#32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ehem, ehem!"

Aryan terlepaskan pelukan.

"Suami isteri yang lain pun tahu privasi. Korang ni memang tak de batasan ke nak sweet?"

Aryan tersengih melihat Farhan.

"Eleh. Kau jealous kan? Kau nak buat macam ni dengan Adlina kan?" Tanya Mia.

Farhan menjeling Mia.

"Match nak start. Pergilah kat padang tu."

"Sibuk je. Kacau kebahagiaan orang." Kata Aryan pada Farhan.

Mia hanya tersenyum.

"Dah, dah baby. Jom baby. Nak start match dah tu." Kata Farhan sambil menarik tangan Aryan.

Mia hanya tergelak-gelak.

"Nak balas dendam lah tu. Tak apa. Aku tak jealous." Kata Mia sambil tergelak-gelak.

Aryan melepaskan tangannya. Dia segera menggenggam tangan Mia.

"Ni baru real baby aku. Jom."

Mia tersenyum lebih lebar.

"Tak kisahlah. Mula match, kau yang rugi eh nanti."

"Jom sayang. Biarkan orang lonely macam ni." Perli Aryan.

"Woi! Aku tak lonely! Aku ada babyboo aku!"

Mia dan Aryan segera berjalan ke padang.

                    .........................

"Mia."

Mia melihat pemilik suara itu.

"Yes?"

"Cikgu  nak jumpa kau."

Mia hanya mengangguk. Dia segera ke bilik guru.

"Ye, cikgu."

"Cikgu nak Mia tolong kutip nama yang pergi perkhemahan. Boleh?"

Mia senyum.

"Tapi kan cikgu, bukan ke semua ikut?"

"Ada beberapa pelajar yang mahu ikut, ada yang tak mahu ikut. Mia kutip nama hanya untuk kelas Mia ya?"

Mia mengangguk.

'TOK! TOK!'

"Masuk."

Mia melihat Aryan masuk ke dalam bilik Cikgu Amirah.

"Ya cikgu?"

"Aryan bantu Mia. Aryan kutip yang kelas lain punya nama. Cikgu tak nak Mia susah nanti. So, Aryan dan Mia. Cikgu nak lantik kamu berdua untuk uruskan perkhemahan ni."

Mia terkejut.

"Tapi, Elfira kan penolong ketua pengawas?"

"Elfira tak dapat pergi. Dia dihantar ke Pertandingan Debat peringkat negara."

Mia hanya mengangguk. Dia mengerling Aryan.

"Boleh Mia?"

Mia mengangguk dan tersenyum.

"Boleh cikgu dapatkan nama esok? Kemudian, cikgu nak kamu berdua bahagikan nama kumpulan. Itu sahaja. Yang lain, pihak penganjur telah uruskan."

"Baik, cikgu."

"Kamu berdua stay back petang ni?"

Aryan laju mengangguk. Mia sudah menjeling Aryan. Dia tidak setuju.

Mia dan Aryan segera keluar.

"No, aku tak nak stay back."

Aryan mendekati Mia.

"Setuju atau tak, aku yang drive kereta."

"Aku boleh je call Pak Mat."

Aryan melangkah lebih dekat. Tiba-tiba Farhan memanggil Aryan.

"Aryan!"

Aryan menoleh ke arah Farhan.

"Apa?"

Farhan tercungap-cungap berlari mendapatkan Aryan.

"Cikgu Aqil panggil. Kata dia, dia nak buat spot check."

Aryan mengangguk.

"Kau pergi dulu."

Farhan mengangguk dan segera berlari ke bilik disiplin. Aryan memusing kembali ke arah Mia. Dia melihat muka Mia pucat.

"Apasal kau pucat?"

"A...aku b...ba...bawak t...telefon."

Aryan tersenyum.

"Bak sini."

"Kau nak buat apa?"

"Nak simpankan lah."

"Aku tak percaya."

"Trust me, sayang. Bak sini cepat."

Mia dengan teragak-agak mengeluarkan telefon dari poketnya. Aryan segera merampas telefon itu dari tangan Mia.

"Don't sorry."

Mia hanya diam dan mengatur langkah ke kelas.

                    .........................

"Kamu berdua dah makan?"

Aryan sahaja yang mengangguk. Mia menunjukkan wajah yang muram.

Flashback

"Ni, Pak Mat hantar laksa."

Mia mengambil plastik di tangan Aryan. Dia membuka bekas makanan itu dan hanya ada satu sudu.

"Mana untuk kau?"

"Tu hah."

Mia melihat benda yang ditunjuk oleh Aryan.

"Ni aku punya."

"Mama suruh kongsi lah sayang."

Mia menjeling Aryan. Dia segera membuka bekas. Dia mulakan makan. Aryan cuba mengambil laksa tersebut namun Mia menarik bekas itu menjauh dari Aryan.

"Mia, bagilah."

Mia tergelak-gelak.

"No, you can search your own food."

Aryan mendapatkan Mia. Mia berlari dari Aryan sambil membawa makanan tersebut.

"Mia, bagilah!"

Mia semakin mengelak. Aryan juga semakin galak mendapatkan Mia. Tiba-tiba Aryan tertolak Mia dan Mia terjatuh dari tempat yang Mia duduk sebentar tadi.

Serta merta, bekas makanan yang dipenuhi laksa tadi tercampak ke dalam longkang. Mia pula terjatuh di atas pasir.

Aryan segera bantu Mia bangun.

"Sorry."

Mia menolak Aryan jauh. Dia mengambil begnya dan berjalan menuju ke bilik mesyuarat.

Aryan membuntuti Mia dari belakang. Mia menunjukkan riak wajah yang serius ketika di dalam bilik mesyuarat.

"Mia, ni ada roti aku beli kat koperasi waktu rehat tadi."

Mia tak menyambut. Aryan duduk di sebelah Mia. Dia membuka bungkusan makanan tersebut dan menyua kan pada Mia.

"Kau ada dehydration, ada gastrik pulak tu. Makan ni."

Mia menggeleng.

"Mia, janganlah degil macam ni. Aku minta maaf. Balik nanti aku drive balik rumah mama. Makan ni."

Mia diam tak berkutik. Aryan mendekatkan lagi jarak mereka.

"Mia, aku minta maaf. Makanlah."

Mia menggeleng.

"Please."

Mia akur. Dia membuka mulut. Aryan tersenyum. Dia menyuapkan roti tersebut ke dalam mulut Mia.

End flashback

                      ..........................

"Pastikan setiap kumpulan, ketua kumpulannya lelaki. Bila kamu dah dapat nama tu nanti, kamu bahagikan elok-elok ya?"

Mia dan Aryan mengangguk.

"Okay, dah pukul 4. Kamu berdua boleh balik."

Mia dan Aryan mengangguk sekali lagi. Mia terlebih dahulu menyalami tangan Cikgu Amirah dan keluar dari bilik mesyuarat. Aryan segera mengejarnya dari belakang.

"Mia!"

Mia sedari namanya di panggil. Dia segera berlari ke luar sekolah. Dia melihat kereta Pak Mat sudah ada. Dia segera membuka pintu.

"Mia Arissa!" Jerit Aryan dengan nyaring sekali.

Namun, Mia mengendahkan.

"Pak Mat, hantar rumah mama ya?"

"Tapi mama dan papa Mia dah bertolak ke Kelantan sebab tu mama Mia suruh hantarkan laksa tadi. Adik Mia pun ikut sama."

Mia terdiam. Sebuah idea muncul di fikirannya.

"Pak Mat hantar kat kondo Mia lah."

"Bahaya, Mia."

"Please, Pak Mat. Jangan bagitahu anyone. Tapi Pak Mat bergerak dulu sekarang. Aryan akan ikut kita nanti."

Pak Mat akur. Dia memecut ke kondo Mia.

                       ........................

Mia segera membuka pintu rumahnya namun ada kayu yang menghalangnya dari menutup pintu.

"So, this is your secret port?"

Mia hanya diam. Dia masuk ke dalam bilik. Aryan mengejar Mia namun Mia sempat menutup pintu bilik. Aryan mengetuk pintu bilik Mia.

"Mia, takkan sebab makanan terjatuh tu je kau nak merajuk lebih-lebih."

Mia diam. Otak Aryan ligat berfikir.

"Takkanlah dia mengandung. Tapi memang orang yang mengandung je cepat terasa macam ni. Tapi itu memang out of logical. We were do nothing."

Aryan bermonolog sendiri dan tergelak sendirian. Tanpa dia sedari, Mia dengar sahaja apa yang dia kata.

"Aryan Mikhail, kalau kau sekali tak merepek boleh tak?"

Aryan terkejut. Dia melihat pintu yang memisahkan mereka.

"Mia, kau kenapa?"

"Sakit hati dengan kau."

"Jujur gila."

Aryan tersenyum. Dia tersandar di pintu.

"Cantik jugak kondo kau."

Mia tidak menyahut.

"Aku minta maaf."

Mia masih senyap. Aryan mengeluarkan telefonnya. Dia menaip mesej pada Yana.

Aryan:
-Weh, penyakit apa hah yang perempuan sampai mudah terasa ni? Selain dari mengandung lah.

Yana:
-Kak Mia mengandung ke?

Aryan:
-Aku kata selain mengandung and aku tak maksudkan Mia.

Yana:
-Abang main perempuan lain eh?

Aryan:
-Banyak tanyalah kau ni. Aku nak tahu kenapa perempuan mudah terasa sangat even dia tak mengandung.

Yana:
-Kak Mia period lah kut. Itupun tak tahu ke?

Aryan menepuk dahi.

"Kenapa aku bodoh sangat? Aku tak terfikir pun."

Mia mendengar sahaja apa yang dikatakan Aryan.

"Apa yang dia cakap?"

Tiba-tiba Mia terasa peritnya amat sakit.

"Aryan!"

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro