ILYMH Special 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mia, abang minta maaf."

Mia masih diam. Dia melayan karenah anaknya.

"Ye lah, abang gurau je. Janganlah merajuk."

Mia hanya mengangguk. Tiba-tiba mereka disapa sepasang suami isteri.

"Mia!"

Mia tersenyum.

"Sorry lah aku tak datang butik tadi."

"Tak apa."

"Adlina, asal mata kau sembap?"

"Sembap?" Tanya Adlina dengan suara yang agak tinggi.

"Hubby. Hubby kata mata saya okay. Kenapa Hubby tipu?"

Mia ingin menepuk dahi. Mulut suaminya agak celupar.

"Mana ada sembap sayang. Elok je tu." Kata Farhan sambil ingin menampar mulut Aryan.

"Betul ke Mia?"

"Haah, betul. Abang salah nampak tu." Kata Mia sambil menunjukkan isyarat supaya Aryan diam.

"Okaylah, Mia. Kitaorang masuk dulu ya." Kata Farhan ingin mengambil perhatian Adlina.

Mia hanya mengangguk.

"Ingatkan dah bisu. Cakap dengan Farhan boleh pulak."

"Awak pergilah kahwin dengan minah oversea tu."

"Abang gurau je. By the way, kenapa semua elak daripada bagitahu Adlina yang mata dia sembap ni? Korang memang sepakat eh?"

"Tak. Mia rasa Adlina baru lepas test pregnancy."

"Apa kaitannya?"

"Haih, Farhan tak cerita ke?"

"Cerita apa ni?"

"Mungkin dia malu kut. Macam ni. Sejak baru-baru ni, Mummy Farhan tu ada kenalkan seorang perempuan untuk Farhan dengan alasan dia kata Adlina tu mandul tapi diaorang dah pergi check. Dua-dua okay dan sihat."

Aryan hanya mengangguk mendalami cerita Mia.

"So, maknanya diaorang memang selalu bersamalah?" Tanya Aryan dengan senyuman nakalnya.

"Tak tahulah but selalu jugak dia test dan selalunya dia memang menangis teruk lah kalau negative. Tapi Tak tahu kenapa hari ni lepas test dia tak pergi butik."

"Dia nak jugak luangkan masa dengan Farhan."

"Cakap dengan cermin je."

"Eh, abang ni half day lah. Kejap lagi, abang telefon Hayra."

"Korang memang rapat ke?" Tanya Aryan tiba-tiba.

"Jap, maksud abang?" Mia buntu.

"Mia, Adlina dan sepupu yang nak balik tu?"

"Rapat je but dah lama kan tak jumpa. Dia menetap dengan family kat Kanada dari umur 12. Tu yang rindu gila tu."

Aryan hanya mengangguk tanpa syak-wasangka.

..........................

"Salam tok nek."

Faris mengikut kata Mia. Mak tok pula tersenyum melihat cicitnya yang berumur 5 tahun itu. Comel.

"Adlina tak sampai lagi ke? Amir?"

"Amir malam karang baru sampai. Yang Adlina tu mak tok tak tau lah nak kata apa lagi. Hang pi telefon. Dia langsung tak telefon mak tok dari awai lagi."

Mia hanya mengangguk.

.........................

"Wah, kau. Makin cantik kan kau dah besar ni?"

"Eh, of course." Mia tersenyum.

Amir berjabat tangan dengan Aryan. Aryan hanya bersahaja dan sejujurnya dia berasa cemburu.

"Hai, I'm Lia. Wife, Amir." Kata Melia menghulurkan tangan pada Aryan namun Aryan tidak menyambut.

Mia masuk ke dalam biliknya. Dia melihat Aryan yang bersandar di kepala katil.

"Boleh tahan jugak rumah mak tok yang baru ni. Besar. Puas abang main meneroka dengan Faris."

Mia hanya mengukir senyuman. Dia duduk di sofa yang berada di dalam bilik itu.

"Kenapa duduk situ? Meh, sini duduk sebelah abang ni."

Mia hanya menurut kata-kata Aryan. Dia duduk di sebelah Aryan.

"Faris dah tidur?"

"Tak tahu. Tanyalah Farhan. Faris tu beria-ia nak tidur dengan Aunt Lin dia tu dengan Uncle Han dia."

Mia bukan tak tahu. Faris amat suka jikalau berjumpa dengan mereka. Mereka juga sengaja meletakkan nama seperti cina sehinggakan Faris memuji-muji tentang keserasian mereka.

Han dengan Lin. Pandai betul. Rasa kekok lah pulak even selama ni memang Faris ada bilik sendiri but rasa kekok yang tidak boleh dibayangkan.

"Sayang." Jantung Mia berdegup laju saat mendengar Aryan memanggilnya dengan suara yang agak romantis.

"Apa?" Balas Mia acuh tak acuh.

Aryan merampas telefon bimbit yang berada di tangan Mia.

"Abang, apa ni? Kenapa abang ambil telefon Mia?"

"Dahlah dari sampai tadi asyik luangkan masa dengan Mak tok lepas tu sembang dengan Amir tu je. Kalau tak fikir pasal Faris, abang dah lama tackle Melia tu."

Mia tertawa dan diakhiri senyumannya yang sinis.

"Sepanjang perkahwinan kita ni, awak baru dua kali je kan tidur luar itupun dulu sebab saya tak boleh bau badan awak time saya mengandung. Dan sekarang, awak nak tak? Alang-alang tu tidur dengan bini orang tu." Mia memerli Aryan.

"Sorry lah sayang. Abang just nak kita spend time together for tonight."

Tiba-tiba jantung Mia berdegup kencang kembali.

"Apa maksud awak hah?"

"Sekali lagi sayang panggil awak, I will kiss you."

"Ouh, ye. I don't care, awak." Sengaja Mia menekankan perkataan 'awak'.

Chup. Mata Mia terbuntang melihat Aryan di hadapannya.

"Awak ni kan."

Chup. Sekali lagi. Muka Mia sudah merah seperti tomato.

"Sorry lah. I said sorry kan."

"Tak ikhlas."

"Awak boleh tahu ke atas ikhlas ke tak?"

Aryan sudah mendekatkan mukanya dengan Mia.

"Once again, you know what will happen. Nah, try lah panggil awak lagi. In 9 month 10 days, Faris will get ---." Mia segera menutup mulut Aryan.

"Apa ni?"

"Apa ni apa hah?"

"Awak suka buat keputusan tanpa berbincang."

...............................

Mia membuka matanya dengan perlahan. Cahaya matahari sudah memenuhi ruang.

"Pukul berapa ni?" Dia mencapai telefon bimbitnya.

Jam menunjukkan pukul 8.12 pagi. Dia sandar di kepala katil. Dia melihat di sebelah nya.

"Mana Aryan ni?"

Mia menuju masuk ke dapur.

"Hah, bangun pun Mia."

"Sorry, Mak tok. Mi terbangun lambat."

"Tak apa. Ni hang tolong pi hidangkan. Tadi depa dah tolong dah. Ni hidangan last. Tok nak pi mandi jap naa."

Mia hanya mengangguk dan mengangkat semangkuk nasi dan meletakkan nya di meja makan. Dia melihat Faris anaknya khusyuk menonton kartun.

"Haih, mak budak pun bangun lambat."

Mia hanya diam.

"Mana Amir?"

"You sibuk nak tahu suami I kat mana tu kenapa?"

"Then, if I tanya mana suami I, you nak jawab ke? Hah?" Balas Mia balik.

Dia sungguh geram dengan Melia. Walaupun mereka baru sahaja berkenalan namun sudah cukup untuk Mia melihat Melia orang yang bagaimana.

"Aryan keluar dengan Farhan dan Amir. Beli makanan tambahan." Jawab Adlina yang baru keluar dari bilik.

"Lah, kenapa sampai bertiga?"

"Kau rindu eh?" Aslina mengusik Mia. Pipi Mia terus membahang.

Sebenarnya, dia bukan sahaja rindu malahan malu dengan Aryan.

"Dahlah, dia pergi kejap je. Anak sorang pun still sweet."

"Of course, kau apa tahu."

Tiba-tiba Melia bangun dari sofa.

"You all ni bising lah pagi-pagi. I nak scroll instagram pun tak tenang." Kata Melia dengan suara yang agak tinggi.

Mia dan Adlina hanya senyap dan membiarkan Melia masuk ke dalam bilik.

"Mummy, mummy."

"Ye sayang."

"Kenapa ada merah-merah dekat tengkuk mummy?"

Muka Mia perlahan-lahan memerah. Adlina hanya mengukir senyum.

"Oi, nak jawab apa tu? Faris tanya."

"Kau mesti ajar dia bukan-bukan kan?"

"Weh, mana ada."

Mia kembali melihat anaknya. Faris masih menanti jawapan Mia.

"Kenapa mummy? Daddy tak jaga mummy elok-elok ke?" Faris berkata-kata.

Mia tersenyum melihat keprihatinan dan kepetahan anaknya.

"Tak lah. Mummy just kena gigit nyamuk lah."

"Tapi daddy tak sapu ubat?"

"Belum lagi."

Tiba-tiba mereka berdua terdengar seseorang memberi salam.

"Assalamualaikum. Sayang! Hubby balik ni!" Jerit Farhan dari pintu masuk.

Mia sudah agak. Antara mereka bertiga, Farhan lah orang yang paling caring tentang isterinya dan juga orang yang paling tidak boleh berjauhan dengan isteri kesayangannya.

"Alin, kau tolong ambilkan shawl aku."

Aryan meribakan anaknya dan Mia mengambil tempat di sebelah Aryan.

"Daddy, daddy."

"Ya sayang."

"Awak panggil Faris sayang?"

"Sayang jealous?"

"Tak. Just macam tanya." Kata Mia sambil menjeling Aryan.

"Daddy!" Panggil Faris.

"Ye sayang. Apa?"

"Kenapa daddy tak sapu ubat?"

"Ubat apa tu sayang? Sapu kat mana?"

"Tadi, Faris nampak ada merah kat leher mummy. Mummy kata dia kena gigit nyamuk. Kenapa daddy tak letak ubat? Kesian mummy."

Aryan tersenyum dan melihat Mia.

"Sayang, kenapa detail sangat?"

"Detail tu apa daddy?"

Aryan hanya tersenyum.

"Faris sayang, jom makan dengan Aunt Lin and Uncle Han. Biar mummy daddy sembang-sembang panas."

Faris terus berlari ke arah Adlina.

"Aunt, apa tu sembang-sembang panas?"

"Haa, jom makan dulu." Kata Adlina sambil tersengih apabila dia perasan Aryan dan Mia hanya menjeling.

Patutlah Faris ni banyak tanya. Dah agak dah siapa yang ajar. Tak boleh biarkan Faris selalu dengan diaorang ni. Haih, mulut tu macam cakap dengan orang dewasa.

Pandangan Aryan kini teralih pada Mia.

"Mia, why sayang blushing bila Faris tanya tadi?"

"Adlina lah ni. Farhan sekali. Dua-dua tu ajar bukan-bukan kat anak kita." Adu Mia.

"Mia, janganlah marah diaorang."

"Awak ni. Awak tahu nak menangkan Farhan je. Menangkan Adlina macam Adlina tu sepupu awak."

"Kenapa guna awak ni hah?"

"Saya tak habis marah lagi semalam."

"Kenapa? Abang tak tackle pun Lia. Ni abang tackle orang yang bernama Mia Arissa iaitu ibu kepada Faris Adrian dan isteri tersayang Aryan Mikhail. Tak boleh ke nak tackle dia?"

"Tak."

"Why?"

"Dia dah ada suami. Dia tu sayangkan suami dia sangat-sangat." Kata Mia dan ok tersenyum.

Aryan tersenyum. Chup. Aryan mengucup dahi Mia.

"Jom makan. Kata sayang suami."

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro