: ̗̀➛ Bab 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"TAK, tak jangan begini. Abang! Mama, ayah!" Inara menutup pintu kereta dengan laju apabila melihat rumah mentuanya dimamah api. Tak mungkin!

Suaminya, ada dalam rumah itu!

Mama...

Ayah...

"Abang!"

"Puan, jangan masuk puan, api tengah marak tu!" Ada satu tangan menghalang Inara daripada terus meluru masuk.

"Suami saya ada dalam tu kak! Mama, ayah. Saya kena selamatkan diorang!" Pegangan mereka cuba dilepas masuk. Inara meronta seboleh yang mungkin. Apabila dia berjaya melepaskan diri, mereka menariknya semula.

"Tak boleh puan! Bahaya tu puan! Bomba on the way!" Pujuk wanita itu lagi. Kuat dia memeluk Inara daripada terus bertindak melulu. Inara menggeleng laju.

Pandangan mata dililaukan ke kiri dan ke kanan. Mencari sesuatu yang boleh dia gunakan tetapi pandangannya tiba-tiba terhenti ke satu susuk tubuh yang sedang berdiri jauh daripada orang. Inara memicingkan matanya untuk mendapatkan pandangan yang jelas.

Berhoodie hitam...

Tiada siapa lagi melainkan dia seorang. Dia penyebab ini semua terjadi! Terus Inara meloloskan diri lantas berlari ke arah figura tersebut.

Semakin dia mendekat, semakin dia rasa dia menjauh. Semakin dia cuba untuk menggapai, semakin bertambah jarak di antara mereka. Figura itu langsung tidak menoleh ke arahnya malah, terus berjalan.

"Harraz!" jeritnya, dengan harapan lelaki itu akan berhenti.

"Harraz! Tolong! Hentikan semua ni!" Namun, suaranya hanya bergema dalam ruangan yang terasa bertutup, dan lelaki bernama Harraz itu kekal menjauh, langsung tidak menoleh.

"Harraz! Tolong, saya merayu sangat dekat awak hentikan semua ni. Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berhenti ganggu diorang..." Inara sudah tidak berdaya. Dia lelah.

Segala yang berlaku dalam hidupnya bagaikan menghujah dirinya tanpa henti. Dia berlari, tetapi langkahnya kian perlahan. Tiada lagi cahaya di sekelilingnya, hanya kegelapan.

Akhirnya, lelah di berlari, dia jatuh tersungkur. Dia sudah penat. Penat dengan segala yang terjadi. Bilakah semua ini akan berakhir? Mengapa dugaan datang bertubi-tubi? Inara menundukkan kepala. Dia sudah tidak mampu mengadah.

Bunyi tapak kasut mendekat, tetapi Inara tidak mengangkat kepala sehingga ada tangan yang memaksa, mengangkat dagunya, memaksa pandangannya bertembung dengan figura tersebut.

"It hurts to see your tears but it doesn't hurt me to see that your tears is because of him. Don't worry sweetheart, that man is gone for good. I'm the one who will be taking care of you now."

Inara mengelengkan kepala berkali-kali. Air mata bertali arus. "Tak nak..."

"Saya nak suami saya.."

"Saya nak Aideen..."

"Abang!"

"Inara!"

Mata Inara terbuka luas apabila namanya disergah dengan sebegitu kuat. Posisi terus diubah daripada baring ke duduk. Dia memandang sekeliling.

Sudah tiada lagi ruang yang hitam. Kini, kiri kanannya adalah suasana di dalam biliknya sendiri.

"Ara, Ara kenapa ni? Mimpi buruk?" Dengan penuh kerisauan, Puan Irma bertanya. Dia masuk ke bilik Inara untuk mengambil semula mangkuk yang berisi makanan yang dibawa oleh menantunya itu tetapi dikejutkan dengan Inara yang tiba-tiba sahaja menjerit.

Mata Inara tidak henti berkelip. Rambutnya diraup. Mimpi.

Mimpi dan mimpi lagi.

Mimpi yang boleh membuatkan dia dihurung dengan rasa ketakutan. Tiba-tiba, dia teringatkan seseorang. Kepala dipaling laju, ke kiri ke kanan, mencari satu nama yang berlegar di kotak pemikirannya.

"Suami Ara, mana Aideen ibu? Aideen mana?" Sudah lama rasanya Aideen keluar tetapi kenapa sampai sekarang belum pulang?

"Aideen? Aideen ke–" Belum sempat Puan Irma menghabiskan ayatnya, Inara berlari keluar apabila suara Aideen muncul memberikan salam.

"Abang!" Tubuh Aideen terus dipeluk menyebabkan lelaki itu sedikit terkejut. Terkejut dengan perlakuan tiba-tiba oleh si isteri. Keluarga mentuanya yang melihat turut memberikan reaksi yang sama tetapi cepat-cepat beredar, memberikan ruang kepada mereka berdua.

"Sayang kenapa ni?" Meskipun hairan dengan tindakan Inara, dia tetap membalas pelukan tersebut. Rambut Inara yang dibiarkan lepas itu diusap lembut.

"Abang jangan sesekali tinggalkan Ara. Ara tak nak hilang abang. Abang segala-galanya bagi Ara. Ara tak sanggup nak hidup tanpa abang. Abang jangan tinggalkan Ara..." Dia tidak kisah jika Aideen mahu pelik dengan kelakuannya, yang penting rasa takut menguasai segala-galanya. Sudah dua kali dia mimpi Aideen pergi dan dia tidak mahu kali ketiga ia terjadi bukan kerana mimpi tetapi realiti.

"Ya sayang, abang takkan tinggalkan sayang. Sampai mati pun abang takkan tinggalkan sayang. Kan kita dah berjanji untuk tak tinggalkan antara satu sama lain. Sayang bagitahu abang macam mana abang nak tinggalkan Ara kalau Ara adalah separuh daripada nyawa abang Dia menolak lembut tubuh Inara bagi meleraikan pelukan. Air mata yang menitik di pipi Inara itu dilap seraya tersenyum. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepada Inara sewaktu dia keluar sebentar tadi tetapi pasti isterinya baru sahaja lepas bermimpi.

Bibir Inara mencebik. Dia kembali melingkari tangannya di pinggang Aideen dan suaminya itu hanya membiarkan. Didekatkan bibir ke telinga Inara. "Abang harap, walau apa pun yang jadi lepas ni, Ara tak bertindak seorang diri. Remember, you have me. Whatever we are going through right now, lets get through it together. Okay sayang?"

Dapat dia rasakan Inara mengangguk disebalik wajah yang dibenamkna di dadanya itu menyebabkan Aideen mengeratkan lagi pelukan mereka.

***

MATA Aideen terkebil-kebil. Berat rasanya untuk membuka mata tetapi dia seperti mendengar bunyi sayup-sayup suara orang menangis. Dia meraba-raba di atas meja untuk mencari telefon pintarnya lalu skrin dinyalakan. Sudah pukul dua pagi.

"Ara kenapa ni?" Rupanya tangisan yang dia dengar itu adalah milik Inara. Disentuh lembut bahu Inara yang tidur membelakanginya itu. Ditarik tubuh Inara agar menghadap ke arahnya. Memang betul isterinya menangis. Dapat dia rasakan sisa-sisa air mata melekat di pipi si isteri.

"Sayang, kenapa menangis ni?" Tubuh mereka dirapatkan. Tangan melingkari pinggang Inara.

"Sayang..." Seru Aideen lagi apabila Inara masih lagi diam.

"Anak kita. Ara minta maaf sebab Ara, kita hilang anak kita..." Bibir kecil itu mula melontarkan bunyi.

"Shh, sampai bila Ara nak salahkan diri Ara sedangkan benda yang jadi memang bukan salah Ara?"

Inara geleng. "Tak, memang salah Ara. Ara bertindak melulu. Kalau Ara tak kejar dia, dia takkan tolak Ara dan anak kita, anak kita..." Inara sudah mula teresak-esak. Sakitnya bila dia sekali lagi kehilangan orang tersayang dan kali ini, dia hilang anak. Benih mereka berdua.

"Tak sayang. Tolong berhenti salahkan diri Ara because everytime you did that, it hurts me. So badly. Ada hikmah atas apa yang jadi. Abang nak Ara ingat yang Allah takkan membebani seseorang di luar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu, kita kuat. Kuat untuk lalui semua ujian-Nya. Abang cakap ni bukan sebab kerana kita hilang anak kita saja tapi abang juga kaitkan dengan apa yang jadi kepada kehidupan kita sekarang. Abang tahu, keluarga kita dah tak macam dulu. Banyak sangat dugaan yang datang dalam hidup kita. Ara mesti fikir, kenapa semua ni terjadi dalam masa yang singkat? Itu sebab Allah nak uji tahap keimanan kita. Tambah-tambah kita ni baru saja kahwin. Allah nak tengok macam mana kita hadap dugaan berkahwin ni. Ara kena ingat juga, apa yang jadi semua ada hikmah dia, such as us losing our child. Anak kita, boleh terus masuk syurga tanpa dihisab tau? Isn't that a great thing?" Tunak dia memandang ke arah Inara yang basah dengan air mata itu dan perlahan-lahan Inara jatuhkan kepala.

"Dan, yang paling utama sekali, nanti, anak kita tu boleh tarik kita untuk masuk syurga sekali tau! Meh sini abang nak cerita sikit dekat sayang." Dieratkan lagi pelukan di pinggang Inara. Mengantuk itu memang mengantuk tetapi apa yang lebih penting lagi adalah emosi Inara. Emosi isterinya perlu ditenangkan.

"Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak, 'Masuklah kalian ke dalam syurga!' Anak-anak itu pun berkata, 'Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.' Lalu diorang pun mendekati pintu syurga tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi, 'Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga.' Diorang pun jawab, 'Tetapi (bagaimana) orang tua kami?' lalu Allah pun berfirman, 'Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.' Jadi, sayang faham kan apa yang abang cuba ceritakan?" Aideen menyambung hujahannya. Dan apabila Inara angguk, bibir buat kesekian kali merekah dengan senyuman.

"Pandai isteri abang ni. Semakin berat ujian, semakin besar pahala dan hikmahnya. Dan semakin tinggi iman seseorang, semakin berat pula ujiannya. Allah bagi ujian dan rahmatNya  melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah..." Dielus lembut rambut isterinya itu. Sudah tak dengar lagi tangisan. Pasti isterinya itu sudah berhenti menangis. Tiada lagi sisa-sisa air mata.

"Tidur ya sayang? Abang ada, dekat dengan sayang. Always by your side no matter where you are..." Pujuk Aideen lembut. Kepala Inara dibawa dekat ke dadanya, membiarkan isterinya itu menyembamkan wajah di situ, mencari kehangatan yang isterinya selalu dambakan. Ditepuk lembut belakang badan Inara untuk didodoikan. Apabila dia mendengar bunyi dengkuran halus, ciuman dilabuhkan di dahi licin isterinya itu.

"Good night sayang. I love you so much. I'm sorry that all of this happened because of my selfishness but trust me, I will do everything I can to protect our family." Penuh tulus ucapan itu keluar dari mulutnya. Mata dipejam, turut memanggil kantuk untuk datang.

***

"JAGA diri dekat sana. Apa-apa jangan lupa call abang. Jangan nakal-nakal. Ingat sikit Ara tu bini orang," pesan Irfan seraya memeluk tubuh adiknya itu. Kini, mereka berada di KLIA untuk menghantar Aideen dan Inara yang akan berangkat ke Sabah.

"Ya, faham wahai abangku." Pelukan di antara mereka berdua dileraikan lantas tangan abangnya itu disalam lama. Dia kemudian berjalan menuju ke arah ibu dan ayah lalu tubuh kedua-dua ibu bapanya itu dipeluk erat.

"Jaga diri sayang. Jaga maruah suami." Pesan Puan Irma pula tatkala pelukan dilepaskan. Inara hanya angguk bersama senyum. Dia memandang ke arah Aideen yang sedang dipeluk erat oleh ayahnya itu. Alangkah bagusnya jika mama dan ayah ada sekali tetapi mereka masih lagi terlantar di atas katil hospital walaupun sebulan lebih telah berlalu.

"Kami pergi dulu ya?" Aideen meminta izin. Encik Ghazi hanya mengangguk. Sebaik itu, Aideen menyulam kemas jari jemari Inara, berjalan beriringan menuju ke balai pelepasan. Apa yang dia harapkan, sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam balai pelepasan ini, apa yang terjadi sudah tidak berulang lagi.

Sepanjang tempoh sebulan, tiada lagi gangguan. Tiada lagi juga kemunculan Harraz. Hasil siasatan bersama Atiqah mengatakan bahawa mungkin lelaki itu sudah lari. Ke mana? Dia sendiri pun tidak tahu. Yang dia harapkan apa yang terjadi tidak berulang lagi.

"Sayang termenung apa tu?" tegur Aideen apabila melihat isterinya itu seperti termenungkan sesuatu. Inara hanya senyum apabila mendengar pertanyaan Aideen seraya gelengkan kepala.

"Tak ada apa lah. Cuma teringatkan sesuatu." Teringatkan akan kejadian yang tak berhenti menimpa mereka dahulu. Sangat perit.

"Teringat apa tu?"

"Teringatkan abang." Inara menayangkan barisan giginya itu membuatkan Aideen mencubit geram pipi Inara.

"Pandai dah eh sekarang nak mengayat abang?"

"Eh ye lah. Tengok lah isteri siapa? Isteri Aideen Haidar kan?" Inara senyum bangga membuatkan Aideen lepaskan tawa. Inilah isteri yang dia kenal. Sudah kembali kepada sedia kala.

"Habis lah lepasni abang kena kuatkan hati. Takut tergoda pulak bila sayang tak habis-habis buat macam tu dekat abang."

"Kalau macam tu, abang pun buat la balik dekat Ara. Fair and square. Tak ke gitu?"

"Haih, sayang cabar abang ke?"

"Hmm, entah. Abang rasa?" Inara main tarik tali.

"Abang bukannya apa. Abang kalau sekali buat, Ara dah terus tergoda. Ha, macam mana tu? Nanti pengakhirannya jadi lain..." Senyum mengusik terukir membuatkan tangan Inara laju sahaja menampar bahu Aideen.

"Ya Allah, dekat airport ni." Haih Aideen ni. Cakap tak pandang-pandang! Sudah lah dekat belakang ada orang. Aideen hanya ketawa apabila melihat muka merah Inara itu. Comel sahaja. Dah lama dia tak nampak.

"Abang rindu dekat Ara."

Eh? Inara dongak kepala memandang Aideen. Terkejut dengan pengakuan tiba-tiba dari suaminya itu.

"Kenapa abang tiba-tiba cakap macam tu? Kan Ara ada dekat sebelah abang ni?" Inara hairan.

"Maksud abang, abang rindukan diri sayang yang dulu. Semenjak kita hilang anak kita, Ara seperti hilang diri Ara, and now, you are back to your old self, even bukan sepenuhnya tapi abang bersyukur. At least I know my old sayang is back. Abang tahu Ara sedih lagi sebab kita hilang anak kita lepastu dengan apa yang jadi, tapi satu aje abang nak Ara ingat. Anak kita sekarang tengah bermain dekat taman-taman syurga, untuk tarik kita dan dugaan lain datang menimpa kita tu adalah untuk tengok tahap keimanan kita. Kita mampu ke tidak. Kita kuat, sebab tu Allah turunkan ujian tu untuk kita." Bibir lelaki itu ukir senyum.

"Ara patut berterima kasih dekat abang sebab layan Ara penuh sabar. Ara minta maaf if segala perbuatan Ara dulu ada menggores perasaan abang." Rasanya, dah banyak dosa dia terhadap Aideen dulu. Sering tinggikan suara, tidak bercakap. Aideen tanya, langsung dia tidak hiraukan tetapi suaminya itu tetap sabar melayan. Beruntungnya dia mempunyai suami seperti Aideen.

"Abang tak pernah ambil hati dengan perangai Ara sebab abang faham. Losing a child is the biggest grief ever to every mother in this world. Abang juga nak cakap terima kasih sebab jaga abang waktu abang dekat hospital dulu. I'm so lucky to have you in my life, sayang." Ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam.

"We both lucky to have each other. Jom la kita jalan abang. Dekat tengah-tengah alam pun kita boleh nak buat romantik."

Meledak tawa Aideen jadinya. Digenggam kemas tangan Inara untuk masuk ke gate yang telah dinyatakan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro