: ̗̀➛ Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ADA orang datang masuk meminang Ara minggu lepas."

Cawan yang berada di tangan Inara terus jatuh menyimbah bumi apabila mendengar penyataan abangnya itu. Terkejut Irfan jadinya dengan reaksi si adik itu. Dipandang lantai tempat cawan itu jatuh.

Nasib air kosong aje!

"Apa?"

"Ada orang datang masuk meminang Ara." Irfan mengulang semula ayatnya. Terkejut sangat adiknya ini.

"Tak, Ara dengar apa yang abang cakap, ada orang datang minang Ara? Siapa?" Manusia mana pula yang datang pinang dia ni? Siapa pula yang tiba-tiba berkenan dekat dia? Dia ini jumpa lelaki pun jarang! Balik rumah pun bukannya selalu. Dekat kampung ini, ada berapa ketul sahaja lelaki yang dia kenal. Itu pun, bukannya rapat sangat. Kenal-kenal macam itu saja.

"Itu abang tak tahu. Abang balik-balik, ibu dengan ayah bagitahu kata ada orang nak pinang Ara. Kalau Ara nak tahu, Ara pergilah tanya ibu atau ayah."

"Haih pelik. Bukan ke abang ni jenis penyibuk jugak? Takkan la abang tak tahu siapa yang datang masuk minang Ara?" Si Irfan ni, kalau berkaitan dengan dia, memang jadi penyibuk nombor satu. Apatah lagi kalau hal-hal macam ini. Takkanlah abang dia tak ambil tahu?

"Amboi kau dik, kata abang penyibuk eh? Dah abang tak tahu nak buat macam mana? Ara pergilah tanya. Abang ada kerja lain lagi nak buat. Dah, abang balik lewat malam. Kunci pintu dulu. Nanti dah sampai, abang suruh bukak." Irfan yang tadi duduk mula bangun. Langkah kaki dibawa keluar dari ruangan dapur.

Inara memandang tajam belakang tubuh Irfan. Abang dia ini, buat-buat tak tahu ke apa ni? Dia melepaskan helaan nafasnya. Cawan di tangan diletakkan di dalam sinki lalu dibasuh. Kemudian, dia mengambil kain buruk dan mengelap air yang tumpah sebelum berlalu mencari kelibat orang tuanya.

***

"IBU tak tahu."

"Ayah pun tak tahu siapa."

Inara rasa macam nak hempuk kepala dekat dinding. Ibu dengan ayah dia pun tak tahu siapakah lelaki yang nak jadikan dia isteri? Habis tu, siapa suami dia sampai diorang pun tak tahu ni? Makhluk halus?

"Eh, kenapa pulak ibu dengan ayah tak tahu? Waktu meminang haritu, dia tak datang sekali ke?" Wajah kedua-dua ibu bapanya dipandang silih berganti.

"Yang datang tu cuma mak ayah dia je..zl balas Puan Irma.

"Ha, kalau macam tu, diorang tak bagitahu ke siapa nama anak diorang?" Kalau dah minta wakilkan tu, takkanlah tak bagi tahu pinang untuk anak yang nama siapa. Nanti buat dia ada tiga orang anak lelaki, kemudian bila tibanya hari akad nikah, confuse siapa yang akan jadi suami dia.

Eh kau Ara, fikir macam kau memang nak terima, bisik akal fikiran Inara.

"Ala, tak ingatlah pulak. Irma ingat ke?" Encik Ghazi melepaskan baton kepada si isteri.

"Saya pun tak ingatlah, bang..."

Tidak berkedip mata Inara jadinya. Benda-benda sebegini pun boleh terlupa? Ke saja-saja buat lupa?!

"Habistu? Takkan ibu dengan ayah setuju?"

"Taklah kami nak setuju. Takkan kami nak setuju kalau Ara sendiri tak bagi kata putus. Kami pun tak nak lah paksa-paksa," ujar Puan Irma. Dia memang dari dulu tak suka paksa anak-anak dia buat sesuatu. Tak suka kongkong. Biar sahaja anak-anak buat ikut minat dan kehendak sendiri. Asalkan tak langgar syariat agama.

"Tapi macam mana Ara nak setuju kalau Ara sendiri tak tahu siapa lelaki tu?" Mahu nanti lelaki berumur 70 tahun ke. Tak ke pengsan dia?

Memanglah orang kata jodoh tak mengenal usia tapi gila ke dia yang umur 22 ini kahwin dengan lelaki berusia 70 tahun. Banyak sangat age gap tu! Dah macam atok dengan cucu!

"Yang itu, nanti kita bincang lain. Ara tak payah lah serabutkan sangat kepala fikir siapa yang pinang Ara tu. Lagipun, orang tu bagi Ara masa yang lama untuk buat keputusan. Mak ayah dia bagitahu, tak perlu rushing sangat," beritahu Encik Ghazi. Pasti anak perempuan tirinya ini rungsing memikirkan hal tersebut. Mahu taknya, balik sahaja dari universiti, dapat berita kata ada orang datang masuk meminang. Dia yang sebagai ayah pun terkejut.

Nafas berat dilepaskan. Mahu tak serabut dia fikir. Balik-balik, ada orang nak buat bini. Eh, dia tak pernah langsung tau terfikir nak kahwin! Apa yang ada dalam kepala otak dia cuma nak belajar sahaja. Lulus LLB (Bachelor of Laws), buat segala apa yang patut, kemudian jadi peguam. Itu sahaja yang dia fikir. Tak pernah terlintas pasal kahwin walaupun dulu dia mati-matian crush dekat orang tapi at the end kena tipu hidup-hidup.

"Tak apa lah kalau macam tu. Ara masuk bilik dulu." Tanpa menunggu sebarang balasan, Inara menapak keluar dan lantas menuju ke dalam biliknya.

Puan Irma dan Encik Ghazi saling berpandangan apabila kelibat anak mereka mula hilang dari pandangan.

"Kita memang tak nak bagitahu ke? Ara tu macam nak sangat je tahu." Dari riak wajah Inara, pasti anak perempuan mereka nak sangat tahu siapa yang datang meminang dia.

"Nanti-nantilah kita bagitahu dia. Abang fikir nak bagitahu lepas dia habis belajar aje sebab diorang sendiri sanggup tunggu sampai Inara habis belajar tapi tak sangka Irfan laju bagitahu dia," balas Encik Ghazi.

Puan Irma melepaskan keluhan nafasnya. Tak tahulah apa yang nak dibuat sekarang. Apa yang jadi itu memang betul-betul mengejutkan mereka sekeluarga.

"Irma nak telefon diorang kejap..." Puan Irma mula bangkit dan menuju ke atas meja yang menempatkan telefon pintarnya. Nombor seseorang dicari lalu panggilan mula disambungkan.

***

"IBU dengan ayah memang betul-betul tak tahu ke siapa yang pinang Ara?" tanya Irfan apabila hanya tinggal dia, Puan Irma dan Encik Ghazi sahaja di dapur.

Puan Irma menghidangkan jag yang berisi air teh panas berserta tiga cawan lalu dia mengambil tempat di sebelah suaminya itu. Air teh panas itu dituang ke dalam cawan satu persatu.

"Tak ada ais ke, bu?" Apa ni minum air panas-panas? Tak ke lagi nikmat minum air yang berais? Sejuk tekak!

"Selalu air berais kamu ni. Sebijik macam Ara. Pergi letak ais sendiri." Puan Irma menggelengkan kepala. Perangai anak sulung mereka ini memang betul-betul serupa dengan anak perempuan mereka, Inara. Dah macam kembar. Makanan apa yang tak suka pun serupa!

Irfan menayangkan sengihannya. Dah duduk ni, malas pula nak bangun. "Irfan tanya ni, betul ke ibu dengan ayah tak tahu siapa yang meminang Ara?" Irfan mengulang semula soalannya apabila kedua-dua orang tuanya masih tidak menjawab.

Puan Irma memandang suaminya sekilas.

"Kami tahu aje. Takkanlah kami tak tahu siapa yang nak pinang anak kami tu. Buat nanti hari akad nikah yang munculnya lelaki umur 70 ke? Mahu sakit jantung ayah jadinya," jawab Encik Ghazi. Mulut dibawa ke birai cawan lalu air teh panas itu disisip perlahan.

"Seriuosly? Siapa? Ayah dengan ibu dah tengok ke muka dia? Handsome tak?" Cawan di tangan terus diletakkan di atas meja. Kaki kanan yang naik terletak di atas kerusi pantas dijatuhkan. Anak mata tak lepas memandang dua figura yang sedang duduk di hadapannya itu.

"Rupa tak pernah lupa eh nak tanya?" Puan Irma pula bersuara.

"Yalah, nak tahu jugak dia handsome dari Irfan ke tak." Sempat lagi Irfan mengangkat bakul sendiri.

"Orangnya tak datang waktu tu. Mak ayah dia aje yang datang. Jadi kami tengok dari gambar aje. Boleh tahan jugak budak tu," komen Encik Ghazi.

"Umur dia berapa? Tua dari Ara ke, muda dari Ara?" Dah macam sesi soal siasat jadinya.

"Tak ingat pulak berapa tapi dia lagi tua dari Ara. Dua puluhan macam tu jugalah. Tua dalam dua tiga tahun macam tu kut."

Mulut Irfan membulat sedikit. Nasib tak besar mana jarak umur itu. Buat orang itu lagi tua dari dia ke apa ke? Tak ke dia yang rasa awkward? Tak tahu nak panggil adik ipar ke atau abang ipar.

"Siapa nama dia?" Boleh pula terlepas untuk bertanyakan benda yang paling penting sekali dalam hal ini. Apa-apa pun, nama kena tahu dulu! Kenal tak kenal belakang kira, asalkan tahu nama.

"Siapa nama dia Irma? Abang lupa pulak. Yang abang ingat nama dia macam ada 'Dar' sikit tu dekat belakang." Encik Ghazi memicit perlahan pelipis dahinya, cuba mengingati nama lelaki yang meminang anak perempuan mereka itu.

"Aideen Haidar, abang."

PUK!

Ketiga-tiga mereka pantas menoleh ke arah bunyi tersebut. Bekas yang ada di tangan Inara mula jatuh tergolek menuruni tangga. Inara pula masih kekal statik di situ. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Ara." Puan Irma mula bangun.

"Dah lama ke Ara dekat situ?" Bagaimana kalau Inara dengar? Sudahlah mereka berjanji untuk tidak memberitahu Inara siapa yang pinang sehingga sampai waktunya.

"Ibu cakap siapa yang masuk meminang Ara tadi?" tanyanya.

Puan Irma menoleh memandang ke arah suaminya dan Irfan sebelum kembali menatap semula wajah Inara. Belum sempat dia membuka mulut, Inara membidas.

"Aideen Haidar? Itu nama dia?" Adakah apa yang dia lalui sekarang ini adalah mimpi? Mengapa lelaki itu datang meminangnya sedangkan lelaki itu sendirilah yang membuangnya?

"Kalau lelaki tu yang datang pinang Ara, Ara tak nak!" jeritnya. Tanpa memberi ruang kepada mereka untuk bersuara, Inara pantas berlari ke biliknya. Telefon pintarnya diambil. Baru saja dia ingin membuka 'Contact', baru dia teringat yang dia sudah padam nombor Aideen. Nombor Imratul didail.

"Ara?" Suara Imratul mula kedengaran.

"Tolong minta dekat Haikal nombor Aideen."

"Nombor Aideen? Kenapa?"

"Aku cerita nanti. Urgent ni."

"Okey, okey." Panggilan ditamatkan. Beberapa minit kemudian, satu pesanan daripada Imratul masuk. Sebaik sahaja nombor itu diterima dan tanpa melengahkan masa lagi, nombor tersebut terus didail.

Beberapa saat kemudian, panggilan disambungkan.

"Ara? Kenapa awak call saya ni?"

Inara rasa macam mahu muntah. Beberapa hari yang lepas, bukan main guna 'kau-aku'. Sekarang, dah tukar pula? Lelaki ini ada masalah kecelaruan perasaan ke apa?

"Awak ni dah kenapa? Kenapa awak masuk meminang saya? Awak dah gila ke?!" Nada suara cuba ditahan agar tidak didengari oleh penghuni rumah.

"Meminang? Sejak bila saya masuk meminang awak ni? Eh, awak nak saya pinang awak ke? Boleh aje. Es-"

"Saya tak main-main ni Aideen Haidar." Suaranya sudah naik seoktaf. Tangan kiri dikepal. Boleh pula lelaki ini main-main. Dia tak tahu ke tahap kesabaran dia dah mencapai tahap maksimum dah ni? Bukan dah capai, memang dah lepas!

Kedengaran Aideen melepaskan helaan nafas di hujung talian. "How did you know?"

Inara seperti mahu ketawa. Itu yang lelaki ini nak tahu? "Itu je yang awak nak tahu? Itu je?!"

"Yes, itu aje sebab saya sendiri yang pesan dekat mama dengan abah untuk bagitahu dekat parents awak supaya rahsiakan nama saya jadi sebab itulah saya nak tahu, how did you know? Its okay. I won't get mad."

"Oh, jadi awak nak rahsiakan benda tu sebab awak nak tipu saya lagilah? Macam tu? Hidup awak ni memang suka tipu saya ke? Memang suka tengok saya sengsara? Kenapa? My pain is your hapiness? Macam tu?" Bertubi-tubi soalan dia lontarkan. Sungguh dia rasa sakit hati dengan perangai Aideen sekarang.

"Inara Amanda, will you stop saying something so absurd?" Tegas suara Aideen.

Inara menyinis. "Something so absurd? Ini awak cakap tak munasabah? Awak pernah tipu saya. Jadi saya ada hak untuk doubt dan fikir awak ada niat nak tipu saya. Apa awak buat ni Aideen?Awak dah gila ke?" Inara memegang rambutnya. Bingung dia jadinya dengan tindakan Aideen itu.

"Say whatever you want to me but I would do anything for you to love me back. Saya tak sanggup nak tengok awak di tangan lelaki lain." Dengan penuh lancar, Aideen menuturkan ayat tersebut.

Boleh tak sekarang dia nak gelak? Gelak sekuat-kuatnya! Setanding dengan apa yang dia rasa sekarang? Rambutnya diraup dengan kasar.

"Sudah lah Aideen. Awak ni tak tahu malu ke? Awak buang saya. Awak mainkan saya. Awak tipu saya. You even said yang awak dengan saya dah tak ada kaitan tapi ini apa? Awak nak apa lagi ni Aideen? Awak nak mainkan lagi perasaan saya? Cukuplah Aideen! Saya dah penat! For these past six month after saya kenal awak sangat menyeksakan awak tahu tak? I cried so hard. I even regreted kenapa saya boleh suka dekat orang macam awak. Lagi sakit bila awak cakap kak Atiqah lagi better dari saya..." Nada suara Inara sudah menjadi perlahan.

Semudah itu Aideen mahukan dia kembali setelah puas mainkan perasaan dia? Apa lelaki itu ingat dia patung ke? Boleh dipermainkan kemudian bila rasa dah bosan, bila dah puas, buang? Pinggirkan macam itu saja, kemudian bila rasa nak, ambil balik? Dia manusialah! Ada hati dan perasaan!

"You know what Aideen? Keep dreaming because I reject your proposal!"

"Oh don't be so sure dear. Saya dengar Harraz confess dekat awak kata dia suka awak and awak reject dia waktu habis final exam haritu. Why? Or do you-"

"Tolong jangan buat andaian sendiri boleh tak? Jangan terlampau yakin saya tolak perasaan Harraz sebab saya masih lagi suka awak. Saya tolak sebab takut benda yang sama jadi balik. Benda apa? Benda yang awak buat tu," bidas Inara.

"Oh dan satu lagi. Saya dah pernah cakap dekat awak kalau satu hari nanti awak berpaling semula dekat saya, jangan harap saya akan terima awak balik. Well, tak sangka benda tu jadi betul. Bye Aideen. Tolong jangan cari saya lagi. Saya harap awak bahagia." Tidak memberikan ruang untuk Aideen berkata, dia terus memutuskan panggilan.

Badan direbahkan di atas katil. Ya Allah, dugaan apa ni? Sungguh dia tak tahu nak buat apa sekarang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro