: ̗̀➛ Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"DARI minggu lepas lagi saya minta nombor telefon awak tapi awak tak bagi pun. Awak tak sudi ke nak kawan dengan saya?" Suara Aideen yang tiba-tiba sahaja muncul itu sudah cukup untuk membuatkan jantung Inara seperti mahu terkeluar. Kenapa banyak sungguh spesies yang suka main terjah macam tu aje? Memang nak bagi dia sakit jantung ke apa?

"Pardon?"

"Nak pardon, pardon pulak awak ni. Awak buat-buat tak faham ke apa ni," cebik Aideen.

"Tak lah, saya cuma tak faham kenapa awak tiba-tiba nak berkawan dengan saya. Saya rasa awak senior saya. Kenapa nak berkawan dengan saya sedangkan kita tak sama course?" Satu persatu persoalan dilemparkan.

"Kenapa? Tak boleh ke? Tak ada pun peraturan kata kalau senior tak boleh kawan dengan junior. Kalau tak sama jurusan tak boleh kawan. Ada ke peraturan tu? Kalau ada, cer tunjuk. Saya nak tengok." Aideen melunjurkan sedikit badannya ke hadapan untuk melihat skrin telefon Inara. Pantas dia melarikan telefon ke sisi.

Tawa terletus di bibir Aideen.

"Tak lah. Tak ada pun peraturan tu. Cuma pelik. Saya ingatkan awak memang dah tak berminat ke apa sebab seminggu juga saya tak nampak muka awak."

Beberapa saat kemudian, baru dia tersedar ayat yang meluncur keluar dari mulutnya itu. Kenapa ayat dia itu macam ada unsur-unsur berharap ni? Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak bicara? Tak ada undur-undur dah!

Aideen tersenyum tatkala mendengar ayat tersebut. "Bunyi ayat tu macam awak berharap setiap hari jumpa saya aje. Tak ke gitu?"

Malu Inara jadinya apabila disakat sebegitu rupa. Dia berdeham seketika bagi menutup rasa yang berkampung dalam diri. "Perasan!"

"Haha. Sorry lah. Seminggu tu saya sibuk. Itu yang tak sempat nak jumpa awak. Nak jumpa awak macam mana kalau tak ada nombor telefon? Takkan saya nak pusing satu kampus kut. Kampus ni besar tahu. Ni kira rezeki tahu saya jumpa awak." Tanpa dipinta, Aideen menjelaskan.

Bagaikan burung belatuk, terangguk-angguk kepala Inara jadinya apabila mendengar penjelasan tersebut. Jadi sebab itulah mereka tidak bersua muka. Rasa lega menyelinap masuk ke dalam diri tanpa dia sendiri tahu kenapa. Walhal, bukannya mereka ada sebarang hubungan pun.

"Haih, baru tak jumpa seminggu dah rindu ke? Sebab itu lah awak kena bagi nombor telefon awak dekat saya! Boleh la kita jumpa selalu. Tak jumpa kita chat la. Ha, tak ke terubat rindu awak tu?" sakat Aideen lagi sambil kedua-dua keningnya dijongketkan.

"Ei, perasannya. Tak ada maknalah saya nak rindu awak. Bak telefon awak tu! Buka siap-siap!" Tapak tangan kanan ditadah, meminta telefon milik lelaki di hadapannya ini.

Kemain lebar senyuman Aideen apabila melihat reaksi Inara itu. iPhone terus dibawa keluar dari poket lalu kata laluan dimasukkan sebelum diletakkan di atas tapak tangan gadis di hadapannya ini.

Jari Inara pantas memasukkan nombor telefonnya lalu objek tersebut dikembalikan kepada Aideen.

"Betul eh ni nombor telefon awak? Bukan nombor telefon mak awak ke, ayah awak ke?" tanya Aideen untuk meminta kepastian.

"Ye. Buat apa saya nak bagi nombor telefon mak saya?"

"Mana lah tahu sebab haritu ada orang kata dia pakai nombor telefon mak dia."

Hampir tersedak Inara jadinya apabila mendengar ayat Aideen itu. Kurang asam! Dia perli aku nampak! Beberapa saat kemudian, telefonnya berdering. Pantas dia melihat siapakah gerangan yang menelefonnya itu.

Nombor tidak dikenali.

"Okay, betul nombor awak. Jangan lupa save nama saya tau." Sejurus dengan itu, bunyi deringan telefonnya itu tamat. Jadi, terbuktilah di sini bahawa yang menelefonnya tadi adalah Aideen.

"Kalau tak nak?" Inara mencabar.

"Buatlah bagi nak. Kalau awak tak nak juga, biar saya sendiri yang save untuk awak." Baru sahaja tangan Aideen ingin mencapai telefon Inara, gadis itu pantas melarikannya.

"Hey, nak ambil telefon orang pulak."

"Ya lah, dah awak tak nak save, biar saya je lah save." Aideen memanjangkan lagi tangannya untuk mengambil telefon Inara namun gadis itu dengan pantas menggerakannya ke kiri dan ke kanan, menyukarkan Aideen untuk menggapainya.

Tergelak Inara jadinya. "Okay, okay saya save." Jari Inara menaral di atas skrin lalu dihalakan tepat ke wajah Aideen.

"Dah. Puas hati?" beritahu Inara dengan tawanya yang masih bersisa.

"Aideen je?"

Dahi Inara berkerut. Dia menarik semula tangannya. "Ya lah. Aideen lah sebab nama awak Aideen kan? Ke awak ada nama lain? Monyet? Buaya? Allianze? Allianze apa? Allianze Insurance?"

Ayat itu membuatkan Aideen melepaskan tawanya. "Kelakar jugak eh awak ni?"

"Baru tahu ke?" kata Inara bangga. Entah dari mana dapat keberanian nak berborak macam ni dengan Aideen. Sebelum ini, kemain berhati-hati.

"Angkat bakul sendiri ya? Tak apa lah. Saya nak kena pergi kelas . Apa-apa saya chat awak eh?" Aideen mula angkat tubuh.

Inara hanya membalas dengan anggukan kepala. Lambaian Aideen itu dibalas dengan lambaian kecil sahaja. Lama kelamaan, kelibat Aideen mula hilang dari pandangan. Sejurus dengan itu jugalah Inara meletakkan kepala di atas meja. Beberapa saat kemudian, kepala diangkat lalu tangannya dicubit.

"Aduh, sakit!" Kalau dah sakit macam ni, tandanya, ini bukan fantasi tapi realiti!

Dia dan Aideen..

Bertukar nombor.

Dia dan Aideen...

Mula berborak macam biasa.

Adakah dia sekarang sedang berada di fantasi yang berlaku di dunia realiti? Eh.

Pipi ditampar perlahan. "Apa yang aku merepek ni? Ini realiti Ara! Bukan fantasi!" Ayat itu dilontarkan untuk menyedarkan diri. Bunyi notifikasi dari iPhone miliknya itu menyentakkan lamunan Inara. Pantas dia melihat skrin telefon.

"Alamak! Dah lambat! Itu lah, berangan lagi kau Ara." Seperti lipas kudung, laju dia bangun dan menuju ke bangunan kampus. Dah la lepas ni kelas Dr. Dhia. Kalau lambat, mahu tempah maut kau!

***

"KAU nampak kan tadi budak nerd tu berborak dengan lelaki? Sebelum-sebelum ni tak pernah kan? Bukannya dia selalu duduk sorang-sorang je ke? Tak malu ke dia tu? Dia memang jenis friendly dengan lelaki ke? Nak attention ke apa?"

Imratul yang berjalan merentasi empunya suara itu terus memberhentikan langkahnya. Budak nerd?

"Siapa?" salah seorang daripada mereka bertanya.

"Kau ni, buat-buat tak tahu ke apa? Tu, Inara tu la! Coursemate kita," jawab yang lain.

"Oh, Inara bajet bagus tu? Entah, mana lah aku ingat nama dia. Tak penting. Dia tu, hanya penting untuk kita siapkan assignment je. Aku bukannya suka dia. Poyo aje lebih macam dia terpaling pandai. Itu nak menggedik lah tu tiba-tiba berkawan dengan lelaki. Biasalah, desperate tak ada kawan, macam itulah jadinya," ujarnya angkuh. Bangga dengan apa yang dikatakannya itu.

"Hoi!" Tidak tahan mendengar perbualan mereka, Imratul terus menghentak meja sekumpulan gadis yang sedang rancak mengumpul dosa mengumpat itu. Terhinjut bahu mereka jadinya.

"Kau asal?" salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Hani mula bersuara dengan kasar.

"Aku yang asal? Korang tu la. Amboi, sedapnya mengutuk orang. Apa kau kata? Poyo? Terpaling pandai? Yang korang cakap terpaling acah macam pandai itulah yang asyik siapkan assignment kau orang ini. Hei manusia! Kau dengar sini. Kawan dengan lelaki tak bermaksud gedik. Kadang-kadang, kawan dengan lelaki tu, lagi baik daripada berkawan dengan perempuan sebab ada spesies yang mulut longkang macam korang. Mulut macam minta kena cili! Perangai macam entah la! Eh lantak dia lah nak kawan dengan siapa. Korang siapa nak judge? Dah la tak tahu malu jadi free rider. Kau ingat aku tak tahu yang korang satu group assignment dengan Ara? Muka-muka free rider kerja nak duduk goyang kaki je. Eh otak tu ada, fikir sikit. Sia-sia belajar tinggi-tinggi. Aku pun tak boleh brain macam mana korang boleh terlepas belajar law padahal otak tu pemikiran kemain sempit! Kerja nak judge orang!" Sekali keluar, bertalu-talu Imratul bagi. Geram dia jadinya!

Ini bukan pertama kali dia dengar orang bercakap buruk pasal Inara. Sesiapa yang dia dengar tengah memburukkan rakannya itu, memang kena sembur waktu itu jugak la!

"Eh mulut kau tu jaga sikit eh? Apa kau ingat kau MPP kami perlu ikut cakap kau? Takut dengan kau?" Kalini, Rabiatul pula bersuara.

"Eh, ada aku cakap aku MPP, korang kena ikut cakap aku macam aku ni Tuhan? Takut dengan aku? Tak kan? Aku tadi cuma bagitahu, jaga mulut tu sikit, jangan kerja nak judge orang je lebih! Kau tu pun dua kali lima la! Kawan lelaki keliling pinggang lepastu nak kata dekat orang? Eh kawan lelaki ke? Ke scandal?" Pinggir bibir naik sedikit sebaik sahaja dia habis menuturkan ayatnya.

Merah padam wajah Rabiatul jadinya. Jari telunjuk naik tepat ke wajah Imratul. "Eh, kau jaga sikit eh mulut kau tu. Jangan nak jadi puaka sangat!"

Mulut Imratul membuat bentuk 'O' lalu tangan kanan menutup mulutnya, pura-pura terkejut. "Ops, ada orang terasalah. Marah ke? Ops, sorry but not sorry girls. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Bye girls, hope you guys enjoy getting roasted by me ye?" Tidak mahu lava api semakin meletus, dia terus melangkah pergi. Puas hati dia.

Kalau ikutkan hati, nak je sembur lagi tapi nanti takut menangis pulak! Mulalah nak adu dekat boyfriend!

***

"INARA Amanda binti Luqman!" Bergema suara Imratul menjerit memanggil nama penuh Inara sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam bilik.

Terhinjut bahu Inara apabila namanya diseru sedemikian rupa. Dia mengubah posisinya daripada baring ke duduk. Anak mata mengikut sahaja rentak kaki Imratul yang mula datang mendekatinya itu.

"Kau dah kenapa terjerit-jerit panggil nama aku macam aku duduk nun jauh dekat blok sebelah?" Kalau boleh, dia punya kuat tu rasanya, satu koridor ni boleh dengar.

"Kau jumpa Aideen eh tadi?" Soalan Inara tidak dibalas malah, dia pula yang melemparkan soalan.

Dahi Inara berkerut sebelum dia perlahan-lahan mengangguk kepalanya. Melihat balasan Inara itu, terus senyuman lebar terukir di dua ulas bibir Imratul.

"Oh my god Ara!" Terlompat kecil Imratul jadinya siap tepuk tangan laju-laju pulak tu. Teruja gila!

"Woi, woi sabar! Patah katil aku, kau nak ganti?" Dia ingat katil dia ini trampoline ke apa? Mahu dia lompat kemudian terbelah dua. Naya dia nak jawab apa nanti dengan pihak kolej.

"Seriuslah Ara! Kau borak apa dengan dia?" Tidak diceritakan apa yang terjadi di kafe tadi. Biarlah dia sahaja yang tahu. Tak perlu tambah beban dalam diri Inara yang sudah sedia terbeban itu.

"Hmm, dia minta nombor telefon aku."

"Wah! Tak putus asa eh dia? Habistu, kalini, kau bagi ke tak?" Dia ingat lagi sebelum ini, Aideen minta nombor telefon tetapi Inara langsung tak bagi. Siap bagi alasan bukan-bukan lagi, haih!

"Bagi..." Nada suara Inara perlahan sahaja apabila menjawab. Sipi-sipi sahaja sampai ke telinga Imratul tapi sudah cukup untuk membuat gadis itu terjerit kecil.

"Oh my god Ara! Finally! Kau dapat nombor telefon Aideen. Nombor crush kau yang dah bertahun-tahun tu!" Betapa terujanya dia kerana dulu, nama Aideen sering meniti di bibir Inara. Betapa banyaknya rasa suka Inara terhadap jejaka yang tak pernah perasan akan kewujudannya itu, tetapi bila dah perasan, siapa tak excited kan? Dia pula yang terkena tempiasnya!

Inara menggaru hujung kepalanya yang tidak gatal itu. Rasa malu pula bila Imratul beriak sebegitu rupa.

"Aku rasa ni macam mimpilah. Cuba kau tampar aku Atul. Mana tahu boleh sedarkan aku dari mimpi yang aku harap bukan mimpi ni," pinta Inara. Masih tidak dapat bak menindakkan bahawa apa yang berlaku sekarang adalah realiti.

"Okay, kejap." Sejurus dengan itu, satu tamparan hinggap di paha Inara yang membuatkan wanita itu mendesis kesakitan. 

"Sakit gila! Ni tamparan macam dah lama simpan dendam kau tahu?" Betul-betul ambil kesempatan ni. Suruh tampar tapi sekali dia tampar tu, sakit kemain. Macam dah lama simpan!

Tanpa rasa bersalah, Imratul menayangkn barisan giginya itu lalu dua jari diangkat membentuk peace. "Ops, maaf, tak sengaja."

"Banyak lah kau tak sengaja. Ni makan dia!" Bantal terus dibaling tepat ke wajah Imratul. Melihatkan wajah cemberut Imratul itu, mulut Inara laju melepaskan tawa.

"Oh, nak main sangat eh?" Bermula di saat itu, bermulalah perang bantal di antara dua hamba Allah yang bernama Inara Amanda dan juga Imratul Nasuha.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro