: ̗̀➛ Bab 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KENAPA Ara tiba-tiba ajak kita duduk rumah ibu?" tanya Aideen sebaik sahaja dia meletakkan beg pakaian mereka di dalam bilik.

"Saja. Buat sementara waktu ini saja. Kenapa? Abang tak suka ke?" Risau kalau Aideen tidak berapa gemar dengan keputusan yang dia buat.

Aideen geleng. "Tak, bukan macam tu. Abang langsung tak kisah sebenarnya..."

Pinggir kedua-dua bibir naik ke atas membentuk senyuman. Sebenarnya, ada sebab kenapa dia ajak Aideen untuk tinggal di rumah ibu. Untuk lari seketika dari Harraz. Mustahil Harraz tahu rumah dia di sini.

"Tapi macam mana kita nak melawat mama dengan ayah dekat hospital?" Sambung Aideen lagi. Jarak dari rumah Inara dan hospital yang diduduki oleh kedua ibu bapanya agak jauh. Memakan masa dia atau tiga jam.

"Ara akan drive setiap hari untuk abang ke hospital. Abang bagitahu aje abang nak pergi bila. Ara sanggup." Dia sanggup buat apa sahaja demi suaminya kerana dia yang rancang semua ini. Dia tidak kisah jika dia perlu berulang-alik berkali-kali pergi ke hospital, asalkan mereka dapat lari daripada Harraz.

Pandangan Aideen yang tak lari walaupun sesaat dari roman muka Inara membuatkan wanita itu hairan. Tangan naik menyentuh wajah sendiri, takut-takut kalau ada apa-apa.

"Sayang..."

"Ara ajak abang duduk sini sebab Harraz ada kata apa-apa ke dekat Ara sampai Ara bertindak untuk kita duduk sekejap rumah ibu ni?"

Tepat lagikan jitu mengenai sasaran. Kenapa begitu cepat sekali Aideen dapat tangkap?

"Mana ada. Ara memang nak duduk rumah ibu dengan abang. Bukan sebab Harraz," nafi Inara. Air muka cuba dikawal agar tidak dapat lagi ditangkap oleh Aideen.

"Are you sure?"

Inara laju angguk dengan bersungguh-sungguh sekali untuk menyakinkan suaminya. Aideen perlu yakin dengan dia dan juga perlu yakin dengan perancangannya yang hanya dia seorang sahaja yang tahu.

"Sayang, sini kejap. Duduk sebelah sini dengan abang." Aideen melabuhkan punggung di birai katil lantas mengajak Inara untuk turut melakukan perkara yang sama. Sebaik sahaja isterinya itu mengambil tempat, kepala Inara ditarik lembut untuk diletakkan di atas bahu. Tangan isterinya turut diraih lalu diusap dengan penuh kasih.

"Boleh abang tanya, apa yang Harraz buat dekat sayang the night you met him?" Persoalan itu bermain di benak kepala Aideen sudah sekian lama cuma dia sahaja tidak berkesempatan untuk tanya.

Soalan yang Inara tidak sangka dia akan terima membuatkan dia sedikit terkejut. Dia ingatkan Aideen sudah lupa kerana suaminya itu langsung tidak bertanya hal tersebut sebaik sahaja dia pulang.

"Tak ada apa pun."

"Jangan tipu abang. Tak ada apa? Sayang bukan cakap dengan budak umur lima tahun tau nak tipu macam tu. Tak ada apa sayang cakap? Mustahil."

Patutkah dia bercerita? Dia tidak mahu Aideen risau. Tambahan pula dengan permintaan Harraz yang menyuruhnya untuk tinggalkan Aideen.

Sudah semestinya dia tidak akan turut akan arahan Harraz itu tetapi bagaimana jika Harraz bertindak lebih agresif jika dia terus-terusan menolak? Itu yang bermain di benak kepala Inara semenjak dua menjak ini.

"Sayang, tolong jangan diam macam ni. Ara dah tak macam isteri abang yang abang kenal dulu. Mana isteri abang yang laju sahaja menjawab bila abang tanya? Ara, tolong, abang mohon sangat-sangat, kalau benda tu menganggu Ara, membebankan Ara, tolong dan tolong sangat-sangat, jangan simpan seorang diri. Abang ada dengan sayang atau apa Ara anggap abang ni hanya orang luar dalam hidup Ara?"

Pantas Inara menggeleng, menindakkan kata-kata Aideen itu. "Tak, abang bukan orang luar bagi Ara. Abang suami Ara. Cuma..." Inara jeda.

"Cuma apa sayang?"

"Not all stories were meant to be told. Cukuplah Ara yang tahu. Apa-apa pun, abang tetap suami Ara dan Ara minta maaf sangat-sangat sebab Ara tak dapat nak cerita dekat abang." Dia angkat kepala dari bahu Aideen. Jelas terpancar kekecewaan di riak wajah suaminya itu.

"Sayang nak terseksa sorang-sorang?" Sayu Aideen bertanya.

"If it for you, then I'm willing to do everything." Senyuman cuba diukir meskipun payah. Biar dia sahaja yang menyelesaikan semua yang terjadi kerana segala yang berlaku adalah atas kerananya. Semua ini terjadi kerana sifat posesif seorang lelaki yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk memiliki dirinya itu, jadi, biarlah dia juga yang menjadi penyelesaiannya.

***

INARA sedang menunggu di hadapan ICU, menunggu Aideen kerana hanya seorang sahaja ahli keluarga dibenarkan masuk, jadi, mereka mengambil giliran untuk melawat Puan Amira dan Encik Amran.

Pandangan dililaukan ke kawasan hospital tersebut sebelum anak mata terarah ke satu susuk tubuh yang dia kenali. Bertaut kening Inara menyebabkan dia bangun. Diatur langkah kaki menjejaki figura tersebut. Apabila si dia semakin melajukan langkah, Inara turut lakukan perkara yang sama.

Orang yang dia cari selama ini.

Jadi, dia perlu bertentang wajah juga dengan si dia.

Tidak sedar bahawa kaki Inara kini sudah menjejaki kawasan laluan keluar kecemasan di mana di kiri Inara terdapat tangga yang tinggi. Kepala melingas ke kiri dan ke kanan. Rasanya orang tu masuk ke sini.

"Never would I have thought that you would follow me here." Inara hampir terjatuh dek kerana terkejut tetapi cepat-cepat dikawal imbangan badan. Kepala ditoleh ke suara yang sudah tentunya dia dapat cam.

Atiqah Farhana.

Farhana.

Nama yang disebut oleh arwah Aira.

"Kak Atiqah."

Pinggir bibir Atiqah naik sedikit. Jari kelingkingnya naik ke arah telinga kanan lalu dipulas jarinya itu. "Ah, setiap kali kau panggil aku macam tu, aku rasa jijik sangat kau tahu tak?"

Membuntang mata Inara jadinya. Atiqah di hadapannya kini sudah tidak seperti Atiqah yang dia kenal dahulu. Atiqah yang dia kenal adalah seorang yang lemah lembut bicaranya. Tetapi yang ada di hadapannya kini ibarat ada entiti lain yang menakluki jasad Atiqah.

"Kak Atiqah. Saya tak nak bazirkan masa saya dan juga masa akak. Saya cuma akan tanya satu soalan saja. Nama akak Atiqah Farhana, so, is it you yang culik arwah Aira?" Dia sudah dapat sambungkan titik, jadi, sekarang, titik terakhir pula perlu disambungkan.

Meletus tawa Atiqah jadinya apabila mendengar soalan Inara itu. "Kau ni bijak jugak eh? You sure use the brain as a former law student..." Gadis itu merapatkan jarak di antara mereka membuatkan Inara berdebar sendiri.

"But well, looks like you won't be telling people that I'm the one who did that. Just to let you know that Harraz also involved in that. Say goodbye to this world." Terus ditolak tubuh Inara ke belakang menyebabkan badan Inara terasa melayang. Tiada apa di belakang. Hanya tangga. Bergolek tubuh Inara, menuruni tangga tersebut. Sebaik sahaja tubuh terkulai layu terbaring di hujung tangga, kelopak mata Inara terasa memberat.

Dia juga merasakan seperti ada cecair yang mengalir di bahagian bawah. Kepala digelengkan perlahan. Tak..

Tak mungkin.

Anak aku!

Pandangan samar-samar melihat Atiqah yang berada di atas sebelum dunianya menjadi gelap.

***

PANDANGAN Inara dilemparkan ke luar tingkap melalui biliknya itu.

Pandangan yang kosong.

Tiada perasaan yang terbias.

Hanya kesedihan yang menguasai diri.

"Sayang, abang dah bawak makanan untuk sayang. Sayang makan ya?" Suara Aideen muncul di sebalik pintu. Diatur langkah mendekati isterinya lalu punggung dilabuhkan di sisi Inara. Dulang yang berisi makanan diletakkan seketika di atas meja yang terletak bersebelahan dengan katil mereka itu.

Tiada respons yang diberikan. Wanita itu masih lagi diam. Semenjak mereka mendapat berita bahawa Inara keguguran, wanita itu banyak berdiam. Terkejut Aideen apabila mendapati bahawa isterinya terbaring di bawah tangga sambil berlumuran darah. Tidak tahu siapa lakukan sehingga Inara sendiri yang menyebut pelakunya dan kini, pihak polis sedang jejaki Atiqah.

Dia juga turut terkena tempias kesedihan. Sedih kehilangan anak mereka tetapi lagi sedih apabila melihat Inara seperti mayat hidup. Sudah seperti robot. Melakukan hal-hal yang biasa dilakukan ibarat sudah diprogramkan. Bercakap pun tidak. Hanya kosong.

Apakah yang terjadi kepada keluarganya kini?

Kenapa banyak yang sudah berubah?

Semenjak dia ditimpa kemalangan, boleh dikatakan terdapat perubahan yang ketara terutamanya buat isterinya. Suasana di antara mereka berdua menjadi suram. Tiada lagi gelak tawa di antara mereka berdua.

"Sayang, jomlah makan ya? Nanti sayang sakit pula. Tak naklah macam tu..." Bahu Inara dipegang, menyuruh wanita itu berpusing ke arahnya. Tatkala mereka bertentang mata, Aideen tersentak. Terdapat air mata yang bergantungan pada alis Inara.

"Sayang..." Jari naik mengusap air mata tersebut sebelum ia bertali arus di pipi Inara.

"Sayang jangan macam ni. Abang tak boleh tengok Ara macam ni. Ara terseksa, abang dua kali ganda terseksa tengok Ara." Sungguh jiwa dan raga dia terseksa melihat keadaan Inara sekarang. Dia rindukan isteri dia yang dahulu. Kemanakah itu semua pergi?

Diragut dengan keadaan yang berlaku dalam keluarga mereka. Hilang sekelip mata.

"Sayang, tolong bukak mulut sayang, cakap dengan abang. Yang ada depan Ara ni adalah suami Ara sendiri. Yang Ara boleh cerita keluh kesah Ara. Bukannya pendam sorang-sorang..." Sambung Aideen. Cuba memujuk Inara untuk bercerita. Jiwanya terseksa melihat si isteri seperti menanggung beban berseorangan. Langsung tidak memberikan ruang dan peluang untuk dia turut pikul bebanan yang ada.

"Abang tak faham..." Akhirnya bibir kecil itu bersuara.

"Apa yang abang tak faham? Cuba bagitahu abang? Macam mana abang nak faham kalau Ara sendiri tak buka mulut?" Tangan masih utuh di bahu Inara. Dia cuba mengawal nada suara seboleh yang mungkin. Tidak mahu diluar mendengar tetapi dalam masa yang sama, cuba untuk tidak menggores perasaan Inara. Isterinya kini sedang sensitif.

"Abang memang tak akan faham!" Dengan kuat Inara menolak tangan Aideen yang terletak di atas bahu yang sudah tentunya membuatkan Aideen terkedu hebat. Inara mengalihkan pandangan dari Aideen. Langsung tidak memandang suaminya itu.

Air mata bergenang. Ya Allah, sungguh dia tidak berniat hendak meninggikan suara terhadap suaminya itu tetapi emosinya sekarang benar-benar tidak stabil.

Dia merasakan bahawa semua yang terjadi adalah berpunca darinya. Bermula dari dia menerima gambar, bermula daripada berlakunya kemalangan ke atas Aideen dan juga keluarga mertua sehinggalah dia mengalami keguguran.

Semua salah dia! Dia yang menolak Harraz! Dia yang menyebabkan Harraz bertindak agresif sehingga menganggu keluarga mereka!

Aideen diam. Dia mula bangun. Inara yang membelakanginya itu dipandang dengan pandangan sayu. "Abang akan tunggu sampai sayang cakap dengan abang. Abang tinggalkan makanan sayang dekat meja. Ara makan tau? Abang keluar dulu..."

Inara tidak menoleh tetapi melalui bunyi derapan kaki yang semakin menjauh, Inara tahu, Aideen sudah pun keluar dari bilik.

Aideen menutup semula pintu bilik lantas memandang keluarga mentuanya yang dari tadi setia berdiri di hadapan pintu bilik. Terbias riak kerisauan di wajah masing-masing.

"Macam mana dengan Ara?" tanya Puan Irma. Dari tadi dia hanya tunggu dari luar. Gelengan daripada Aideen membuatkan Puan Irma melepaskan keluhan.

"Tak apa, biar aku yang cakap dengan dia." Irfan mencelah seraya menapak masuk ke dalam bilik Inara. Aideen hanya memerhati dari luar, membiarkan Irfan sendiri bercakap dengan adiknya. Beberapa minit kemudian, tangisan Inara menyapa gegendang telinga mereka semua.

Tangisan yang turut membuatkan hati Aideen retak.

Tangisan yang Aideen tidak sanggup untuk dengar. Pasti isterinya sekarang tengah menggogoi di dalam pelukan Irfan. Penumbuk dikepal. Dia sudah tidak tahan lagi, lantas dia mula bergerak pergi.

"Aideen nak pergi mana?" tanya Puan Irma apabila melihat menantunya itu sudah memegang kunci kereta.

"Aideen nak keluar sekejap. Kejap lagi Aideen balik. Ibu tolong tengokkan Ara tau?" Tidak menunggu balasan daripada ibu mentua, Aideen pantas mengangkat kaki. Hanya satu tempat yang dituju!

***

JARI diketuk berkali-kali di atas meja, menanti akan kehadiran seseorang. Dia memandang setiap manusia yang masuk ke dalam kedai tersebut melalui tempat yang diduduki yang jauh dari pandangan orang ramai. Sengaja dia pilih untuk duduk di situ. Kepala ditundukkan sedikit memandang ke bawah sebelum diangkat apabila ada suara yang menegur.

"Aideen Haidar?" Lunak suara itu memanggil. Terselit nada keceriaan di situ. Mungkin gembira kerana ini kali pertama mereka berjumpa setelah sekian lama tidak bersua apabila tamatnya pembelajaran.

"Atiqah Farhana." Dua patah perkataan tetapi cukup untuk buat dia rasa sebal. Cuba beristighfar di dalam hati sebanyak yang boleh, tidak mahu amarah terlepas di tempat awam.

"Kenapa awak nak jumpa saya? Dah lama kan kita tak jumpa?" Atiqah mula mengambil tempat sambil tersenyum lebar, tanpa mengetahui motif sebenar Aideen mengajaknya untuk berjumpa.

"Mana Harraz?" Terus diserbu dengan soalan, tidak membenarkan langsung omong-omong kosong masuk ke dalam perjumpaan mereka. Atiqah kelihatan sedikit tersentak dengan pertanyaan Aideen itu tetapi cepat-cepat dikawal reaksi muka.

"Harraz? Siapa tu? Kenapa awak tanya saya?" Tawa halus terhambur keluar dari bibir Atiqah.

Aideen menghentak meja dengan menggunakan tapak tangannya yang membuatkan para pelanggan yang berada di situ mengalihkan sekilas pandangan mereka ke arah Aideen. Perlakuan Aideen membuatkan bahu Atiqah sedikit terhinjut.

"I won't play nice. Stop pretending Atiqah Farhana. Where is Harraz?" Keras nada Aideen bertanya melalui celahan gigi yang diketap. Dia sudah dapat tahu siapa dalang di sebalik apa yang jadi. Dia mendapat tahu Harraz adalah punca segala-galanya. Patutlah dari awal lagi dia sudah mengesan aura negatif datang daripada lelaki tersebut.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila mendapat tahu bahawa Atiqah turut terlibat sama. Betapa dia merasakan bahawa sekarang dunia hanya dipenuhi dengan manusia yang bertopengkan syaitan. Di depan baik, tetapi di sebalik kebaikan itu, ada topeng yang menutupi sisi kejahatan.

"Saya tak tahulah. Awak ni, kenapa tanya saya? Harraz tu siapa? Kawan awak ke?" Atiqah masih lagi cuba berdalih membuatkan Aideen sudah hilang sabar.

"Atiqah Farhana. Farhana. That is the name that abducted Aira. Arwah Aira. And that person is you!You with Harraz planned all of that!" Sebak setiap kali nama Aira meniti di bibir. Lagi sebak apabila perkataan arwah ditambah.

"Dalam dunia ni, bukan saya seorang sahaja yang ada nama Farhana, awak jangan nak tuduh saya bukan-bukan." Nada suara Atiqah sudah mula berubah. Tidak lembut seperti awal tadi.

"Then, how are you going to prove all of this?" Rakaman suara yang dia dapati daripada telefon Inara dimainkan. Darah mula turun dari wajah Atiqah apabila mendengar pita rakaman tersebut. Pucat. Mata naik laju memandang Aideen.

"Ma..mana awak dapat ni?"

"My wife is smart enough to record the short conversation between you two. Stop pretending Atiqah. Where is Harraz? Kau nak terus berpura-pura? No use because semua bukti dah ada. Kenapa kau buat semua ni Atiqah? Kenapa? Kau ya–"

"Itu sebab saya sayangkan awak! Tapi awak tak pernah nampak! Tak, bukan awak tak pernah nampak. Saya tahu awak sukakan saya juga. Dah lama. Saya tahu daripada siapa? Daripada Daniel. Awak buat dare yang dia suruh dan balasan dia awak akan dapat saya. Saya tahu. Saya tunggu sehingga awak selesai cabaran tu. You did. I got you and you got me but that feeling doesn't last long. Your feeling suddenly drift away from me to her! Apa yang dia ada sampai perasaan awak kepada saya hilang Aideen? Apa? Apa?! Saya sayang awak sangat-sangat tahu? I have been by your side since we both first enter the class! Saya ada dengan awak lagi lama daripada dia yet, your feeling suddenly dissapear from me to that perempuan tak guna yang awak kenal hanya melalui cabaran awak tu!" Hilang sudah kelembutan dalam nada suara Atiqah. Gadis itu mula melepaskan segala-galanya.

Aideen kelihatan tersentak. Jadi, semua ini terjadi kerana kesilapannya yang terlampau mengikut perasaan. Melakukan sesuatu kerana ingin dapatkan seseorang tetapi tanpa sedar telah menyakiti perasaan orang lain. Tatkala cabaran selesai, dia pula menyakiti orang lain buat kali kedua apabila perasaannya kepada Atiqah hilang.

"But you shouldn't done all of this..." Dia tahu rasa sakitnya apabila orang yang kita sayang mencintai orang lain tetapi bertindak sebegini sehingga melibatkan nyawa orang? Ini dah masuk kes lain!

"Yes, at first I thought like that but lama-lama, saya dah tak kisah. I watched you being happy while me? I still love you and haven't moving on yet so how can I stay calm! I don't care, I still want you, Aideen. I want you, no one else!" Gadis itu sudah mula berdiri, menolak kuat kerusi dari belakang. Orang yang ada sudah mula berbisik apabila melihat kejadian tersebut.

Tiba-tiba Atiqah ketawa membuatkan dahi Aideen berkerut hebat. "I should just make sure that she is dead when I pushed her. I shouldn't have just left her like that. If she is dead, then awak akan bersama dengan saya kan?" Tangan Atiqah sudah mula mahu menyentuh tangan Aideen tetapi lelaki itu dengan lebih pantas mengelak. Terkejut dengan perubahan diri Atiqah. Lagi terkejut apabila mendengar pengakuan gadis tersebut. Dia turut bangun.

"Atiqah, ingat Allah. Ini bukan diri awak ni. Jangan buat kerja Tuhan dengan ambil nyawa orang!" Dia cuba mengawal nada suara agar tidak didengari oleh orang. Nasib dia mengambil tempat yang agak terceruk.

Atiqah mula ketawa. "Saya kisah apa? Yang penting saya dapat awak? Tak ke macam tu? Saya dapat awak walaupun Ara dah mati. Harraz? Lantak dia, saya dah tak ada kaitan dengan dia asalkan saya dapat awak." Bagaikan hilang pertimbangan arah, ayat itu meluncur keluar.

"Whatever it is, you will never get me Atiqah! Even if jasad Ara dah tak ada lagi dekat dunia ni, I will still love her with my whole heart. Kau buat lah cara macam mana sekali pun, dalam hati aku hanya ada seorang nama and that name is Inara Amanda. No one can replace her!" Penuh tegas Aideen berkata yang membuatkan gadis di depannya kini mengetap bibir. Hilang terus kata ganti nama 'saya-awak.' Tindakan pantas Atiqah mengambil segelas air milik Aideen. Baru sahaja ingin baling ke arah lelaki tersebut, ada dua tangan yang pantas menahan, memegang lengannya. Terkejut Atiqah jadinya.

"Atiqah Farhana, anda ditahan atas kesalahan menculik, bersubahat dan cubaan membunuh." Membuntang mata Atiqah jadinya. Dia memandang Aideen di hadapannya dengan pandangan tidak percaya.

"You asked me to met you just for you to let me got caught?!"

"I'm sorry but this is the right way. Kalau kau sendiri tak nak mengaku, I will just let them do their job. Sungguh aku tak percaya kau sanggup buat macam ni dekat aku, Atiqah. You used to be such a sweet girl but I guess this is also my fault why you became like this." Aideen memberi izin kepada dua pegawai polis yang memegang erat lengan Atiqah yang masih lagi meronta itu. Apabila diberikan keizinan, gadis tersebut dibawa bersama.

"Apa ni?! Lepaslah!" Para manusia di dalam kedai tersebut sudah mula mengeluarkan gajet masing-masing untuk merakam babak yang terjadi. Tatkala kelibat Atiqah hilang, Aideen melepaskan keluhannya. Rambut diraup.

Sekarang, masalah yang tinggal adalah, Harraz.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro