#35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aryan melihat kearah manusia yang memanggil namanya. Mia hanya diam.

"What are you doing here sayang? Sekarang ni, waktu makan. Jom." Kata Syazira sambil menarik tangan Aryan.

Aryan melawan. Dia menarik tangannya dari Syazira.

"I said jom. Buat apa you nak habiskan masa dengan perempuan ni. You kahwin dengan dia atas paksaan keluarga kan? Lama-lama nanti, you akan ceraikan dia jugak. So, don't waste your time." Kata Syazira sambil menarik tangan Aryan dengan sedikit kasar.

Aryan juga mengikut Syazira dengan mudahnya.

Mata Mia muka berkaca. Tiba-tiba seseorang menegurnya.

"Mia."

Mia hanya diam.

"Jom kita makan. Kau nampak macam sedih."

Mia hanya mengangguk dan mengikut Rafiq ke dewan makan.

Tanpa mereka sedari, rupa-rupanya ada yang memerhati.

"Weh, ingatkan diaorang nak baik dah. Apa ni?"

"First, kita kena remove si Syazira ni. About Rafiq, dia baik tapi dia mungkin ada niat untuk kembali pada Mia." Kata Adlina menerangkan.

"Haih, macam mana ni?" Tanya Farhan.

..............................

"Weh." Kata Adlina sambil menyiku Mia.

"Kau punya kumpulan kat sana kan?"

"Makan tak ikut kumpulan lah."

"Pergi je lah sana. Takkan kau nak biar Aryan dengan Syazira tu?"

Mia hanya diam. Dia meneruskan makan.

"Mia."

Mia kenal suara itu namun dia hanya diam.

"Mia, please. Percayakan aku."

Mia hanya diam. Dia cuba mengendahkan Aryan.

"We need to talk, Mia Arissa."

"Cakap je lah."

"Kau nak semua tahu." Kata Aryan cuba mengugut Mia.

Mia segera bangun dan keluar dari dewan makan. Dia berhenti di suatu tempat yang agak sunyi dan sedikit jauh dari dewan makan.

"Cakap je lah kat dewan makan tadi."

"Kau nak semua orang tahu ke apa?" Suara Aryan meninggi.

"Kau kata kau betul-betul sayangkan aku, kau bagitahu je lah orang lain." Kata Mia cuba mempertahankan diri.

"Aku akan bagitahu."

"Pergi bagitahu sekarang. Kalau kau betul-betul sayang dan cintakan aku."

Aryan gugup.

"Aku tahu kau tak boleh. Sebab kau sayang aku as kawan! Kau sayang aku sebab ini amanah dan tanggungjawab kau! Kau bodoh!"

"Tak. Aku betul-betul cintakan kau, Mia Arissa."

"Don't say you love me if you still need her."

"You too. You still need Rafiq too." Aryan cuba melawan.

"Siapa cakap? He is my ex and won't be mine anymore!"

"Please Mia." Kata Aryan sambil merangkul tangan Mia.

Air mata Mia mulai gugur satu persatu.

"Kau cakap dengan aku. Macam mana aku nak percaya kau kalau kau masih layankan Syazira?"

Aryan terdiam. Mia menarik tangannya dengan kasar.

.........................

"Mia."

"Apa lagi!" Jerit Mia. Mia melihat ke arah manusia yang memanggil nya.

"Ouh, Rafiq. Kau nak apa?"

"I'm here for hear you."

"Tak perlu."

"Aku nak tanya." Kata Rafiq dan duduk di sebelah Mia. Mia menjauhkan jaraknya.

"Betul ke kau dengan Aryan sebenarnya dah kahwin?"

Mia hanya mengangguk perlahan.

"Kenapa kau tak bagitahu awal-awal? Kau ni isteri kawan baik aku tahu tak. Kalau dari awal aku tahu kau ni dah bergelar isteri kepada kawan baik aku sendiri, aku takkan taruh harapan lagi kat kau."

Mia terus menitiskan air mata.

"Kenapa kau menangis?"

.............................

"Hari ini, kita akan buat jungle trekking. Cikgu tahu ramai yang suka jungle trekking tapi kamu semua mesti utama kan keselamatan juga. Tak pasal-pasal nanti kamu kena jawab SPM kat hospital pulak." Kata Cikgu Amirah dan diakhiri gelak tawa pelajar-pelajar.

Mia hanya diam di sebelah Aryan. Aku tak nak menjadi penolong Aryan. Aku bencikan dia sangat-sangat. Kata hati Mia.

"Ok, pastikan ketua akan duduk di bahagian depan dan penolong duduk di bahagian belakang. Ketua pastikan semua ahli kumpulan kamu semua selamat."

"Baik cikgu!" Jawab kebanyakan pelajar.

"Cikgu jugak nak kamu hilangkan stress waktu ni supaya balik nanti kita boleh terus fokus kepada kelas-kelas tambahan yang diadakan."

"Alah..." Kedengaran pelajar-pelajar merungut.

Cikgu Amirah hanya ketawa.

"Okay, kita akan mulakan jungle trekking kita."

Semua pelajar beratur mengikut seperti dikatakan oleh Cikgu Amirah.

"Mia, kau duduk depan."

Aryan melihat Mia membisik pada salah seorang kawannya.

"Mia kata, ikut je lah kata Cikgu Amirah."

"Bisu dah ke?"

Mia membisik lagi.

"Dia kata dia sakit tekak."

Aryan hanya diam.

...............................

"Mia, kau okay tak?" Tanya Walin iaitu kawan sekelasnya.

"Okay, okay. Kau ikut je Aryan tu. Aku jaga belakang."

"Aku risau ni." Kata Walin.

Mia hanya senyum. Mereka meneruskan perjalanan. Tiba-tiba Mia terpijak sesuatu dan dia tergelincir.

"Auw!" Mia terjerit.

Aryan segera menyambut Mia dari jatuh.

"Orang suruh duduk depan tak nak. Keras kepala."

Mia hanya menjeling. Dia meronta-ronta meminta untuk dilepaskan namun Aryan seperti tidak mahu melepaskan.

"Kumpulan A okay ke di hadapan tu? Kenapa tiba-tiba berhenti?" Pertanyaan Cikgu Amirah menyedarkan Aryan. Aryan serta merta melepaskan Mia.

Mia jatuh ke dalam lecak. Tawa Aryan terletus.

"Hahahaha." Serta merta, tawa pelajar-pelajar kumpulan A juga terletus. Dalam masa yang sama, Walin juga cuba membantu Mia bangun walaupun galak menggelakkan Mia.

"Eh, macam mana pulak lah Mia boleh jatuh ni?"

"Cikgu, saya bawak dia balik lah." Cadang Aryan namun Mia segera membantah.

"Tapi saya nak teruskan."

"Mia, kamu tak boleh teruskan sebab baju kamu tu dah kotor sangat tu. Nanti susah pula nak sental bila dah kering."

"Tapi cikgu, saya ada bibik. Dia akan sental baju ni balik nanti. Dia bagus cikgu. Dia kerja secara percuma je." Perli Mia sambil menjeling Aryan.

"Dah-dah, cikgu nak kamu balik ke penginapan perempuan semula."

"Baik cikgu."

"Tapi benarkan saya ikut cikgu?" Pinta Aryan.

Cikgu Amirah hanya mengangguk.

"Kamu kena bertanggungjawab ke atas ahli kumpulan kamu."

...............................

"Semua salah kau!"

"Alah, tak payahlah salahkan aku sorang. Tadi kata sakit tekak lah apalah. Jerit boleh je."

Mia hanya menjeling. Dia masuk ke kawasan penginapan perempuan.

"Eh, asal kau masuk ni?"

"Isteri aku Kut."

"Aryan, kau jangan nak mengaku aku ni isteri kau lah! Kau masih layan Syazira kan. Dari semalam lagi."

Aryan hanya diam.

"Dahlah. Pergi lah duduk kat kawasan lelaki tu sorang-sorang. Siapa suruh ikut balik. Aku nak mandi."

Mia terasa tangannya ditarik.

"Aku akan jauhkan diri dari Syazira."

"That's not enough." Kata Mia sambil menarik tangannya dan berlalu pergi.

"Mia! Mia!" Jerit Aryan namun apakan daya, Mia sudah masuk ke dalam khemahnya.

   .......................

"Weh."

"Apa kau?"

"Macam ni, kita bagi Aryan selesaikan dulu masalah dia dengan Mia." Kata Farhan.

"Masalahnya, punca masalah diaorang ni ialah Syazira." Kata Hani.

"Taklah, aku rasa sebab Mia tu merasa hati sangat." Kata Haziq.

"No, dia keras kepala. Aku ni as sepupu dia, dah banyak kali aku nasihatkan dia. Dia nak tunggu nasi menjadi bubur dulu." Kata Adlina.

   ...............................

"Ini malam terakhir kamu di sini. Jadi, kamu dapat atau tak hilangkan stress?" Tanya Cikgu Amirah.

Respon daripada kebanyakan pelajar membuatkan Cikgu Amirah sedikit terhibur.

"Jadi malam ni, kita akan main kotak beracun."

Semua pelajar kelihatan teruja untuk bermain.

"Cikgu, kita muka dengan ketua pengawas kitalah. Dia sekarang ni kurang bercakap dengan kita dah." Cadang salah seorang pelajar.

"Baiklah." Kata Cikgu Amirah sambil tersenyum.

Kotak yang berisi dengan kertas yang telah dilipat itu diberi pada Aryan. Aryan mengocak kotak itu.

Dia kemudian memilih salah satu lipatan dan kemudian membacanya dengan kuat. Riak wajah Aryan yang resah membuatkan ramai pelajar mengusiknya.

"Baca! Baca!" Sorak kebanyakan pelajar.

"Siapakah orang yang teristimewa dalam hidup kamu?"

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

*Sorry, kali ni agak lambat

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro