ILYMH Special 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

10 tahun kemudian...

"Sayang!"

Mia segera keluar dari tandas. Mia tersenyum melihat Aryan.

"Apa?"

Aryan menghulurkan tali lehernya.

"Eih, dah dekat setahun Kut abang ambil alih jawatan CEO tu. Takkan masih tak reti nak pakai?" MIA 'membebel' sambil memakaikan tali leher Aryan.

Aryan hanya tersenyum.

"Thank you, sayang."

"Manja, dari dulu sampai sekarang." Luah Mia.

Aryan turut tersenyum lebar. Mia menyalami tangannya. Kemudian, Aryan mengucup dahiku.

"Apa ni?"

Aryan hanya tersenyum melihat muka Mia yang makin merah membahang ni.

"Dahlah, nanti abang lambat pergi kerja." Ujar Mia untuk mengalih perhatian Aryan.

Mia dan Aryan segera keluar dari bilik.

"Faris!" Panggil Aryan.

"Ya daddy! Faris kat bawah." Jawab Faris dengan kepetahannya.

"Bagus anak daddy ni. Dahlah comel, pandai pulak tu. Tak lambat siap macam mummy ni." Kata Aryan lalu mendukung Faris.

Mia hanya tersenyum. Tiba-tiba Aryan mengucup pipi Mia. Mia terasa pipinya merah seperti tomato. Ditambah lagi dengan gelak tawa anaknya, Faris.

"Dahlah. Abang pergi kerja dulu ya." Aryan menghulurkan tangan.

"Berapa kali nak salam?"

"Dapat dosa ke sayang?"

Mia akur. Dia terus menyalami tangan Aryan. Sekali lagi, Aryan mengucup dahi Mia.

Mia merenung ke dalam anak mata Aryan.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Cukup untuk membuatkan hati Mia cair. Mia tersenyum.

"Daddy! Faris tak nak lambat pergi sekolah!"

Mereka hanya tersenyum. Mia melihat kereta Aryan keluar dari perkarangan rumah dan meluncur di atas jalan raya.

Mia tersenyum. Kini, Mia bekerja sebagai fashion designer di butik sepupunya iaitu Butik Aylinfar. Dia tersenyum bahagia.

Aryan juga kini menyandang jawatan CEO di AM Holdings yang sebelum ini diuruskan oleh Tengku Murad.

           .........................

"Hubby!"

Farhan terus menuju ke dalam bilik air. Dia melihat Adlina terduduk dan menangis. Dia segera memeluk Adlina.

"Kenapa ni sayang?"

Adlina menunjukkan alat menguji kehamilan. Ia menunjukkan negatif. Farhan segera memujuk isterinya.

"Tak apa sayang. Kita cuba lagi."

"Tapi dah 3 tahun. Mummy dah lama bising nak cucu daripada Hubby tapi saya tak boleh bagi."

"Ya Allah, sayang. Kita dah check kan. Dua-dua ok. Mungkin belum rezeki kita lagi. Lagipun, kita still muda." Gurau Farhan.

Adlina menangis lebih teruk.

"Okay, pasal mummy. Jangan risau. Hubby akan pujuk mummy supaya sabar." Pujuk Farhan lagi.

"Tapi."

"Don't tapi-tapi lagi. Hubby tak nak sayang sedih macam ni. Please."

"Tapi hubby mesti kecewa kan? Patutnya dan selalunya dah dekat 3 tahun macam ni mesti dah ada anak, bahagia." Ujar Adlina.

"Sayang. Hubby tak kisah. Hubby terseksa tahu tak tengok sayang menangis macam ni."

"Tapi mestilah Hubby rasa jealous tengok Aryan kan? Diaorang dah ada anak." Ujar Adlina dan tersenyum palsu.

"Sayang. Kenapa sayang degil ni? Diaorang dah kahwin 10 tahun dah sayang. Lagipun kita bukannya tua sangat. Please, jangan nangis. Nanti Hubby kata kat mummy yang abang yang tak okay. Abang tak nak anak awal-awal."

"T...tapi."

Farhan menutup mulut Adlina.

"Hubby tak kisah kita tak ada anak lagi. Jom kita keluar. Ni Hubby cuti semata-mata nak luangkan masa dengan sayang bukan nak tengok sayang menangis."

Adlina tersenyum.

         ........................

Mia keluar dari lif bersama Faris. Dia melihat masing-masing sibuk bekerja. Dia meletakkan makanan-makanan yang dibeli.

"Nah, Nancy. You agihkan makanan ni ya. Pastikan semua orang makan sekarang sebab memang dah masuk waktu lunch ni."

Nancy teragak-agak untuk mengangguk.

"Tapi Tuan Aryan suruh siapkan kerja secepat mungkin." Ujar salah satu pekerja.

"About that, nanti saya setelkan. Awak semua mesti makan ni ya." Pesan Mia.

Kesemua pekerja seperti takut-takut namun salah seorang dari mereka memulakan langkah dan kemudian yang lain turut ikut. Mia hanya tersenyum.

Dia tahu daripada Hayra iaitu pembantu peribadi Aryan. Dia diberitahu yang Aryan terlalu marah kerana sewaktu meeting sebentar tadi dia dimalukan dengan presentation seumpama sampah.

Mia melihat anak lelakinya menarik-narik tangannya. Faris sudah tidak sabar untuk bertemu dengan daddynya.

Mia hanya tersenyum dan menuju ke pejabat Aryan. Semasa dia berjalan, dia dengar seseorang khusyuk menaip sesuatu. Dia mempercepatkan langkah.

"Assalamualaikum Hayra."

"W... waalaikumussalam." Jawab Hayra yang agak terkejut.

"Nah, ni makanan. Jangan takut-takut sangat. Saya minta bilangan pekerja tingkat ni sebab nak beli makanan tu je."

"T...tapi."

"Ya Allah, Hayra. Saya tahu sangat dia tu kalau lepas meeting, mesti mesej saya tapi kalau proposal kena reject tu tahu-tahu je lah saya."

"Mummy." Panggil Faris.

"Sabar kejap."

"Terima kasih Puan Mia."

"Jangan khusyuk sangat buat kerja ni."

'KRIUK, KRIUK.'

Hayra tersenyum.

"Nah, ni ada lebih."

"Untuk saya je ke, Puan?"

Mia tersenyum dan hampir terletus tawa.

"Taklah. Tadi pun saya ada beli lebih. Nak bagi orang lain pun boleh. Dah, makan. Orang lain tu sibuk makan tu."

Hayra tersenyum menayangkan giginya.

Mia mendukung anaknya dan masuk ke dalam pejabat Aryan.

"Hayra, kan saya kata saya tak nak diganggu." Ujar Aryan dengan suara yang agak tinggi.

"Daddy!" Panggil Faris lalu Mia menurunkan Faris daripada dukungan nya.

Aryan terus menoleh. Doa tersenyum melihat anak nya. Mia pula duduk di salah satu sofa.

"Kenapa anak daddy ni datang sini ni?" Ujar Aryan sambil mendukung anaknya.

"Faris rindu daddy. Kan?" Ujar Mia.

"Eh, mana ada. Mummy yang rindu daddy."

Aryan tersenyum sambil menurunkan anaknya dari dukungan dia. Dia bangun dan menuju ke arah Mia.

Setapak.

Dua tapak.

Tiga tapak.

Kini, mereka sangat rapat sampaikan tiada ruang untuk Mia bergerak walaupun menggeleng kepala.

"Faris, kat sini."

"I know it."

Mia nampak Aryan seperti ingin menciumnya. Dia memejamkan mata serapat yang boleh.

'CHUP.'

Mia masih tak sanggup membuka mata. Dia tahu anaknya melihat mereka. Pipinya merah membahang.

Dia mendengar Faris tergelak-gelak.

"Sayang, bukalah mata tu." Kata Aryan sambil tergelak-gelak bersama dengan Faris.

Mia perlahan-lahan membuka matanya.

"Faris, kenapa Faris gelak hah?"

"Lawak. Daddy cium dahi mummy je tapi pipi mummy merah sangat."

Mia malu sekali lagi. Dia memegang pipinya.

"Faris, jom kita makan. Makin lama kita gelak ni, nanti mama tuduh kita buli dia."

"Jom!" Ajak Faris dengan girangnya.

Aryan menghulurkan tangan.

"Jom sayang."

Mia mengerling Aryan dan mencapai beg tangannya. Mia berpegang pada lengan Aryan.

Kedua-duanya tersenyum. Mereka jalan menuju keluar.

Aryan melihat kerusi Hayra kosong.

"Biarlah dia makan. Ni waktu lunch kut."

Aryan hanya tersenyum lagi. Aryan terus menuju ke lif sambil menayangkan senyuman nya yang manis.

           ............................

"Betul lah kata orang."

Pandangan mereka tertumpu pada Shahril.

"Apa yang betulnya?" Tanya Nancy.

"Betullah orang kata isteri dan anak penyeri hidup. Tengok tu, lebar betul senyuman Tuan Aryan lepas Puan Mia datang."

"Haah. Kalau tak, mati kita kebuluran." Tambah Uwais.

"Nanti, aku nak kahwin jugaklah." Ujar Shahril.

Mereka semua tergelak.

"Asal korang gelak hah? Lawak sangat ke?"

"Weh, Shahril. Siapa je yang nak kahwin dengan kau?" Tanya Hayra.

"Well, aku boleh je ajak kau kahwin. Ajak Nancy."

"Eh, sorry eh. Tak lama lagi I nak tunang. Kalau my fiance tahu you ajak I kahwin, lunyai you dia kerjakan." Kata Nancy dan diakhiri gelak tawa kawan sekerja mereka yang lain.

"Kalau macam tu, jom lah Hayra."

"Eh, kau. Senang macam tu je kau ajak aku kahwin eh."

"Aku tengah stress. Manalah tahu kehadiran kau sebagai isteri aku dapat membahagiakan aku setiap masa." Ujar Shahril seperti si pujangga.

"Ada-ada je lah kau ni. Baik kita cepat makan. Karang Tuan Aryan balik dari lunch tengok kita tak siap kerja lagi, habis kau."

             ........................

"Mak tok suruh balik. Sepupu Mia yang duduk luar negara tu baru balik." Kata Mia sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut Faris.

"Yang dah kahwin tu ke?" Tanya Aryan.

"Haah."

"Mummy, nak air."

Mia menyuakan segelas air mineral.

"Dia kahwin dengan orang luar negara ke?" Tanya Aryan

"Kenapa? Kalau orang luar negara, nak ke?"

"Manalah tahu. Cantik ke? Boleh try."

Mia hanya diam.

"Abang main-main lah. Saje je tanya."

Mia hanya mendiamkan diri sendiri.

"Sayang, janganlah macam ni. Abang gurau je."

Mia masih tekun makan makanannya sambil-sambil menyuap anaknya.

Aryan kematian akal. Dia tahu Mia merajuk.

"Faris, kita beli mainan baru eh nanti. Nak tak?"

"Daddy tak kerja?"

"Daddy nak cuti lah. Nak duduk dengan mummy dan Faris je."

"Bos daddy tak marah?"

Aryan menggeleng melayan anaknya. Dia mengerling Mia. Mia sedikit pun tidak terasa dengan kata-katanya.

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro