please."

"Leave me, Aryan Mikhail."

Suara dia menaik dua oktaf. Aku akur dengan permintaannya dan berlalu pergi.

End Aryan POV

Mia POV

"Leave me, Aryan Mikhail."

Aku meluat gila tengok muka dia dengan dengar suara dia.

Kemudian, aku mendengar bunyi pintu ditutup.

"Aryan?"

Dia betul-betul dah pergi.

....................

"Mia."

Aku mendengar suara dia. Aku hanya diam tak berkutik sambil pura-pura membaca buku teks.

"Sejak bila sayang rajin baca buku teks ni?"

Aku menjeling dia seketika. Dia masih berbaju sekolah. Memanglah, sekarang dah pukul 2 lebih kut.

"Mia dah makan?"

Ish, kejap sayang kejap Mia. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Em...nak saya suapkan?"

Kenapa saya? Ughhh!!! Eh Jap, asal ni Mia. Kau ni jangan manjakan dia. Jangan bagi dia terangkan excuse dia bermesra dengan perempuan tu.

"Mia, nak tak?"

Aku hanya diam. Dia tersenyum. Dia membuka bekas makanan yang dia bawa tadi dan terus menyua ke arah aku.

"Say aaa."

Aku pun ikut sahaja apa yang dia merepek. Aku buka je lah mulut. Then, tiba-tiba dia membuka bicara.

"That day, sebenarnya dia ugut nak malukan kau. So, aku just layankan dia. Kalau tak layan, dia nak buat macam-macam kat kau."

"Kau percaya?"

Aku akhirnya membuka mulut. Dia tersenyum.

"Aku risau."

Dia guna aku kau pulak. Aish, Aryan Mikhail. Kenapa kau buat aku tertanya-tanya?

"Ouh."

Kemudian aku diam. Aku tak tahu nak percayakan dia atau tak.

"So boleh maafkan?"

"Siapa maafkan?"

Aku sengaja je tanya macam tu.

"Mia, maafkan aku?"

Hm...dia masih gunakan aku kau. Aku hanya diam.

"Maafkan lah aku."

Aku menggeleng perlahan.

"Tapi kenapa?"

Aku mengangkat bahu. Kemudian, aku menyelubungi diri dengan selimut itu.

"Mia, maafkanlah aku. Aku sayang kau."

Aku menggeleng sendirian. Jangan percaya dia, Mia.

....................

Setiap hari dia datang lepas balik sekolah and teman aku sampai malam. Kalau hujung minggu, dia mesti tidur temankan aku. Aku kena tahan kat hospital dalam sebulan lebih macam tu sebab kaki ni hah patah. So, hari ni dah sebulan dah aku duduk hospital. Aku try jalan sikit-sikit tapi aku langsung tak berlatih jalan dengan Aryan. Aku just sendiri. Patutnya hari ni dah boleh keluar dah.

"Ish, mana Aryan ni?"

Setelah dekat dua jam aku tunggu Aryan datang, dia memang tak datang.

"Dia fed up ke nak pujuk aku?"

Aku membuat keputusan untuk pergi ke sekolah dia. Mama dengan papa pun tak bagitahu pun tentang Aryan ada latihan ke apa ke.

Aku cepat-cepat siap. Aku suruh Doktor Rose rahsiakan yang aku dah discharge. Aku segera mengambil teksi dan terus ke sekolah.

Aku turun dari teksi. Aku melihat Aryan terduduk kat bangku kawasan sekolah. Aku segera berlari ke arah dia.

"Aryan!"

Dia menoleh ke arah aku. Dia senyum. Aku segera mendapati dia. Aku duduk di sebelah dia.

"Aryan."

"Kenapa kau datang sini? Kau dah discharge ke ni?"

Aku terdiam. Riak wajah aku berubah sebab dia menggunakan aku kau.

"Why ni sayang?"

Aku terjerit girang di dalam hati.

"Ouh, sayang ni nak kena panggil sayang dulu baru nak senyum."

Tanpa aku sedar rupa-rupanya aku tersenyum. Aku melihat muka dia. Penuh dengan calar balar.

"Kenapa ni?"

Aku membelek muka dia.

"Tak ada apa-apa lah." Dia jawab sambil tersenyum.

"Aryan, i'm serious lah!"

"Okay, okay. Ni jatuh je main bola tadi."

"Kenapa dan macam mana boleh jatuh ni?"

Dia hanya diam dan senyum.

End Mia POV

Aryan POV

"Kenapa ni?"

"Tak ada apa-apa lah." Aku menjawab dengan tersenyum.

Bukan apa, aku gembira. Dia sanggup en datang cari aku. Mesti dia rasa sunyi tak ada orang cuba pujuk dia.

"Aryan, i'm serious lah!"

"Okay, okay. Ni jatuh je main bola tadi."

"Kenapa dan macam mana boleh jatuh ni?"

Aku senyum lagi. Dia ambil berat pasal aku!!! Em...adakah ini satu virus cinta???

"Tak ada apa-apa lah. Aku okay je."

Riak wajah dia berubah.

"Sayang, abang okay sangat." Sambil-sambil tu aku memicit hidung dia.

"Apa ni cubit ii pipi orang?"

Dia tersenyum sambil tergelak-gelak.

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro