ILYMH Special 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Disebabkan aku tak nak bagi kau fakehope dan impian semata-mata, aku bagitahu kau yang aku pun mengandung!" 

"Mia!" Adlina terus memeluk Mia.

"Congrats too bro." Kata Farhan dan diakhiri gelak tawa.

"Dah berapa bulan?"

"Kita orang baru nak cek." Aryan menjawab persoalan Adlina.

"Bestnya Faris kan. Having a new cousin and adik baru." Kata Adlina dengan teruja.

"Sayang, tu dah nombor kita dah. Jom." Ajak Farhan.

               .........................................

"Petang-petang buta ni baru nak balik ke? Dahlah main tinggal anak dekat mak ngah je. Langsung tak ada ciri-ciri seorang ibu." Kata Puteri.

Kemudian, Puteri ternampak Aryan keluar dari tempat duduk pemandu.

"Abang Aryan ada tak belikan Puteri yogurt tu."

"Of course lah. Abang tak lupa punya." Sakit Mia mendengarnya. Dia terus masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Aryan dan Puteri lagi.

Seusai sahaja Mia masuk ke dalam rumah, Mia disapa oleh ibu mertua nya.

"Mia dari mana dengan Aryan? Seharian keluar."

"Sorry umi sebab tinggalkan Faris dengan umi." Mia bernada sayu.

"Umi tak kisah. Umi just tanya mana Mia dengan Aryan pergi seharian ni?" Mia sudah tersengih. Dia memeluk lengan ibu mertuanya.

"Umi, Mia nak makan tenggiri masak taucu, boleh tak?"

"Boleh, Mia. Tapi dari tadi umi tanya."

"Umi, umi tak kisah kan kalau rumah ni meriah?"

"Mia, Mia. Cuba terus terang." Pinta Tengku Julia. Dia tidak mahu meneka lagi.

"Umi ni. Mia sebenarnya mengandung!" Kata Mia dengan girangnya.

"What! Mia mengandung?" Pandangan Tengku Julia dan Mia teralih pada pemilik suara.

Mia hanya menjeling melihat Puteri yang terkejut dengan pernyataan Mia.

"Ya Allah, syukur alhamdulillah. Tahun dapat lah umi sorang bakal menantu, sorang cucu. Dah berapa bulan dah ni Mia?"

"Baru 2 bulan, doktor kata." Kata Mia sambil tersengih.

"Okay, umi nak masak sekarang jugak." Kata Tengku Julia.

Mia masih setia memeluk lengan ibu mertuanya dan ikut masuk ke dalam dapur.

"Abang nak tengok Faris kat atas. Dah berapa lama dah dia tidur?" Tanya Aryan.

Puteri hanya menjeling Aryan dan naik ke biliknya dengan amarah yang membara.

               ............................

"How can they? Aku akan pastikan dia mati sekali dengan anak dia tu."

Bunyi telefon berdering.

"Halo! Kau nak apa hah! ...?"

"Woo, asal you marah sangat ni? Bendera merah ke apa?"

"No. Come on, why kau telefon aku ni?"

"I rindu you. Jom dating malam ni."

"No thanks. I really mad right now."

"Sayang, apa yang buat you marah sangat tu?" Puteri menghela nafas

"You nak tahu tak, perempuan tu mengandung. Habis lah I, Abang Aryan akan tumpukan perhatian dekat perempuan tu."

"Alah, you rilek lah."

"But, how can they? I dah pastikan dah they bergaduh sepanjang masa."

"Halo, Puteri sayang. You fikir dapat anak ni in two or three days ke apa? You ni kadang-kadang bengap jugak even you belajar tinggi."

"You shut up!" Puteri ingin meletakkan panggilan namun lelaki itu segera menghalang.

"Jap sayang. I nak tanya."

"Go on."

"You kena tinggal kat rumah tu berapa lama lagi? Bila parents you nak balik Malaysia?"

"Next month. Dahlah, bye." Puteri terus meletakkan panggilan.

                   ....................................

"Sayang nak makan apa-apa lagi tak?"

"Abang Aryan, Puteri lapar sangat ni." Kata Puteri sambil menjeling Mia.

"Abang, Mia nak makan Italian food lah. Tak jadi nak makan Korean food." Kini giliran Mia menjeling Puteri.

"Okay sayang. Sayang bawak Faris dengan Puteri tunggu kat dalam kereta ya." 

Mia hanya tersenyum. Mia baru saja mahu melangkah, dia merasakan seseorang menarik tangannya dari belakang.

"Eh, kau memang sengaja kan. Penatlah Abang Aryan layan kau macam ni. Banyak songeh sangat." Perli Puteri.

"Suka hati aku lah. He is my husband and I'm pregnant right now." Kata Mia lalu meninggalkan Puteri yang tercabar dengan kata-kata Mia.

2 minggu kemudian...

"Geram betullah. Aku langsung tak dapat perhatian Abang Aryan."

Tiba-tiba Puteri terdengar daun pintu dibuka. Dia mengintai Mia yang baru sahaja keluar dari bilik. Dia mengekori MIa menuruni anak tangga.

"Hoi perempuan!"

Mia menoleh dan hanya tersenyum.

"Kau kan, kau tahu kan aku suka Abang Aryan dari kecil lagi."

"Tahu, why?"

"Kalau kau nak tahu, Abang Aryan pun suka aku tapi sejak dia kahwin dengan kau. Dia berubah. And aku syak kau guna nasi tu. Kau tahu-tahu lah, Kak Mia." Perli Puteri dan dia menekankan perkataan 'kak'.

'PAP!'

"Mia?" Kata Aryan perlahan. Dia masih setia melihat mereka.

"Kau kan, memang kurang ajar lah." Puteri menolak Mia jatuh.

"Puteri!" Aryan terus menuruni anak tangga dan mendapatkan Mia.

"Sayang, dengar abang tak. Sayang." Mata Aryan terbeliak melihat darah yang mengalir.

"Puteri, kenapa duduk diam? Call polis!" Puteri teragak-agak mengambil telefon bimbit nya kerana terkejut dengan suara Aryan yang terlalu kuat.

             ............................

"Aryan, Mia macam mana?"

"Still kat dalam." Jawab Aryan dan menjeling tajam Puteri.

"Kalau kau tak tolak Mia, semua benda ni takkan jadi." Suara Aryan agak meninggi. Farhan menyabarkan Aryan.

Tengku Murad dan Tengku Julia agak terkejut. Begitu juga, Tengku Muiz dan Tengku Wahida.

"Aku nampak kau tolak Mia tahu tak!"

"Sabarlah Aryan."

"Kau ingat eh. Aku tak pernah suka atau sayang kau. Kasih sayang aku pada Mia takkan pudar begitu juga cinta aku pada dia."

"Sabar Aryan, sabar." Farhan masih setia menenangkan sahabatnya.

"Farhan, mana aku tak sabar. Mia kat dalam tu bertarung nyawa sama ada dia yang mati atau bayi kitaorang dan semua punca ni sebab perempuan ni." Aryan menunjukkan pada Puteri.

"Kalau apa-apa jadi kat dia dan kandungan tu, kau siap. Aku takkan maafkan kau." Aryan terus berjalan menuju ke tandas.

Doktor keluar dari bilik kecemasan dan orang pertama yang bersemuka dengan doktor itu ialah Aryan.

"Doktor, macam mana isteri saya? Baby kami?"

Doktor itu tersenyum.

"Alhamdulillah, kedua-dua nya selamat."

Masing-masing mengucapkan kata syukur.

"For now and for her sake, bagi dia rehat dulu. Melawat pun, just sorang atau dua sahaja."

Aryan hanya mengangguk.

"Aryan, kamu masuk dulu. Yana ada telefon tadi, Faris dah makan semua. Sekarang dia layan kartun." Kata Tengku Julia.

Aryan mengangguk dan terus meluru masuk ke wad.

"Sayang." Aryan memeluk Mia yang masih tidak menyedarkan diri.

"Syukur sayang selamat. Abang minta maaf sebab tak pimpin sayang turun." Setitis air mata jantan Aryan gugur.

"Abang takut sangat kalau sayang keguguran."

               ...............................

Puteri tinggal berseorangan di hadapan wad.

"Ya Allah, apa aku dah buat ni?" Air matanya juga berguguran.

"Baik aku jumpa Kak Mia sebelum Abang Aryan nampak."

Puteri masuk ke dalam wad. Dia melihat Mia sedang menggigit epal yang dibelikan oleh Aryan.

"Kak Mia, Puteri nak minta maaf."

Mia agak terkejut namun dia mengawal riaknya. Ikutkan hati, dia tidak mahu memaafkan Puteri.

"Puteri tahu Puteri salah. Puteri kesal sangat." Mia hanya mengangguk mendengar kenyataan jujur Puteri.

"Puteri janji Puteri takkan ganggu rumah tangga Kak Mia dan Abang Aryan lagi."

"Aryan ada kata sesuatu ke kat Puteri?"

Puteri mengangguk perlahan.

"Dia kata, dia takkan maafkan Puteri lagi. Tapi Puteri dah menyesal."

"Takpe, nanti Kak Mia slow talk dengan Abang Aryan tu suruh maafkan Puteri."

"Abang Aryan kata kasih sayang dia dan cinta dia pada Mia takkan pernah terganti. Dia jugak kata yang dia sayang Kak Mia sangat-sangat." Tambah Puteri.

"Ni Puteri nak bodek Kak Mia ke apa?"

"Eh mana ada." Mereka tergelak.

             ...........................

Beberapa bulan kemudian...

Mia dan Aryan berpegangan tangan ketika berjalan-jalan. Adlina dan Farhan di depannya hanya menunjuk muka meluat mereka.

"Anak satu pun macam ni lagi." Kata Farhan.

"Suka hati lah. Jealous ke?" Tanya Mia.

"Takpe sayang, diaorang tengah jealous tu. Padahal isteri dia pun mengandung kan sayang." Aryan mengusap pipi Mia.

"Uwek, uwek." Adlina membuat suara ingin muntah.

"Kau jangan, karang kau muntah betul-betul nanti." Mereka tergelak.

Tiba-tiba Mia terasa sakit di perut nya.

"Abang, sakit."

"Hah sakit?"

Mia mengangguk perlahan.

"Mia nak beranak dah lah, Aryan."

"Beranak!...?"

Aryan membantu jururawat menolak katil Mia.

"Abang, sakit."

"Sabar eh sayang."

"Sakit sangat!"

Aryan tidak mampu berbuat apa.

Tengku Julia merenung Farhan dan Adlina.

"Kan umi dah kata, Mia tu tengah sarat. Ni Adlina pun tengah sarat. Patut ke pergi bawak ke mall tu?"

"Itulah Julia. Budak-budak ni memang tak nak dengar cakap kita ni. Dah jadi macam ni, baru kelam kabut."

"Auntie, mana Faris?"

"Ada kat bawah dengan Yana. Dia kan budak lagi, doktor tak bagi masuk."

Mereka hanya mengangguk. Adlina ingin duduk di salah satu bangku namun tiba-tiba dia merasakan sakit.

"Hubby."

Muka Farhan sudah mulai cuak.

"Kenapa sayang?" Adlina hanya mampu mengeluh berat.

Farhan tertumpu pada kain Adlina yang mulai basah.

"Sayang, sayang ada rasa sakit ke?"

"Hubby. S...sakit sangat."

"Farhan, Adlina dah nak beranak dah tu. Panggillah nurse." Kata Tengku Julia.

                .............................

"Sayang, nah." Aryan menyuakan air masak pada Mia.

"Sayang, terima kasih tau lahir kan anak kita. Abang janji takkan tinggalkan sayang langsung."

"Uwek, uwek. Nak muntah." Pandangan Mia dan Aryan teralih pada Adlina dan Farhan yang seperti ingin muntah.

"Nak muntahlah. Bagi ayat romantik konon." Kini giliran Farhan memerli mereka.

Mia dan Adlina berada di wad yang sama.

"Nanti karang tak sempat Farha membesar, dapat adik lagi."

"Hubby tak nak bagi ke ucapan macam tu?" Tanya Adlina.

"Sayang, hubby takkan express cinta hubby macam tu je. Tu cara orang lama. Hubby akan express cinta hubby dengan jaga sayang dalam pantang and bila-bila sahaja." Kata Farhan sambil mengucup tangan Adlina.

"Cakap orang je tahu, dia pun bersemut. Kan, abang?"

Aryan mengangguk sambil tersenyum.

"Uwek, jealous ke?" Tanya Farhan dan diakhiri gelak tawa nya bersama Adlina.

Adam masuk ke dalam wad bersama keluarga yang lain.

"Along! Mak tok!"

Mia memeluk Mak tok dan abangnya.

"Mia jangan peluk lama-lama, ni ada orang jealous." Tegur Adam yang merasakan angin seram sejuk.

"Along, orang gila je jealous dengan abang ipar sendiri." Kata Mia sambil menjeling Aryan.

"Abang, gilakan sayang lah. Tak boleh?" Semua ahli keluarga tersenyum.

Faris masih di tiba Aryan turut tertawa apabila salah seorang dari mereka tertawa. Tiba-tiba pandangan mereka teralih pada pasangan dua sejoli itu.

"Uwek, uwek. Hubby, rasa nak muntah lagi lah."

Mia menjeling mereka.

"Mak tok. Tu tengok diaorang tu. Dari tadi jealous dengan Aryan dan Mia."

"Tak apalah Mia oi, depa tu first time kat was bersalin ni. Tu Farhan tu kena belajaq cara nak hargai isteri tu nanti." Mak tok berseloroh.

"Mak tok ni, support lah cheq. Ni asyik Mia tu je. Cheq pun rasa sakit beranaq tu."

"Ye lah, Mak tok jaga hangpa dua kat kampung. Dua-dua mak tok kasihi dan sayang." Mereka semua tertawa.

Tengku Ruhaya masuk ke dalam wad.

"Ibu!" Tengku Ruhaya segera memeluk anaknya.

'PAP!'

"Awat lah Adlina oi. Kamu tahu kamu dah sarat, yang ajak Mia keluar lagi tu kenapa?"

"Sakitlah ibu. Bukan Alin yang ajak, Mia yang ajak." Tengku Ruhaya menggelengkan kepalanya.

"Ni, Farhan. Kamu pun satu. Kamu tahu kan isteri kamu tengah sarat, yang kamu ikut kan kepala dia ni dah kenapa? Kamu kanan nak bagi alasan Aryan ikut pulak. Kalau Aryan suruh hampa dua terjun lombong, nak ikut ka? Kalau tak, isteri kamu beranak tepi jalan tu hah."

"Alah, Haya. Kamu janganlah marah sangat bebudak ni. Depa kan baru first time." Pujuk mak tok.

"Haha, angah. Ni lainlah diaorang ni. Mia dengan Aryan ni bukan fisrt time." Tambah Tengku Wahida.

"Lagipun, Mak Ngah. Ni semua salah Mia. Mia yang ajak."

Tengku Ruhaya hanya mampu menggeleng kepala melihat anaknya itu. Sudah menjadi ibu orang, masih perangai begitu.

                 ............................

"Memandangkan semua dah ada, Aryan dan Farhan akan memperkenalkan anak kami. Kita mula dengan anak Aryan iaitu Farhan Mikayla." Seorang jururawat menolak troli bayi masuk ke dalam wad. Tengku Wahida menggendong bayi tersebut.

"Alo, comelnya."

"Biasalah. Ikut muka Aryan tu."

"Abang, abang janji kala perempuan dia ikut muka Mia." Aryan hanya tersenyum.

"Okay, attention. Kita beralih pula pada anak Farhan. Nurse, bawak masuk." Kemudian dua orang jururawat menolak troli masuk.

"Kembar?" Tanya Tengku Ruhaya, Tengku Ahmad dan Dato' Seri Ulhaq, Datin Sri Ain.

"Yes, ibu ayah and mummy daddy. We got a twin." Kata Adlina dan Farhan serentak.

"Ni, kamu berdua dah azan belum?" Tanya Mak tok.

"Dah." Jawab Aryan dan Farhan serentak.

"Abang, tengok diaorang dapat kembar. Macam syok je." Kata Mia.

"Takpe sayang, we will try again." Kata Aryan dengan senyuman nakalnya.

              ...........................

"Tak sangka kan sayang. Perancangan Allah memang tak pernah salah."

Mia hanya tersenyum. Dia menggenggam tangan Aryan.

"Abang nak tahu tak benda first yang Mia fikir bila kena paksa kahwin?"

"Apa?" Tanya Aryan lembut.

"Mia fikir yang, adakah Allah dah tetapkan abang betul-betul jodoh Mia? And waktu tu, Mia kata kat diri Mia yang Mia kena terima abang seadanya tapi waktu tu Mia tak bersedia langsung."

"Tak apalah sayang. Sekarang ni pun dah cukup. Sekejap je, dah 10 tahun kita kahwin."

"Haah. Sekejap sangat rasanya."

"Abang tak pernah bawak Mia honeymoon macam ni. Waktu dulu, kita honeymoon tanpa rela masing-masing. Lepas tu, waktu kita sambung belajar. Masing-masing sibuk. Lepas tu, dah dapat Faris. Sekarang ni, anak dua baru nak honeymoon."

"Tak apalah. Mia tak pernah kisah. Now, Mia nak minta maaf sangat-sangat kat abang. Mia nak sangat abang halalkan segala yang Mia ada sekarang. Mia sedar, Mia hanya menumpang abang."

"No, sayang. Tak payah minta maaf. Kalau macam tu, abang lagi banyak salah tahu tak."

Mia hanya tersenyum. Aryan memandang anak mata Mia sedalam yang mungkin.

"So, sekarang kita dah ada Farha dan Faris. Tak nak dah bukak buku lama. Apa yang abang tahu sekarang, abang sayang Mia sampai mati. Cinta ni pada Mia takkan berubah walaupun Mia tak ada nanti." Mia tersenyum.

"I love you Mr Headprefect."

-Tamat-


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro