#38

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau nak aku lempang kau ke apa ni? Kenapa kau tiba-tiba nak ambik tindakan drastik tu? Tak fikir?" Marah Farhan.

"Aku. A...aku."

"Ni sekarang ni dia kunci diri dari dalam." Marah Adlina pulak.

"Kau kan otak tu berfungsi sikit lah. Tahulah kau marah, masalahnya perlu ke sampai tampar dia." Farhan membela Mia.

"Masalahnya dia tuduh aku. Aku banyak kali pujuk dia supaya percaya aku! Dia boleh tuduh aku dengan Syazira buat benda bukan-bukan! Aku ni waras lagi lah!" Tengking Aryan.

"Eh! Kau fikir dengan gambar kau dengan Syazira berpelukan tu Mia tak boleh fikir bukan-bukan ke! Dia tu ada perasaan! Dia bukan tuduh kau! Dia cuma salah faham! Yang kau pun satu! Kena ke berpelukan dengan si Syazira tu!" Tengking Adlina semula.

Farhan menenangkan Adlina yang api amarahnya sudah sampai di puncak.

"Kau fikir aku nak sangat ke Syazira tu! Aku sayangkan Mia lebih dari aku pernah sayang dia!"

"Buktikan. Mak tok pernah kata kan."

"Masalahnya sekarang ni. Aku sayang Mia lebih daripada apa yang disuruh! Aku sayang Mia bukan sebab Mak tok suruh or else. Kau faham tak!"

"Buktikan bahawa semua yang kau kata ni memang benar." Kata Adlina.

Dia memandang Farhan.

"Saya balik dulu." Kata Adlina dan terus keluar dari rumah.

.............................

Bunyi loceng menandakan waktu balik. Mia segera berkemas untuk pulang ke rumah.

"Mia, tunggu sekejap."

Kata-kata Aryan diendahkan. Dari pagi tadi, Mia buat tidak endah sahaja dengan panggilannya. Mia ke sekolah pun menaiki teksi. Walaupun Aryan di sebelah, namun Mia hanya menganggapnya tiada.

Aryan mengejar Mia yang menuju ke pintu pagar.

"Mia!"

Mia hanya terus berjalan sambil memekakkan telinganya.

Mia melihat ke kiri dan ke kanan untuk melintas. Mia terus berjalan apabila dia melihat tiada kereta yang lalu.

'PON! PON!'

"Mia!"

Aryan menolak Mia ke tepi jalan.

"Auch! Sakitnya." Mia mengerang kesakitan.

"Eh, kau okay ke tak ni?" Aryan membelek tangan Mia.

Mia hanya diam namun mata Mia tertancap pada lengan Aryan.

"Mia! Aryan!"

Pandangan Mia beralih pada alongnya.

"Along, Aryan luka kat lengan. Jom pergi hospital." Ajak Mia.

Aryan tersenyum nipis namun Mia tidak perasan.

Dari jauh kelihatan seseorang menunggu kereta. Kemudian, sebuah keret berhenti di hadapannya dan dia terus masuk ke dalam kereta tersebut.

"B***h! Tak kena langsung kau tahu tak! Aryan yang luka!" Marah Syazira.

"Sorry lah, Sya. Aku tak tahu pulak Aryan tengah melintas."

"Next plan. Dah, gerak! Aku potong kau punya gaji."

.............................

"Along drop jer kitaorang."

Adam hanya mengangguk dan menurunkan mereka berdua di lobby.

Mia memapah Aryan turun dari kereta. Mereka menuju ke lif.

"Sayang jugak eh kau dekat aku? Macam nak menangis tadi bila doktor bagitahu tangan aku patah. Betul tak?"

Mia hanya diam. Mereka kini menuju ke rumah mereka.

"Sampai bila kau nak berdingin dengan aku? Dalam masa yang sama jugak, kau still nak ambil berat pasal aku."

"Hey, dengar sini. Kalau ada orang mati depan aku or accident depan mata aku, mestilah aku bantu and care. Kalau kau mati pun tadi, aku mestilah kena ambil tahu sebab dah jadi depan mata aku."

"Kalau aku yang mati tadi, kau tak kisah lah langsung?" Tanya Aryan.

"Haah. Sebab aku just dapat title janda berhias. Syazira lah yang dapat title janda kau. Entah ii sekarang dia dah mengandung dah pun." Balas Mia sinis.

Aryan berhenti dari berjalan. Mia juga.

"Mia, about gambar tu. Aku tak peluk pun dia. Dia yang peluk aku. Tolonglah percaya."

"Macam tak boleh tolak. Alasan."

Aryan memusingkan badannya menghadap Mia. Dia merenung ke dalam anak mata Mia.

"Mia, please. Percayakan aku. Aku sayang kau lebih dari aku pernah sayangkan dia. About tampar tu, aku macam tak boleh terima kau tuduh suami kau sendiri tidur dengan perempuan lain."

Mia hanya mengendahkan Aryan kali ini dan terus masuk ke dalam rumah.

"Bagus. Ini yang aku nak."

"Okay, kau nak aku sebarkan bila?"

"In this week." Kata Syazira dengan tersenyum sinis.

  .................................
  
Mia masuk ke dalam sekolah seperti biasa namun dia perasan hampir semua pelajar melihat dan menjeling ke arah dia.

Dia segera mendapatkan Adlina yang sedang membaca buku nota di mejanya.

"Weh, kau tahu tak kenapa semua pelajar tengok aku lain macam hari ni?"

Adlina terdiam. Dia perlahan-lahan mengeluarkan senaskhah majalah dan beri pada Mia.

"A...apa m...maksud kau ni?" Kata Mia sambil teragak-agak untuk menerima huluran majalah dari Adlina.

Dia membuka majalah tersebut.

      ................................

"Dengan ini, automatik Syazira menjadi tokoh matematik peringkat kebangsaan tu."

Mia kematian kata. Dia terasa dunia nya begitu gelap.

"Tapi cikgu."

"Mia, kamu tak layak terima anugerah tu walaupun kamu boleh kalahkan kebijaksanaan Syazira."

Mata Mia berkaca.

"Kamu akan memalukan nama sekolah kalau kamu yang mengambil anugerah itu. Berita tentang kamu dah tersebar luas."

"Kalau kamu yang menerima anugerah itu, kamu akan memalukan nama sekolah. Berita tentang kamu tu dah tersebar di sekolah seberang tahu tak?" Kata Cikgu Alias lagi.

Mia memejamkan mata. Dia cuba tahan satu persatu herdikan.

      ..........................

Mia menangis sendirian di belakang sekolah.

Flashback

"Aku tak sangka kau ni macam ni. Perempuan tak bermaruah tahu tak. Kau pastu sedar diri kau tu sikit." Kata salah seorang pelajar.

"Syazira tu walaupun pernah jadi girlfriend Aryan, dia tak pernah lagi buat benda jijik tu." Kata seorang lagi.

Mia hanya diam mengetap bibir. Dia menatap artikel gambar yang berada di hadapan majalah sekolah.

End Flashback

Mia meraung sekuat hati. Tiba-tiba seseorang duduk di sebelah dia.

"Mia, tak payahlah nangis sebab benda nonsense ni."

"Kau tak faham!"

"Mia, kau tahu kan fitnah tu takkan betul."

"Tapi semua orang dah anggap kita macam tu. Aku malu sangat-sangat." Mia meraup wajahnya ke bahu Aryan.

"Kau tahu kan benda tu memang tak betul. Kala boleh betul pun, kita dah halal sayang." Pujuk Aryan.

Mia terdiam. Dia teringat kata-kata dia yang dahulu.

"Biarlah dia. Yang aku tahu, apa pun jadi, kau tetap milik aku dan apa pun yang diaorang nampak akt kit sebenarnya ---."

"Halal!"

"Tapi maruah aku dah tercalar. Orang tak fokus pada kau. Semua fokus pada aku. Semua orang kata aku gatal." Kata Mia.

Aryan perasan Mia kembali menangis. Dia segera memeluk Mia dengan erat. Mia pula terkesima.

"Mia, apa guna aku kat sini. Aku ada untuk kau. Biarlah apa orang nak kata. Kau tahu kan kita ada ikatan sah."

Mia meraup wajah.

"Shhhh. Mia, jangan nangis lagi. Aku akan bersihkan nama kau."

"Tapi aku tak dapat pun anugerah tu. Kalau mama papa tahu? Umi Walid tahu?" Tanya Mia.

"Mia, kau cakap tu macam kita kahwin lari. Pleaselah. Tu anugerah je." Kata Aryan yang cuba bergurau.

Mia menolak Aryan jauh.

"Kau ni tak membantu lah. Annoying!"

Aryan tersenyum.

"Kau kata kau ada untuk aku lah apalah. Ni namanya tidak membantu."

Aryan menggelakkan Mia.

"Mia, kau tahu tak kalau nanti kau besar kau capai cita-cita kau, nanti banyak kau dapat anugerah. Betul tak?"

Mia memukul bahu Aryan.

"Aryan!"

"Apa?"

"Kau cakap macam aku ni budak-budak."

"Okaylah. Mia, apa kata kau fokus dulu. Kita ada dua minggu lagi nak SPM. Cikgu pun pernah kata, anugerah tu just untuk menaikkan minat pelajar-pelajar tingkatan 5 ni fokus dalam SPM."

"Tapi, aku tak dapat anugerah tu dan aku dah tak ada semangat." Jawab Mia.

"Aku bagi kau anugerah isteri terbaik. Nak tak?"

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

*Memandangkan Aryan pun kata lagi 2 minggu dia nak SPM maknanya cerita ni nak habis dah. Sedihnya tapi author ada surprise nanti. Thanks for support author...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro