#33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aryan segera mendail nombor Adlina.

"Weh, Adlina. Kau tahu tak kat mana Mia letak kunci spare?"

"Kau kat rumah Mia ke?"

"Yes. Dia sakit perut tu"

Aryan segera mengambil kunci spare yang diletakkan. Dia melihat Mia terbaring menahan sakit.

"Dia sakit apa ni?"

"Gastrik atau period. Mustahil period."

"Eh, Mana kau tahu dia bukan period? Kau hafal tarikh ke?"

"Of course lah. Dia tu dah lah selalu jugak kena period pain. So semua ubat stand by dah. Kau suami dia Kut. Dah berapa bulan korang kahwin Kut, tak pernah hafal? Tak pernah tengok dia sakit?"

"Tak."

Aryan melihat Mia semakin sakit.

"Weh, mana ubat dia?"

"Selongkar beg dia. Dia selalu simpan kat poket depan."

Aryan segera mengambil beg Mia.

"Kau memang kemaskan beg dia ke?" Kata Aryan sambil mencari ubat yang dinyatakan oleh Adlina.

"Kau kena rajin selongkar beg bini kau tu. Pelik-pelik dia letak."

Aryan melihat beg Mia dan akhirnya jumpa ubat tersebut.

"After bagi ubat, dia akan tidur tapi jangan bagi dia tidur lagi. Ambil beberapa roti kat kabinet pantri dia."

"Ouh. Ok."

"Kau tahu kan beza pantri dengan dapur?"

"Ada beza?"

Aryan pergi ke arah Mia.

"Makan ubat ni."

Mia hanya ikut cakap Aryan.

"Dah bagi dia makan tu, kau tengok kat laci sebelah katil Mia tu. Ada kunci. Tu kunci pantri dia."

Aryan mengerutkan dahi. Ada pantri sendiri eh. Dia pun mengambil kunci tersebut seperti yang disuruh. Tetapi dia terfikir sesuatu.

"Aku tak tahu kat mana pantri dia."

"Ada sebuah pintu dalam bilik Mia tu. Dekat pintu tu, dia tulis My love. Dahlah, aku letak dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aryan terus membuat apa yang Adlina suruh.

..........................

"Mia."

"Apa?"

"Dah rasa okay tak?"

Mia hanya mengangguk.

"Aku pergi beli makanan kejap. Jangan rindu tau." Kata Aryan sambil mengenyitkan mata pada Mia.

Mia hanya melihat kelakuan Aryan.

"Dia demam kut?" Kata Mia sambil tergelak-gelak sendirian.

Tanpa Mia menyedari, Aryan mendengar sahaja apa yang dia kata dan Aryan tersenyum.

Pandangan Mia teralih pada pintu pantri nya. Dia dengan lajunya pergi ke pintu pantri nya.

'My love is only Aryan Mikhail, not this pantry.'

"Aryan Mikhail!"

Aryan mendengar sahaja namun dia segera keluar dari rumah sambil tergelak-gelak seronok mengenakan Mia.

...........................

"Makan lah sikit."

Mia menggeleng. Aryan duduk di sebelah Mia.

"Sayang, makanlah sikit."

Mia menolak Aryan ke tepi.

"Kau fikir aku nak makan ke bila tengok muka kau ni? Aku rasa macam nak muntah je tengok muka kau." Kata Mia dan menunjukkan muka menyampah nya.

Aryan pun memegang muka nya. Dia segera berlari ke cermin. Dia membelek mukanya sekali lagi sambil melihat cermin.

Mia melihat Aryan.

"Aish, kenapa nampak handsome pulak ni? Kenapa dia nampak macho sangat ni?" Kata Mia perlahan sambil melihat gelagat Aryan di hadapan cermin.

"Eih, Mia. Muka aku ni tak ada cacat cela pun. Apasal kau nak menyampah?"

Mia hanya mengangkat bahu dan tersenyum.

"Dahlah, kau makan. Aku nak mandi."

Mia membulatkan matanya apabila Aryan kata dia ingin mandi. Dia segera bangun dari katil dan menghalang Aryan dari masuk dalam bilik air nya dan Mia terjatuh di hadapan bilik air.

"Kau ni kenapa?"

Mia cuba bangun dan mendepakan tangan supaya Aryan tidak dapat masuk.

"Kenapa ni sayang? Nak mandi sama?"

"Pergi mandi kat bilik guest."

Aryan menggeleng.

"No." Kata Aryan sambil tangan nya membuka depa Mia.

"Aku tak selesa lah makan dalam bilik." Kata Mia cuba memberi alasan.

"Selama ni kau tak pernah pulak kan makan dalam bilik ni?" Perli Aryan.

Mia tersentak.

"Pergi mandi bilik guest sekarang. Kau kena ikut cakap isteri."

Aryan menundukkan sikit dirinya supaya setara tingginya dengan Mia.

"Puan Mia Arissa. Sepatutnya puan yang kena ikut cakap suami ya." Kata Aryan sambil tersenyum-senyum.

"No, aku tak selesa makan kat bilik."

"Makanlah kat dapur."

Otak Mia ligat berfikir mencari alasan.

"Aku tak larat lah nak jalan."

Aryan diam. Mia tersenyum kerana dia menyangka alasannya diterima. Tiba-tiba Aryan mencempung Mia menuju ke dapur. Mia sedaya upaya meronta-ronta untuk melepaskan namun Aryan teguh mencempung Mia. Seketika kemudian, Aryan meletakkan Mia di salah satu kerusi di meja dapur.

"Makanan?" Kata Mia dengan lembut sambil tersenyum-senyum.

Aryan segera mengambil makanan di dalam bilik tadi lalu segera menghidangkan pada Mia.

"Silakan princess Mia. Ada apa-apa lagi?"

"Jangan mandi kat bilik aku."

"I can't. Bye."

Aryan terus meluru masuk ke bilik.

"Lantak dia lah. Nanti dia yang terkejut."

.........................

"Bangunlah."

Aryan mengeliat.

"Cepatlah. Semalam kau janji nak bawak aku shopping."

Aryan masih mengeliat.

"Ya Allah, Aryan. Subuh nak habis lah." Kejut Mia.

Aryan hanya mengeliat.

"Em...I love you."

Mia terkejut dan tersenyum.

"I love you too."

Mia putus asa. Dia mengejutkan Aryan namun Aryan masih dibuai mimpi. Entah pada siapa yang dia ucapkan kata-kata romantis itu.

Tiba-tiba Mia merasakan pipinya dikucup.

"Eih, kau saja kan?"

"Tak. Aku terdengar orang balas 'I love you' aku."

"Eih, pergi solat pastu mandi." Kata Mia sambil menolak Aryan.

"Eleh, blushing pulak."

Mia bertambah malu. Dia segera keluar dari bilik.

........................

"Janganlah jalan laju sangat."

Mia hanya terus berjalan sambil menolak troli.

"Habis Maggi aku dia makan. Tak reti nak balik rumah sendiri ke apa tah."

"Kau lupa ke status kau tu?"

Mia hanya menjelir lidah pada Aryan dan berlalu pergi.

"Asal comel sangat dia ni?"

                    ..........................

"Nah, ni makanan. Nenek kirim."

"Kau balik kampung?"

Adlina mengangguk dan tersenyum.

"Dasar sepupu tak reti tunggu sepupu."

"Kau ajaklah Aryan balik."

Mia melihat Adlina seperti mencari-cari seseorang.

"Aryan?"

"Haah. Mana dia?"

"Jantan tu aktiviti dia petang Ahad ni ialah tidur."

Adlina tergelak.

"Kau ni kan."

Adlina tergelak-gelak dan diikuti gelak Mia namun tiba-tiba Adlina berhenti gelak.

"Why?"

"Seronok kan gelak. Aku dengar dari awal sampai akhir."

Mia tersentak. Sejak bila pulak dia ada kat sini. Desis hati Mia.

"Jantan tu suami kau eh." Aryan memerli Mia.

"Okaylah, aku balik dulu. Karang nak aku marah kata kacau Mia dengan suami dia lah apalah."

Aryan tersenyum. Adlina juga tersenyum dan pulang ke rumah.

Mia menolak Aryan ke tepi dan meluru masuk ke dalam bilik.

Tiba-tiba ada suatu panggilan.

"Haih, tinggal apa minah ni?"

Mia menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, Mia ke ni?"

"Yes, I'm here."

"Hai Mia. Ni Rafiq."

Mia terus meletakkan panggilan.

"Siapa tu?" Tanya Aryan.

Mia hanya menjeling. Arahan segera mencapai telefon Mia. Mia cuba mendapatkan semula namun gagal.

"Macam kenal nombor ni."

"Rafiq."

Membulat mata Aryan mendengar nama itu.

"Apa dia nak?"

"Dia bukan kawan kau ke?"

"Haah. Tapi kenapa dia call isteri aku yang comel ni?"

"Entah."

Mia terus menyelubungi diri kerana malu yang tidak terhingga.

     ...............................

"Rafiq?"

"Hai, Mia."

"Awak boleh tak stop kacau saya?"

Aryan menyorok di sebalik tiang. Dia mendengar perbualan mereka.

"Saya tegur awak je. Awak dengan siapa?"

"Buat apa awak nak tahu?"

"Saja. Awak tahu kan saya kawan baik Aryan?"

Mia hanya diam.

"Dia bagitahu he is married. You know about that?"

Mia tergamam. Aryan pula hanya menepuk dahi. Dia tahu dia silap memberi tahu sahabat lamanya tentang perkahwinan mereka.

"Saya bagitahu sebab saya tengok awak dengan dia macam rapat. So, saya nak bagitahu awak yang baiklah awak jangan ganggu rumah tangga kawan saya tu."

"Merepek lah awak ni."

"Saya sayang awak. Saya tak nak awak jadi penghalang rumah tangga mereka."

"Dah lah, Rafiq. Awak ingat lagi tak macam mana awak buang saya?"

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

*Sorry, author lambat publish.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro