Chap 31

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bendera istana berkibar dengan megah. Rakyat jelata sudah bersorak di luar istana, membawa bunga bersama mereka.

Hari ini ialah hari yang paling istimewa buat negara itu. Hari ini ialah hari permahkotaan Puteri Mahkota Larriance, Puteri Febrina Chalinda.

Suasana meriah di istana itu menggambarkan perasaan rakyat ketika ini. Mereka teruja dengan majlis yang akan berlangsung.

Dua pasangan itu berjalan dengan penuh karisma di atas karpet bewarna biru gelap melalui tetamu-tetamu hebat yang berdiri sambil menepuk tangan.

Tangan Febrina melingkar di lengan suaminya. Mereka memakai pakaian yang menepati protokal istana.

Mereka menghampiri Raja dan Permaisuri yang sudah menanti di pentas dengan senyuman yang mekar di bibir masing-masing.

Apabila sampai di hadapan Raja dan Permaisuri. Pasangan muda itu menundukkan badan, memberi hormat pada pemerintah mereka.

Darrel berdiri di tepi. Permaisuri menghampiri puteri jelita itu. Di tangannya memegang satu tiara

"Perintah lah Larriance wahai pewaris ku" ujar Permaisuri Helen sebelum tiara itu diletakkan di atas kepala Febrina. Sejurus itu suasana mendadak gamat.

Jeritan sambung menyambung. Rakyat jelata di luar istana menangis kegembiraan melihat puteri mereka. Itulah bakal ratu mereka. Mereka sudah tidak sabar mahu menikmati kehidupan di bawah pemerintahan dua pasangan muda itu.

Raja Aqbari mula melangkah menghampiri Febrina setelah isterinya mengundur memberi laluan.

Raja Aqbari mengukir senyuman. Di tangannya ada satu bekas kaca. Febrina menundukkan kepala "ambil lah senjata ini dan bantu lah Putera untuk melindungi Larriance"

Bekas kaca berkenaan dihulur. Febrina menatap senjata itu. Di dalam bekas itu ialah set busur. Bekas berkenaan bertukar tangan.

"Protect Larriance Your Highness" Bahu Febrina diusap lembut oleh raja.

Febrina mendonggakkan kepala. Menatap Raja Aqbari. Lama-kelamaan dia menganggukkan kepala "with all my heart Your Majesty"

Pipi Febrina diusap sebelum lelaki paruh baya melangkah ke tempat asalnya. Darrel menghampiri isterinya. Dia menundukkan badannya.

Melihat tindakan Putera itu membuat rakyat jelata bersorak riang. Itu adalah perkara yang sangat jarang berlaku. Sekiranya bakal raja menundukkan badan memberi hormat pada bakal ratu maknanya bakal ratu mereka benar-benar hebat dan lelaki itu sendiri mengakui kebolehan isterinya dan menghormati wanita itu.

Darrel menegakkan semula badannya. Febrina mengukir senyuman. Darrel menghulurkan tanggannya dan wanita itu mencapai. Mereka berdiri menghadap tetamu.

Serta merta semua orang menundukkan badan mereka beberapa saat. Menunjukkan hormat pada bakal pemerintah mereka.

Febrina melebarkan senyuman. Dia adalah Puteri Mahkota Larriance sekarang.

Wanita yang hanya dikenali sebagai pembantu rumah sekarang menjadi bakal ratu Larriance. Isander berlari ke arah pasangan itu dan memeluk erat dua orang yang dia cintai itu.

Febrina dan Darrel memandang sesama sendiri sebelum dia membalas pelukkan Isander.

Bibirnya tidak henti mengukir senyuman. Urat pipinya hampir lenguh tetapi perasaan bahagia sudah terlebih dahulu menyelubungi dirinya. Dirinya rasa sangat gembira. Takdir dan perancangan tuhan sangat hebat. Tersangat lah hebat dan yang pasti tiada siapa mampu mengubahnya.

Buat seketika mereka bertiga berpelukkan. Menikmati momen bahagia. Sinar gembira mengerlip di matanya. Hatinya riang, seriang kicauan burung-burung yang terbang membelah cuaca petang.

Rakyat jelata mengangkat banner yang dibina mereka. Tulisan di atas canvas itu ialah 'Welcome Princess Febrina Chalinda Ebrahim'

BUKU ditutup "dan keluarga Ebrahim pun hidup dengan bahagia. Tamat" wanita muda itu mengukir senyuman.

Kanak-kanak di hadapannya menepuk tangan mereka dengan riang "Cikgu, hebatnya puteri Febrina" salah seorang dari mereka bersuara.

Guru wanita itu menganggukkan kepala. Bibirnya masih mengukir senyuman "memang hebat. Kalau tak, tak akan lah puteri mampu jadi bakal ratu kan?"

Kanak-kanak berkenaan menganggukkan kepala "Saya nak jadi macam puteri Febrina!"

Tertawa guru itu dibuatnya. Dia menggelengkan kepalanya melihat telatah semua kanak-kanak itu.

"Macam mana Putera Darrel boleh pilih Puteri Febrina jadi isteri dia?" Kanak-kanak perempuan itu meletakkan jari kecilnya di dagu. Seakan-akan berfikir.

"Destiny" Itu sahaja yang dibalas guru itu.

"Ok lah. Sekarang waktu untuk tidur. Jom semua naik katil" Mereka bertempiaran menuju ke katil masing-masing.

Guru wanita itu mengucup dahi semua kanak-kanak itu sambil mengucapkan selamat malam. Sampai pada kanak-kanak terakhir. Kanak-kanak kecil itu membuka mata memandang gurunya "cikgu"

Wanita itu memandang wajah polos berkenaan sambil mengusap pipi gebu budak perempuan itu "hm?"

"Nanti cikgu cerita lagi pasal Puteri Febrina boleh?"

"Kenapa? Sofea suka?"

Kanak-kanak itu menganggukkan kepalanya. Bibir kecil itu mengukir senyuman "suka. Fee nak jadi macam puteri. Selalu kuat dan berani" Dia mengangkat tangan kecilnya.

Wanita itu tertawa kecil. Dia mengelus rambut separa panjang kanak-kanak berkenaan "you always strong and brave" Satu kucupan hinggap di dahi mulus Sofea.

"Dah tidur. Goodnight"

"Goodnight cikgu"

Wanita itu meletakkan buku yang bersaiz sederhana di atas meja. Dia menutup lampu dan melangkah keluar dari bilik itu.

Kulit buku berkenaan dicetak seakan-akan kulit kayu. Buku berkenaan setebal kamus. Boleh tahan tebal tetapi isi di dalamnya mampu membuat pembaca masuk ke dunia fantasi berkenaan, meletakkan diri mereka sebagai watak utama.

Tajuk yang berada di kulit buku itu bersinar apabila mengenai lampu yang terhasil dari luar tingkap. Jelas memancarkan tajuk di buku itu iaitu;

I am not a Princess.

Fantasi itu membawa kebahagiaan dalam hidupnya. Dunia tidak seindah yang fikirkan. Tatkala remaja berpusu-pusu menikmati keinginan jiwa remaja mereka. Di sini dia, mereka khayalan di benaknya.

Hidup di bisikan fantasi yang direkanya sendiri. Dikongsi dengan orang ramai kisah hidup yang manis tetapi sayangnya itu hanyalah fantasi.

Dia penat. Dia lelah. Segenggam harapan yang dia miliki semakin hari semakin lesap. Dia tak mampu menghadap dunia yang kejam ini dan akhirnya dia menulis buku dan mencurahkan fantasinya ke dalam karyanya.

Semua momen manis itu hanya lah rekaan semata-mata sedangkan dirinya di dunia realita hanya kosong dan muram.

Dia mengambil keputusan untuk pergi. Pergi dari dunia realiti dan masuk ke alam fantasi.

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro