: ̗̀➛ Bab 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BEBERAPA minggu telah pun berlalu semenjak kejadian Aideen sanggup melutut di hadapannya. Jejaka itu benar-benar mengotakan ayat yang dia akan memberikan Inara masa untuk berfikir. Sudah lama Aideen tidak menghantar sebarang pesanan atau pun khabar kepadanya. Inara pula yang jadi gusar sendiri.

Semenjak kejadian tersebut itu juga, setiap hari dia melakukan solat istikharah. Memohon petunjuk, adakah patut dia terima semula Aideen dalam hidupnya atau menolak sahaja pinangan lelaki tersebut?

Ketukan di pintu membawa pergi segala fikirannya. Dipandang pintu tersebut sebelum bersuara.

"Ye?"

"Ibu ni."

"Masuk lah."

Usai sahaja mendapat balasan, daun pintu ditolak dari luar sebelum wanita paruh baya itu mula menapak masuk.

"Ya, ibu? Kenapa?"

"Minggu depan dah nak balik kampus kan?"

"Haah. Cuti dah habis. Kenapa bu?"

Puan Irma diam. Melihatkan diam ibunya itu membuatkan dahi Inara berkerut. Pelik dengan tindakan si ibu. Dia mula bangun dari katil lalu susuk tubuh wanita tua itu didekati.

"Kenapa bu? Diam je ni? Risau pulak Ara..."

"Ibu nak tanya sesuatu tapi takut kamu tak suka pula. Tak apa lah." Baru sahaja Puan Irma ingin melangkah keluar, suara Inara menghalang.

"Ibu nak tanya apa? Tanya aje lah. Buat apa Ara tak suka pula. Kenapa? Ibu nak tanya apa? Ara akan cuba jawab dengan jujur."

Puan Irma diam buat sesaat sebelum akhirnya, persoalan itu dilontarkan. "Pasal pinangan si Aideen tu..." Ayatnya jeda. Inara pula sudah tersentak kecil. Tidak menyangka soalan itu yang akan ditanya setelah sekian lama hal tersebut tidak dibangkitkan.

"Kenapa ibu tiba-tiba tanya pasal benda tu?"

"Ibu cuma nak kepastian. Walaupun ibu tahu kamu dah tolak tapi mana tahu kamu tiba-tiba tukar keputusan. Kalau kamu memang betul-betul tolak, tak apalah, ibu faham. Lagipun ibu dapat tahu yang minggu depan, hari yang sama kamu balik kampus, Aideen pergi Sabah."

Kenyataan tersebut membuatkan Inara terkejut. Pergi Sabah?

"Buat apa? Bercuti ke?"

Puan Irma geleng. "Tak. Dia dapat kerja sana. Jadi, memang dia jarang balik sini bila dah mula pergi sana. Eh, kamu tak tahu ke?"

Macam mana dia nak tahu kalau mereka berdua langsung tak berhubung? Kenapa dia rasa sedih bila dapat tahu Aideen akan ke negeri seberang sana? Kenapa dia rasa sedih tatkala mendengar lelaki itu akan semakin jarang untuk pulang ke sini? Inara menggelengkan kepalanya sebagai jawapan.

"Hmm, tak apa lah. Ibu keluar dulu." Setapak kaki ingin melangkah, suara Inara sekali lagi menghalang. Tetapi kali ini, apa yang diperkatakan oleh anak bongsunya itu, jelas sekali mengejutkan jiwanya.

"Ibu, pasal pinangan tu, boleh ke kalau Ara tarik balik dan terima benda tu?" Perlahan sahaja ayat itu keluar namun cukup jelas sekali menerombos masuk ke puput telinga Puan Irma. Laju wanita tua itu berpaling semula dan berjalan mendekati si anak.

"Ara..Ara serius ni? Ara buat benda ni bukan sebab ibu tiba-tiba tanya kan?" Dia tidak mahu Inara buat keputusan untuk terima semula pinangan tersebut kerana dirinya. Biarlah anak perempuannya itu membuat keputusan kerana pilihan hatinya sendiri kerana Inara sendiri yang layak untuk tentukan kebahagiannya, bukan dirinya itu.

Bibir Inara senyum tipis. Mungkin inilah jawapannya. Jawapan yang dia sendiri rasa yakin. Tiada lagi keraguan.

"Ara terima ni dari hati Ara sendiri. Tiada paksaan. Ara ikhlas terima dia."

Usai sahaja mengungkapkan ayat terakhir, Puan Irma terus menarik tubuh Inara ke dalam pelukan. Terkebil-kebil Inara jadinya tetapi tetap dibalas sahaja dakapan hangat itu. Puan Irma menggosok lembut belakang si anak.

"Alhamdulillah. Lega ibu dengar. Ibu tak nak kamu terima dia sebab ibu, sebab ayah. Kamu layak bahagia ikut pilihan hati kamu Ara. Kebahagiaan Ara penting untuk ibu. Ibu cuma nak anak ibu bahagia. Kejap lagi ibu bagitahu mama Aideen."

Inara senyum. Sedikit terharu dengan ayat Puan Irma itu.

Dia cintakan Aideen Haidar.

Dia sayangkan Aideen Haidar.

Meskipun lelaki itu lah merupakan penyebab utama hatinya hancur tetapi hatinya tetap lagi utuh untuk jejaka yang bernama Aideen Haidar.

***

"SERIOUSLY Ara?!" Inara menjauhkan sedikit telefon dari telinga apabila nada suara Imratul sudah pun naik. Silap-silap boleh pecah gegendang telinga dia dek kerana jeritan nyaring milik Imratul itu.

"Kau tak tipu ni? Kau tak main-mainkan?" tanya Imeatul lagi, masih tidak percaya dengan berita yang dia terima. Mahu dia tak menjerit apabila Inara bagitahu yang dia akan bertunang dengan Aideen tak lama lagi. Dia yang dari baring terus duduk!

"Macam tulah kira-kiranya..." balas Inara perlahan. Takut nak tunggu reaksi Imratul kerana waktu dia dipermainkan oleh Aideen, Imratul yang banyak setia di sisi dia, maki hamun habis Aideen. Siap bagi penampar lagi! Apa Imratul ingat dia tak tahu ke?

Imratul diam untuk seketika. Inara sudah pun gelisah. Tak gembirakah Imratul dengan berita itu? Tapi Imratul ada sebab dia sendiri untuk tak gembira. Lelaki itu pernah mempermainkan dia, dan dia pula bagi peluang kedua. Mahu Imratul tak meletup.

"Atul, kau marah ke?" Takut-takut Inara bertanya.

"Kau nak jawapan jujur ke tak?"

"Of course lah jawapan jujur."

"Actually bohonglah kalau aku kata aku tak marah. Dia pernah buat kau sakit, sampai kau tak makan. Sampai kau jadi macam robot, buat semua benda seperti dah diprogramkan. Makan tak terjaga, hanya sebab dia yang pernah sakitkan kau tapi siapa aku untuk halang kan? Aku mungkin kawan baik kau, tapi kalau dah itu pilihan kau, aku tak mampu nak kata lebih. Apa yang aku boleh cakap, aku hanya doakan semoga kau bahagia, Ara. Aku tak nak tengok kau sakit dah lepas ni. Bahagia kau, bahagia aku. Aku sayang kau sangat-sangat, jadi aku harap dia boleh bahagiakan kau sebab kau memang layak untuk bahagia Ara..." Penuh lembut Imratul berkata membuatkan Inara di hujung talian sudah mula sebak.

Sudah tentu dia bahagia mendengar berita bahawa rakan baiknya ini akan mengikat tali pertunangan dengan seseorang meskipun seseorang itu adalah insan yang pernah menjadi asbab kepada kehancuran hati Inara. Jikalau sudah takdir bahawa Aideen dan Inara akan berjodoh, siapa dia mahu menindakkan takdir, menghalang mereka untuk saling mencintai? Dia mungkin sudah menyaksikan sendiri detik kehancuran Inara, tetapi dia juga mahu menyaksikan pula detik kebahagiaan gadis di sebalik corong telefon ini.

"Aku pun harap benda yang sama. Aku tahu kau layak marah aku. Kau sendiri pernah tengok aku menangis sebab dia yet here I am, haha." Ketawa yang dibuat-buat menggelongsor keluar dari celah kerongkong. Mahu menutup rasa janggal yang mengetuk diri.

"Dah tertulis ini takdir hidup kau, Ara. Apa pun pilihan kau, aku yakin, kau buat semua ni selepas dah buat apa yang patut. Inara Amanda yang aku kenal tak akan buat keputusan secara terburu-buru. She is a wise person and will surely become a wise lawyer," tukas Imratul pula. Segala jua keputusan yang Inara lakukan, pasti dibuat seiring dengan usaha serta ikhtiar yang telah dilakukan.

"Terima kasih, Atul. You are such a great friend. Terima kasih sebab ada dengan aku dari dulu sampailah sekarang," ucap Inara ikhlas. Tubir mata juga kembali berair. Sebak dengan situasi sekarang.

"Aku yang patut terima kasih dekat kau. Terima kasih kerana bertahan, Ara. Aku doakan kau bahagia dunia akhirat." Dan sejurus dengan itu, masing-masing mengukir senyum. Meskipun tidak dapat melihat, mereka saling tahu apa yang terkandung dalam hati.

***

"AWAK tak main-main kan?"

Inara menjauhkan sedikit skrin telefon dari telinga apabila suara Aideen terus menerjah dengan intonasi yang begitu kuat sekali. Ini seorang lagi. Nak bagi pecah gegendang telinga dia pecah juga ke apa ni?

"Kenapa awak rasa saya main-main?" Beberapa hari selepas dia bersetuju untuk menerima pinangan Aideen, lelaki itu mula menghubunginya.

"Tak, saya tak rasa awak main-main tapi saya tetap rasa awak main-main."

Dahi Inara berkerunyut. Pening dengan ayat Aideen itu. "Cuba awak cubit pipi awak, tampar pipi awak ke, tengo lah sama ada ni mimpi atau realiti." Pasti Aideen tak menyangka yang akhirnya, dia terima jua lelaki tersebut dalam hidupnya. Sebab itu Aideen banyak kali tanya.

"Aduh!"

Mendengar aduhan tersebut, Inara tahu, pasti Aideen baru sahaja cubit diri sendiri. Dia mula ketawa. Aideen di hujung talian sudah tersenyum apabila mendengar tawa Inara itu.

"Saya tahu apa yang saya pernah buat dekat awak tu bagi luka yang agak besar dekat awak. Saya faham dan saya sendiri mengaku kesalahan saya sendiri. Saya faham kalau awak masih ragu-ragu dengan saya. It's okay Inara. Take your time. You don't have to put so much effort untuk percaya balik saya sebab I will be the one yang akan buktikan kepada awak. Saya akan buat segala-galanya untuk buktikan kepada awak yang awak boleh percaya kepada saya. Saya tak kisah berapa lama masa yang awak perlu ambil because everything takes time. Saya akan buktikan, selepas kita dah sah jadi suami isteri," kata Aideen dengan tiba-tiba.

Sekali lagi, Inara tersenyum. Lelaki ini betul-betul nekad untuk membuktikan bahawa dia layak semula untuk dipercayai dan dia harap, Aideen betul-betul membuktikannya setelah dia membuatkan keputusan yang dia rasa yakin bahawa Aideen Haidar adalah jodohnya.

Tiba-tiba, baru Inara teringatkan sesuatu. "Saya dengar awak pergi Sabah minggu depan."

Aideen diam buat sesaat.

"Awak diam ni sebab awak tak sangka saya tahu ke? Kenapa? Awak memang plan tak nak bagitahu saya?" tebak Inara.

"Err." Aideen sudah gelabah. Memang betul pun segala tebakan Inara itu. Dia ingat tak nak beritahu Inara kononnya nak bawak hati yang lara jauh pergi sebab kena reject tapi ni bila dah tak kena reject, takkan nak berahsia juga?

"Hmm tak apa lah. Saya faham," ujar Inara acuh tak acuh. Aideen yang mendengar nada suara Inara sudah mula menyengih. Macam ada sesuatu saja di sebalik intonasi suara tu.

"Ara."

"Hmm?"

"Awak merajuk eh?"

Badan Inara menjadi tegak sebaik sahaja Aideen melemparkan soalan tersebut.

"Merajuk? Dah kenapa pula saya nak merajuk?"

"Eleh tak mengaku pulak. Dengar suara macam merajuk bila saya sendiri tak bagitahu yang saya pergi Sabah minggu depan," usik Aideen.

Inara berdeham. Dia merajuk? Betul ke? Tapi jujur dia ada terasa hati sikit bila dia tidak mendengar dari mulut Aideen sendiri bahawa lelaki itu akan berhijrah ke Sabah.

"Mana ada. Merepek ajelah awak ni." Inara menafikan.

"Eleh, eleh, tak nak mengaku pula. Haih, Ara, Ara. Tahu juga merajuk eh? Ingatkan selama ni, tahu beku aje 24 jam..."

"Beku? Saya beku ke?" Pertama kali dia dengar yang dia ni jenis beku. Apa yang dia sering dengar adalah dia yang berperangai seperti manusia yang sombong kerana dia sering berseorangan, itu sahaja. Sejak bilanya dia beku?

"Dengan sayalah beku. 24 jam muka nak macam tak ada perasaan."

"Eh? Sejak bila? Awak tipu eh?" Rasanya dia tidaklah beku mana. Ada sahaja ekspresi muka yang terpatri di wajah.

"Yalah. Untuk awak semua betul. Perempuan kan tak pernah salah."

Inara mencebik. "Ye, ye lah tu. Saya letak dulu."

"Eh, awak nak letak macam tu aje?" tegah Aideen apabila panggilan hampir ditamatkan. Dahi Inara berkerunyut.

"Ye lah. Dah tak ada apa-apa nak borak kan?" Pelik. Kalau dah tak apa yang dicakap, kenapa perlu tanya soalan macam itu?

"Hmm, tak apa lah. Bye." Panggilan ditamatkan. Makin berganda hairan Inara jadinya. Dah kenapa lelaki ni? Macam merajuk pula. Dia buat apa?

TING!

Bunyi notifikasi membuatkan Inara pantas melihat skrin telefon. Dari Aideen. Dibaca ayat yang dihantar itu.

Saya nak dengar awak cakap take care dengan good night dari mulut awak sendiri sebelum awak letak call tadi tapi tak apa lah.

La? Itu sahaja? Boleh tak dia nak gelak? Haih! Aideen, Aideen! Dia mula menghantar voice message. Beberapa saat kemudian, laju sahaja Aideen memberikan balasan membuatkan muka Inara jadi panas.

Take care too, my love. Thank you for accepting me back in your life. Good night. ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro