: ̗̀➛ Bab 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"ARA tak nak." Penuh tegas sekali jawapan Inara sewaktu mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Encik Ghazi dan Puan Irma saling berpandangan.

"Ara dah fikir masak-masak ke? Diorang bagi tempoh sampai Ara habis belajar tau," ujar Puan Irma lembut. Dia tidak mahu Inara buat keputusan mengikut emosi.

"Ara tetap dengan jawapan Ara. Ara tak nak. Ibu dengan ayah boleh bagitahu mak ayah dia supaya tak payah tunggu. Ini jawapan Ara, muktamad." Jawapan yang diberikan kepada pinangan Aideen. Langsung tiada keraguan di situ.

"Ara ada masalah ke dengan lelaki tu sampai laju sangat Ara bagi jawapan ni?" Kali ini, Irfan pula bersuara. Selalunya kalau bab membuat keputusan, Inara jenis yang berhati-hati. Ambil masa. Tetapi kali ini, baru semalam dapat tahu siapa, terus hari ini bagitahu jawapan. Cepat.

"Ara cuma tak nak itu aje. Bukan sebab Ara ada masalah dengan dia ke apa." Nafi Inara. Padahal apa yang abang dia cakap itu betul.

Encik Ghazi melepaskan keluhan nafasnya. "Ara dah fikir masak-masak?"

"Dah. Ini memang jawapan Ara." Inara masih lagi berkeras. Tidak kiralah apa jua sekali pun, dia tetap dengan pendiriannya.

"Ara tak nak ambil masa lagi? Lama lagi tau Ara nak habis belajar. Setahun lagi tu." Puan Irma masih lagi cuba memujuk. Mana tahu Inara buat keputusan sebab tak nak serabutkan sangat kepala.

"Ara tak nak bu. Ara tak bersedia lagi nak kahwin. Itu aje. Walaupun dia sanggup tunggu Ara sampai Ara habis belajar, tak pernah terlintas untuk Ara kahwin. Ara minta maaf. Ibu dengan ayah boleh bagitahu dekat mak ayah dia yang Ara minta maaf sangat-sangat sebab tolak pinangan diorang tu. Ara pun nak minta maaf dekat ibu dengan ayah sebab tolak pinangan diorang." Penuh bersungguh-sungguh Inara berkata. Dia tidak mahu ibu dan ayahnya terasa hati dengan keputusan yang dia buat.

Perkahwinan bukannya perkara yang boleh dibawa main. Ini melibatkan kebahagiaannya dan jika ia melibatkan Aideen, maaf. Dia tak rasa dia boleh teruskan. Tidak mustahil jika lelaki itu mengulangi semula kesalahannya.

"Tak apa lah. Nak buat macam mana. Nanti kami bagitahu dia. Ara pergilah masuk bilik," Encik Ghazi memberikan kata putus. Dah si anak tak nak, takkanlah nak dipaksa? Bukan dia yang nak kahwin. Yang akan jadi mangsanya kalau perkahwinan itu tak memberikan kebahagiaan adalah Inara, bukan dia.

Inara hanya menurut. Dia mula bangun lantas menuju masuk ke dalam bilik. Badan terus direbahkan di atas katil. Serabut! Sepatutnya cuti sem adalah waktu dia dapat menenangkan fikiran tapi tidak. Gara-gara Aideen merisiknya, terus tak tenang kepala otak!

***

"ARA, boleh tolong buang sampah dekat dapur tu kejap?" Inara yang sedang duduk sambil menonton televisyen mula bangun apabila menerima arahan daripada ibunya. Dia menuju ke bilik dahulu untuk menyarungkan tudung sebelum bergerak menuju ke dapur.

Plastik sampah yang sudah diikat dibawa keluar dari tong sampah lalu langkah kaki diayun.

"Eh, kejap-kejap. Tolong buang sampah dalam bilik abang sekali." Irfan pantas menegur apabila Inara jalan melintasi biliknya. Inara mencebik.

"Eh, dah kenapa Ara pulak? Abang memang nak pergi buang kan?" soal Inara pelik walhal Irfan sudah sedia memegang plastik sampaj. Memang nampak sangat lelaki itu sehaluan dengannya.

"Ala, dah alang-alang Ara nak pergi buang tu. Tolonglah ya wahai adik abang yang comel lagikan cantik." Dipicit pipi si adik itu. Inara menjulingkan matanya ke atas. Plastik sampah di tangan Irfan diambil.

"Bila nak suruh buat sesuatu baru nak puji."

"Eleh kata orang. Dia pun dua kali lima." Irfan menapak masuk semula ke dalam bilik lalu pintu ditutup. Inara mencebik. Apa-apa ajelah kau bang! Asalkan kau bahagia!

Langkah kaki dibawa menuju ke luar rumah. Satu persatu anak tangga dituruni.

"Inara Amanda."

Inara yang sedang menyarungkan selipar di kaki mula pegun apabila mendengar suara tersebut. Tak mungkin? Ke ini hanya ilusi dia sahaja? Kepala dipaling ke arah suara tersebut. Mata terus membulat.

Tuan empunya suara tersenyum apabila anak mata Inara mula mendarat ke arahnya. Tangan kanan diangkat sedikit. "Hai?"

"Aideen? Apa awak buat dekat sini?" Dah kenapa tiba-tiba lelaki ni datang rumah dia?

"Saya nak cakap dengan awak."

Inara merengus. Dia mula jalan melintasi lelaki tersebut. "Tak ada apa untuk dicakapkan. Awak boleh pergi balik. Tak perlu bazirkan air liur awak untuk cakap dengan saya yang bukan siapa-siapa bagi awak." Dua plastik sampah itu dilempar masuk ke dalam tong sampah yang besar. Boleh tak kalau dia nak lempar Aideen sekali dalam ni? Maklumlah, Aideen juga kategori sampah.

"Mama dengan ayah bagitahu yang awak tolak saya punya pinangan tu." Pernyataan yang keluar dari mulut Aideen berjaya mengunci pergerakan Inara. Wanita itu berpaling menghadap lelaki tersebut.

"Oh, saya rasa saya tolak minggu lepas lagi."

"Ya, saya tahu. Baru harini saya dapat datang ke rumah awak. Awak betul-betul ke ni Ara? Saya bagi masa dekat awak sampai awak habis belajar." Lelaki itu mula datang mendekat.

"Awak bagilah masa sepuluh tahun ke, dua puluh tahun ke, jawapan saya tetap sama. Saya takkan terima pinangan awak, Aideen. Awak adalah lelaki yang hancurkan hati saya, mainkan perasaan saya jadi takkan saya nak terima awak balik selepas dah macam-macam awak kata dekat saya?" Inara menyinis.

"I want a second chance. Please, saya hanya perlukan peluang kedua dari awak. I will try to fix everything that I have done to you. So can you please? Kalini saya betul-betul ikhlas dengan awak. Saya nak lamar awak jadi isteri saya."

Tawa sinis terbit dari dua ulas bibir Inara. "Jauhnya awak fikir. Tolonglah Aideen. Saya penatlah nak cakap benda yang sama sampai saya rasa dah muak nak ulang. Setiap kali awak minta peluang kedua, setiap kali itulah saya kena ulang benda yang sama, benda yang awak pernah buat dekat saya yang sudah tentunya bagi hati saya sakit balik. Tolonglah, bila saya cakap tak nak tu maksudnya saya tak nak. Apa nak jadi dekat awak pun saya dah tak nak ambil tahu. Awak sakit ke apa ke, saya dah tak akan ambil tahu dan memang tak nak ambil tahu pasal awak dan segala rayuan awak." Inara sudah berkeras. Nada suara juga sudah menjadi dingin.

Dia sudah penat nak ulang ayat yang sama. Rasanya mulut dia ni dah berbuih menjelaskan segala-galanya tetapi Aideen masih lagi keras kepala.

"Ta–"

"Ara cakap dengan siapa tu lama-lama dekat luar?" Tegur Puan Irma. Dia datang keluar sebab pelik kenapa lama sangat Inara buang sampah padahal depan rumah saja. Terkejut dia bila tengok ada orang datang.

Inara dan Aideen menoleh serentak. Bibir Aideen mengoles senyuman tipis.

"Mak cik," ujarnya lembut. Mata Puan Irma dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas gerangan tersebut sebelum dibesarkan semula.

"Kamu bukannya Aideen ke? Betul kan?" Tak silap, ini adalah wajah yang sama yang dia lihat dalam gambar yang diberikan oleh sepasang suami isteri beberapa minggu yang lepas.

Aideen mengangguk. "Ye makcik. Saya lah tu. Aideen Haidar. Makcik apa khabar? Sihat?"

Inara yang berada di sebelah sudah mula mencebik. Nak buat baik depan ibu pula.

"Alhamdulillah, sihat. Ara kenapa biar Aideen dekat bawah je? Ajak lah dia naik. Minum-minum dulu ke."

Belum sempat Aideen membuka mulut, Inara pantas bersuara. "Eh, bukannya Ara tak nak ajak tapi dia ada hal. Dah nak kena balik. Ni dia datang pun sekejap je. Kan?" Hujung ayatnya ditekan sambil memandang ke arah Aideen melalui hujung mata. Aideen tergamam buat seketika sebelum kembali tersenyum.

"Tak ada hal yang penting pun. Boleh ke saya naik makcik?"

Rahang Inara rasa macam mahu jatuh. Dia tak faham ke signal yang dia hantarkan tadi? Lelaki ini memang sengaja ke apa?

"Boleh apa pulak tak boleh. Marilah naik." Puan Irma mempelawa, ceria. Dia mula bergerak ke tepi sedikit, memberi ruang untuk Aideen masuk. Lelaki itu mula mengayunkan langkah. Inara pula masih pegun. Biar betik lelaki ni?

"Ara, tercegat apa lagi tu? Mari sini masuk, tolong ibu buat air," tegur Puan Irma apabila melihat anaknya masih lagi statik di tempat yang sama. Lebur habis segala tanggapan Inara. Tak guna dia bertekak, akhirnya dia hanya akur.

"Eh ni siapa bu?" tanya Irfan apabila melihat seorang lelaki asing mula menapak masuk ke dalam rumah mereka.

"Ini lah Aideen Haidar, yang ibu dengan ayah bagitahu tu." Puan Irma mula memperkenalkan Aideen.

Aideen tersenyum. Tangan dihulurkan untuk berjabat. "Aideen Haidar."

Sebaik sahaja mendengar nama tersebut, pandangan mata Irfan mula menjadi tajam. Huluran Aideen juga tidak disambut. Dia tahu apa yang lelaki ini buat kepada adiknya. Puas dia paksa Inara untuk buka mulut. Patutlah Inara tolak pinangan lelaki tersebut dan memang patut pun!

"Irfan dia nak salam tu. Cuba sambut," tegur Puan Irma. Irfan acuh tak acuh menyambut huluran tersebut. Aideen masih lagi tersenyum. Walhal dia dapat rasakan yang Irfan tidak sukakannya.

"Aideen duduklah dulu ye. Maaflah, rumah ni tak ada benda sangat nak dihidangkan. Kalau Aideen bagitahu awal-awal kata nak datang, boleh lah makcik gorengkan mihun ke apa ke," beritahu Puan Irma serba salah.

"Tak apa lah makcik. Saya tak kisah pun. Salah saya juga datang mengejut. Saya ingat nak jumpa Ara sekejap aje." Ibu jari mengunjuk ke arah Inara yang berdiri agak jauh dari mereka. Puan Irma tersenyum.

"Duduk dulu ye? Ara mari tolong ibu," pinta Puan Irma. Inara hanya akur. Dia mengikut langkah ibunya dari belakang. Sewaktu melintasi Aideen, dia hanya memandang lelaki tersebut dengan ekor mata tanpa perasaan.

"Ibu, kenapa ibu ajak dia masuk?" Inara mula bertanya apabila mereka tiba di dapur. Puan Irma menampar lembut bahu Inara.

"Apa kamu ni cakap macam tu? Tetamu tu..."Kepala digelengkan. Dia mula mengambil jag di dalam rak. Uncang teh diletakkan berserta beberapa sudu gula.

"Ibu pun tahu kan Ara tolak pinangan dia?"

"Jadi, apa masalahnya? Jangan jadikan itu alasan untuk Ara tak bagi dia masuk dalam rumah kita. Dia tetamu. Kita kena layan dia. Hormat dia. Tetamu ni bawa rahmat tau?" nasihat Puan Irma lembut. Setelah siap air dibancuh, dia mula meletakkan di atas dulang berserta beberapa biji cawan.

"Ara, ibu nak tanya ni." Dulang diletakkan di atas meja. Soalan ini dah lama bermain di dalam kepala.

"Apa dia ibu?"

"Ara dah kenal ke Aideen sebelum ni? Dia satu tempat belajar dengan Ara ke? Senior Ara?"

Soalan bertubi-tubi dari ibunya itu membuatkan badan Inara tegak. Tak menjangkakan soalan itu akan keluar.

"Kenapa ibu tanya?"

Keluhan terbit dari bibir wanita yang sudah berusia itu. "Tak lah sebab Ara nampak macam tak suka lelaki tu. Ara ada masalah ke dengan dia?" Puan Irma mengasak.

Inara diam buat seketika. Takkan lah nak jujur? Memang tidak! Apa yang jadi kepada dia dah tak patut diceritakan kepada orang lain. Cukuplah kisahnya terbuku begitu sahaja. Dalam keluarganya, hanya Irfan sahaja yang tahu. Itupun dipaksa. Cukuplah dia membuatkan lelaki itu rungsing. Tidak mahu kedua-dua ibu bapanya tahu akan kisah tragisnya itu.

"Taklah. Tak ada apa-apa pun. Ara pergi angkat air ni ye?" Untuk mengelak daripada terus disoal siasat, dulang yang sudah siap diletakkan jag dan cawan mula diangkat. Perlahan-lahan dia menuju ke ruang tamu.

Puan Irma memandang belakang tubuh anak perempuannya itu sebelum helaan nafas dihembus keluar.

***

"TERIMA kasih ye makcik," ucap Aideen sebaik sahaja selesai menyarungkan kasut. Dia mendongka memandang Puan Irma yang sedang berdiri di muka pintu.

"Sama-sama. Hati-hati ye bawak kereta.." pesannya lembut.

Aideen membalas dengan senyuman. Kepalanya mengintai sedikit ke dalam rumah. Seolah-olah mencari seseorang.

"Cari Ara ke? Nak makcik panggilkan?" teka Puan Irma. Kepala lelaki muda ni nampak sangat tercari-cari.

Aideen mengembalikan semula posisinya kepalanya. Belakang leher digosok perlahan. "Boleh ke makcik?"

"Dah kenapa pulak tak boleh. Kejap makcik panggil dia." Puan Irma mula berlalu ke dalam. Aideen masih lagi setia menunggu di bawah dengan penuh debaran.

Mahu ke Inara jumpa dia?

"Nak cakap apa lagi? Saya bagi masa lima minit aje." Muncul suara Inara yang terus melenyapkan segala debaran yang bertandang di dada.

"Tak apa. Saya tak cakap lama pun. Saya harap awak fikir balik keputusan awak. Saya ikhlas Ara. Saya cuma minta awak bagi saya peluang kedua itu aje. Saya tahu susah, tambah-tambah dengan apa yang saya pernah buat dekat awak. Saya tahu, saya bodoh. Sanggup buat benda tu at the end, dia makan diri saya sendiri. Saya tak kisah kalau awak nak suruh melutut sekali pun dan saya takkan pernah jemu nak cakap, saya minta maaf Ara. Saya menyesal sangat-sangat. Saya betul-betul cintakan awak, Inara. Saya minta maaf sebab pernah cakap kasar dengan awak. Jaga diri Ara. Saya balik dulu." Tiada respons yang ditunggu. Senyuman dihadiahkan sebelum dia menuju ke arah kereta miliknya.

Inara pegun. Luahan Aideen itu cuba dicerna. Dia memandang kereta yang dipandu oleh Aideen sebelum hilang dari pandangan. Mata masih tidak lepas. Segala ayat yang dilontarkan oleh lelaki itu kekal bermain di dalam kepala.

"Dah balik dah si Aideen tu?" tegur Irfan yang baru sahaja muncul di muka pintu. Inara mendongakkan sedikit kepala ke belakang untuk memandang Irfan yang sudah tentunya lagi tinggi darinya.

"Dah," balasnya ringkas.

"Boleh tahan jugak eh dia. Rupa pun elok." Tidak dinafikan lelaki bernama Aideen Haidar itu mempunyai rupa yang agak kacak.

"Ada rupa kalau tak ada hati buat apa? Macam tak ada function. Don't judge a book by its cover bang." Dia berjalan melintasi abangnya. Dia pernah tertipu dengan rupa lelaki tersebut. Menyangka hatinya sama seperti rupa yang dimiliki tetapi tidak sama sekali.

Di sepanjang perjalanan, memori Aideen diputar kembali ke perbualan yang terjadi di antara dia dan Irfan.

"You deceived her." Irfan tiba-tiba bersuara, membuatkan Aideen mengalihkan pandangan memandang tepat ke wajah lelaki tersebut.

"Pardon?"

Pinggir bibir lelaki itu naik sedikit. "Kau jangan ingat aku tak tahu. Kau pernah main dare and adik aku mangsa dare kau tu kan?"

Aideen jumud. Tidak tahu mengapa dia terkejut sedangkan memang ada kemungkinan yang tinggi untuk Inara menceritakan tentang apa yang terjadi di antara mereka berdua bagi memberikan alasan kenapa wanita itu menolak pinangannya. Tetapi mengapa kedua-dua ibu dan ayah Inara nampak tenang sekali sewaktu mereka bertentang mata tadi? Seolah-olah seperti tiada apa-apa yang terjadi di antara mereka berdua.

"Terkejut and confused kenapa ibu dengan ayah aku layan kau macam tak ada apa-apa yang jadi?" Seperti dapat membaca fikiran Aideen, dia lebih laju menambah bicara membuatkan Aideen terdiam buat kesekian kalinya.

Tawa sinis terbit keluar. Jika diikutkan perasaan, sudah lama dia layangkan penumbuk kepada lelaki di hadapannya ini. Adiknya itu dulu sudah cukup terseksa didera oleh ayah kandung mereka. Selepas sahaja kedua-dua ibu dan ayahnya bercerai sebelum dia mendapat ayah tiri, sedaya upaya dia menjaga Inara dengan baik, mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kerana tidak mahu wanita itu kembali sakit. Tetapi Aideen, lelaki yang entah datang dari mana sanggup menghancurkan sekeping hati yang telah Inara berikan.

"Inara yang tak nak cerita. Dia tak nak buat ibu dengan ayah susah hati. Baiknya adik aku sebab dia tak nak ibu dengan ayah pandang serong dekat kau. Kalau diikutkan hati, aku nak aje bagitahu. Biar diorang tahu yang kau tu lelaki yang pernah hancurkan hati adik aku. Hati yang aku sendiri penat-penat jaga dari dia kecik lagi." Hampir juga dia bergaduh dengan Inara tentang hal tersebut. Kenapa perlu Inara masih lagi fikirkan hal orang lain sedangkan diri sendiri pernah menjadi mangsa?

"Aku...minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku mengaku aku bodoh sebab buat semua benda tu. Aku buat seolah-olah macam Inara tak ada perasan. Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk luah rasa bersalah aku." Akhir sekali, Aideen bersuara dan hanya kata maaf yang mampu dia lontarkan. Apa lagi yang perlu dia buat? Putarkan waktu? Jikalau dia boleh buat begitu, sudah lama dia buat tetapi itu semua adalah di luar kuasa manusia.

"Ada satu cara untuk kau tebus rasa bersalah kau."

"Apa dia?" Laju Aideen bertanya. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan rasa bersalahnya itu dapat ditebus. Hatta suruh melutut di hadapan Inara sekali pun, dia sanggup.

"Jangan cari Ara lagi, jangan cuba untuk pinang dia lagi. Jauhkan diri dari dia. Itu aje cara yang kau boleh buat."

Aideen kembali tersedar ke realiti apabila dirinya dihon dari belakang. Terus dia tekan pedal minyak untuk menambahkan lagi kelajuan. Sebelah tangan naik meraup rambut ke belakang.

Jauhkan diri dari Inara? Mustahil. Dia terlalu sayangkan akan wanita tersebut. Dia tahu jika dia ikut sahaja kata-kata Irfan, dia akan hidup dalam penyesalan dan bayang-bayang Inara akan terus mengikutinya. Ya Allah, mengapa aku begitu bodoh sekali dulu?

***

"ARA! Ni telefon berbunyi dari tadi lagi ni!" jerit Irfan dari ruang tamu. Dia yang nak layan tengok TV pun tak tenang bila telefon Inara asyik menjerit minta diangkat.

"Siapa call?" jerit Inara semula dari dapur.

"Entahlah. Tengoklah sendiri. Malas nak bangun tengok!"

Inara mencebik. Dasar pemalas! Dia mula berjalan ke kawasan ruang tamu. Telefon yang masih lagi berdering yang terletak elok di atas meja diambil. Nama pemanggil dilihat terlebih dahulu.

Aideen?

Dah kenapa pula lelaki ini telefon? Baru jumpa dua puluh minit yang lepas, dah luah habis kemudian telefon balik? Tetapi tetap diangkat sahaja panggilan tersebut.

"Ya, awak nak apa lagi wahai Aideen Haidar?" Tanpa mukadimah, dia terus menyerbu. Entah kenapa tangan dia ringan sahaja nak jawab. Selalunya dia akan abaikan sahaja.

"Inara... ni mama Aiden. A..Aideen ada dekat hsopital sekarang. Kereta dia terbabas lepas balik jumpa Ara.."

Saat menerima berita tersebut, jantung Inara bagaikan terhenti buat seketika waktu. Kenyataan dan dia sendiri tidak pernah menyangka, mula datang menghentam diri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro