#37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum."

"Kakak!" Jerit Iman sambil berlari-lari ke arah kakaknya.

Mia memeluk Iman.

"Lama kakak tak balik. Iman rindu Kakak tahu tak."

Mia tersenyum. Selepas menghantar Aryan pergi, dia terus Ke rumah mama dan papanya.

"Mama. Papa." Mia terus menyalami tangan ibu bapanya.

Dia melihat alongnya juga ada.

"Along!" Jerit Mia dan terus memeluk alongnya.

"Ini ke budak yang dah kahwin tu? Apa peluk-peluk ni." Kata Izz dan diakhiri gelak tawa.

Kemudian, Mia ternampak bakal kakak iparnya.

"Eh, cikgu pun ada? Patutlah Along ada kat sini."

"Eh, kak long eh. Panggil dia kak long."

Mia hanya tersenyum nipis.

"Dah lama Mia tak balik sini."

"Biasalah tu mama. Orang tengah syok bercinta. Mak tok kat kampung tu asyik tunggu je dia ni balik."

Mia menjegilkan mata ke arah abangnya itu.

"Eh, Mia sibuklah. Belajar."

"Belajar ke bercinta?" Usik abangnya lagi.

Mia memukul lengan abangnya. Mereka sekeluarga tertawa.

"Dah-dah. Masuk lah dalam rumah iya pun. Mama ada masak tu."

Mia tersenyum.

..............................

Mia terbaring di atas katil. Dia melihat ke arah siling.

"Baru kejap dia tak ada, kenapa aku rasa bosan sangat?" Kata Mia sambil melihat kipas berpusing-pusing.

Dia merasakan suatu perasaan menyelinap masuk ke dalam hatinya.

"Nak call dia ke tak nak?" Mia bermonolog lagi.

Mia segera mencapai telefon bimbitnya. Dia menaip nombor Aryan.

"Nak call ke tak nak? Perlu ke call sedangkan dia mungkin seronok dengan Syazira ke? Nak call ke tak nak ni?"

Tiba-tiba Mia mengubah fikiran. Dia segera mendail nombor Adlina.

"Hah, nak apa ni?"

"Waalaikumussalam." Usik Mia.

"Ye lah. Assalamualaikum Mia."

Mia sudah tergelak-gelak sendirian kerana berjaya mengenakan Adlina.

"Waalaikumussalam."

"Ni kau kenapa call aku ni? Nak tanya pasal Aryan lah tu."

Mia terdiam.

"Betul kan? Kalau rindu, kata lah rindu. Ini tak."

"Buang masa aku rindu kat dia tu. Dai dengan Syazira kan? Bahagia betul tak?"

"Mia, aku minta maaf."

"Asal pulak kau nak minta maaf? Memang sepatutnya kau bagitahu aku? Tak adalah aku ni jadi tunggul kat sini tunggu suami aku tapi rupa-rupanya suami aku dengan perempuan lain."

"Mia, dia sibuk dengan latihan bola lah. Kitaorang kan Red Cresent. So, lain-lain event."

Mia terdiam.

"Ni, aku dengan Wana tengah siap nak keluar. Aku letak dulu lah."

"Ok."

"One more thing. Kalau rindu tu, call je lah. Tak payah ego sangat. Bye, Assalamualaikum." Kata Adlina seraya meletakkan panggilan.

"Eih, aku tak rindu dia lah. Dia tu tengah dating dengan si Syazira tu." Kata Mia yang cuba menafikan keadaan.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Kelihatan nama yang tentera ialah nama Rafiq.

"Ish, apa dia nak ni? Kata hari tu tak nak khianati kawan sendiri lah apalah." Kata Mia sambil mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam sayang."

Membulat mata Mia mendengar.

"Eh, awak ni kenapa Rafiq?"

"Kalau dengan Rafiq, awak saya. Ni suara suami sendiri tak kenal?"

Mia tersenyum lebar. Terasa seperti semua teka teki di hatinya terjawab.

"Ni kau nak apa ni?" Suara Mia seperti dingin.

Hakikatnya, di dalam hatinya bagai ada taman bunga.

"Kalau dengan Rafiq cakap, siap awak saya lagi. Ni suami sendiri kut."

"Ye lah sayang. Ni kenapa sayang call saya ni? Sayang rindu saya ke?" Kata Mia sambil tersenyum-senyum.

Biarlah. Tak ada siapa yang nampak kan? Kata hati Mia.

"Bukan ke orang tu yang rindu? Kan?"

Muka Mia sudah berkerut.

"Eh, mana kau tahu ni?" Tanya Mia.

Dia mendengar Aryan menggelakkan dia.

"My wife kan. I always know you. I live in your heart. Mestilah aku tahu kau tengah rindukan siapa."

Mia tersenyum malu lagi namun pipinya mula membahang.

"Tak lah. Aku mana rindu kau. Kau kan tengah sibuk dating dengan Syazira." Perli Mia namun dia mendoakan agar itu menjadi perkara yang mustahil terjadi di sana.

"I love you." Kata Aryan seperti membisik.

Mia pula merasakan Aryan sedang membisik padanya. Dia memegang pipinya.

"Okaylah. Karang boleh masak telur dadar atas pipi sayang tu. Okay, bye sayang. Nak keluar makan ni. Assalamualaikum." Kata Aryan seraya meletakkan panggilan.

Mia masih tersenyum lebar.

"I love you too."

..................................

"Aryan!"

Aryan terus berjalan dan mengendahkan orang yang memanggilnya itu.

"Aryan! Wait! Stop please!"

Aryan akur berhenti. Syazira berlari padanya. Dia kini berdiri betul-betul di hadapan Aryan.

"Apa kau nak?"

"I nak you semula. Mia tu tak layak dapat you ni."

"Kau nak kata Mia tak layak? Dia tu jauh lebih layak dari kau. Kau lupa ke siapa yang minta break? Siapa yang curang?"

"I tahu but I minta maaf sangat-sangat. Pleaselah. Forget about it and we will together happy ever after. Please sayang. Bagi I second chance." Rayu Syazira.

"No." Kata Aryan dan berura-ura ingin meninggalkan Aryan namun Syazria menariknya dan memeluk Aryan.

"Syazira!" Jerkah Aryan dan menolak Syazira namun Syazira mengemaskan pelukan.

"I miss you really much sayang. Please."

Aryan menolak Syazira kasar.

"Kau memang perempuan tak bermaruah!" Tengking Aryan dan terus berlalu pergi.

"You wait and see Aryan. Ini baru permulaaan yang biasa. I akan pastikan I dapat you dari Mia." Kata Syazira sambil tersenyum.

"Sya!" Jerit seseorang dan berlari ke arah Syazira.

Syazira tersenyum lagi.

"Nah. Perfect gila gambar ni." Kata lelaki itu.

"Thank you."

"I nak upah for this."

"Tunggu balik dari sini eh sayang." Kata Syazira penuh menggoda.

Lelaki itu hanya tersenyum.

"Bye the way, I Nak tanya. Kenapa you nak rebut si Aryan tu sekarang? Kenapa you tak rebut je dia tu when you graduate nanti."

Syazira tergelak jahat.

"You dengar sini. Now, diaorang punya cinta tu still tak teguh. Kalau ini 8 years akan datang, cinta diaorang tu dah teguh sebab diaorang dah hidup 8 tahun bersama. You faham tak? So, I tengah gunakan masa dengan sebaik mungkin you tahu tak?" Terang Syazira sambil tersenyum jahat

Lelaki itu hanya mengangguk tanda faham.

.................................

"Mia?"

Air mata Mia semakin laju berguguran.

"Alah, Mia. Janganlah nangis. Nanti Aryan balik, bincang elok-elok."

"Along! Along nak bukti apa lagi? Dah terang-terang jelas kat sini Aryan tu rela dipeluk."

"Mia, janganlah cakap kuat-kuat. Karang mama papa dengar karang."

"Biar! Biar mama papa tahu perangai sebenar Aryan ni. Mia tak tahanlah! Setiap kali Mia maafkan dia, mesti dia buat lagi. Dia ingat Mia ni apa?"

"Habis tu? Mia sanggup ke cerai dengan dia. Memanglah just being janda berhias but sekarang masalahnya hati Mia. Sanggup ke nak berpisah dengan Aryan?"

Mia terdiam. Air matanya lebat berguguran.

"Em, along keluar lah dulu eh." Kata Adam kerana rasa serba salah.

"Along. Along hantar Mia balik rumah lah."

"Eh, Mia. Ada lagi 3 atau 4 hati lagi kan sebelum Aryan balik."

"Mia tak kisah. Mia nak balik. Along hantarlah Mia balik please. Pujuk mama papa supaya bagi Mia balik."

"Baiklah." Kata Adam seperti terpaksa. Dia akur

    ...................................

"Assalammualaikum sayang. I'm back."

Mia hanya diam. Dia leka menonton televisyen.

"Mia." Kata Aryan dengan girangnya namun Mia tidak menyambut kegembiraannya.

Aryan duduk di sebelah Mia dan dia memeluk Mia.

Mia segera menolak Aryan.

"Pleaselah. Jangan nak peluk aku. Aku jijik dengan kau!"

"Mia, apa salah aku kali ni? Aku tak buat apa-apa pun."

Mia membuka telefonnya dan terus menunjukkan gambar yang membuatkan dia terluka.

"Ni apa ni? Puas mainkan hati aku! Silap-silap kau dengan dia lebih dari ini."

'PANG!'

Air mata Mia mula berguguran.

"Aku benci kau sangat-sangat. Aku sayang kau tapi kau selalu balas dengan luka."

Mia berlari masuk ke dalam bilik. Aryan mengejarnya.

"Mia! Aku minta maaf! Tolonglah percaya aku! Aku minta maaf! Aku tahu aku salah sebab tampar kau! Tapi tolonglah. Aku minta maaf!"

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro