: ̗̀➛ Bab 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

INARA terjaga dari tidur. Dia meraba-raba tempat tidur di sebelah. Kosong! Laju dia angkat kepala. Dipandang sekeliling.

Terasa asing.

Seketika kemudian, baru dia teringat yang dia dan Aideen kini sudah berada di Sabah. Nota kecil yang terselit di celah lampu tidur menarik perhatian Inara. Ditarik nota tersebut lalu apa yang tercatit dibaca. Melebar senyuman Inara jadinya.

Good morning love,

Got a good sleep? Sorry tapi abang dah pergi kerja. Sorry sebab tak gerak Ara tapi sebab abang nampak sayang macam penat sangat jadi abang tak nak ganggu tidur sayang. Abang dah masakkan nasi goreng untuk Ara. Filled with love ; )

Jangan lupa makan tau?

Love,

Your husband.

Diletak kembali nota tersebut di tempat asal. Kaki dibawa turun dari katil, menyentuh karpet gebu yang terdapat di dalam bilik Aideen yang secara rasminya telah menjadi bilik mereka.

Inara berjalan menuju ke bendara. Pintu sliding kaca ditolak seraya menapak beberapa langkah ke hadapan. Permandangannya disajikan dengan warna hijau pokok dan juga beberapa bangunan yang gah berdiri. Ternyata Aideen hanya menyewa apartment di sini, bukannya rumah.

Kata Aideen, pernah terfikir untuk beli rumah tetapi tidak jadi. Rupanya ada hikmah, kerana tidak selamanya mereka akan tinggal di sini. Aideen dapat sahaja tawaran kerja, terus mereka pindah semula. 

Angin sejuk menggigit lembut kulit Inara membuatkan dia masuk semula ke dalam lantas menutup pintu sliding tersebut. Dibawa langkah kaki menuju ke dapur, untuk melihat makanan yang telah disajikan.

Tudung saji diangkat, ada sepinggan nasi goreng yang cukup untuk portionnya. Inara senyum. Ada juga nota yang terselit.

Have a pleasant breakfast, sayang. I hope this suit your taste.

Much love, Aideen.

Aideen dengan ayat manisnya berpisah tiada.

Ditarik kerusi lalu punggung dilabuhkan di situ. Suapan pertama dimasukkan.

Sedap!

Suapan kedua, suapan ketiga sehingga licin pinggan itu jadinya. Bukan kerana dia lapar ke apa tetapi tak dinafikan memang sedap sekali air tangan Aideen ini. Simple tapi sedap! Boleh kalah nasi goreng yang dia buat.

Pinggan itu dibawa ke singki. Pili air dibuka lalu pinggan itu dilalukan di bawah air untuk dibasuh. Setelah selesai, tangan yang basah dilap pada tuala kecil yang sedia ada. Peti ais dituju untuk melihat apa yang ada.

Tidak ada banyak sangat barang basah yang ada. Hanya ada telur dan beberapa jenis sayur. Ingin saja dia keluar pergi beli barang tetapi dia tidak tahu selok belok jalan di sini. Bukan setakat itu sahaja, Aideen pasti tidak benarkan. Dari awal lagi, suaminya itu tak benarkan dia keluar seorang.

Memikirkan hal tersebut, Inara baru teringat. Sudah sebulan dia tidak terima chat atau gambar yang selalu dia terima dan dia bersyukur. Mungkin Harraz dah berputus asa? Atau sedang melarikan diri dari dijejaki oleh pihak polis.

Memikirkan pasal Harraz, hati Inara dirundum rasa marah tetapi dalam masa yang sama juga turut terkilan. Siapa sangka itu perangai sebenar Harraz? Harraz yang dia rasakan baik perangainya tetapi ternyata hanya berlindung di sebalik topeng. Tetapi kadang-kadang dia rasa itu semua salah dia. Kalau dia tidak tolak pengakuan Harraz, adakah semua itu akan terjadi?

Inara rasa macam nak tampar diri sendiri.

Kenapa dia perlu fikir semua itu? Dia sudah dikira cukup bertuah kerana dia bersuamikan Aideen. Jika dia terima luahan Harraz, yang berada di sisinya kini bukan Aideen, tetapi Harraz. Inara cepat-cepat kembali ke realiti. Fokus dengan apa yang ada Inara!

iPhone yang terletak di atas meja makan diambil. Nama suaminya itu dicari yang sudah sedia dipinkan di dalam WhatsApp. Tak nak telefon kerana takut suaminya itu tengah sibuk.

- Abang.

Tak sampai beberapa saat, telefonnya berdering. Terkejut Inara jadinya. Lagi terkejut apabila melihat nama pemanggil. Digesek ikon hijau itu ke kanan sebelum objek itu ditekapkan di telinga kanan.

"Hello?"

"Ya sayang. Kenapa? Kenapa tak call abang terus?"

"Ara takut abang tengah busy ada meeting ke apa ke."

"Jangan pernah kisahkan semua tu. Call aje abang okay kalau nak tanya apa-apa?"

"Okay." Sudah Aideen berkata begitu, dia tetap akan buat macam awal tadi. Mahu betul-betul Aideen sibuk lepastu dia telefon, tak ke menganggu?

"So, why sayang?"

"Abang balik kerja pukul berapa?"

"Not sure but selalunya before 7PM. Why sayang?"

"Abang selalunya kalau balik kerja mesti penat kan?"

"Kalau dah balik nampak muka Ara, hilang terus penat abang tu. Kenapa? Nak keluar ke?" tebak Aideen dan sudah tentunya tekaannya mengena. Tapi bukan nak keluar berhoora-hooray.

"Ara nak ajak abang beli barang dapur."

"Allah, lupa pula abang yang abang tak top up lagi barang dapur. Biasalah, selama ni duduk sorang, bedal makan Maggie aje." Dulu, jarang dia ke kedai atau pasar membeli barang dapur. Bukannya pandai masak pun. Setakat goreng telur, goreng nasi itu pandai lah. Kalau berat-berat, takut nanti jadi makanan tong sampah je.

Lagipun dia selalunya penat acap kali balik dari kerja. Tak ada masa nak masak. Sama ada dia melantak makan Maggie atau pesan GrabFood. Tak pun FoodPanda.

"Hmm patutlah nampak banyak sangat paket Maggie tadi." Sewaktu mencari cawan, Inara nampak satu kabinet yang penuh dengan Maggie. Macam-macam perisa dan jenama ada.

Aideen di hujung talian mengernyih seolah-plah yang di sana itu boleh nampak. Kantoi pula yang dia sering makan makanan segera itu.

"Jadi lepasni, boleh dah lah Ara buang semua Maggie tu?"

"Eh, kenapa nak buang pula sayang? Banyak tu. Membazir tahu?" Tegak terus badan Aideen apabila mendengar pernyataan Inara itu.

"Abang dah ada Ara yang akan selalu masak untuk abang. Jadi, perlu ke simpan lagi Maggie tu? Tak elok tau makan Maggie banyak-banyak."

"Abang tahu tapi janganlah buang. Membazir tau? Ha, kita letak dekat masjid," cadang Aideen.

"Masjid dekat dengan apartment kita ada satu tempat untuk kita letak barang untuk kita sedekahkan dekat orang yang memerlukan. Daripada buang, baik kita bagi orang. Tak ke begitu sayang?"

Inara diam. Ada betul jugak. "Okaylah. Ara tunggu abang balik."

"Okay sayang..."

***

MEREKA melewati setiap rak yang menempatkan barangan dapur. Dibelek satu persatu. Apabila dia nampak apa yang dia nak, laju sahaja Inara bawa masuk dalam troli.

"Kita pergi sana pula." Troli yang ditolak oleh Aideen ditarik dari depan menuju ke bahagian sayur. Dipilih sayur yang dia mahu agar sesuai dengan menu yang akan dia masak nanti. Melihat Inara yang sedang khusyuk memilih sayur itu membuatkan Aideen tersenyum.

"Kenapa abang senyum? Abang nampak apa?" tanya Inara apabila dia meletakkan sayur tersebut ke dalam troli. Ditoleh ke belakang untuk lihat jika ada adegan lucu yang membuatkan kedua-dua pinggir bibir Aideen melengkung ke atas.

"Tak lah, abang rasa bahagia."

Eh?

"Selama ni abang tak bahagia dengan Ara ke?"

"Ish. Ada pula fikir sampai ke situ? Segala yang abang buat dekat Ara tak menunjukkan yang abang bahagia dengan Ara ke?" soal Aideen.

Inara geleng.

"See? Abang terlebih bahagia dengan Ara. Abang senyum tadi sebab bahagia. Bahagia sebab rasa macam semua ni mimpi. Dapat keluar sama-sama dengan sayang beli barang dapur."

"Selama ni kita keluar beli barang dapur macam ni juga kan?" Inara pelik. Beli barang hari ini lain ke macam hari-hari yang sebelumnya?

"Ya tapi entahlah. Bahagia tu makin bertambah." Aideen sengih membuatkan Inara menjeling suaminya. Ada-ada aje lah Aideen ni.

Apabila lalu ke bahagian minuman, mata Inara bersinar apabila retina matanya mendarat ke satu tin minuman. Terus dia berhentikan langkah. Baru sahaja dia ingin ambil, suara Aideen menahan.

"One only sayang." Tegah Aideen. Dia tahu Inara mahu ambil lebih dari satu Nescafe tin berperisa Mocha dan juga yang Original punya. Arif sangat dengan isterinya yang gemar minum kopi.

"Ala, bolehlah abang. Dah lama Ara tak minum." Inara tayang muka comel, mengharapkan kejayaan.

"Not gonna work on me this time sweetheart. Tak elok lah Ara minum kopi banyak-banyak. Too much cafein can cause you harm. Ara ni dari dulu abang tengok suka sangat minum kopi." Dari zaman belajar lagi dia perasan Inara sangat gemarkan kopi. Dah macam satu addiction.

Inara mengemam bibir. Dengan pasrah, dia mengambil satu tin Nescafe dan diletakkan di dalam troli. Terpaksa la melepaskan yang lain-lain.

"Good girl. Macam ni la isteri abang. Dah, jom kita cari barang lain pula."

Apa lah nasib tak dapat minum kopi, huhu..

Dibuntuti langkah Aideen dari belakang. Suami kata jangan, baik jangan lawan! Kang tak pasal Allah bayar cash.

***

"SAYANG buat apa dekat balkoni tu?" tegur Aideen apabila dia melihat pintu sliding terbuka, menandakan ada orang di luar. Dilihatnya Inara sedang mendongak memandang langit sambil kedua-dua tangan memegang penghadang besi. Dia berdiri di sisi isterinya.

"Tengah tengok bintang yang tak berapa ada." Memang tak ada banyak sangat pun gugusan bintang yang menghiasi dada langit. Hanya ada dua tiga sahaja tetapi cukup untuk membuatkan Inara pegun melihat keindahan malam.

Aideen ketawa halus. Dia turut dongakkan kepala.

"Abang nak tahu tak?'

"Hmm?"

"Waktu abang dekat hospital, Ara kadang-kadang akan keluar sekejap. Tak lama pun sebab Ara nak tengok langit waktu malam. Ara akan duduk tak jauh dari orang sebab Ara pun takut nak jauh-jauh sebab abang tak bagi Ara sorang-sorang kan." Sempat lagi Inara bergurau. Aideen hanya senyum. Tidak bersuara, menanti bicara Inara yang seterusnya.

"Ara akan dongak ke atas, pandang langit. Seolah-olah tengah bercerita. Tapi dalam hati aje lah. Langit buat Ara dapat lupakan sekejap masalah Ara. Tak kira malam ataupun siang. Ara akan pandang juga langit. Lagi tenang kalau bulan penuh. Memang menerangi dada langit. Ibarat ada ketenangan di situ. Lepas dah reda sikit, Ara akan masuk semula ke dalam sebab Ara tak nak tinggal abang lama-lama. Ara takut abang..." Ayat Inara terhenti di situ. Tak sanggup untuk sambung.

"Ara takut abang tinggalkan sayang?" tebak Aideen dan perlahan-lahan Inara angguk.

"Ara pernah mimpi abang tinggalkan Ara. Maksud Ara tinggalkan tu maksudnya abang tinggalkan dunia ni. Dua kali Ara mimpi benda yang sama.." Akhirnya, perkara yang lama dia pendam terluah juga. Aideen kelihatan sedikit tersentak apabila mendengar cerita Inara itu. Bahu Inara dipegang, ditarik agar menghadapnya.

"Hidup dan mati semua di tangan Allah. Sudah ditentukan sejak kita belum lahir lagi. Cuma kita sahaja yang tak tahu bila. Abang tahu Ara tak sanggup nak hilang abang, sepertimana abang pun tak sanggup nak hilang Ara. Tapi, kalau dah ditakdirkan sampai situ sahaja riwayat kita, siapa kita nak menindakkan kehendak Allah?" tutur Aideen lembut.

Inara diam. Dia tahu. Sangat tahu. Faham akan ayat Aideen itu.

"Sampai bila kita nak bersedih kalau benda tu betul-betul jadi? Dengan menangis, apa yang kita boleh buat? Nak menangis boleh sebab kita ni manusia, ada perasaan tapi jangan sampai melarat. Okay sayang?" Sambung Aideen lagi. Inara mengangguk. Tangan merangkul pinggang Aideen lantas kepala disembamkan di dada Aideen.

"Tapi Ara tak boleh hidup tanpa abang."

"Macam tu juga dengan abang. Abang pun tak boleh hidup tanpa Ara. Kita sama-sama berdoa semoga kita dipanjangkan umur, dapat bina keluarga kecil kita." Ciuman hinggap di ubun-ubun kepala Inara.

Mereka berdua diam. Membiarkan suasana sepi menyemarakkan suasana sebelum Aideen sendiri bersuara. "Eh abang lupa pula nak bagitahu.."

Inara jauhkan wajah dari dada Aideen lantas mendongakkan kepala. "Abang dah dapat kerja dekat tempat yang abang mohon tu."

"Wah? Seriously abang?" Bersinar mata Inara apabila mendengar berita tersebut. Aideen laju mengangguk seraya mencubit geram pipi Inara. Comel bila tengok wajah Inara yang tengah teruja itu dengan mata bundarnya. Macam budak-budak. Comel!

"So, nanti kita pindah sana balik lah?"

Aideen jatuhkan kepala berkali-kali. "Yup, tapi tak secepat yang mungkin. Abang kena hantar notis berhenti dua minggu awal dulu dekat bos then, dah lulus, baru kita pindah rumah kita dekat sana balik."

"Banyaknya nak kena pakai duit.." Sudahlah Aideen kerja tak lama mana tapi duit dah banyak habis dekat tiket penerbangan. Bukan itu sahaja, dengan sewa apartment lepastu duit bulanan rumah mereka di Semenanjung sana lagi. Rasanya, memang dia kena cari kerja juga nanti.

"Jangan risau. Abang ada saving abang sendiri. Cukup aje untuk kita." Dicuit hidung si isteri.

"Kalau nanti bila kita pindah sana, boleh tak Ara nak kerja?" pinta Inara secara tiba-tiba.

"Kerja?"

"Yup, Ara nak tolong abang. Nak support financially juga so that lepasni kita boleh bahagi sikit-sikit nak bayar apa yang patut. Tak ke itu lagi meringankan beban abang? Tak la abang sorang je semput kena bayar semua." Dia bersyukur kerana Aideen ada pekerjaan tetap yang boleh tanggung semua perbelanjaan mereka tetapi takkan sampai bila-bila dia nak biarkan Aideen yang buat?

"Hmm, macam abang cakap sebelum ni, abang okay aje sayang nak kerja. In fact I'm happy for you because at least sayang finally dapat juga kerja dalam bidang yang sayang minat." Tidak pernah terdetik untuk dia menghalang Inara untuk bekerja. Isterinya itu penat lelah berjuang menelaah segala bahan bacaan dulu, jadi siapa dia untuk menghalang?

"Tapi kan, satu je abang nak cakap. Abang tak pernah rasa terbeban dengan semua tu. Sudah tugas suami untuk buat semua tu. Bagi nafkah, selesaikan apa yang patut. Tugas sayang cuma taat pada suami itu je. Sebab itu Ara perasan yang abang banyak buat kerja rumah kan?" Sambung Aideen dan Inara angguk. Kebanyakkan kerja rumah, Aideen yang buat. Dari sidai baju, angkat baju, lipat baju pun Aideen yang buat. Jika Aideen ada masa, lelaki itu akan sapu sampah.

Bila ditegah, dia pula yang kena bebel balik. Jadi, dia banyak duduk dan memerhati sahaja tindakan Aideen itu. "Dah, sekarang jom kita masuk tidur ye sayang? Dah lewat ni. Tak elok duduk luar lama-lama tambah-tambah dengan angin yang makin sejuk ni.." Dia mengenggam lembut lengan Inara, menyuruh isterinya itu untuk turut masuk ke dalam.

**

PEJAM mata, kemudian buka balik. Itulah yang Inara buat. Tidak tahu sekarang sudah pukul berapa. Tadi dia dan Aideen baring di atas katil dalam pukul satu setengah pagi. Suaminya itu sudah enak diulit mimpi, penat kerja barangkali, tetapi dia pula masih lagi segar.

Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati sehingga menganggu lenanya. Bunyi notifikasi membuatkan Inara pantas membuka telefon. Membulat mata Inara apabila melihat apa yang dihantar. Dibuka chat tersebut dan tika itu juga lah jantung Inara berhenti berdetak buat sesaat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro