: ̗̀➛ Bab 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"NI cantik tak bagi awak?" Aideen menunjukkan sebelah kasut Adidas berwarna biru kepada Inara.

Inara memerhati lama kasut yang dipegang oleh Aideen itu. "Cantik. Tapi saya rasa yang itu pun cantik." Jari telunjuk dihalakan ke kasut yang terletak di atas tempat display, yang berada di belakang Aideen itu. Lelaki itu menoleh ke belakang.

"Ni?" Kasut di tangan diletakkan lalu kasut yang dimaksudkan oleh Inara itu pula diambil. Gadis itu pantas mengangguk.

"Tapi kalau awak rasa yang warna biru tu cantik, awak ambil lah yang itu. Yang itu pun cantik jugak." Tak nak la buat Aideen rasa pilihannya tadi tak cantik. Dia pilih berdasarkan apa yang dia nampak menarik di mata sendiri, tapi tak dinafikan kasut berwarna biru itu tetap juga cantik.

"Okey, dah awak kata ini cantik, saya ambil yang ini." Aideen memutuskan.

"Eh, awak pilih la yang mana awak rasa cantik. Kasut ni nampak cantik di mata saya, kalau awak rasa tak cantik, awak ambil je yang awak rasa okey di mata awak. Tak perlu ikut pilihan saya." Gelabah Inara jadinya.

Aideen ketawa halus. "Cantik lah. Lagipun nampak premium macam tu. Jangan risau, saya pun berkenan jugak dengan warna ni. Saya nak pergi bayar. Awak tunggu lah dulu dekat luar ye?" ujar Aideen.

Inara hanya menganggukkan kepalanya lantas dia melangkah keluar dari kedai tersebut. Sementara menunggu lelaki itu membuat bayaran, dia bermain dahulu dengan telefon.

Imratul Atul 🫶🏻
Hallo, hallo orang yang tengah bahagia. Tengah dating ke tu?

Pesanan WhatsApp yang dihantar oleh Imratul itu membuatkan bibir Inara melakar senyuman. Dia mula menaip balasan lantas dihantar.

Hi, hi. Mana ada dating. Aku teman dia beli sport shoes je lah

Eleh, eleh, malu nak mengaku pulak. Itu lah salah satu cara dia nak ajak kau dating. Dia tak cakap direct tapi dia berkias. Ha macam tu. Jadi, anggaplah ini dating ye cik kak.

Dating?

Perkataan tersebut sudah cukup untuk buat Inara malu sendiri. Dating dengan Aideen?

Tak semena-mena dia tersenyum sendiri.

"Ha! Chat dengan siapa tu sampai tersengih macam tu? Boyfriend eh?" tegur Aideen dari belakang.

Hampir terjatuh telefonnya tadi gara-gara terkejut. Cepat-cepat disimpan objek tersebut ke dalam beg sandangnya.

"Tak ada lah. Saya chat dengan Atul. Saya mana ada boyfriend. Mustahil la saya nak ada boyfriend." Inara menindakkan. Memikirkan bahawa dia ada teman lelaki sudah cukup untuk buat dia rasa mahu ketawa.

"Kenapa? Awak tak percaya cinta ke apa?"

Soalan yang dilontarkan oleh Aideen itu menimbulkan kekerutan di dahinya. Sampai ke situ soalan dia tapi dijawab sahaja. "Hmm, I don't know. Sometimes I believe in love, sometimes I don't. If percaya, I just believe that love does exist for other people, but not for me even though I do develop some feeling for the others but for me untuk percaya yang orang tu pun akan suka saya, agak mustahil. Saya rasa benda tu wujud untuk orang yang ada rupa. Nowadays, it's hard to find someone who will not judge someone based on your looks. First impression always because of the looks then baru orang tengok perangai kita. Kita nak pilih barang pun, pilih yang paling cantik. Macam kita beli kasut tadi. We choose the one that looks pretty in our eyes right?" jelas Inara bersama senyuman tipis di bibir. Kedua-dua tangan diletakkan di belakang sambil berjalan tanpa menoleh sedikit pun ke arah Aideen.

Terdiam Aideen jadinya. Melihatkan langsung tiada respons dari jejaka tersebut, Inara pantas menoleh. "Eh, kenapa diam ni? Saya ada cakap something wrong ke? Kalau saya ada cakap benda yang buat awak terasa, saya minta maaf sangat-sangat. Sumpah saya tiada niat untuk buat awak terasa ke apa," ucap Inara serba salah. Takut apa yang dia kata tadi sedikit sebanyak menggores perasaan Aideen.

Kepala digelengkan perlahan. "No. No need to be sorry. I was just amaze by how wise your words is but Ara, awak betul pasal bila kita nak pilih barang tu pun, kita pilih yang paling cantik. Maksud dekat sini, kita boleh apply about people looks. But, different people have different taste. Every single person sometimes see things differently. We might find this one pretty and the other one is not. But for the other person, it's opposite. Yang dia rasa cantik tu, tak berapa cantik di mata orang lain. Yang tak berapa cantik di mata dia lah yang akan nampak cantik di mata orang lain..."

"So dekat sini, saya nak cakap, the only right person can see how beautiful or how handsome they are in their eyes. Only the right person can see your beauty. If he finds you pretty then that is it. You are pretty. Full stop. Cantik itu subjektif. Awak cantik di mata orang yang tepat, itu aje." Kalini, Aideen pula menyuarakan pendapatnya. Tidak terlalu bercanggah dengan pendapat Inara, tapi cukup untuk buat gadis itu berasa sedikit terpukul.

"I guess you were right..." ujarnya perlahan.

Aideen tersenyum. "Don't worry. I believe that one day, you will find someone that will see you as a special person in their life. Someone that will see your beauty.."

Kali ini, bibir Inara pula mengukir senyuman.

And I really hope that person is you but who am to hope for such a thing? 

Ayat itu tidak terluah. Hanya mampu berkata dalam hati. Tidak mampu untuk diluahkan dan rasanya, sampai bila-bila pun tak akan terluah.

Sedang mereka berjalan, tanpa sengaja, ada seseorang yang melanggar bahu Inara, menyebabkan air yang berada di tangan figura yang melanggarnya itu tumpah dan kena di atas tudung yang dipakai itu.

"Ah, sorry! Saya minta maaf sangat-sangat!" ucap wanita itu bersungguh-sungguh. Wajahnya nampak benar-benar bersalah apabila air kopinya sudah selamat terkena tempias di tudung yang dipakai oleh Inara itu.

Dia menggeleng kepala bersama senyuman. "Eh tak apa. Lagipun awak bukan sengaja. It's okay." Langsung dia tak rasa nak marah kerana baginya, keadaan ini kadang-kadang normal terjadi. Tambah-tambah bila tengah kelam-kabut.

"Saya minta maaf sangat-sangat ye?" ucap wanita itu untuk kesekian kalinya. Inara balas dengan senyuman.

  "Panas sangat ke abang badan Leanne tu?" Sempat dia menangkap perbualan wanita itu bersama suaminya di talian. Nampak cemas. Jadi, mungkin sebab itu lah dia jadi kelam kabut.

"Awak okey?" tanya Aideen.

"Okey je. Saya singgah pergi tandas kejap, boleh? Nak cuci ni kejap." Bahagian tudung yang terkena air kopi ditunjukkan.

Aideen mengangguk. "Pergi lah. Saya tunggu."

"Okey." Tanpa melengahkan masa, dia terus berjalan menuju ke tandas.

Beberapa minit kemudian, dia mula menapak keluar. Mata melilau mencari kelibat Aideen sebelum akhirnya terhenti apabila melihat lelaki tersebut sedang berbual dengan seorang gadis yang manis bertudung hijau sebelum gadis itu mula berlalu pergi. Nampak familiar. Pantas dia mendekati lelaki tersebut.

"Siapa tu? Nampak macam Kak Atiqah?" Soalan pertama dilemparkan. Dari sisi memang nampak macam Atiqah.

"Oh, memang Atiqah."

"Oh really? Tak sangka boleh terserempak. Awalnya kak Atiqah pergi. Tidak boleh berborak kejap."

"Dia ada hal. Rushing. Katanya, dia datang sini pun sebab nak cari something. Enough about her, jom. Awak nak pergi mana pulak lepasni?" Aideen mengubah topik perbualan.

"Eh kenapa tanya saya? Awak lah yang nak pergi mana pulak. Saya ikut je."

"Saya datang sini sebab nak beli kasut je. Saya dah lah datang dengan awak. Takkan saya nak awak teman saya je. Dah alang-alang tu, apa kata kita pusing-pusing mall ni. Kalau awak tak nak beli pun, kita cuci-cuci mata pun jadi lah," jawab Aideen.

"Hmm.." Bawah bibir dikemam memikirkan lokasi seterusnya.

"Saya nak singgah MarryBrown sekejap. Boleh tak?" Dia menyeringai apabila menyatakan cadangannya itu.

"Apa pulak tak boleh, Inara Amanda. Jom." Aideen memulakan langkah. Inara tergelak kecil lalu mengikut langkah Aideen dari belakang.

***

"OKEY, that is all for today lecture. Inara."

Panggilan daripada pensyarahnya itu membuatkan tindakan Inara memasukkan iPad ke dalam beg, terbantut.

"Yes Dr.?"

"Untuk upcoming group assignment, you will now satu group dengan Tia and the rest of her gang. Your group member is no longer here and will not participate in this course anymore so, I assigned you to their group."

Penjelasan ringkas dari pensyarahnya itu memgejutkan Inara. Apa jadi dengan diorang?

"But Dr–"

"Don't worry. Saya tak sebarangan letak awak dalam group. Saya dah bincang dengan diorang and they agreed with it. Again, thanks class." Pensyarah wanita itu mula keluar dari dewan tersebut.

Inara memandang ke ahli kumpulan barunya yang duduk tidak jauh darinya itu. Salah satu daripada mereka sedang melambaikan tangan ke arahnya sambil tersenyum, membuatkan Inara tersentak sekejap. Mereka mula bangun lalu datang mendekat. Salah seorang daripada mereka mula mengambil tempat di sebelah Inara.

"Hai, Ara!" ucap Tia ceria.

"Hai?" Tidak pernah orang menyapanya dengan ceria sekali sepanjang dia berada di dalam kelas ini.

"Wah, cantiknya tulisan kau. Nampak kemas je!" puji Jasmin pula apabila melihat muka surat yang terdapat di buku nota Inara yang terbuka luas itu.

"Mana, mana?" Kali ini, Umairah mencelah. Leher dipanjangkan untuk melihat perkara yang dimaksudkan oleh Jasmin itu.

"Betul lah. Serius cantik. Nampak kemas! Nak dibandingkan dengan aku? Macam langit dengan bumi," puji Tia pula.

"Kau memang. Terlebih beza langit dengan bumi. Tulisan kau tu aku rasa layak jadi doktor tapi macam mana kau tersesat ambil law eh?" kata Jasmin pula.

"Amboi kau. Ada peluang nak mengutuk aku, cepat eh kau masuk?"

"Sudah tentu!"

Perbualan yang berlangsung di antara dua rakan tersebut membuatkan Inara menghamburkan tawanya. Kelakar juga diorang ni.

"First time tengok kau senyum. Comel. Sebelum ni serius memanjang. Itu yang kami takut nak tegur kau. Jadi, kami bersyukur bila Dr. Siti tanya kami, boleh tak kau join group kami sebab ada chance untuk kami cakap dengan kau. Walaupun dah lambat tapi hai. Nama aku Tia Adreena. Panggil Tia."

"Nur Jasmin. Panggil Jasmin." Jasmin pula memperkenalkan dirinya.

"Umairah Saffiya. Panggilah mana-mana yang kau nak. Tapi selalu orang panggil Umairah."

Satu persatu wajah gadis tersebut dipandang. Sepanjang belajar di sini, tak pernah lagi ada orang yang menegurnya sedemikian rupa. Rata-rata menjauhkan diri darinya tanpa dia sendiri tahu kenapa. Disebabkan itu jugalah dia banyak buat hal sendiri.

"Inara. Inara Amanda," beritahu Inara kekok.

"Of course kami kenal kau. Kau nak tahu tak, kami dah lama nak kawan dengan kau, cuma tak berani nak tegur," jelas Tia.

Inara ukir senyum tipis. Sejujurnya, dia juga takut untuk tegur orang. Ramai yang kata wajahnya sentiasa serius, menyebabkan orang ingat dia jenis yang sombong. Mungkin sebab itulah tak ada yang datang mendekatinya. Tetapi apabila mereka bertiga datang memperkenalkan diri, dia rasa bahagia sekejap.

"Okay, okay, kesimpulannya, masing-masing takut nak tegur. Haha! Apa-apa pun, nanti aku add kau dalam group eh? Nanti kita bincang," kata Tia lagi. Inara menganggukan kepalanya dan melihat sahaja mereka bertiga mula bangun.

"Ara, kau duduk apa lagi. Jom lah," ajak Umairah.

"Hah? Pergi mana? Nak bincang pasal assignment tu dah ke?" tanya Inara bingung.

Mereka ketawa halus apabila mendengar soalan tersebut. Nampak polos betul. "Bukanlah. Kan tadi Tia dah cakap, yang pasal assignment tu, nanti baru kita bincang. Ajak pergi kafe la. Kenapa? Kau tak nak makan ke?" balas Umairah.

Ajak pergi kafe?

Nampak remeh tapi untuk orang yang sudah sekian lama bersendiri, agak terkejut apabila ada yang mengajaknya bersama.

"Haih, termenung pulak. Jom, jom!" Umairah mula menarik lengan Inara menyebabkan wanita itu terpaksa bangun. Sempat disambarnya dulu iPad berserta telefon pintar yang terletak di atas meja.

"Ayuh, ke kafe!" kata Umairah ceria sambil tangan masih memeluk lengan Inara.

Telatah yang datang daripada mereka bertiga itu menyebabkan Inara tersenyum sendiri. Rasa kesunyian yang bertapa dalam hati mula terisi dengan kehadiran insan seperti mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro