: ̗̀➛ Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"LAIN kali, tak payah nak acah berani sangat sebab kawan kau tu. Yang kawan kau si Atul itu pun satu. Ingat dia hebat sangat?" Tubuh Inara terus ditolak dengan kuat, menyebabkan belakang tubuhnya dihentak ke dinding. Dia mendesis kesakitan. Lututnya juga ditendang, membuatkan dia terus jatuh terduduk sebelum dia merasakan ada cecair yang mengalir di atas kepalanya dan menuruni pipi. Susu.

Hani melempar kotak susu itu ke tepi dengan kuat sekali sehingga terkena satu sudut menyebabkan batang mop yang terletak di sudut tersebut, jatuh. Bahu Inara terangkat sedikit apabila mendengar bunyi tersebut.

Mukanya dilap dek kerana susu yang mengalir di atas kepala itu lalu pandangan dihalakan ke arah sekumpulan wanita yang sedang memandangnya itu. Tatapan mereka dibalas dengan berani.

"Childish." Sinis Inara berkata.

"Excuse me? Apa kau cakap sundal?" Hani bertanya.

Anak mata Inara tajam melihat satu persatu daripada mereka. "Childish. All of you are childish. Macam budak-budak main macam ni. Tuang susu atas kepala. Ingat zaman sekolah? And also, childish for you guys to act like this. Oh and bukan setakat childish but also shameless. What is the point of you guys pursuing in law if korang buat macam ni dekat aku? Then how are you going to protect the victim when korang jugak pernah jadi pemangsa, pelaku? Use your brain properly. Think before you act. Don't get blinded by jealousy because at the end, dia akan makan diri korang sendiri." Kata-kata yang pedas lagikan tepat dituju kepada mereka.

Sampai bila dia hendak berdiam diri bila asyik dipijak macam tak ada perasaan? Ada masa kita tak perlu jadi terlalu baik, fikir perasaan orang sampai diri sendiri yang jadi mangsa.

"Kau!" Hani mula datang mendekat lalu mencengkam belakang kepala Inara menyebabkan tudung yang dipakainya itu tertarik sedikit ke belakang.

"Jangan cakap macam kau tu bijak sangat. Kau patut bersyukur at least ada jugak orang yang sudi nak satu grup dengan kau yang nerd, blur, hodoh macam kau ni. Bersyukur sikit!" herdik Hani. 

"Well kita satu grup ke? Sebab aku rasa, semua benda aku yang buat. Korang? Oh, just seronok tengok nama korang ada dekat cover page, kononnya korang pun buat kerja padahal tak. Eh, ja–" Belum sempat Inara menghabiskan ayatnya, satu tamparan kuat hinggap di pipi, membuatkan dia terus jatuh ke sisi lantas dahinya terhentak di jubin.

"Eh, betina. Mulut kau tu memang nak kena robek eh? Nak lidah kena gunting ke sebab mulut kau tu memang minta kena penampar! Biadap eh kau? Kau dengar sini! Kau tanpa kami, sampai kesudah kau takkan berjaya jadi top student sebab apa? Sebab kau perlukan kami untuk siapkan tugasan berkumpulan jadi belajar bersyukur jangan melebih!" Tanpa menghiraukan darah yang sudah mengalir keluar dari dahi Inara itu, Hani dan rakannya mula menapak keluar dari tandas meninggalkan Inara yang masih lagi kekal di tempat sama.

Dahi yang sudah mula mengalirkan cecair merah itu disentuh perlahan. Dirinya cuba dibangunkan. Terasa sakit lututnya dek kerana ditendang dengan kuat sekali di situ.

"Ya Allah, Ara!" Seruan tersebut membuatkan Inara melihat tuan empunya suara.

"Ya Allah, Ara. Kenapa sampai berdarah kepala ni? Apa jadi ni Ara?" Penuh cemas Atiqah bertanya. Dia cuba menyentuh dahi gadis tersebut namun dibatalkan sahaja niatnya itu apabila Inara menepis perlahan tangannya.

"Okay, sekarang bukan masa untuk akak tanya. Jom pergi pusat kesihatan." Atiqah membantu Inara untuk bangun. Dipandang wajah gadis itu dengan risau.

"Tak apa lah kak. Ara cuci luka ni dekat bilik je." Kalau boleh, dia nak elak pergi pusat kesihatan sebab nanti mesti kena soal, sebab apa dahi boleh berdarah macam ni. Takkan dia nak jujur? Tak pasal-pasal kena serang lagi. Penat juga nak berbalas mulut. Silap-silap selepas ini, kepala pula jadi mangsa.

"Isy, jangan degil lah Ara. Jom akak bawak." Dipaksa juga Inara untuk keluar dari tandas lalu menuju ke tempat dia meletakkan kereta. Dalam perjalanan menuju ke kenderaan empat tayar itu, mereka terserempak dengan Aideen.

"Eh, kenapa ni? Kenapa dengan dahi Ara tu?" tanya Aideen sebaik sahaja melihat Inara sedang memegang dahinya yang giat mengalirkan darah.

"Tak tahulah Aideen. Tak ada masa nak tanya. Nak pergi bawak Ara pergi pusat kesihatan. Kami pergi dulu." Tanpa menunggu balasan daripada Aideen, mereka berdua terus melangkah pergi.

Dalam beberapa tapak, suara Aideen mula kedengaran. Lelaki itu pantas berlari dan kini sudah pun berdiri di hadapan mereka berdua.

"Saya drive korang pergi sana," beritahu Aideen.

"Awak tak ada kelas ke?" Kali ini, Inara pula membuka mulut.

"It's okay. Tak ada kelas ke, ada kelas ke, saya tetap akan bawa korang pergi sana. Jom. Kereta saya tak jauh pun." Lelaki itu mula mendahului mereka.

Atiqah dan Inara saling berpandangan sebelum akhirnya mereka akur sahaja, mengikuti langkah Aideen dari belakang.

***

"YA Allah! Sampai macam tu diorang buat dekat Ara?" Tidak terkata rasa terkejut selepas mendengar cerita Inara itu. Tidak sangka bahawa gadis di hadapannya ini dibuli.

"Atul tahu tak pasal ni?" Selalunya, apa-apa yang berkaitan pasal Inara, laju sahaja Imratul ambil tahu. Betapa sayangnya Imratul kepada Inara.

Gadis itu menggelengkan kepalanya. Jawapan yang diterima itu membuatkan Atiqah dihujani rasa pelik.

Wajah hairan Atiqah itu membuatkan Inara terus membuka mulut. "Ara tak nak risaukan dia. Cukuplah selama ni Ara dah banyak susahkan dia. I guess, it's time for me to stop depending on her and just defend myself. Atul bukannya 24 jam ada dengan Ara. Plus, I need to learn to counter their words back."

Selama ini, kalau apa-apa yang jadi, Imratul yang banyak menolongnya dan mempertahankannya serta setia berada di sisi jika ada sesuatu yang berlaku terhadap dirinya itu.

Satu keluhan terbit dari celah bibir Atiqah. "Tak apalah. Akak faham. Tapi apa akak nak cakap, good job. Good job sebab balas balik cakap diorang. Dalam dunia ni, kadang-kadang, kita kena jadi selfish juga untuk kebahagiaan kita sendiri. Jangan jadi terlampau baik sangat, asyik fikir perasaan orang sampai perasaan sendiri terabai. No. Just for several times, be selfish for your own good. Hidup dalam dunia ni, kita tak boleh selalu puaskan hati orang. Buat lah apa pun, pasti ada je benda yang orang tak puas hati dekat kita. Well that is how life works. I am proud of you for doing that Ara." Dengan nada yang lembut, Atiqah memuji Inara bersama senyuman terlakar di bibir.

Kata-kata dari Atiqah itu benar-benar melapangkan sedikit dada Inara yang sebelum ini sarat dengan beban. "Thanks akak sebab sudi dengar cerita Ara ni. Benda ni dah lama Ara simpan sebab tak tahu nak cerita dekat siapa. Ya, Ara tahu Ara ada Atul tapi macam Ara bagitahu tadi, cukup-cukuplah dia risaukan Ara," jelas Inara.

"Akak yang sepatutnya cakap terima kasih dekat Ara sebab sanggup cerita semua tu dekat akak. Kalau Ara rasa tak nak cerita dekat Atul, Ara cari akak. Insya-Allah, akak tolong yang mana mampu." Tangan Inara digenggam lembut, cuba menyalurkan segala kekuatan.

Untuk kesekian kalinya, Inara tersenyum.

***

BUNYI notifikasi yang datang dari iPhone nya itu membantutkan pembacaan Inara. Dinyalakan skrin telefon lalu nama yang menghantar pesanan WhatsApp itu dilihat.

Aideen Haidar ⭐️
Hi, buat apa tu? Tidur dah ke?

Senyuman tipis mula terbentuk. Jari-jemari menari di atas skrin, menaip balasan lalu dihantar.

Belum tidur lagi.

Ha, kenapa belum tidur lagi tu? Dahi awak macam mana?

Awal lagi la awak. Baru pukul 10. Saya tengah baca novel. Dahi saya okay je, rasanya nanti dah baik la. Awak tu pulak, kenapa tak tidur lagi?

Saya tak boleh tidur lah.

Kerutan terbit di dahi Inara.

Mungkin sebab sekarang awal lagi? Awak ni, night owl eh?

Tak. Selalunya time macam ni dah mengantuk tapi ni segar bugar macam baru lepas bangun pagi.

Maybe sebab ada something yang bermain dalam fikiran awak. Ataupun awak tengah fikirkan sesuatu ke sampai menganggu tidur awak.

Hmm, bila awak kata macam tu, baru saya sedar. Memang ada something yang ganggu fikiran saya yang membuatkan saya asyik terfikir je.

Kan saya dah cakap. Tenangkanlah fikiran awak tu dulu. Jangan serabutkan otak awak sangat.

Awak tak nak tanya ke apa yang menganggu fikiran saya?

Eh? Kalau ikutkan hati dia nak saja tanya tapi kalau tanya, takut dilabel busy body pula. Tapi dah alang-alang tuan badan bagi lampu hijau, kita tanya sajalah.

Nak, tapi saya takut nak tanya. Takut macam menyibuk pulak, tapi dah alang-alang awak bagi green light tu..
Benda apa yang ada dalam fikiran awak tu sampai tak boleh tidur?

Awak.

Jari Inara yang sudah bersedia untuk menaip balasan seterusnya terus terhenti apabila melihat balasan Aideen itu. Terasa kejang habis otot jarinya. Otot pipi pula yang terlebih bekerja.

Boleh tak kalau sekarang dia nak menjerit? Kalau tak fikirkan ada orang dalam bilik ni, rasanya dah lama dia menjerit. Pipi dah mula membahang. Rasa malu mula menguasai diri namun cepat-cepat dikawal. Otot pipi jugak perlu dikawal sehabis mungkin.

Aik, dah hilang dah dia?

Inara tergelak halus. Act cool Ara.

Roommate saya panggil kejap tadi. Itu yang lambat balas.

Jantung Inara rasa mahu tercabut apabila telefonnya tiba-tiba berbunyi. Lagi rasa nak tercabut apabila melihat bahawa Aideen yang menelefonnya. Aduh! Dia mula bangun dari katil lalu berjalan keluar dari bilik. Tak nak ganggu teman sebiliknya yang lain.

Tiba sahaja di luar bilik, dia berdeham lalu ikon hijau digesek.

"Hello?"

"Tak best la chatting ni. Malas saya nak taip. Call lagi best. Boleh dengar suara." Pantas Aideen menjelaskan tujuan dia menghubungi wanita tersebut.

"Kalau habis kredit nanti macam mana?"

"Tak apa, pakai postpaid."

Inara tersenyum. Bila dah dalam talian ni, dia pun tak tahu lah nak borak apa. Diam je lebih.

"Awak," panggil Aideen setelah beberapa saat suasana hening menyelebungi mereka berdua.

"Jom esok keluar."

Ajakan Aideen itu membuatkan badan Inara menjadi tegak, statik, kaku, tak bergerak macam patung. Terkejut bukan kepalang dengan ajakan yang dia tak pernah sangka itu.

"Keluar? Pergi mana?" Getaran di suara cuba dikawal.

"Saya nak beli kasut sukan baru. Jadi, alang-alang tu, saya ajak awak sekali lah sebab taste perempuan ni kan cantik-cantik. Saya tak pandai sangat pilih-pilih ni."

"Tapi taste saya pun kadang-kadang tak cantik. Lain orang lain citarasa kan? Mungkin bagi saya nampak cantik tapi tak bagi awak?" Inara meludahkan fakta. Ada setengah orang, bila nampak A, dia kata cantik tapi bagi orang lain pula, A tak cantik dimatanya tapi yang B pula cantik.

"Ala, tak apa. Apa yang awak kata cantik tu, mesti akan cantik di mata saya juga. Orang kata apa? Berkongsi citarasa, ha, macam tu."

Inara tersenyum sendiri. "Tapi esok awak ada kelas tak?" Keluar, keluar jugak tapi jadual kelas kena tengok dulu.

"Sebab tak ada lah saya ajak. Awak ada kelas ke esok?"

Satu idea nakal muncul di benak fikiran Inara. "Saya ada kelas la esok." Sengaja dia tipu kerana mahu mendengar balasan lelaki di sebalik talian ini.

"La, ye ke? Hmm, tak ada rezeki la kita nak keluar..." Ada nada rajuk di situ yang membuatkan Inara terus ketawa.

"Tak ada lah. Saya gurau je. Saya tak ada kelas pun esok."

"Oh, pandai eh nak kenakan orang? Okay, esok pukul dua saya datang ambil awak eh? Dah sampai bawah blok, saya roger," beritahu Aideen.

"Okay," balasnya ringkas.

"Kalau macam tu, saya letak dulu la. Good night. Sweet dreams. Jangan lupa baca doa. Mimpikan saya tau."

"Eh, eh." Inara ketawa. Begitu juga dengan Aideen. Menyempat lagi suruh mimpikan dia. Setelah berbalas ucapan, panggilan terus ditamatkan.

Inara menapak masuk ke dalam bilik dengan telefon ditekapkan ke dada. Dia mula baring. Senyuman lebar terukir apabila mengingatkan perbualan mereka itu. Tak semena-semena dia malu sendiri. Semoga esok baik-baik sahaja!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro