: ̗̀➛ Bab 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TANAH yang memerah itu dipandang dengan pandangan sayu. Awan memuntahkan isi, seolah-olah turut bersedih dengan apa yang terjadi. Dipandang sekilas Aideen yang sedang duduk di atas tikar sambil tangan diletakkan elok di atas pusara Puan Amira.

Berita yang dia terima adalah kematian ibu mentuanya. Terus dia kejut Aideen dan tika itu jugalah mereka tekad untuk terus pulang terbang ke Semenanjung. Betapa Inara dapat lihat Aideen sedaya upaya menahan air mata daripada menitis, cuba berlagak kuat sepanjang perjalanan tadi. Tetapi dalam hati, siapa yang tahu?

Dia nampak Aideen hampir tersungkur tatkala mereka tiba di bilik mayat tetapi suaminya itu masih lagi cuba untuk gagahkan diri. Dapat juga dia lihat bahawa tangan Aideen terketar-ketar sewaktu menyentuh wajah si ibu.

"Abang..." Panggil Inara lembut.

"Abang nak duduk sini lagi ke? Ara boleh temankan. Tapi sampai aje Maghrib, kita balik tau?" beritahunya, lembut. Tangan mendarat ke atas belakang tubuh suaminya itu.

"Terlalu cepat kan semua ini berlaku? Abang hulang Aira, tak lama lepastu, mama pula tinggalkan kita. Entah apa dugaan yang Allah turunkan tapi at least abang tahu setiap kali ujian datang menimpa, setiap kali itu juga Allah ingat kepada kita," ujar Aideen secara tiba-tiba. Senyuman cuba diukirkan meskipun payah.

Ya Allah, betapa gagahnya hati Aideen untuk masih lagi berfikiran sebegitu rupa. Dia yang kehilangan anak pun sudah tidak tentu arah tetapi Aideen yang kehilangan dua orang tersayang dalam masa yang singkat masih lagi cuba untuk menenteramkan hati yang lara. Betapa kuatnya suaminya ini.

Aideen mula bangun. Payung yang melindungi mereka berdua daripada hujan diambil. "Jom sayang, kita balik. Ada masa, kita datang melawat mama lagi. Sekarang ni, jom kita pergi melawat ayah pula. Mesti ayah rindu nak dengar suara kita..." Encik Amran masih lagi tidak sedarkan diri. Sudah lama lelaki itu beradu, tiada lagi tanda-tanda yang dia akan bangun.

Terkebil-kebil mata Inara, mendongak memandang Aideen. Tetapi dia angkat sahaja punggung. Tikar getah itu dilipat. Aideen meraih jari-jemari Inara. Dapat dia rasakan Aideen mengemaskan lagi pegangan mereka, seolah-olah meminta untuk salurkan sedikit kekuatan. Ibu jarinya mengusap lembut ibu jari milik Aideen, berharap dapat meredakan sedikit emosi suaminya itu.

Dipandang ke kiri dan ke kanan. Saat mereka ingin melintas jalan, Aideen mendahului tetapi mata Inara cepat menangkap ada kereta yang laju datang ke arah mereka, terus ditarik kembali suaminya ke belakang. Jantung bagaikan terhenti sesaat. Dapat dia lihat sekilas muka pemandu yang membuatkan darahnya menggelegak hebat.

"Abang okay tak?" tanya Inara apabila kereta itu terus berlalu pergi.

"Abang okat. Thanks sayang.." Kereta yang lalu bagaikan serasi pada pandangan mata Aideen. Seakan-akan pernah menjadi sebahagian daripada jalan hidupnya sebelum ini.

Inara mengetap bibirnya rapat. Wajah yang dia lihat tadi adalah empunya Harraz. Apa lagi yang lelaki itu mahukan? Ingatkan Harraz sudah tidak akan muncul tetapi apa ini?

***

SEGENAP tubuh Inara bergetar. Tidak dapat dikawal, tidak dapat ditanggung. Dia rasa terperangkap. Mata automatik terbuka membuatkan Inara terus duduk, bangun dari pembaringannya. Tangan diletakkan di dada. Dapat dia rasa jantungnya berdetak kencang.

Mimpi ngeri.

Setelah sekian lama. Semenjak dia nampak Harraz di dalam kereta tempoh hari, mimpi itu datang semula. Ngeri. Sangat ngeri.

Mama...

Aira...

Semuanya meminta pertolongan, seolah-olah diminta untuk dilepaskan dari semuanya. Bukan itu sahaja, terdapat juga samar-samar muka Aideen.

Aideen yang sedang nyenyak tidur di sebelah dipandang. Tidak mahu tidur Aideen terganggu, dia perlahan-lahan turun dari katil, menapak keluar dari bilik. Dibawa bersama telefon pintarnya.

Tingkat bawah dituju lantas dapur dijadikan sebagai destinasi. Tekak tiba-tiba terasa haus. Mimpi yang dia alami bagaikan menarik tenaganya. Namun, beberapa langkah dia menapak, Inara merasakan ada sesuatu di belakang.

"Good night darl." Serentak dengan itu ada satu tangan kasar yang menutup mulut Inara dengan menggunakan satu tuala kecil. Meronta-ronta dia jadinya. Mata meluas.

Makin lama, pandangan Inara semakin kabur. Baru Inara sedar, kesan kloroform! Rontaannya semakin lemah, hasil daripada bahan kimia tersebut, kelopak mata Inara tertutup sepenuhnya. Telefon yang berada di tangan, jatuh menyimbah bumi.

***

BUNYI alarm dari gajet nipis itu membuatkan Aideen bangun dari tidur. Diraba-raba tangan di atas meja untuk mengambil objek tersebut. Jam dilihat. Sudah pukul enam pagi. Dia letak semula telefonnya. Saat tangan mahu memeluk sesuatu, dia tidak rasa apa. Hanya rasa angin. Kelopak mata dibuka.

Kosong.

"Sayang?" Aideen mengangkat sedikit kepalanya lalu lampu tidur dibuka. Pandangan dililaukan ke sekeliling bilik. Semuanya masih gelap. Lampu bilik air juga seperti semalam. Tidak terusik.

Dia mula turun dari katil. Bilik air dituju. Mana tahu jika Inara mengambil wuduk dalam keadaan gelap. Tolak sahaja pintu, kosong. Tiada apa. Isterinya tiada di dalam.

"Inara?" Panggil Aideen lagi. Takkan ada dekat bawah?

Dibawa langkah kaki menuju ke tingkat bawah. Tetapi situasi sama sahaja seperti dalam bilik mereka. Gelap. Tiada langsung sinar cahaya membuatkan ruangan minda Aideen ligat memainkan kerja. Fikiran negatif mula datang menyerang. Semua suis lampu ditekan, menyebabkan keadaan yang tadinya gelap, terus disinari cahaya lampu.

"Inara Amanda." Kini, nama penuh Inara diseru. Saat dia sedang sibuk mencari si isteri, kakinya terpijak akan sesuatu. Mata Aideen membulat. Diundur setapak ke belakang.

  Telefon Inara.

Dibongkokkan badan lantas objek tersebut dikutip.

"Sayang? Ara?" Aideen mula mencari di sekeliling rumah, cuba berfikiran positif mungkin Inara ada di mana-mana.

"Sayang!" Seruan makin kuat, namun apabila dia melihat pintu rumah mereka sedikit terkuak, jantung Aideen terhenyak. Pantas dia berlari menuju ke luar rumah.

Sah ada orang ceroboh masuk!

Aideen panik. Dia berlari masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil telefon pintarnya. Nama Raykal dicari lalu didail. Tak kisahlah masih awal pagi ke tak, yang penting isterinya hilang!

***

"UGH." Inara mengerang kesakitan. Terasa berpijar sedikit tangannya seolah-olah diikat. Kelopak mata cuba diangkat meskipun payah. Kepala terasa berdenyut. Mesti kesan dari kloroform tadi. Saat mata berjaya dibuka, dia disajikan dengan pandangan yang gelap gelita. Hanya ada sedikit cahaya yang masuk dari lubang-lubang yang terdapat pada dinding.

Inara cuba gerakkan tangan tapi terbatas. Dia menoleh ke belakang. Patutlah sakit! Kedua-dua tangannya diikat kemas dengan menggunakan tali. Sudahlah diikat di sebalik tiang! Bukan itu sahaja, kaki pun turut menerima nasib yang sama.

Seketika kemudian, Inara baru teringat. Rambutnya!

Inara panik. Kalau dia cuba meronta pun, tak akan bagi apa-apa kesan kerana tangannya memang diikat rapi. Tetapi auratnya! Ya Allah!

"Good morning, Inara." Suara itu menyapa membuatkan terhenti segala rontaan Inara. Cahaya yang datang dari lampu suluh membuatkan mata Inara mengecil sedikit dek kerana penerimaan cahaya yang tiba-tiba.

Pemilik suara datang mendekat sebelum mula mencangkung di hadapan Inara. Terserlah wajah Harraz yang tersembunyi di sebalik kepala hoodie yang berwarna hitam itu.

"Cantik awak bila tak pakai tudung." Tangan Harraz naik menyentuh rambut Inara yang dibiarkan lepas itu. Inara sudah rasa mahu menangis. Ya Allah, berdosanya dia!

"This can be my sight, every single day but itulah. Tak dapat saya nak tengok. Sebab apa? Sebab lelaki sial tu." Suara Harraz mula bertukar menjadi bengis. Jelas terpancar sekali kebenciannya terhadap Aideen.

Pandangan Harraz mula jatuh atas bawah pada tubuh Inara membuatkan wanita itu sudah rasa tidak selesa. Dia takut. Bagaimana jika Harraz membuat perkara yang dia tengah fikir sekarang? Ya Allah, selamatkan aku! Pelihara lah maruah aku!

"Your beauty is so mesmerising. I wish I can touch you more but I won't do that. But at least I can do this." Saat belakang tapak tangan Harraz ingin mendarat ke pipi kanan Inara, wanita itu menoleh, menepis segala sentuhan Harraz.

"Jangan sentuh saya. Awak tak ada hak nak sentuh saya." Keras nada suara Inara. Pinggir bibir lelaki itu naik sedikit.

"Yup, you are right. I don't have the right to touch you right now, but someday, I'll do." Dahi Inara berkerut, cuba untuk faham ayat Harraz itu.

"Apa awak cakap ni?"

"What I mean by that is, since Atiqah dah ada dalam penjara sekarang then, I don't have any valid reason to keep him alive. I can eliminate him. Dah lama dah saya fikir tapi sebab sebab saya terikat dengan Atiqah, dengan Hani lagi. I can't kill him so I just jentik aje keluarga dia. To make him feel like he is not safe with you. Bila dia dah rasa macam tu, he will leave you then you will be mine." Harraz menceritakan dengan penuh rapi perancangannya yang sudah sekian lama bermain di kepala, membuatkan Inara terkedu. Lagi terkejut apabila mengetahui Hani turut terlibat sama.

Kenapa perlu wanita itu melibatkan diri dengan rancangan gila Harraz? Apa sebab yang kukuh untuk wanita itu melihat dirinya sengsara? Adakah kerana ingin balas dendam? Langsung tidak masuk akal!

"Aideen takkan sesekali tinggalkan saya." Beritahu Inara dengan penuh yakin. Suaminya itu takkan pernah sesekali tinggalkannya. Takkan. Hatta apa yang jadi sekali pun, Aideen akan tetap berada di sisinya.

"Itulah masalahnya!" Botol air yang berada di sebelah diambil lalu dilempar dengan kuat sehingga berlaga dengan besi. Bergema bunyi berdenting besi tersebut.

"He loves you so much to the point that he will never leave you! So that is why I'm going to make him dissapear! If he doesn't want to leave you then I'm the one who's going to make him leave. By hook or by crook he should be gone." Penuh nekad Harraz berkata seolah-olah dia adalah Tuhan. Seolah-olah dia adalah malaikat maut yang bila-bila masa sahaja boleh mengambil nyawa orang.

"Apa awak nak buat ni Harraz? Jangan ambil kerja Tuhan! Awak sedar tak awak bermain dengan nyawa sekarang? Awak tahu tak apa yang awak buat tu dah termasuk dalam tujuh dosa besar?"

"Ahh, I don't know that a former law student like you can become penceramah bebas. Listen here, Ara. Never ever try to escape sebab semua tu tak berguna pun. So, all you have to do is sit tight okay, darling? I will bring your food later. Kita makan sama-sama tau?" Disentuh sekilas pipi Inara seraya tersenyum. Sebaik itu dia bangkit, meninggalkan Inara.

Inara sudah resah. Bila sudah termakan dengan hasutan syaitan, bagilah nasihat sebanyak berpuluh-pulun tan pun, takkan masuk punya. Takkan sampai! Hati dah terlampau hitam. Sudah terlampau dinodai dengan bisikan syaitan. Tiada lagi cahaya yang boleh menembus masuk.

Ya Allah! Tolonglah selamatkan suami aku ya Allah!

Inara tidak kisah jika apa-apa yang jadi kepadanya, yang penting adalah suaminya. Suaminya perlu kekal hidup kerana ini semua berpunca darinya. Biarlah nyawanya sahaja yang menjadi galang ganti.

***

"AKU dah report benda ni lama tapi kenapa sampai sekarang polis tak jumpa lagi dia?!" Suara Aideen memetir. Penuh suara di segenap ruangan kedai makan itu.

"Aideen, sabar. Kita dekat tempat awam ni..." Haikal cuba meredakan emosi rakan baiknya itu.

"Sabar? Kau bagitahu aku macam mana nak sabar kalau isteri aku kena culik? Lepastu bila aku buat laporan, aku kena tunggu dua puluh empat jam dulu? Hei! Kau tahu tak, dalam tempoh dua puluh empat jam tu, macam-macam boleh jadi dekat Ara! Kau bagitahu aku. Kalau kau duduk tempat aku, kau boleh duduk diam tak?" Aideen menepis pujukan Haikal itu, yang dia fikir sekarang hanyalah Inara. Isterinya!

"Ya aku faham perasaan kau Aideen. We must act rational. Kita dekat tempat awam. Jangan tinggikan suara macam tu. Aku yakin Inara akan selamat." Haikal langsung tidak terasa hati dengan Aideen. Dia tahu hati sahabatnya kini sedang gundah gulana. Jika dia di tempat Aideen pun dia akan buat benda yang sama.

"Wait. Kau cakap tadi kena tunggu dua puluh empat jam baru boleh buat report?" Raykal meluahkan rasa peliknya. Aideen angguk.

"Who said that?"

"Huh?" Kedua-dua kening Aideen bercantum. Dia salah ke?

"Isn't that what a police would said? Especially dalam drama."

"Itu drama Aideen, ini realiti. Tak ada dalam peraturan lepas dua puluh empat jam boleh buat report. Kalau dah rasa orang tu hilang, tolong buat report terus. Jangan tunggu. Macam kau cakap, dalam tempoh dua puluh empat jam tu, macam-macam boleh jadi. Golden time, Aideen." Ini lah mitos yang perlu dihapuskan. Pengaruh kuat drama mengatakan selepas dua puluh empat jam baru laporan mengenai orang hilang boleh dibuat padahal tidak termaktub dalam mana-mana peraturan. Sedangkan seiring masa bergerak, pelbagai perkara boleh terjadi kepada mangsa.

"Then, aku nak pergi balai sekarang." Aideen bangun menyebabkan Raykal dan Haikal mendongak kepala.

"Sekarang?" Haikal meminta kepastian.

"Ya lah! Isteri aku dalam bahaya. Yang culik tu tak lain tak bukan aku tahu Harraz. Pihak polis ni akan ambil masa berapa lama untuk jejak dia Ray?" Kini dia melemparkan soalan kepada Raykal. Helaan nafas terhembus keluar dari bibir lelaki tersebut.

"Dia licik. Setiap kali pihak polis hampir dapatkan dia, dia berjaya larikan diri lepastu dah tak dapat nak dijejaki. That is what happened to us now Aideen. Kau tahu tak even aku tak cukup tidur, cuba untuk korek maklumat daripada Atiqah tapi maklumat yang aku dapat langsung tak membantu." Jelas Raykal. Bukannya mereka tidak mencuba. Mereka cuba. Tetapi Harraz itu yang bijak dalam mengatur perancangannya.

"Atiqah, Atiqah, Atiqah! Sampai sekarang tak kena hukuman lagi dia?" Bengang juga Aideen jadinya.

"It is not that easy Aideen. Plus, aku sekarang tengah kumpul banyak lagi bukti so that dia dapat hukuman yang lagi berat. Isn't that what you want?" Dia memandang ke arah Aideen. Lelaki itu menguak rambut ke belakang.

Dia mahukan apa yang Raykal cakap. Wanita tersebut hampir merosakkan rumah tangga mereka jadi masakan dia tak nak melihat Atiqah terima hukuman yang sepatutnya dia terima?

"Aku gerak dulu." Aideen tidak lagi membuka bicara malah, dia melangkah keluar. Haikal dan Raykal saling berpandangan sebelum mereka turut bangun mengikut langkah Aideen dari belakang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro