#36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aryan?"

Riak wajah Aryan kelihatan agak cuak.

"Aryan, ceritakanlah dan beritahu siapa dia."

"Baiklah. Selain dari family saya, saya ada seseorang yang buat saya senyum sepanjang waktu. Dia agak baik dan cantik. Dia agak kelakar."

"Aaaa." Para pelajar-pelajar mengejek Aryan.

"Saya agak sayang dengan dia tapi saya hanya bertepuk sebelah tangan mungkin."

Mia melihat ke arah Syazira. Ye, seperti yang dia jangka. Syazira terlebih yakin orang yang disebutkan oleh Aryan ialah dia.

"Dan mungkin dalam masa akan datang, saya akan kahwin dengan dia."

"Woooo." Para pelajar-pelajar mengejek Aryan sekali lagi.

Namun bukan Mia. Mata Mia sekali lagi berkaca. Dia sudah memeluk tangan Adlina untuk mencari kekuatan.

"Sabar Mia. Dia maksudkan kau tu."

"Kau tak dengar ke? Dia kata pada masa hadapan dia akan kahwin dengan orang tu. Kau nak bukti apa lagi?" Mia kedengaran seperti menjerit.

Adlina cuba memujuk.

...............................

"Mia, kau nak balik naik apa ni?"

"Kau simpan rahsia eh. Aku nak balik naik Pak Mat je lah. Aku tak nak tengok muka jantan tu." Kata Mia.

Adlina hanya diam. Dia bukan tak tahu. Sepupunya itu boleh tahan kedegilannya.

Adlina hanya melihat Mia menaiki kereta Pak Mat. Dia rasa serba salah pada Aryan.

"Aku kesian lah kat diaorang. Aku tak tahu kenapa dengan Aryan tu. Dia nak sakitkan hati Mia ke apa?" Kata Rafiq mengejutkan Adlina.

"Eh, kau rupanya. Aku sebenarnya memang sokong kata-kata kau. Kenapa Aryan tiba-tiba nak claim Syazira orang yang paling istimewa?" Kata Adlina menyokong kata-kata Rafiq.

   .............................

"Hey, Mia. Please lah. Balik lah rumah. Kau ni hidup macam tak ada suami padahal suami kau ada kat sini. Kat rumah ni." Marah Aryan.

"Aryan, Mia dia tak nak cakap dengan kau."

"Mia Arissa!" Jerit Aryan dan kemudian dia meletakkan panggilan.

"Dia salah faham! Kau pun salah Aryan. Ayat berbelit-belit." Aryan bermonolog.

Tiba-tiba dia mendengar pintu rumahnya diketuk.

"Waalaikumuss---" Aryan terpaku.

"M...Mia? Kau balik?" Kata Aryan.

"Eh, abang! Ni Yana! Abang!" Kata Yana sedikit menjerit untuk menyedarkan abangnya.

"Y...Yana?" Tanya Aryan tergagap-gagap.

"Sejak bila abang jadi gagap ni?"

Aryan terus menarik adiknya masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

"Yana, dengar. Umi dengan Walid ada ikut Yana sekali ke?" Tanya Aryan.

Yana hanya menggelengkan kepalanya. Aryan tersenyum lega.

"Mana Kak Mia?" Tanya Yana sambil kepalanya melihat keadaan sekeliling.

Aryan segera menutup mulut adiknya. Yana meronta-ronta minta Aryan melepaskan tangannya.

"Abang akan lepaskan tapi mulut kau tu please jangan celupar."

Yana mengangguk perlahan. Aryan segera melepaskan tangannya.

"Mana Kak Mia?"

"Abang dengan Kak Mia d--."

"Abang!" Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya, Yana segera memotong.

"Apa?"

"Sampai hati abang buat Kak Mia macam tu." Kata Yana sambil merintih.

"Yana, abang tak habis cakap lagi ni."

"Yana tahu abang. Abang dah ceraikan Kak Mia kan?" Yana menyerkap jarang.

"Yana! Apa Yana kata ni?"

"Dah tu."

"Alah, kitaorang just gaduh manja-manja je. Dia merajuk. Itu je. Abang tak kata pun abang ceraikan dia." Jelas Aryan.

Yana tersenyum.

"Dah, ni kenapa datang sini?"

"Umi suruh tengok sama ada abang okay ke tak dengan Kak Mia. Kan abang dengan Kak Mia baru balik dari kem."

Aryan terdiam. Dia berfikir sejenak.

"Jangan risau. Yana cover abang."

Senyuman Aryan melebar.

"Sayang adik yang paling abang sayang ni." Kata Aryan seraya ingin memeluk Yana namun Yana segera menolak.

"Nak sweet, pergilah pujuk Kak Mia. Angau sangat sampai Yana ni, abang nampak macam Kak Mia."

"Dah lah, keluar-keluar."

"Bye!" Kata Yana.

..................................

"Nah, ni kunci pendua tu. Kau masuk dulu. Nanti apa-apa aku back up kau dari belakang ni." Kata Adlina memberi semangat.

Aryan hanya mengangguk. Dia perlahan-lahan memulas daun pintu dan masuk ke dalam rumah itu. Dia mencari-cari Mia.

"Mia?" Kata Aryan seraya membuka pintu bilik Mia.

Dia melihat Mia sedang terbaring tidur. Dia tersenyum. Kemudian dia memberi isyarat 'okay' pada Adlina.

"Aku balik dulu."

Aryan hanya mengangguk dan mengiringi Adlina keluar dari rumah.

................................

Aryan keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya. Kemudian, dia melihat Mia mengeliat.

"Adlina." Kata Mia yang mencari-cari sepupunya.

Aryan hanya senyum melihat Mia yang baru bangun tidur.

Mia bangun dan terlihat Aryan di hadapan pintu bilik air.

"Aaaa!" Jerit Mia dan menyorok disebalik selimut.

Aryan tersenyum dan mendekati Mia.

"Kau buat apa kat sini?"

"I'm your husband and I will be your husband forever and ever."

"Tak payah lah nak cakap sweet-sweet cam ni. Menyampah pulak aku." Kata Mia.

"I will proof that I will be the one and only one you love." Kata Aryan dengan romantis nya.

......................................

"Mia!" Kata Aryan dan terus mencapai tangan Mia.

"Boleh tak jangan nak dingin sangat dengan aku?" Kata Aryan.

Mia menarik tangannya dengan kasar.

"Okay, kau nak apa? Tak cukup kat rumah kau nak seksa aku, kat sini pun nak seksa jiwa raga aku?" Kata Mia.

"Tak. Jom ikut aku pergi bilik disiplin."

Mia menggeleng.

"Aku tak buat salah pun kan." Mia cuba melawan.

"Kau ni. Ikut je lah. Cikgu nak jumpa. Bukan aku."

Mia menggeleng dan berlalu pergi.

   .............................

"Cikgu sebenarnya nak minta kamu menjadi wakil pemain bola sepak di Terengganu. Selalunya memang perlawanan berdekatan sekolah kita sahaja namun kali ini, jauh sedikit."

"Cikgu, kenapa pulak saya kat sini?"

"Kamu pula. Cikgu nak minta kamu wakilkan jadi bulan sabit merah. Boleh ke?"

"Tapi saya bukan."

"Bukan eh? Kalau macam tu, siapa bulan sabit merahnya?" Tanya Cikgu Umar.

"Adlina cikgu. Dia naib pengerusi." Terang Mia.

Cikgu Umar tergelak sendirian.

"Maafkan cikgu. Cikgu lupa."

Mia hanya tersenyum nipis.

   .............................

"Maknanya dia tak ada kat rumah untuk seminggu lah kan?" Kata Mia bersendirian sambil berjalan menuju ke lif untuk naik ke rumahnya.

"Tapi kenapa aku nak rasa sebak ni? Patutnya happy. Petang ni pun dia ada latihan. Dia tak ada patutnya aku happy." Mia bermonolog lagi.

Dia masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba telefonnya berdering.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Jawab Mia dengan suaranya yang bergetar-getar.

"Mia, asal kau nak nangis?"

"Mana ada."

"Ni, nanti aku ambil kau petang ni kita pergi rumah umi. Umi rindu kau sangat-sangat." Kata Aryan.

Namun Mia tidak bertahan. Air matanya gugur perlahan-lahan.

"Mia? Kenapa ni?"

Mia meletakkan panggilan.

"Ya Allah, kenapa aku menangis tiba-tiba bila dengar suara dia? Kenapa aku rasa nak sangat peluk dia?"

.............................

"Kau serius nak drive kereta ni? Tak takut kena tahan?"

Mia mengangguk sambil menahan air mata dari keluar. Sungguh dia merasakan dia ingin menangis.

"Tak. Aku suruh Farhan lah drive."

Mia menggeleng.

"Ikut cakap aku please. Aku ni nak pergi jauh untuk seminggu. Aku nak ada orang jaga kau. Faham tak? Aku ni betul-betul sayangkan kau bukan sebab kau tanggungjawab aku."

Mia hanya tersenyum nipis.

"Weh, Farhan. Kau jaga Mia eh. Kalau Mia sakit, aku cari kau dulu."

"Rilek lah Aryan. Tak payah lah risau sangat. Mia ni dah besar kan. Bukan kecik lagi."

"Kau jangan main-main. Kau kalau Mia tercedera, aku sanggup bunuh kau dulu. Okay?"

Mia tergelak kecil. Aryan turut tersenyum kerana sudah hampir dua minggu dia tidak melihat senyum tawa Mia.

"Eh, Syazira ikut en? As volunteer Red Cresent? Bukan ke?"

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

*Sorry, lambat lagi. Author busy...huhuhu


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro