: ̗̀➛ Bab 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI yang tidak pernah Inara jangka akan tiba, akhirnya muncul juga. Hari di mana dia dan Aideen akan mengikat tali pertunangan. Sibuk dia jadinya asyik ulang alik dari ruang tamu ke dapur bagi menguruskan itu ini.

"Ara." Panggilan dari suara yang sudah tidak asing lagi pada pendengarannya membuatkan Inara balikkan tubuh menghadap ke punca suara.

"Awalnya kau datang. Kau bertolak bila ni? Kau seorang aje ke?" Inara mengintai sedikit ke belakang Imratul bagi melihat jika keluarga rakan baiknya itu turut serta dalam majlisnya ataupun tidak.

"Aku seorang aje, yang lain sibuk. Mama dengan ayah aku tak dapat ambil cuti. Si Irdina tu pula, sekolah. Jadi, aku seorang ajelah. Diorang ada kirim salam," jelas Imratul.

"Waalaikumussalam. By the way, kau okay ke tak ni?"

"Aku okay aje. Kenapa kau tiba-tiba tanya soalan macam tu?" Ada sesuatu yang terbias pada wajahnya ke yang menyebabkan Inara untuk melemparkan soalan yang sebegitu rupa?

"Ya lah, maksud aku kau tak penat ke? Kau drive dari jauh. Aku suruh kau datang semalam, kau tak nak." Semalam, dia ada menghubungi Imratul dengan mengajak gadis tersebut untuk datang serta bermalam sahaja di rumahnya memandangkan jarak rumahnya dengan Imratul memakan masa yang lama. Maklumlah kerana masing-masing tinggal di negeri yang berlainan tetapi rakan baiknya ini menolak ajakannya.

"Ish, tak apa lah. Fikir kau nak bertunang kejap lagi, terus hilang rasa penat aku tu kau tahu" Imratul menaikan tangan kanan dia seolah-olah menunjukkan biseps yang entah ada ke tidak itu, membuatkan Inara ketawa. Terharu dia jadinya dengan kesungguhan milik Imratul itu.

"Jomlah masuk," pelawa Inara.

"Sekejap, masalahnya sekarang, kenapa kau tak siap lagi ni? Kau dah mandi ke belum?" tanya Imratul pelik apabipa melihat Inara masih lagi dalam pakaian tidur.

"Of courselah belum." Selamba sahaja Inara memberikan jawapan yang mengundang kepada tamparan Imratul di bahu. Mengaduh kesakitan Inara jadinya.

"Woi! Pergi mandi, pakai baju cepat! Aku nak siapkan kau pula ni." Imratul sudah mula bercekak pinggang. Mengernyih Inara jadinya. Terus dia berdesup lari masuk ke dalam bilik diikuti dengan rakan baiknya yang hanya mampu menggelengkan sahaja kepalanya.

***

"KAN aku dah cakap, kau bila makeup nampak cantik gila. Even kau cakap kau nak aku makeup kan light-light je, kau tetap nampak cantik." Imratul mula memuji Inara setelah siap memberikan solekan pada wajah gadis tersebut. Memang terserlah kecantikan yang Inara miliki itu.

Inara kulum senyum. Wajah yang terpantul di cermin, ditilik. Memang tidak sia-sia dia menggunakan khidmat Imratul untuk menyolek wajahnya. Sentuhan tangan rakan baiknya itu memang betul-betul memberikan kepuasan hati kepadanya meskipun dia tidak tahu menahu sangat perihal solekan itu.

"Ara, diorang dah sampai. Ara dah siap ke?" Serentak mereka yang berada di dalam bilik menoleh ke belakang. Terbit senyuman di bibir wanita paruh baya itu saat kornea matanya dipenuhi dengan susuk tubuh anak perempuannya.

"Cantik anak ibu. Jom," panggil Puan Irma.

Inara pula sudah mula menelan air liur sendiri. Gementar. Itu yang dia rasakan sekarang. Berbagai rasa mula merusuh dalam diri. Ini baru tunang, apatah lagi pada majlis akad nikah nanti. Tidak boleh nak digambarkan rasa gementar itu.

Dia mula bangun. Sambil memegang tangan si ibu, Inara menapak keluar dari bilik. Dalam perjalanan ke ruang tamu, sudah dapat dia dengar suara para tetamu berbual. Dia memicit sedikit tangan ibunya.

"Ibu, Ara nervous lah..." Sungguh jantungnya kini seperti mahu melompat keluar. Kelenjar peluh juga sudah mula rancak memainkan peranan.

"Ibu faham. Banyakkan selawat untuk kurangkan sedikit rasa nervous tu. Jangan risau, ibu ada, Atul pun ada." Puan Irma menoleh ke arah Imratul yang berada di belakang, lalu tersenyum. Dia menyentuh lembut tangan Inara, berharap dapat meredakan sedikit kegelisahan yang melanda anak bongsunya itu.

Inara menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Sebaik sahaja langsir disingkap, pandangan semua tetamu terpaku padanya, membuatkan jantungnya berdegup lebih kencang, menambahkan detakannya.

"Ara pergi duduk atas pelamin tu," beritahu Puan Irma.

"Ibu temanlah Ara," rengek Inara. Kegelisahan semakin mendalam, tambahan pula banyak mata yang sedang memandang lurus ke arahnya.

"Ish, ada ke ibu teman? Bukan ibu yang nak tunang. Tak apa, kamu pergi je," pujuk Puan Irma membuatkan Inara terpaksa akur. Dia lantas menuju ke arah pelamin yang sudah dihias cantik lalu punggung dilabuhkan di situ. Sejambak bunga palsu yang berada di atas kerusi pelamin itu juga diambil lantas diletakkan di atas riba.

Pandangan matanya melilau ke arah tetamu yang hadir sebelum anak matanya itu mendarat ke arah seseorang yang sudah tentunya mengenakan warna pakaian yang sedondon dengannya iaitu pistahio green. Warna yang dipilih sendiri oleh Aideen dan dia hanya akur sahaja kerana baginya, warna itu menenangkan

Sedar diri diperhatikan, Aideen turut memandang ke arah Inara sebelum senyuman mula melebar di bibir lelaki tersebut membuatkan Inara juga turut melakukan perkara yang sama. Namun, struktur senyuman itu kembali runtuh saat tempat di sebelahnya dihuni oleh seorang wanita yang sebaya dengan ibu. Terkejut Inara jadinya

"Assalamualaikum Inara," ucap Puan Amira lembut bersama senyuman yang tak lekang di bibir.

"Waalaikumussalam, Cik Mira," balas Inara. Hampir gugup dia jadinya.

"Panggil aje mama. Kita kan nak jadi satu keluarga nanti," tegur Puan Amira. Dia mengambil sekotak cincin dari suaminya lalu kotak baldu berwarna merah itu dibuka menyerlahkan isi dalamannya. Eternity ring. Simple yet elegant.

Ditarik cincin itu keluar dari kotak. Tangan Inara diminta. Dengan rasa gementar, Inara menghulurkan tangan kanannya. Sejurus dengan itu, Puan Amira mula menyarungkan cincin tersebut di jari manis.

"Mama nak cakap terima kasih sebab sanggup terima Aideen dalam hidup Ara. Mama tahu apa Aideen pernah buat dekat Ara dulu. Tipulah kalau mama cakap mama tak marah. Jujur mama marah sangat dekat dia dulu sebab sanggup mainkan perasaan anak orang sampai mama sendiri pernah tak setuju dengan keputusan dia untuk masuk meminang Ara tapi bila mama tengok effort Aideen tu, mama jadi tersentuh. Aideen nampak menyesal. Mama bukan nak backup Aideen tapi mama nampak segala kesungguhan dia untuk nak dapatkan semula Inara walaupun dah banyak kali Ara tolak dia. Jadi, terima kasih sekali lagi. Mama doakan semoga kau orang berdua bahagia. Bahagia Aideen adalah bahagia mama dan bahagia Inara pun adalah bahagia mama. Semoga Aideen dapat bahagiakan Inara sepertimana bahagia yang Ara cari selama ini." Selari dengan tindakan menyarungkan cincin di jari manis Inara, bibir mula menuturkan bicara tersebut.

Usai sahaja menyarungkan cincin, Puan Amira melengakkan kepalanya, menatap langsung ke dalam kornea mata Inara. Senyuman masih terselip di bibir.

Ayat yang baru sahaja dituturkan itu menyelinap masuk ke dalam diri, membuatkannya tersentuh. Hampir saja dia terisak. Pasti matanya sudah memerah sekarang.

"Eh, janganlah menangis. Nanti rosak makeup tu," tegur Puan Amira apabila dia menyedari mata Inara sudah bertukar warna merah membuatkan wanita itu pantas menggelengkan kepalanya.

"Tak menangislah. Mata masuk habuk aje ni." Sudah tentu balasan klise yang diberikan bagi menutup rasa yang terserlah di wajah tadi.

Puan Amira ketawa kecil. Bahu kanan Inara dipegang lalu digosok lembut dengan menggunakan ibu jarinya.

"Kalau Aideen sakitkan hati kamu, Ara bagitahu aje mama okey? Walaupun Aideen tu anak mama, kalau dia dah buat salah dekat Ara sampai sanggup hancurkan hati Ara, dia tetap layak untuk kena marah dengan mama. Ingat pesanan mama tu. Tambah-tambah dengan Ara baru bertunang. Dugaan orang yang bertunang ni banyak tau. Darah manis. Tambah-tambah Ara dengan Aideen akan bertunang lama." Kali ini, sesi menasihati pula mengambil alih.

Sesungguhnya dia risau juga mahu membiarkan Aideen dan Inara menjalani status tunangan orang dalam jangka masa yang lama kerana terdapat banyak kes dimana pasangan bertunang memutuskan hubungan yang terjalin itu di tengah jalan. Ada yang dah nak kahwin pun boleh putus. Tetapi dia sentiasa berdoa agar perkara sebegitu diminta untuk dijauhkan daripada pasangan ini. Dia mahu melihat anaknya bahagia, itu sahaja.

Inara mengangguk perlahan. "Terima kasih, mama," ucap Inara ikhlas. Tangan Puan Amira disalam dan saat itulah lensa kamera mula memainkan peranan. Sama ada dari jurugambar professional atau dari para tetamu.

Sebaik sahaja wanita tua itu mula beredar pergi, satu susuk tubuh yang sudah tentunya Inara kenali mula berdiri di hadapannya. Kepala diangkat lantas senyuman mula terukir di dua ulas bibirnya, begitu juga dengan lelaki tersebut.

"Assalamualaikum cik tunang. Sihat ke?" Aideen memulakan perbualan.

"Waalaikumussalam untuk si tunang. Alhamdulillah, saya sihat sahaja. Encik pula sihat ke?" Inara membalas. Layan sajalah.

"Terlebih sihat. Tambah-tambah lepas tengok muka cik tunang yang terlebih bersinar, terlebih cantik sampai rasa macam nak halau semua lelaki balik, tak nak bagi diorang tergoda, kang tak pasal muncul kes tunang dirembat orang lain," seloroh Aideen yang membuatkan tawa terhambur keluar dari mulut Inara. Sempat lagi dia nak bergurau?

Aideen mula mengambil tempat di sebelah Inara. Tidak terlalu rapat. Ingat, tak halal lagi!

"Okey, si darah manis, tengok sini." Photographer itu mula memberi arahan. Serentak dengan itu, mereka berdua memandang ke arah lensa kamera.

"Okey, untuk take kalini, awak, bunga dekat tangan awak tutup muka dia." Photographer itu mula memberi arahan. Inara hanya menurut sahaja. Beberapa saat kemudian, sesi bergambar bersama dia dan Aideen pun tamat.

"Ara."

Inara yang tadi ralit melihat para tetamu mula toleh ke arah Aideen. Sebelah kening dijongketkan, menghantar isyarat untuk lelaki itu menyambung bicara.

"Saya nak tanya."

Dahi Inara berkerut. "Tanyalah."

"Sembilan dalam bahasa inggeris apa?"

Makin berkerut hebat dahi Inara jadinya. Ini dah kenapa tiba-tiba suruh jadi translator ni?

"Eh, ini dah kenapa ni suruh translate ni?"

"Ala, jawab je.."

"Nine?"

"Kalau awak?"

"You?" Entah apa yang ada dalam fikiran si Aideen pun dia tak tahu tetapi dilayan sahaja.

"Salah."

"Eh?" Apa yang salahnya? Selama ini dia terima ajaran sesat ke apa? Ke Aideen yang belajar bahasa Inggeris ajaran sesat?

"Habistu?" tanyanya tidak faham.

"Kalau 'awak' tu mine." Sejurus dengan itu Aideen mengernyih, membuatkan mata Inara tidak berkedip. Tidak menyangka jawapan itu yang akan dia terima sekaligus menyebabkan segala saraf darahnya mengembang di muka. Deheman meluncur keluar dari mulut bagi menutup rasa yang berkepak di dada. Senyuman juga ditahan sehabis mungkin.

"Amboi, dah ber mine, mine eh?" Imratul bersuara apabila dia datang mendekat. Dapat sahaja dia dengar ayat cintan-cintun Aideen tadi.

"Cakap ajelah awak pun nak. Nanti saya bagitahu Haikal suruh bagi pickup line dekat awak selalu eh?"

Imratul menyeringai. "Sorry, tak inginlah. Lagipun si Haikal tu tak perlu bagi pickup line pun saya dah cair." Imratul mula memuji. Inara pula tika itu sudah mahu muntah apabila mendengar ayat Imratul. Ada-ada sahaja sahabat baiknya ini!

"Cakap pasal Haikal, dia tak datang ke?" Baru Inara perasan yang dia langsung tidak nampak kelibat Haikal.

"Dia ada dekat Sarawak sekarang. Tengah bercuti dengan family jadi, dia tak dapat nak datang. Tapi dia ada ucap tahniah." Imratul mula menyampaikan pesanan.

"Aideen, Inara, jom tangkap gambar sekali." Puan Irma mula memanggil. Mereka berdua memandang ke arah wanita tersebut lantas bangun. Langkah kaki dibawa keluar rumah untuk bergambar bersama mereka sekeluarga.

***

"SERONOK juga duduk dekat kawasan kampung." Aideen mula bersuara. Semalam berlangsungnya majlis pertunangan dan mereka sekeluarga telah pun menyewa homestay untuk bermalam sementara pulang ke rumah. Sebelum pulang, Aideen meminta Inara untuk membawanya jalan-jalan di sekitar kampung.

"Yup. Saya setuju dengan awak. Saya lebih suka duduk dekat kampung sebab jauh dari bunyi kereta and so on." Sesungguhnya, nikmat yang paling dia suka adalah pulang ke rumah. Kerana setiap kali dia pulang, pasti dia akan berjalan-jalan pusing satu kampung untuk mengambil angin segar setelah berbulan-bulan menghabiskan masa di bandar.

"Kalau macam tu, nanti kita beli rumah dekat kawasan kampung, nak tak?" cadang Aideen yang membuatkan Inara sedikit terkejut. Awal fikir!

"Awal awak fikir."

"Ye lah, kita kena lah plan awal-awal. Tak ke macam itu?" Aideen menjongketkan kedua-dua keningnya. Inara senyum.

"Saya tak kisah awak nak duduk mana pun. Asalkan ada tempat nak berteduh."

"Kalau macam tu, duduk bawah jambatan ajelah. Berteduh juga," ujar Aideen selamba.

Membulat mata Inara jadinya. Sampai ke bawah jambatan topik ini dibawa?

"Bawah jambatan? Lain macam. Nak cipta keunikan ke?" balas Inara, melayan. Mahu tengok sejauh mana perangai random si Aideen ni.

"Ye lah. Jadi lain dari yang lain. Be different." Seraya dengan itu, Aideen mengernyih sebelum tawa terhambur keluar. Tergeleng kepala Inara jadinya. Setelah beberapa minit berjalan, Aideen kembali bersuara.

"Kalau saya nak turun ke bendang tu boleh?" Aideen menunjuk ke arah kawasan sawah padi yang terbentang luas itu. Inara memandang ke arah tersebut.

"Saya okey je. Awak tu, okey ke?" tanya Inara risau.

"Eh, jangan nak merendahkan saya okay? Saya ni nama je budak bandar tapi jiwa kampung!" Aideen mendabik dada. Inara pula sudah gelak. Jiwa kampung? Rasanya Aideen duduk kampung pun tidak pernah.

Aideen mula turun ke kawasan sawah padi tersebut. Inara hanya lihat sahaja dari atas. Malas mahu turut serta sekali. Dia mula duduk di tei dan telefon pintarnya dibuka apabila menyedari ada notifikasi masuk.

"Awak."

Inara yang sedang ralit membalas chat daripada Jasmin mula mengangkat kepalanya apabila namanya dipanggil.

"Saya nak tunjuk something ni dekat awak."

Kening Inara bercantum. Dia lihat kedua-dua tangan Aideen berada di belakang. Apa benda pulankali ini?

"Apa dia?"

"Tada! Comel kan!" Aideen menadah tapak tangannya.

Inara mendekatkan sedikit wajahnya ke tapak tangan lelaki tersebut untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas. Apabila dia sudah dapat mengecam, terus dia bangun mengejut.

"Aideen!" Ya Allah, rupanya nak tunjuk something itu adalah nak tunjuk lintah!

"Comel kan?"

"Ee, comel apanya! Awak boleh pergi pegang? Buanglah!" Geli geleman Inara jadinya. Bukan satu tau, tapi dua!

"Nah, awak tak nak sentuh ke? Tengok-tengok." Aideen mula keluar dari kawasan sawah padi dan mendekatkan lagi jarak tapak tangannya ke arah Inara. Laju Inara undur ke belakang.

"Awak jangan nak bagi-bagi dekat saya eh? Tak nak!" Suara Inara sudah separuh menjerit.

"Ala, lintah ni tak makan orang lah." Aideen kian mendekat. Apabila melihat perkara tersebut, Inara membuka langkah.

"Tak nak!" Sebaik sahaja dia berlari, Aideen mula mengejarnya. Huwaa! Menyesal bawak Aideen ke kawasan sawah padi!

"Awak janganlah lari! Kita cuma nak tunjuk aje!" jerit Aideen sambil mengejar langkah Inara.

"Aideen Haidar!" Kuat suara Inara menyebut nama lelaki tersebut. Orang kampung yang melalui kawasan tersebut sudah mula memandang ke arah mereka.

Inara berhenti berlari. Penat! Mengah! Tangan diletakkan di kedua-dua lutut sambil badan dibongkokkan sedikit. Rasa macam baru lepas lari 100 meter!

Apabila dia nampak Aideen sudah mula mendekatinya, dia angkat tangan kanan menghala ke hadapan, menghalang lelaki tersebut daripada terus mendekatinya.

"Awak jangan macam-macam eh?" Inara memberi amaran.

Aideen pula sudah ketawa terbahak-bahak. Dia mula datang mendekati Inara. Inara pula sudah tidak senang duduk. Tidak tahu nak pergi mana pula. Setapak undur ke belakang memang jatuh masuk sawah padi!

Sebaik sahaja Aideen datang mendekat, entah bagaimana lelaki itu tersilap langkah menyebabkan dia terus jatuh terduduk masuk ke dalam kawasan sawah padi tersebut. Habis berlumpur pakaian Aideen jadinya.

Inara yang melihat sedikit terkejut pada awalnya sebelum dia juga terus melepaskan tawanya tanpa henti.

"Ha, itu lah. Nak usik saya sangat. Padan muka!" Tawanya disambungkan. Bila tengok cara Aideen jatuh tadi, memang kelakar!

Aideen yang sudah jatuh terduduk itu cemberut. Alahai, macam mana boleh terjatuh pula? Plan nak usik Inara, terus tak jadi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro