ILYMH Special 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang nak balas dendam ke apa?"

"Hah? Balas dendam apa sayang?" Tanya Aryan kembali.

"Kenapa tiba-tiba nak balik rumah umi?"

"Sayang tak nak ke?"

"Bukan tak nak lah, tapi abang sengaja je kan ajak balik sebab dua bulan lepas Mia ajak abang balik rumah mak tok."

"Tak lah. Tu, sepupu abang baru balik." Jawab Aryan kembali.

Aryan menyuakan makanan pada Mia.

"Nah."

Mia menggeleng.

"Sayang."

"Memang semua nak balik dari luar negara ke apa ni?"

Aryan menyuap dirinya sendiri.

"Abang."

"Alah, tu sepupu abang yang kita hantar dia haritu. Waktu tu, Mia mengandungkan Faris. Mia ingat?"

Mia mengimbau masa lepas.

Flashback

"Abang Aryan." Panggil Puteri dengan manjanya.

Puteri cuba memeluk lengan Aryan namun Mia menghalang.

"Excuse me, my husband." Perli Mia.

Puteri menjeling Mia.

"Abang Aryan jaga diri tau. Hati-hati dengan orang sekeliling." Perli Puteri sambil menjeling Mia.

"Belajar elok-elok tau kat sana." Pesan Aryan.

Kini, giliran Mia menjeling Aryan.

"Okay. Semua kata Abang Aryan, Puteri akan ikut. Puteri sayang Abang Aryan tau."

Mia hanya memeluk tubuh. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah Puteri yang menggedik dengan suaminya.

Puteri menyalami tangan ibu bapanya serta ibu bapa saudaranya. Kini, dia berada di hadapan Aryan. Dia terus memeluk Aryan dengan erat dan Aryan membalas pelukan Puteri.

Mata Mia membulat. Dia mengusap perutnya. Puteri tersenyum sinis pada Mia.

"Dah, salam Kak Mia pulak."

Mia memandang Aryan.

"Mia."

Mia menghulurkan tangan dengan tidak rela.

"Puteri, salamlah Kak Mia." Ujar orang tua Puteri.

Puteri juga menyambut huluran tangan Mia dengan terpaksa. Sekali lagi, mereka tersenyum paksa.

End Flashback

"Siapa tak ingat betina tu."

"Mia." Tegur Aryan.

Dia berhenti makan.

"Abang still nak menangkan dia. Dia tu peluk suami Mia kut. Abang fikir semua orang suka ke berkongsi kasih, bermadu tu semua."

"Tapi tu kan sepupu abang."

"Bukan mahram. Faham tak?"

"Mia, dia tu tak tahu apa-apa."

"Okay, fine. Menangkan lah dia. Jangan cari Mia lagi." Mia bangun dari tempat duduknya dan dia beredar.

..............................

"Sayang."

"Iye?"

"Nah."

Mata Adlina membulat.

"Apa ni?"

"Hubby baru baca yang kalau baru bersama, jangan test lagi. Tunggu seminggu atau dua minggu."

Adlina hanya mendengar.

"So, silalah try. Hubby excited sangat ni."

"Tak naklah."

"Why?"

"Saya dah putus harapan dah lah."

Mata Farhan terbeliak.

"Sayang? Kenapa ni?"

"Hubby dah boleh ceraikan saya. Mummy nak hubby bahagia. Ikut je lah cakap mummy tu."

"Sayang, jangan macam ni. Sayang tahu tak hubby sangat-sangat sayangkan sayang. How can I just leave you?"

"Kita dah tak ada harapan lah. Just leave me please."

"Sayang, sayang mana boleh putus harapan macam tu je."

"Tapi i don't want." Kata Adlina sambil bangun dari tempat duduknya.

"Sampai satu masa nanti, kita akan bincangkan semula. Saya nak tidur. Pening." Kata Adlina seraya memanjat anak tangga rumah banglo nya.

                ..............................

Mia melihat Tengku Julia memasak.

"Umi, nak tolong." Mia merengek manja.

"Tak payahlah. Mia pergi rehat. Mia kata Mia pening kan tadi?"

"Tapi nak tolong umi masak. Nampak macam sedap sangat lah."

Tengku Julia memandang Mia pelik.

"Kenapa Umi pandang Mia macam tu sekali?"

"Mia, Mia tahu tak yang Umi masak ni gulai taucu. Mia kan tak suka gulai taucu ni? Umi masak untuk Walid."

Mia terdiam. Betul jugak kata Umi. Aku memang sumpah benci gila dengan gulai taucu. Lepas tu, boleh pulak satu hari tu Aryan masak gulai taucu waktu aku sakit. Muntah aku kat baju dia. Padan muka dia.

"Ouh, mungkin umi guna resepi lain kut." Kata Mia sambil tersenyum sengih.

"Tak pun, Mia mengandung. Orang mengandung ni, dia punya selera lain macam." Kata Tengku Julia dengan selambanya.

Mia terdiam.

"Tak mungkinlah Umi ni." Kata Mia sambil tersengih lagi.

"Mia kenalah cek."

Mia hanya mengangguk. Tengku Julia menutup api dan menghidangkan makanan itu di hadapan Mia.

"Ya Allah, sedapnya bau."

"Mia nampak macam lapar sangat. Mia nak makan dulu tak?"

Mia mengangguk dengan lajunya.

             ......................

"Sayang, tak nak makan."

"Mia sudah makan tadi." Jawab Tengku Julia.

"Mia makan apa je?"

"Tu, gulai taucu tu. Itu yang boleh hidang separuh aje."

Aryan memandang Mia hairan dan Mia hanya tersengih.

"Sejak bila Mia makan taucu ni? Setahu Aryan, Mia benci sangat sampai sanggup suruh pukul Aryan." Mai menjeling Aryan.

"Biasalah tu. Orang berbadan dua."

Aryan memberhentikan suapannya.

"Mia mengandung?"

"Mia pun tak tahu. Umi agak je."

Aryan hanya mengangguk tanda faham dengan kehendak uminya. Kata umi, dia mahukan cucu lagi. Mahu tunggu Yana, lambat lagi.

"Esok, Pak Lang minta kamu jemput si Puteri tu. Pak Lang dan Mak Lang mungkin akan sampai malam." Kata Tengku Amir.

"Alah bang. Aryan ni si suami Mia. Mesti ke ambil si Puteri tu?" Tanya Tengku Julia yang agak tidak selesa apabila suaminya mulakan tajuk itu.

Bukan dia tidak tahu, Puteri terlalu manja dengan Aryan sehinggakan tiada batas. Dia bukan apa, takut Mia akan panas baran. Dia juga tahu suaminya sentiasa menangkan anak saudaranya seorang itu.

"Lah, Aryan pergilah dengan Mia."

"Haa, Aryan. Bawak Mia check up sekali."

"Alah, umi. Janganlah. Mana mungkin, Mia mengandung sekarang."

"Mia tak ready ke apa?" Tanya Tengku Julia serius.

"Bukan Mia tak ready, tapi kalau Mia mengandung pun bukan sekarang."

Tengku Julia hanya mengangguk.

           ............................

Mia melihat Aryan yang sedang melihat lama utama instagram.

"Apa?"

"Suka kan si Puteri balik Malaysia?"

"Eh, semestinya. Diakan sepupu abang."

"Mana lagi penting, Mia atau Puteri?" Tanya Mia lalu merenung ke dalam anak mata Aryan.

Dia cuba mencari kejujuran Aryan. Aryan memandang Mia dengan pelik.

"Eh, abang nak pergi tengok Faris. Takut dia kacau umi dengan Walid nak tidur." Aryan bangun dari katil namun Mia segera menarik Aryan sehingga Aryan terbaring semula.

"Answer me."

"Sayang ni. Tanya soalan yang tak patut. Mestilah sayang."

"Then, esok jangan ambil Puteri dekat KLIA."

"Sayang, mana boleh macam tu." Bantah Aryan.

"Okay, kalau macam tu, abang pilih Puteri. So, esok Mia boleh dah lah tuntut fasakh."

Aryan mengerutkan muka setelah mendengar apa yang Mia katakan.

"Sayang. Janganlah. Abang dah tak tahu nak pujuk macam mana lagi. Sekejap je Puteri dengan keluarga dia kat sini. Nanti tak ada, abang janji abang bawak sayang jalan-jalan."

"Mia bukan nak jalan-jalan lah."

"Habis tu?" Tanya Aryan dan dia nampak mata Mia seolah-olah bersinar.

"Okay, abang boleh ambik Puteri esok tapi kena dengan Mia dan bersyarat."

"Syarat apa? Abang akan tunaikan semuanya. Nak pergi bercuti kat mana? Bagitahu abang, abang bawak." Aryan mengangkat tangannya seolah-olah mengangkat sumpah.

"Ish, Mia tak nak pergi bercuti lah."

"Habis tu?"

"Jom kita pergi makan makanan food truck nak tak? Mia macam lapar sangat-sangat malam ni."

Aryan mencebik.

"Cepat siap. Abang tunggu."

"Alah, nak siapkan Faris lagi."

"Kita pergilah berdua. Umi dengan Walid ajak Faris tidur tu sebab nak bagi kita ruang berdua." Kata Aryan sambil tersenyum nakal.

"Hello. Mia just nak pergi makan. Tahu tak Mia lapar."

"Ye lah sayang. Cepat. Abang bagi 10 minutes. Pakai je apa-apa sebab apa yang Mia pakai semuanya cantik." Kata Aryan sambil mengenyitkan mata pada Mia.

             ................................

"Sedap makan. Suap lah abang sikit."

Mia menjeling Aryan.

"Okay, okay. Mia makan Mia punya, abang makan Mia."

Sekali lagi Mia menjeling Aryan tajam namun Aryan masih merasakan seram sejuk.

"Eh, silap. Mia makanlah Mia punya makanan, abang tengok je."

Mia meneruskan suapannya. Aryan memandang Mia dengan penuh hairan.

"Sayang memang tak reti kenyang ke? Umi kata Mia maka sampai separuh periuk tu kut. Nak dekat 5 kali tambah nasi. Takkan tak kenyang lagi?"

Mia menggeleng lalu sambung menyuapkan makanan ke dalam mulut lagi. Dia makan tanpa melihat Aryan yang berada di hadapannya.

"Sayang, esok kita check up eh? Lepas kita hantar Puteri balik rumah, kita check up."

Mia meletakkan sudu dengan kuat.

"No. Abang mesti ingat Mia mengandung kan? Please lah. Mia tak nak."

"Abang tahu Mia takut nak pergi hospital tapi ini demi kebaikan kita."

Mia menjeling Aryan.

"No and please."

"Yes and please. Tak ada bantahan lagi."

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro