: ̗̀➛ Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"JAUH termenung Aideen. Teringat dekat buah hati ke?" tegur Haikal lalu dia mengambil tempat di sebelah rakannya itu.

Tersentak Aireen jadinya. Pandangan dikalihkan sekilas ke arah Haikal sebelum dikembalikan semula ke hadapan, memandang langit yang hanya disinari dengan bintang dan cahaya bulan.

"Teringat dekat Ara ke?"

Nama tersebut membuatkan Aideen pantas menghadap wajah Haikal. "Ara?"

"Haih, buat-buat lupa pulak. Ara, Inara Amanda." Tiba-tiba hilang ingatan ke apa Aideen ni?

"Buat apa pulak aku nak ingat dia?"

"Alahai, soalan. KBATnya."

"Kau dengan Ara ada apa-apa ke?" Haikal mula melemparkan soalan.

"Maksud kau?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Maksud aku ada in relay or something."

"Kenapa kau tanya macam tu?" Berkerut dahi dia jadinya.

"Tak lah. Aku cuma nak tahu je. Okey kau tak pernah tahu pun Ara sebelum ni. Maksud aku, kewujudan dia pun kau tak tahu. Aku of course lah tahu sebab dia kawan baik Atul. And then baru-baru ni Atul bagitahu yang kau dah mula berkenalan dengan Ara jadi, I'm quite curious la," jelas Haikal tanpa memandang Aideen yang berada di sebelahnya itu.

"No need to be curious. I just want to be her friend."

"And I really hope you do that without any other intention."

"And does that bother you? Kenapa? Kau tak suka ke aku dekat dengan Ara? Kenapa? Kau suka dia ke apa?" Kini, Aideen mula mengubah posisi menghadap Haikal.

Haikal melepaskan keluhannya. "Let just think I said this because I think of her like my own little sister. I know what she had been through that is why aku cakap macam tu dekat kau. Bukan sebab aku suka dia ke apa. I only love one person so why should I love another one? Aku tak nak at the end, she got hurt because of you. Aku tahu niat kau baik. Dan aku harap memang betul la tekaan aku tu. Aku masuk tidur dulu. Kau pun jangan lama-lama sangat dekat luar." Bahu Aideen ditepuk perlahan lalu dia mula menapak masuk ke dalam rumah, meninggalkan Aideen di kawasan balkoni.

Dia tahu apa yang Inara lalui. Dianggap sebagai outsider. Diketahui dari mulut Inara sendiri dan juga pernah menyaksikan di hadapan mata. Tapi Inara masih lagi mampu tersenyum, anggap seolah perkara itu tak pernah jadi dalam hidupnya.

Aideen memerhatikan sahaja gerak geri Haikal itu. Rambutnya diraup. Ayat yang dilontarkan oleh rakannya itu cuba dicerna sebelum akhirnya dia turut melangkah masuk ke dalam rumah.

***

"ASSALAMUALAIKUM," ucap Inara perlahan apabila pintu bilik tersebut ditolak. Disuakan kepalanya sedikit ke dalam bilik itu untuk melihat sama ada sudah ada orang ke belum.

Kosong.

Pintu dikuak dengan lebih luas lalu langkah kaki dibawa masuk ke dalam. Jam di telefon dilihat. Dia awal sepuluh minit. Patutlah tak ada orang lagi.

Dia mengambil tempat disebuah kerusi kosong. Beg yang digalas dilorotkan lalu disandarkan di tepi kerusi. Pandangan ditebarkan ke segenap ruang bilik tersebut sebelum akhirnya terhenti di satu alat musik.

Nak pergi ke tak? Tiba-tiba tangan terasa gatal pula nak pergi main alat tersebut. Dia mula bangun dari duduk lalu menuju ke satu sudut. Dipandang ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum dia mula melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat berhadapan dengan alat musik tersebut.

Jari jemari mula diletakkan di atas papan kekunci. Nafas ditarik terlebih dahulu sebelum jarinya mula menari di atas papan kekunci tersebut. Perlahan-lahan bunyi yang dikeluarkan memainkan irama. Ditekan satu-persatu white key berserta black key, selari dengan lagu Someone You Loved, nyanyian Conor Maynard.

Selang beberapa minit kemudian, dia menekan key yang terakhir bermakna tamatlah lagu tersebut. Tiba-tiba, bunyi tepukan yang datang dari belakang menyapa gegendang telingannya membuatkan Inara pantas bangun lalu menoleh memandang ke arah bunyi tersebut.

"Saya tak tahu pun yang awak pandai main piano." Lelaki itu mula datang mendekat lalu berdiri di sisi piano keyboard itu. Sekali-sekala jari lelaki tersebut menekan beberapa white key, mengeluarkan berlainan bunyi yang sudah tentunya tidak selari.

"Sebab saya tak pernah bagitahu awak sebab tu awak tak tahu."

Jawapan Inara itu mengundang tawa kecil Aideen. Wajah diangkat memandang gadis di hadapannya ini. "Dah lama ke main piano? Ada attend kelas ke waktu kecik-kecik dulu?" Selalunya, ibu bapa akan hantar anak diorang main piano ketika masih kecil lagi jadi tak mustahil perkara yang sama jadi dalam hidup Inara.

"Nope. Self learn. Saya bukan anak orang kaya so my parents tak mampu nak bayar yuran if saya nak join kelas piano," balasnya. Memang dari dulu dia minat main piano. Tapi disebabkan kekangan duit, dia belajar sendiri. Guna piano di bilik musik zaman sekolahnya dulu. Teringat pulak yang dia selalu balik lewat semata-mata nak main piano.

"Even self learned pun, nampak macam well trained by profesional," puji Aideen. Waktu telinga menangkap bunyi piano, terus dia berusaha mencari di mana bunyi tersebut datang. Tak sangka pula Inara yang memainkan melodi indah itu.

"Kejap, dah lama ke awak berdiri dekat situ?" Kalau dah Aideen tepuk tangan tadi tu, tak mustahil lelaki itu dah lama berdiri terpacak tengok dia main.

"Um, saya rasa dalam 5 minit dah kut saya duduk situ. Cuma awak je yang tak perasan." Memang sengaja dia tak tegur sebab dia nak dengar Inara mainkan lagu tersebut sampai habis. Kalau dia tegur, mesti Inara terus berhenti tak sambung main dah.

"Boleh ajar saya main?"

Permintaan daripada Aideen itu membuatkan Inara sedikit terkejut. Jari telunjuk naik menunding ke arah wajah sendiri.

"Saya ke?"

"Ye lah. Siapa lagi dalam bilik ni selain awak? Kenapa? Awak ada nampak orang lain sekali ke dalam ni?"

Inara menggelengkan kepala. "Tapi saya tak pandai sangat nak ajar orang. Saya pun bukannya pandai sangat main." Diri sendiri pun masih lemah, lepastu nak ajar orang. Tak pasal-pasal terbagi ajaran sesat.

"Ala, tak pandailah sangat. Tak pandai apanya sampai dah boleh mainkan satu lagu tadi." Aideen menarik satu kerusi lalu mula diletakkan bersebelahan dengan kerusi yang diduduki oleh Inara itu. Tak terlalu jauh, tak terlalu rapat.

"Awak nak saya ajar awak apa?" tanya Inara.

"Ajar saya main lagu. Lagu apa-apa je."

"Boleh je tapi saya start dengan lagu yang senang-senang dulu la. Twinkle-twinkle little star. Quite easy for beginner." Nampak macam Aideen nak sangat belajar main jadi dia turutkan saja lah. Takkan nak kedekut ilmu pulak?

"Twinkle twinkle little star pun jadilah. Mana lah tahu nanti boleh saya play untuk tidurkan anak-anak kita." Selamba sahaja Aideen berkata membuatkan kepala Inara berpusing sembilan puluh darjah menghadap Aideen yang sedang menghadap papan kekunci piano itu.

Menyedari dirinya diperhatikan, dia turut menoleh ke sebelah kanan, membalas pandangan Inara bersama senyuman. Gugup Inara jadinya. Perhatiannya kembali terarah ke objek musik yang terdapat di hadapannya ini.

"Awak ni memang suka betul eh cakap benda pelik-pelik." Ayat itu dilontarkan bagi mengusir rasa gugup yang sudah mula bertandang dalam diri.

Diajar satu persatu key apa yang perlu ditekan agar dapat mengeluarkan bunyi yang selari dengan tajuk lagu yang diperkatakannya tadi.

"Patutlah ada bau bunga dari luar. Rupanya bau bunga-bunga orang tengah berdating." Teguran suara yang datang dari pintu masuk jelas membuatkan lagu yang sedang dimainkan oleh Aideen terhenti. Inara pula terus bangun menghadap rakannya yang sudah mula masuk ke dalam.

"Bi..bila korang sampai?" Hari ni memang hari dia kantoi sedunia ke apa? Tadi dengan Aideen, sekarang dengan Tia, Umairah dan Jasmin pulak? Tebal muka dia tahan malu.

"Baru je. Kenapa? Nak suruh kami sampai awal ke so that kami boleh tengok korang berdating? Hm, bukannya tak nak, tapi takut kami muntah hijau je," usik Tia.

Merah muka Inara jadinya apabila diusik begitu. Aduh, terlupa pula tentang kenapa dia datang bilik ini tadi. Kenapalah tak terfikir yang bila-bila masa sahaja Tia dan rakan-rakannya yang lain akan tiba.

"Maaflah ye wahai cik abang. Cik abang eh? Entahlah tapi maaflah menganggu waktu korang berdua tapi kami ada benda yang perlu diselesaikan. Biasalah, student kan? Ada assignment kena siapkan. Abang mesti faham kan sebab abang pun student kan? Jadi, bagi kami pinjam Ara sekejap. Nanti korang sambung date ye?" sambung Tia lagi.

Muka Inara dah macam udang bakar. Menahan malu apabila disakat sedemikian rupa. Aideen mengangkat punggung.

"Eh tak apa. Lagipun saya kebetulan je nampak Ara dalam ni. Saya keluar dulu." Aideen mengorak langkah keluar dari bilik tersebut. Masing-masing menghantar langkah Aideen dengan pandangan mata sebelum kelibat lelaki itu hilang di sebalik pintu.

"Oh my god Ara!" Tia terus berlari ke arah Inara diikuti dengan Jasmin dan Umairah. Terpinga-pinga Inara jadinya apabila melihat tingkah laku mereka itu.

"Amboi kau! Dalam diam eh? Boleh tahan juga eh dia? Sejak bila lagi ni? Korang ada apa-apa ke?" Satu persatu soalan dilemparkan. Tak dapat lagi nak sembunyikan rasa teruja yang sudah berkampung dalam diri.

"Eh tadi kata nak buat assignment kan. Jom lah buat."

"Eh-eh, no no ubah topik!" Jari telunjuk digoyangkan ke kiri dan ke kanan, tepat di wajah Inara.

Inara menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "Kitorang kawan je. Tadi tu sebab dia minta ajarkan main piano sebab kebetulan dia dengar aku main tadi."

"Kawan lepastu kahwin! I hate accidents except when we went from friend to this, aha." Umairah mula menyanyikan lagu Paper Rings, dari Taylor Swift sambil mengelilingi Inara. Senyuman tak lokek dari bibir.

"Eh tapi kejap. Tadi kau cakap, kau ajar dia main piano kan?" Umairah menghentikan nyanyian serta langkahnya.

Anggukan diberikan oleh Inara sebagai balasan.

"Wah, seriuslah! Nak tengok kau main!" Bersinar terus mata Umairah jadinya setelah melihat balasan Inara itu.

"Betul tu! Aku pun nak tengok! Tak sangka kau pandai main piano." Kalini Jasmin pula bersuara.

"Nak ke?"

"Apa punya soalanlah kau ni. Of course lah nak!" Boleh pula si Ara tanya soalan macam tu lepas kitorang minta suruh mainkan. Haih, Ara, Ara.

Wanita itu menayangkan sengihannya. Dia kembali duduk. "Korang nak lagu apa?"

"Eh boleh request ke?" tanya Tia.

"Depend I guess. Ada certain lagu yang aku tak tahu  which key nak kena guna." Pandai main pun, tak semestinya semua jenis keynote lagu dia hafal. Yang mana dia tahu, dia main sajalah.

"Kalau macam tu, kau main je lagu apa yang kau tahu. Lagu yang kau mainkan waktu kitorang tak ada dekat sini ke apa ke. Asalkan main! Kami nak tengok, hehe," ujar Tia lagi. Senyuman terbit di bibir Inara. Jari jemari mula menari di atas papan kekunci, memainkan semula lagu yang dimainkannya sebentar tadi.

Lagu yang dimainkan yang menarik perhatian Aideen. Lagu yang membenarkannya merasai sekejap momen indah di antara dirinya dan Aideen Haidar.

***

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi kanan Hani menyebabkan kepalanya terteleng ke bahagian kiri. Dipegang pipinya yang berpijar itu. Terkejut dengan apa yang berlaku. Pantas dia memandang wajah ayahnya.

"Papa tampar Hani?" Selama dia menjadi anak kepada ayahnya ini, tidak pernah lelaki tua ini menaikkan tangan.

"Yes, papa tampar kamu sebab papa tak sangka anak papa selama ni pembuli! Apa function papa hantar kamu belajar undang-undang kalau kamu tu macam budak yang tak tahu undang-undang! Kamu ni tahu ke tak membuli tu pun satu jenayah? Kalau kamu tahu, kamu tak buat la semua tu, Hani! Apa nak jadi dengan kamu ni?! Papa hantar kamu untuk sambung belajar, bukannya jadi pembuli! Nak jadi peguam bertauliah macam mana kalau diri tu pembuli, hah?!" Bergema suara Tun Imran sewaktu mengungkapkan ayat tersebut. Turun naik dadanya.

Siapa tak terkejut bila dapat berita bahawa satu-satunya anak gadis yang ditatang bagai minyak yang penuh dibuang kerana membuli. Ya, membuli! Walaupun anaknya itu mengambil jurusan undang-undang!

"Sekarang kamu bagitahu papa, apa yang kamu tak puas hati sangat dengan budak tu sampai kamu sanggup buli dia? Hani, tolong lah. Kamu tu dah umur dua puluh lebih. Bukan budak-budak lagi. Kamu belajar undang-undang, jadi Hani patut tahu. Orang yang tak belajar law pun tahulah membuli tu salah tapi kamu? Papa tak tahulah nak cakap apa lagi. Rasa macam sia-sia hantar kamu belajar undang-undang bertahun-tahun tapi kesudahannya?" Tun Imran meraup wajahnya seraya keluhan berat dilepaskan.

Puan Dina dan Hanif yang duduk di sofa sekadar memerhati. Tak berani nak berkata apabila Tun Imran sudah mula bersuara. Melihatkan Hani yang diam tidak berkutik itu, Hanif mula bangun lalu datang mendekat. Bahu si adik dipegang lembut.

"Hani.."

Tangan si abang ditepis dengan kuat. Anak mata naik memandang tepat ke wajah ayah.

"Papa tampar Hani semata-mata sebab tu?" tanyanya mendatar. Langsung tidak ada rasa bersalah dalam diri.

Terkejut Tun Imran apabila mendengar soalan dari si anak itu. Begitu juga dengan Hanif.

"Hani, kenapa tanya soalan macam tu? Papa ada hak untuk marah Hani. Apa yang Hani buat tu bukan benda kecil tau? Hani buli dia sejak dari sem satu, sampai dah ke sem berapa. Sampai tahap Hani tolak dia sampai berdarah dahi dia," ujar Hanif, kurang senang dengan kelakuan si adik.

Kini, Hani mula mengalihkan perhatian ke arah Hanif. Senyuman sinis terbit di bibirnya. "Oh, jadi abang nak back up budak perasan bagus tu la? Budak nerd tu?"

"Hani Yusrina." Suara Hanif naik seoktaf apabila menyebut nama si adik.

"Sudahlah. Buang masa je. Ingatkan panggil turun buat apa. Rupanya nak bagi penampar sulung. Ha baguslah, back up la perempuan tu. Memang semua salah Hani. Hani yang jahat!" Tempik Hani lalu langkah kaki terus dibawa menuju ke tingkat atas, ke biliknya.

"Hani Yusrina! Papa tak habis cakap dengan kamu lagi!" jerit Tun Imran. Boleh sakit kepala dia memikirkan karenah anak perempuan yang satu ini.

"Kau memang perempuan tak guna Ara. Kau tunggu je lah nanti," omel Hani geram seraya melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu dihempas dengan kuat. Sekuat sakit hati yang dirasakannya tika ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro