Chap 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kaki melangkah menuju ke bilik yang di arahkan. Apabila sampai di destinasi dituju, mereka berdua berhenti melangkah. Mendonggak memandang pintu besi yang tertutup rapi.

"Sila kan tuanku. Panggil saya kalau nak apa-apa" wanita itu tersenyum manis. Darrel dan Febrina menganggukkan kepala.

Darrel masih berdiri di luar bilik berkenaan. Kakinya mengeras tidak mahu bergerak dan Febrina perasan perkara itu.

"I don't want to meet him" Suaranya berbisik tapi Febrina dapat menangkap segala butiran kata yang keluar dari mulut suaminya.

Febrina berdiri di hadapan Darrel. Mata menatap wajah tampan milik suaminya. Tangan di angkat dan Febrina mengusap lembut pipi Darrel.

"Don't force yourself. Kalau abang tak nak masuk biar Febrina masuk seorang"

Darrel menganggukkan kepala. Tangan isterinya diraih dan dikucup. Febrina memberikan senyuman pada Darrel sebelum dia membuka pintu besi itu dan melangkah masuk.

Gerangan yang berada di dalam bilik itu tersenyum kecil apabila melihat figura wanita itu "Febrina. Kau datang?" Nadanya kedengaran gembira.

Febrina melabuhkan punggung "Envar. Kau sihat?"

Envar ketawa kecil. Matanya tidak fokus pada satu sudut. Matanya melilau ke semua sudut. Pandangannya kosong. Envar yang berada di hadapan Febrina ini hanya ketawa gembira. Tiada lagi Envar yang bengis.

Hatinya tiba-tiba sayu. Melihat keadaan lelaki itu begini. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Dia tahu, Envar tak salah. Dia hanya mangsa keadaan.

Envar berhenti ketawa. Dia memandang Febrina "kenapa kau menangis pula ni?" Kepala digaru. Wajahnya menunjukkan riak konfius.

Febrina tersenyum kecil "cepat sihat Envar"

Envar berdecit. Dia mengangkat tangannya dan mengelap air mata wanita itu mengguna hujung bajunya "aku tak boleh lah tengok orang nangis. Lagipun kenapa kau sedih? Kan aku tengah gembira ni"

Sekali lagi lelaki itu tertawa terbahak-bahak dan merebahkan badannya ke atas katil. Febrina menghela nafas "aku keluar dulu" Febrina bangun dari kerusi.

"Tunggu"

Kata-kata itu membuat langkahnya terhenti. Febrina menoleh belakang memandang Envar. Lelaki itu masih baring. Matanya memandang lelangit bilik. Kedua tangannya diletakkan di atas perut.

"Aku selalu dengar rakyat bercerita tentang puteri Larriance. Diorang mengangungkan bakal ratu itu. Aku tak faham kenapa rakyat begitu menyajungi puteri tu tapi mungkin sekarang aku faham" ujarnya mendatar.

Febrina menatap lelaki itu. Envar kelihatan normal. Nadanya kedengaran biasa, raut wajahnya juga seakan-akan Envar yang sebelum ini. Beku dan serius.

"Kau lah puteri yang Larriance perlu kan. Manusia terlalu tamak untuk merebut perkara yang buat miliknya dan betul kata Raja yang aku tak boleh lawan takdir yang Maha Esa" Matanya memandang Febrina yang berdiri terkaku.

Bibir lelaki itu mengukir senyuman kecil "perintah lah Larriance sebaik mungkin" ucapnya buat kali terakhir sebelum dia kembali menghamburkan tawa. Bermain dengan jari jemarinya dan lelaki itu kembali seperti biasa, dengan perwatakan ceria dia.

Tanpa dia sedar, air matanya menitis. Febrina segera menyeka mutiara itu dan dia menganggukkan kepala "i will" bisiknya sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

DERUAN ombak menyapa gegendang telinganya. Cuaca pada hari itu tidak terlalu panas. Cukup tenang untuk mereka menikmati ciptaan tuhan.

Langit di atas, pasir di bawah, kedamaian di dalam. Febrina mengukir senyuman. Melihat orang yang dia sayang sedang gembira menikmati kehidupan mereka.

Masalah hidup seperti ombak di tepi pantai. Ia akan datang, tapi pada saatnya ia akan pergi. Febrina lega semuanya sudah kembali membaik. Semuanya sudah seperti sedia kala.

Dalam hidup ini tiada apa yang perlu ditakutkan. Hadap lah semua perkara dengan berani. Letakkan kepercayaan pada tuhan maka segala kekangan akan terurai dengan sendiri.

Nikmatilah kesulitan. Karena di balik kesulitan itu pasti ada kemudahan. Febrina menyentuh lembut pasir. Menggengam dan membiarkan butiran kecil itu melompat dari tangannya.

"Sayang?"

Febrina mendonggak memandang figura yang menghampirinya.

"Is panggil. Dia ajak mandi" Darrel melabuhkan punggung di sisi isterinya.

Febrina menepis pasir yang terlekat di telapak tangannya. Dia memandang Isander yang sedang bermandi manda di tepi pantai itu. Febrina mengukir senyuman.

"Sayang okey?" Darrel mengusap kepala isterinya.

Febrina memandang suaminya "okey" Bibirnya mengutumkan senyuman manis.

"Fikir apa?"

Darrel menepis pasir-pasir yang melekat di baju isterinya. Febrina melontarkan pandangannya ke arah pantai "tiada apa. Cuma teringat semula apa yang kita dah lalui sama-sama"

Mendengar kata-kata itu membuat Darrel tersenyum. Dia meraih tangan isterinya "thank you. Thank you for everything"

Darrel mengenggam tangan isterinya. Ibu jarinya mengusap kulit lembut itu. Bibirnya mengucup lembut dahi isterinya. Febrina menutup mata.

Darrel memandang wajah isterinya "you deserve to be happy. You deserve more than this"

Jarinya mengusap dagu wanita itu. Menikmati kelembutan kulit Febrina di jari jemarinya.

"Thank you" Balas Febrina. Dia melentokkan kepalanya di bahu Darrel. Mereka melihat matahari terbenam.

"Kakak. Jom lah mandi" Isander menghampiri kedua pasangan itu. Febrina menarik remaja itu duduk di hadapannya

"Jom kita tengok sunset dulu" Isander akur. Dia duduk di hadapan, antara Darrel dan Febrina.

Isander merehatkan kepalanya di lutut Darrel. Febrina mengusap rambut remaja itu. Pandangan kembali dilontarkan pada pemandangan yang indah di hadapan matanya.

Langit yang bewarna oren kemerahan itu membuatnya sangat tenang. Tambah pula angin yang kuat menampar kulit mereka. Dia gembira tetapi lebih gembira apabila dia dapat meluangkan masa dengan dua orang yang paling dia sayang ini.

Isander mengenggam tangan Febrina yang berada di bahunya. Kepalanya masih enak direhatkan di lutut abangnya.

Tangan suami isteri itu bersatu. Darrel menoleh kepala melihat sipi-sipi wajah cantik isterinya. Dia mengucup kepala wanita itu sebelum pipinya direhatkan pada kepala Febrina.

Keluarga seperti ini lah yang dia impikan. Semuanya berubah setelah wanita itu hadir ke dalam hidupnya. Febrina betul-betul cahaya yang menerangkan hidupnya yang gelap.

Terima kasih tuhan atas saat-saat bahagia yang kau pijamkan ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro