#31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

*Bab kali ni, Author Tak letak POV dah. Sekian, terima kasih. Teruskan membaca dengan pembaharuan bahasa author.

"Eh, kau betul-betul dah sembuh ke ni?" Tanya Adlina untuk memastikan keselamatan Mia.

Mia hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia terlalu tidak sabar untuk masuk ke kelas.

Namun, di pertengahan jalan. Dia terserempak dengan Aryan. Dia senyum pada Aryan namun Aryan menunjukkan riak wajah yang serius dan berlalu pergi.

Mia hampa. 

"Jangan sedihlah. Dia kan memang macam tu." Adlina cuba memujuk.

"Tapi pagi tadi lain."

"Weh, kau ni. Pagi tadi tu kau dengan dia berdua. Takkan nak tunjuk sweet kat satu sekolah ni."

"T...tapi dia j...je...jeling aku."

"Tak. Percaya cakap aku. Jom kita letak beg kat kelas and pergi perhimpunan."

Mia hanya mengangguk.

                   .........................

"Memandangkan SPM dah nak dekat, jadi saya ingin pelajar-pelajar tingkatkan 5 sentiasa fokus di dalam kelas. Kelas tambahan akan diadakan setiap hari Sabtu."

Kedengaran beberapa pelajar seperti mengeluh.

"Okay, itu mungkin tidak mengembirakan kamu tapi kami, guru-guru juga ingin mengadakan perkhemahan untuk menghilangkan stress pelajar-pelajar tingkatan 5." Kata pengetua dengan girangnya.

Ada sebilangan pelajar tingkatan 5 yang bergembira, ada juga mengeluh kerana mahu belajar dan tidak mahu perkhemahan dilangsungkan.

"Weh, aku dah lama tak pergi perkhemahan Kut!" Kata Adlina dengan gembira.

Mia hanya angguk tanda setuju dengan kata-kata sepupunya. Mia melihat Adlina seperti itu, buatkan dia pun tersenyum lebar.

"Jangan nak seronok sangat."

Riak wajah Mia berubah setelah dengar suara itu. Dia berpaling ke belakang. Ye, siapa lagi kalau bukan Aryan. Mia duduk di bahagian belakang barisan di mana terdapat ramai juga pengawas yang menjaga barisan belakang.

"Adlina."

"Apa?"

"Nanti aku nak pergi perkhemahan jugak!" Kata Mia dengan gembira nya.

Dia sebenarnya sengaja ingin menaikkan kemarahan Aryan.

"Mia Arissa."

Mia mengendahkan amaran Aryan malahan menjeling pada Aryan. Kemudian, ketua pengawas dijemput naik ke pentas untuk memberikan ucapan mingguan.

"Sebelum saya akhiri ucapan saya, nama-nama yang disebut sila ke bilik disiplin selepas ini."

Terdapat beberapa nama pelajar disebut.

"Dan akhir sekali, Tengku Mia Arissa Binti Tengku Muiz."

Pelajar yang lain terkejut. Sebab pertama, Aryan menyebut nama penuh Mia tetapi dia hanya menyebut nama pendek pelajar yang lain. Sebab yang kedua, Mia antar pelajar yang jarang-jarang melakukan kesalahan.

Mia hanya mengetap bibir.

"Aryan."

                     ..........................

"Okay, itu sahaja. Pelajar yang lain boleh bersurai kecuali Mia."

Memang betul sangkaan Mia. Nama-nama yang dipanggil itu kerana lambat pada pagi tadi tetapi bukan dia.

Selesa saja pelajar yang lain keluar, Mia terus bersuara.

"Aku tak lambat kan!"

"Tengking suara kat suami. Dosa. Besar ke kecik eh?"

"Kau nak apa ni?"

"Cuba cakap elok-elok."

"Tak nak."

Mia mungkin sudah melupakan sesi meluahkan perasaan hari itu. Dia benar-benar merasakan Aryan hanya bermain-main dengannya. Jadi, dia tak pernah ambil serius dengan segala cubaan Aryan untuk bermanja dengannya.

"Kau kena denda."

"Sebab?"

"Bising waktu perhimpunan tadi."

"Eh, semua bising kan tadi?" Kata Mia dengan marahnya. Dia bangun dari tempat duduk.

Aryan mendekatkan dirinya dengan Mia. Mia mati kata. Dia akhirnya tersandar di dinding. Tiada jalan keluar.

"Kau paling bising sekali."

"Eh, Adlina pun bising."

"Kau menjawab lagi, aku cium kau."

"Kalau berani buatlah!" Kata Mia dengan berani.

Dia tahu Aryan tidak akan buat begitu. Tiba-tiba Aryan menjarakkan dirinya. Dia berura-ura ingin keluar dari bilik disiplin.

"After sekolah, kat padang sekolah."

"Buat apa?"

"Denda."

"Denda apa?" Kata Mia dengan suaranya yang sudah bergetar-getar mahu menangis.

"Bagi aku sokongan. Aku ada match petang ni." Kata Aryan dengan selamba lalu keluar dari bilik disiplin.

Mia tersenyum sendirian. Dia mengesat matanya yang bergenang.

                   .........................

"Who is that?"

"Budak baru."

Membulat mata Mia mendengar jawapan Adlina.

"Weh! Kau tak ingat ke aku cerita kat kau pasal lelaki yang bagi aku fakehope gila-gila tu?"

Adlina terdiam. Dia berfikir sejenak.

"Dia ke?"

"Yes. He is. Nama dia Tengku Rafiq Adam kan?"

Adlina mengangguk.

"Kenapa jantan tu masuk sekolah ni?"

"Entah."

Tiba-tiba Rafiq mendekati meja yang Mia duduk setelah perasan Mia memerhatikan dia.

"Hai Mia Arissa. We meet again." Kata Rafiq dengan senyumnya. Dia mengaku yang senyuman Rafiq itu memang indah.

"Kau buat apa kat sini?"

"Saya belajarlah."

"Kenapa kau nak pindah sini?"

"Firstly lah, Coach aku suruh aku masuk team bola sekolah ni. So, aku pun tukar sekolah sekali."

Jap, macam tak logik. Mia bermonolog sendiri.

"Hai sweety. Nama apa ni?" Rafiq menyapa Adlina.

Mia juga akui Rafiq tidak pandai berkenalan sebenarnya.

"Mia, dia kata dengan aku ke?"

Mia menjeling Adlina. Kehadiran Aryan menambahkan terkejut.

"Eh, Rafiq!"

Ah sudah. Mia sudah menepuk dahi. Aryan kenal Rafiq ke sia? Mia cuba menenangkan diri.

                   ........................

Mia melangkah malas menuju ke Astaka. Dia melihat Syazira sudah ada di situ. Dia terdiam. Dia menyesal tidak mengajak Adlina sekali bersamanya.

"Mia!"

Dia mendengar namanya dipanggil.

"Eh, bukan ke kau main basketball bukan bola sepak kan?" Tanya Mia.

Dia hairan melihat Farhan di situ.

"Haa, aku just nak tengok kawan aku main bola."

Mia membuat muka pelik.

"Kau dengan Aryan, ada apa-apa ke?" Tanya Mia dengan nada memerli.

"Woi! Kau tuduh macam tu? Aku bagitahu babyboo aku nanti."

Mia tergelak dan menjeling sekilas.

"Dah sah-sah setiap hari dia dengan kau Kut. Malam-malam pun sekarang ni susah nak keluar sebab kau kurung dia dalam rumah."

Mia mengendahkan leteran Farhan. Dia merenung tajam ke arah Aryan yang seperti nak tak nak dengan Syazira.

"Dia sengaja buat macam tu. Dia sayangkan kau. Percayalah."

Mia memandang Farhan.

"Macam tu sayang?"

Mia menunjukkan ke arah Aryan yang merelakan perbuatan Syazira.

"Dahlah, aku nak balik."

Farhan membiarkan Mia balik.

"Lantak kau lah."

Mia ke pondok di mana dia meletakkan beg. Dia berjalan menuju ke pintu pagar. Dia melangkah melepasi pagar sekolah. Dia menoleh ke kiri dan kanan.

"I should call Pak Mat lah. Haih."

Ketika Mia ingin mengeluarkan telefon bimbit nya, ada tangan memegang pergelangan tangannya.

"Jangan balik."

Mia cukup kenal dengan pemilik suara itu.

Mia menarik tangannya.

"Pergi lah dengan Syazira tu."

Mia mengeluarkan telefon nya dan mendail nombor Pak Mat. Aryan merampas telefon Mia.

"Bagi balik."

Aryan menyimpan telefon Mia di dalam poketnya.

"Bagi balik!"

Aryan hanya diam.

"Aryan! Bagi balik!"

Semakin kuat jeritan Mia. Aryan hanya diam.

"Kau salah sebab bawak telefon ke sekolah."

Mia menahan geram. Dia tahu Aryan juga membawa telefon. Dia terus menyeluk ke dalam saku seluar Aryan.

Tiada.

"Mana kau sorok telefon kau?"

"Aku ni ketua pengawas. Takkan aku nak bawa telefon pergi sekolah." Jelas Aryan.

Tiba-tiba, satu idea muncul di fikiran Mia. Mia mula menangis.

"Aryan. Bagi balik." Kata Mia sambil menangis.

"Kau fikir aku tak tahu taktik kau ni?" Aryan tergelak sinis.

Makin galak Mia menangis. Tiba-tiba Aryan memeluk Mia. Erat.

"Tengok And sokong aku jugak even Syazira ada kat situ. Aku nak kau bukan dia."

Kali ini, air mata sebenar Mia mula berguguran.

Tiba-tiba...

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro