ILYMH Special 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sayang!"

"Ya?"

"Cepatlah. Nanti lambat."

"Kejaplah!" Jerit Mia.

Aryan memulas daun pintu. Dia melihat Mia sedang melilit kepalanya dengan sehelai shawl satin.

"Sayang!" Jerit Aryan.

Mia tidak layan. Mata Aryan masih merenung isterinya.

"Kenapa abang tenung Mia?"

"Mia dah pakai make up ke belum?" Tanya Aryan dan mengendahkan pertanyaan Mia.

"Belum."

"Mia tak payah pakai make up lah eh."

Mia memusingkan tubuhnya menghadap Aryan.

"Kenapa?"

"Mia dah nampak cantik sangat."

"No! Mia tetap nak pakai." Mia mengambil berus make up nya.

Aryan segera merampas berus tersebut.

"Abang!"

"No, tak payah make up. Jom." Aryan menarik tangan Mia.

"Iye pun, bagilah Mia pakai lipstik sikit. Lip balm ke? Muka Mia ni pucat lah."

"Tak sayang, tak."

"Please?" Mia membuat mukanya yang comel. Dia tahu itu kelemahan Aryan.

"Bagi lip tint."

Mia teragak-agak mengambil lip tint nya. Dia memberi pada Aryan.

"Buka sikit mulut tu."

Mia hanya mengikut arahan Aryan. Aryan mengalirkan sedikit lip tint tersebut.

"Dah, jom." Aryan menarik tangan Mia.

"Sikitnya."

"Nanti kalau merah sangat, orang lain tergoda nanti. Senang cerita, lelaki depan Mia ni pun tergugat iman."

Mia tersenyum.

"Kejap. Mia ambil handbag. Abang bawaklah Faris masuk kereta dulu."

"Faris tak ikut."

Pandangan Mia terus beralih pada Aryan yang baru sahaja duduk di birai katil.

"Kenapa?"

"Macam biasa, umi bawak Faris jalan-jalan. Macam tak biasa dengan Umi tu, dia kan ada sorang je cucu." Kata Aryan dan menekankan perkataan 'cucu'.

           ............................

"So macam mana doktor? Isteri saya sakit apa?"

"Tahniah. Puan Adlina hamil sudah 2 bulan."

"Yes!" Farhan terjerit kuat. Adlina hanya mampu tersenyum. Dia tahu ini saat yang dinantikan sejak awal perkahwinan mereka.

"Tapikan doktor, kenapa isteri saya ni tak tunjuk alahan orang mengandung pun? Macam selalu, muntah dan pening kepala." Farhan bertanya tanpa rasa malu.

"Sesetengah wanita yang mengandung, akan alahan 4 bulan pertama mengandung. Sesetengah wanita pula, 4 bulan seterusnya. Mungkin, isteri encik adalah wanita yang dikalangan akan mengalami alahan 4 bulan seterusnya." Jelas doktor itu.

Farhan menggenggam erat tangan Adlina. Dia tersenyum lebar.

"Encik boleh ambil ubat di farmasi."

                   ......................

"Kalau Mia tak larat nak berdiri, Mia duduk lah kat sana tu." Kata Aryan sambil menunjukkan pada ruang menunggu khas untuk para wanita mengandung.

Mia merenung Aryan dengan pelik sekali.

"Mia tak mengandung lah!"

"Tapi kan Mia kata Mia pening. Nanti karang Mia pengsan, baik Mia duduk je kat situ. Kalau orang tanya, jawa je lah Mia mengandung." Kata Aryan tanpa nada sambil matanya melilau mencari susuk tubuh seseorang.

Seorang wanita lalu di hadapan Mia. Tiba-tiba Mia merasakan tekaknya mual.

"Abang, Mia rasa nak muntah lah."

"Mia, jangan nak mengada boleh tak."

Mia hampir muntah namun dia masih menahannya.

"Abang, Mia betul-betul rasa mual."

Aryan menarik tangan Mia menuju ke tandas. Mia masuk ke dalam tandas perempuan. Dari luar, Aryan dapat mendengar Mia memuntahkan segalanya.

Perempuan yang keluar masuk hanya melihat Aryan. Tiba-tiba telefon Aryan berdering.

"Helo! Abang Aryan kat mana?" Tanya Puteri dengan suaranya yang agak gedik.

"Abang dekat tandas ni. Yang berdekatan dengan balai ketibaan."

"Puteri pergi kat abang eh."

"Okay." Seusai Aryan meletakkan panggilan, Mia keluar dari tandas dalam keadaan yang agak lemah.

"Mia okay?"

Mia menggeleng kepala.

"Mia nak balik rumah."

"Jom." Kata Aryan sambil memapah Mia.

Puteri mendekati mereka.

"Abang Aryan!" Puteri terus memeluk sebelah lagi tangan Aryan.

"Dah lama ke Puteri tunggu?"

"Tak." Puteri menjeling Mia yang asyik memicit-micit kepalanya.

"Sorrylah. Kak Mia pening kepala ni." Jelas Aryan.

Puteri berdiri di sebelah Mia.

"Kak Mia, Kak Mia sakit apa?" Perli Puteri.

Mia merasa tekaknya mual setelah menghidu minta wangi yang dipakai oleh Puteri.

"Mia nak muntah lagi?"

Mia mengangguk dan dia terus berlari ke tandas.

             ...............................

"Lah, kenapa tak bawak Mia pergi klinik?"

"Mia tak larat. Aryan pun tak nak lah Mia terbeban."

"Esok, kamu kena bawak Mia ni ke klinik. Nak pastikan berapa bulan dah kandungan tu."

"Umi, Mia tak mengandung." Kata Aryan.

Mia masih memicit-micit kepalanya.

"Dah, bawak Mia naik."

Mia berjalan perlahan. Tiba-tiba Aryan mencempung tubuh Mia. Mia sedikit terkejut dengan reaksi spontan Aryan.

                ...........................

"Mia dah okay ke?"

"Sikit-sikit lah. Kepala masih sakit." Mia meneruskan suapan.

Aryan ingin mengambil pinggan nya namun Puteri terlebih dahulu menghulur. Aryan hanya menyambut.

"Abang nak kuah apa, Mia nak ambilkan."

"Puteri tahu Abang Aryan suka sangat gulai masam ni." Puteri menyambar mangkuk di atas meja terlebih dahulu dan menghulurkan pada Aryan.

Tengku Julia melihat Mia menguis-nguis nasinya.

"Mia, kenapa tak makan?"

"Eh, Mia makanlah." Ujar Mia sambil tersenyum. Dia duduk berhadapan dengan Aryan manakala Puteri duduk di sebelah Aryan.

"Abang Aryan sihat?"

Aryan hanya mengangguk. Dia khusyuk makan makanannya.

Tiba-tiba Puteri menyuakan sesudu nasi dan Aryan hanya menelan. Mata Mia sakit melihat adegan itu.

Mia bangun dari tempat duduknya.

"Mia dah habis makan. Mia masuk bilik dulu ya umi, walid." Kata Mia tanpa nada dan terus berjalan masuk ke dalam bilik.

              ......................................

"Sayang, kenapa tadi sayang makan sikit sangat?"

"Ceptanya awak habis makan. Saya baru masuk bilik."

"Sayang, boleh tak jangan tukar topik." Mia masih setia merenung televisyen yang tersangkut di dinding bilik mereka.

"Mia Arissa sayang, jawab please."

"Sebab Faris tak ada depan mata. Dia kan dah tidur." Mia mengambil alat kawalan jauh tanpa memandang Aryan.

"Sayang, abang tahu Mia merajuk dengan abang."

Mia me'roll eyes'.

"Sayang, could you tell me what is wrong with you right now?"

"I'm pregnant." Biji mata Aryan hampir terkeluar apabila Mia berkata sedemikian.

"And I hate when see you guys mesra semacam. I'm jealous. You are my husband, not her husband. I hate her so much."

Aryan terus memeluk Mia.

"Mia, Mia tak tipu kan? Mia mengandung betul kan? Bukan nak ugut abang?"

Mia menghela nafas. Orang cakap lain, dia cakap lain.

"Yes abang. Mia mengandung. Mia tak suka tengok abang dengan Puteri manja. Mia sangat-sangat tak suka abang layan dia lebih dari Mia."

Aryan tersenyum. Dia tahu Mia ketika mengandung memang mudah cemburu.

"Sayang, abang dengan dia kan sepupu."

"No. Sepupu is sepupu but abang layan dia lebih dari abang layan Mia. Abang pulaukan kitaorang."

"Okay sayang, abang janji abang tak lebihkan dia lagi dah. Esok kita pergi hospital eh."

Mia hanya mendiam. Dia sebenarnya tidak mahu beritahu Aryan lagi bahawa dirinya berbadan dua namun dia memerlukan perhatian Aryan.

               ................................................................

Aryan memegang tangan Mia dengan erat sambil tersenyum lebar. Sekali pandang, serupa orang kurang waras. Tiba-tiba mereka ternampak Farhan dan Adlina di kaunter menunggu.

"Apa diaorang buat kat sini?" Tanya Mia.

"Diaorang?"

Mia menunjuk ke arah Farhan dan Adlina yang sedang bergelak tawa di kaunter menunggu.

"Inikan hospital pakar puan."

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

"Abang! Takkan Farhan paksa Adlina buat terapi?" Mia menyerkap jarang.

"Tak mungkinlah. Mia ni kalau mengandung memang overthinking kan?"

Mia menjeling Aryan tajam.

"Apa maksud abang?" Aryan mengetap gigi. Otak nya ligat mencari alasi untuk memanipulasi Mia.

"Maksud abang, hormon dalam badan Mia tu kan mula merubah sebab ada Aryan's junior dalam ni." Mia tersenyum.

dia dan Aryan terus menuju ke arah Adlina dan Farhan.

"Korang buat apa kat sini hah?" Soal Mia seolah-olah pencegah maksiat. Muka mereka amat cuak seperti tertelan buah lemon.

"Eh, Mia. Aryan. Korang buat apa kat sini?"

"Aku tanya korang, korang tanya aku. Kitaorang ni logik lah sikit."

"Eh Mia, kitaorang ni tak logik ke? Kitaorang pun dah kahwin tau." Bantah Adlina. Geram pula mendengar Mia berkata begitu.

"Are you guys try to tell us that Adlina is pregnant?" Teka Mia.

Adlina dan Frahan saling berpandangan.

"Yes!" Jawab mereka serentak.

"Congrats bro. Akhirnya kau jadi ayah jugak kan." 

"Aaa! Adlina!" Mia terus memeluk Adlina.

"It has been 2 months." Tambah Adlina.

"Aku kan, teringin tau nak pregnant sama-sama dengan kau. Nanti boleh berpantang sama-sama. Masuk labour room sama-sama. Anak kita pun kalau boleh lahir sama-sama." Adlina menyatakan impiannya.

"Adlina, sebenarnya kan aku."

Bersambung.....

Nama dan watak di dalam ini hanya rekaan semata-mata...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro