: ̗̀➛ Bab 10

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DUA bulan telah pun berlalu, menandakan bahawa selama dua bulanlah tempoh pengenalannya dengan Aideen dan juga, tibalah masa untuk dia pulang ke rumah, menikmati cuti pertengahan semester.

Selalunya, Inara dan Imratul akan balik pada hari yang sama, tetapi untuk semester kali ini, Imratul pulang lebih awal kerana kelasnya dibatalkan. Dalam biliknya hanya tinggal dua orang saja termasuk dirinya itu. Seorang lagi tak balik memandangkan dia berasal daripada Sabah.

Setelah memastikan segala barang selesai dikemas, bagasi ditolak menuju ke lif berserta barang-barang yang lain. Baru sahaja dia ingin menapak menuju ke parkir kereta, ada satu suara yang menyapa dari belakang.

"Ara."

Pantas Inara mengalihkan pandangannya ke belakang. Senyumannya melebar apabila melihat empunya suara.

"Banyak sangat ke barang? Nak saya tolong angkut sekali ke?" tawar Aideen. Lelaki itu mula datang mendekati Inara.

Inara menggeleng perlahan kepalanya. "Tak apa. Tak banyak sangat pun. Awak kenapa tak balik lagi?" soalnya pelik.

"Saja balik lambat. Balik awal-awal pun terperap je dalam bilik. At least duduk sini dapatlah jugak lepak dengan kawan-kawan. Lagipun, ada roommate yang orang Sabah Sarawak tak balik. Eh, sini lah saya tolong awak angkut barang." Aideen mula mengambil beg yang dipegang di tangan kiri Inara itu. Belum sempat Inara ingin membantah, beg sudah bertukar tangan.

"Awak balik dengan siapa? Balik naik bas ke apa?"

"Saya drive." Inara mula membuka langkah. Disusuli dengan Aideen yang kini sedang berjalan beriringan dengannya.

"Lah, awak boleh drive rupanya."

"Yalah. Kenapa? Muka saya ni nampak macam tak boleh bawak kereta ke?"

"Tak lah. Mana tahu kaki tak sampai."

Wajah Inara automatik bertukar menjadi cemberut. Halus betul cara perliannya. "Amboi, nak kata saya pendeklah ni?"

Aideen ketawa. "Eh saya tak kata awak pendek pun. Awak yang kata."

Satu jelingan dihadiahkan. "Bukan saya yang pendek ya. Awak tu aje yang terlebih tinggi. Terlebih kalsium dalam tulang," katanya tak nak kalah. Dah nama lagi perempuan, mana nak kalah.

"Eleh. Habistu awak tu pulak apa? Tak cukup kalsium?" Sejurus dengan itu, Aideen melepaskan lagi tawanya. Terhibur dengan ayat sendiri nampak.

Matanya dijulingkan ke atas. Nak main kalsium cukup tak cukup pula. Langkah kaki diberhentikan sebaik sahaja tiba di kereta Axia berwarna merah.

"Ni kereta awak?" Aideen bertanya dan Inara hanya mengangguk sebagai balasan.

"Comel macam tuan dia."

"Menyempat eh puji. Letaklah beg dekat situ. Awak bolehlah pergi balik. Terima kasih tolong angkut beg saya walaupun saya kata tak payah." Dia mula membuka bonet kereta. Satu persatu beg dimasukkan ke dalam bonet dan sudah tentunya tanpa dipelawa, Aideen sendiri yang menawarkan diri untuk turut bantu angkat beg masuk ke dalam bonet. Setelah selesai, pintu bonet kembali ditutup.

"Saya balik dulu. Again, thanks tau tolong," ucapnya bersama senyuman terlukis di bibir.

"No problem. Nah, ini botol air awak." Botol air yang berada di tangan Aideen dihulurkan. Baru sahaja Inara ingin ambil, entah bagaimana tangannya boleh terlepas menyebabkan objek tersebut terus jatuh menyimbah lantai sekaligus terus pecah.

Melihatkan perkara tersebut, terus Inara meletakkan kedua-dua tangannya ke muka seolah-olah ingin mempertahankan diri dan terus berkata, "So–sorry! Saya tak sengaja! Sorry, sorry!" Ucapan maaf diungkapkan sambil kedua-dua tangan dirapatkan seolah-olah tanda memohon kemaafan. Dahi Aideen berkerut melihat tindakan Inara itu.

"Eh, Ara awak kenapa ni? Bukan salah awaklah. Tak perlu minta maaf sebab bukan salah awak," ujar Aideen apabila melihat tingkah laku gadis di hadapannya ini. Bingung dia jadinya melihat Inara yang tak berhenti meminta maaf itu.

Mendengarkan ayat tersebut, perlahan-lahan Inara menurunkan tangannya lalu wajah diangkat memandang Aideen. Dapat dia lihat kekerutan timbul di dahi lelaki tersebut.

"Awak okey ke tak ni? Kenapa ni? Botol tu ada siapa-siapa punya ke apa?" Tindakan Inara tadi seolah-olah tindakan refleks. Nampak sahaja botol jatuh, terus cuak wajah Inara jadinya.

"Err, tak ada siapa-siapa punya. Um, saya balik dulu. Bye." Tanpa menunggu balasan daripada Aideen, dia terus memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Kepala diletakkan di atas stereng beralaskan tangannya sebaik sahaja dia mula mengambil tempat.

Ketukan di tingkap membuatkan Inara mengangkat kepala lalu ditoleh ke sisi. Dia menurunkan tingkap apabila Aideen memberi isyarat.

"Awak kenapa ni? Okay ke? Boleh drive ke tak?" Risau dia jadinya apabila melihat keadaan Inara itu.

"Oh, saya okay aje. Jangan risau." Nampak sangat ke muka dia pucat tadi? Tapi pucat bukan sebab sakit tapi sebab lain. Sebab yang muncul sejak dia kecil lagi yang sukar untuk dibuang.

"Are you sure?" Timbul riak wajah risau di kanvas muka Aideen itu. Inara mengangguk kepalanya berkali-kali bersama senyuman di bibir, mengharapkan lelaki itu yakin dengan jawapannya.

Aideen melepaskan keluhannya. "Okay. Saya percaya awak. Hati-hati tau bawak kereta. Kalau ada apa-apa, call je saya okay?" pesannya.

Untuk kesekian kalinya, anggukan diberi. Sebelum tingkap dinaikkan, tangan dilambai ke arah Aideen. Enjin dihidupkan lalu kereta itu terus dibawa keluar dari kawasan kampus sebaik sahaja dirinya dapat ditenangkan.

"Jangan risau Ara. Tu bukan salah kau. Jangan fikir sangat. Botol tu terlepas jatuh aje." Ayat itu diulang berkali-kali untuk menyakinkan diri dan menghindarkan rasa negatif yang mula menyelubungi diri. Perhatian diberikan sepenuhnya ke arah pemanduan sambil dirinya cuba untuk melupakan apa saja yang berlaku tadi.

***

KERETA Axia miliknya dipandu masuk ke halaman rumah dan diparkir di tempat yang selalu dia letak. Enjin dimatikan terlebih dahulu sebelum dia mula keluar dari perut kereta. Bonet kereta dibuka lalu satu persatu barang yang dibawa balik, dibawa keluar.

"Eh Ara, baru balik ke?"

Inara menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan Mak Jah, jirannya, sedang berdiri tidak jauh darinya.

"Ha'ah, Mak Jah. Balik cuti sem," jawabnya ringkas.

"Berapa lama duduk sini?"

"Seminggu aje. Mak Jah nak pergi mana tu?" tanyanya sekadar berbasa-basi.

"Mak Jah nak pergi kedai kejap. Nak beli santan. Tu si Arel tiba-tiba minta nak makan ayam masak lemak."

"Uish, sedap tu. Eh, Arel baru balik ke Mak Jah?" Setahunya, anak sulung Mak Jah itu sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master di luar negara.

"Ha'ah. Semalam baru balik. Eh, Mak Jah pergi dulu." Wanita itu meminta diri lalu kelibatnya mula beransur hilang dari pandangan Inara.

Inara pula kembali menyambung tugasannya yang tergendala tadi dek kerana ralit berborak dengan Mak Jah.

"Ara?"

Ramai betul yang tegur dia harini. Dah jadi jejak kasih ke apa? Eh, tidaklah ramai. Baru dua orang. Dia memusingkan tubuh ke belakang. Seorang jejaka yang sudah tentu lebih tinggi darinya itu mula menyapa kornea mata. Didongakan sedikit kepala agar dapat melihat wajah jejaka tersebut.

"Abang Arel?"

"La, dah besar eh Ara. Tengah buat apa sekarang? Ni baru balik dari mana?" Lelaki itu mula melontarkan soalan.

"Tengah sambung belajar. Ara ambil law. Baru balik dari kampus. Tengah cuti midsem sekarang. eh Abang Arel tengah cuti sem kan? Baru sampai semalam?" Inara pula melemparkan soalan.

"Cuti sem abang tak baliklah Ara. Nun jauh di UK nak balik Malaysia kalau cuti sem? Habislah duit nak beli tiket flight. Abang dah habis study."

"Wah! Seriously? Congrats! Tak sangka abang dah habis Master. Memang idola la!" puji Inara.

"Idolalah sangat. Eh, macam mana Ara tahu kata abang dah balik? Abang tak pernah bagitahu Ara pun. Ara stalk abang eh?" usik Arel.

"Tadi nampak Mak Jah lalu. Lepastu dia bagitahu yang abang Arel dah balik. Tak ada maknanya lah Ara nak stalk abang."

Arel melepaskan tawa kecilnya. "Nak abang tolong angkat ke?" tanyanya apabila melihat barang yang dibawa keluar dari bonet kereta itu.

"No need. Tak banyak mana pun barang Ara. Abang pergilah balik rehat. Abang baru balik semalam kan?Mesti jet lag ada lagi." Ditarik pemegang beg bagasi itu.

"Hmm, ni kira halau ke apa?" Nada suara Arel seolah-olah sedang berjauh hati.

"Amboi kau Arel! Balik-balik je terus nak berdating dengan adik aku eh?" Suara Irfan mula kedengaran tidak jauh dari mereka. Kedua-duanya menoleh ke arah suara tersebut.

Irfan mula turun dari tangga. Selipar disarungkan lalu mula berjalan mendekati adik perempuannya itu. 

"Lain macam eh kau ni. Balik je dari UK bukan cari member dulu tapi cari adik member." Ditumbuk bahu kanan Arel itu.

Inara hanya menyaksikan sahaja adegan mereka berdua itu. Adegan di antara dua kawan baik. Sejak kecil lagi abangnya, Irfan berkawan baik dengan Arel. Dulu, pergi mana-mana, tak berenggang dua ketul ni. Dari zaman tadika sampai lah ke universiti masuk sama-sama. Course pun sama!

Tapi Irfan cuma sambung sampai degree saja. Tidak  turut mengikuti Arel menyambung pelajaran di peringkat Master. Katanya nanti bila dia sambung belajar, dah tak ada siapa nak jaga mak dengan ayah.

"Hei, mulut kau tu kan. Jaga sikit eh? Itu sebab aku nampak adik kau waktu jalan-jalan dekat area rumah kau, itu yang aku tegur adik kau dulu. Aku bagi penumbuk sedas kang." Satu penumbuk ditayangkan di wajah Irfan menyebabkan lelaki itu melepaskan tawanya.

"Kau duduklah bawah pokok tu dulu. Aku nak tolong adik aku angkat barang kejap."

"Eh, tak apa. Ara boleh angkat sendiri. Abang borak lah dengan abang Arel tu. Kejap lagi Ara buatkan air," halang Inara. Lagipun, barang yang dia bawa balik bukanlah banyak sangat. Memadai untuk dia sorang sahaja angkat. Tak perlu sampai dua orang.

"Tak perlu susah-susah buat air. Ara baru balik kan?" Arel menolak.

Senyuman tersungging di bibir Inara. Adeh, sesungguhnya ini adalah scene normal yang terjadi bila kita pelawa nak buat air. Kejadian, tolak menolak.

"Tak apa. Tak menyusahkan pun. Korang boraklah." Beg bagasi yang berada di kiri dan kanannya itu ditarik sehingga ke dalam rumah, membiarkan abangnya berserta dengan Arel berborak. Bagi dua ketul tu berjejak kasih kejap setelah tiga tahun tak jumpa.

Beberapa minit kemudian, Inara membawa dulang yang berisi dua cawan berserta jag yang berisi air teh panas. Tipikal minuman yang dihidangkan kepada tetamu memandangkan Irfan dan Arel lebih gemar minum minuman panas. Kalau dia? Setiap masa nak air berais. Contohnya macam sirap ais. Tak ke lagi nikmat begitu?

"Sorry lah. Tak ada makanan pulak nak hidang," beritahu Inara sambil tangan meletakkan cawan di hadapan mereka itu.

"Nah, its okay. Bukan masalah besar pun," balas Arel.

Inara tersenyum. Dituang air teh panas ke dalam cawan. Tanpa sengaja, tangannya tersentuh cawan milik Arel menyebabkan cawan itu terus terbalik dan segala isi yang ada tumpah. Panik Inara jadinya. Melihatkan riak wajah Inara itu, Irfan bertindak pantas dengan memegang tangan Inara. Dipandang wajah adiknya itu. Dah tahu apa yang akan jadi.

"Its okay Ara. Jangan takut. Arel tak akan marah Ara. This is just a simple incident. Breath in, breath out," arah Irfan lembut. Riak wajah Inara yang cuak itu tadi mula beransur kendur. Nafas ditarik perlahan lalu dihembus keluar. Apabila dia merasakan dirinya sudah sedikit baik, senyuman tipis ditayangkan.

"Dah okey?" tanya Irfan.

Inara hanya mengangguk. Balasan daripada Inara itu membuatkan Irfan melepaskan nafas lega. Dilepaskan tangan adiknya itu. "Good. Ara pergi masuk dalam ya? Tak silap, sekejap lagi ibu dengan ayah balik lah. Air yang tumpah ni tak apa. Abang lap. Ara pergi masuk kemas barang Ara dulu," kata Irfan lembut. Riak wajah risau masih terpancar di wajahnya. Inara hanya menurut perintah. Dia berjalan masuk ke dalam rumah.

"Still macam dulu?" Soalan daripada Arel itu membuatkan pandangan Irfan berpaling menghadap lelaki di hadapannya ini.

"Macam tu lah Arel. Bila dah nampak dia akan jadi macam tu, kena cepat-cepat comfort dia. Takut jadi kut lain nanti." Air teh panas yang sudah siap dituang, dicicip sedikit demi sedikit.

"Tak bawa pergi jumpa psychiatrist?"

"Ara sendiri yang tak nak. Dia kata dia boleh handle. Entahlah Arel. Aku macam was-was nak percaya ayat dia kata dia boleh handle tu. Cukuplah tadi aku tengok muka dia lepas dia tersentuh cawan tu sampai tumpah air. Muka dia dah start cuak. Aku tau dah apa yang dia akan cakap." Nampaknya, trauma si adik masih lagi tidak hilang.

Dulu, sewaktu kecil, setiap kali Inara melakukan kesalahan, atau menjatuhkan sesuatu barang, pasti akan dipukul oleh ayah kandung mereka. Benda itu berlarutan sampailah ibunya sendiri failkan penceraian kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya yang kaki pukul itu. Kesan daripada perkara tersebut membuatkan Inara akan mula panik bila dia terjatuhkan sesuatu barang atau melakukan kesalahan. Terus tangan akan naik ke muka, melindungi diri daripada dipukul.

"Aku harap tak jadi lagi teruklah." Dah sedia maklum trauma yang dihadapi oleh Inara itu. Pertama kali dia lihat Inara gelabah teruk bila terjatuhkan sesuatu di hadapannya. Terus dia tanya Irfan kenapa Inara berperangai sedemikian rupa. Jatuh kasihan dia jadinya.

"Selagi dia tak jumpa someone yang kaki pukul, yang perangai setan macam ayah kandung aku tu, insya-Allah tak teruk." Risau jugak dia kadang-kadang kalau trauma itu jadi semakin teruk. Dia pun, bukannya 24 jam ada dengan Inara.

"Then, kau carikanlah suami untuk dia," cadang Arel selamba.

"Amboi kau. Senangnya cakap? Apa kau ingat nak pilih suami tu macam pilih ikan dekat pasar?" Apa ke bernas sangat idea si Arel ni? Dia buat macam senang nak cari seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Petik jari saja, terus muncul.

"Kalau macam tu kau cari ajelah calon bini untuk kau. Kau pun dah lama single. Umur pun dah nak masuk 30."

"Kau cakap dengan cermin eh? Sebab tak silap aku, kau pun single even umur dah nak masuk 30. Duduk negara orang lama-lama, ingat sangkutlah sorang dengan minah saleh tapi sampai kesudah taknya. Kenapa? Tak laku eh?" Dia nak kata orang, padahal diri sendiri pun dua kali lima. Agaknya si Arel ni lupa kut yang mereka ini sebaya. Sama-sama single.

"Eh, mulut kau tu jaga sikit eh. Bukan tak laku, terlebih laku. Aku ni aje yang tak nak. Biasalah, kita kan orang Melayu, so, bini aku pun, aku naklah orang Melayu jugak. Minah saleh memang menawan, orang Melayu lebih menggoda. Ha gitu." Lirik asal lagu Perawan atau Janda nyanyian Cita Citata diubah dihujung ayatnya itu agar kena dengan situasi.

"Tak payah nak menyanyi sangat. Risau nanti tingkap kereta adik aku tu pecah bila dengar suara kau menyanyi," kata Irfan sarkastik. Dah lama rasanya tak perli-perli macam ini.

"Eh kau. Tak mengata aku tak sah eh?"

"Ha'ah, tak sah sebab memang kau layak untuk dikata."

Arel memejamkan kedua-dua matanya. Nasib lah dapat kawan macam ni wahai Arel Zafran oi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro