BAB 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Qhaira terus menghampiri Aisy, keadaannya sejak beberapa hari ini mulai seperti sediakala. Aisy sudah belajar untuk menerima kenyataan. Hatinya sudah cukup bersedia untuk menempuhi segala dugaan. Dia juga akui perkahwinan antara Wafiy dan Adelia berpunca dari kesalahannya. Aisy lebih memilih untuk berdiam diri daripada melutut merayu supaya menghalang suaminya berkahwin dengan Adelia. Baginya cukuplah sakit hati yang telah Wafiy beri. Sakit hati yang dia alami sekarang pun masih belum pulih sepenuhnya.

"Aisy, kau tengok ni. Biadap punya jantan, dia boleh lagi jemput kau datang ke majlis perkahwinan dia dengan Adelia. Aku geram betullah dengan mamat ni. Hei, dia ingat dia siapa? Suka betul nak sakitkan hati orang. Ehh, kalau aku jumpa dia memang lunyai aku belasah dia." Qhaira mengenggam sebuah penumbuk. Marah nampak?

"Biarlah nanti kita pergi sama-sama. Dia dah temui cinta sejati dia. Aku ni tak ubah macam isteri sementara dia aje kan."

"Maksud kau?" Qhaira mengangkat sebelah keningnya.

"Iyalah isteri sementara menunggu cinta sebenar dia hadir untuk temani dia." Aisy masih menumpukan perhatian pada pembacaannya. Sebuah novel yang ada kaitan dengan poligami. Aisy mulai belajar menerima kenyataan daripada novel inilah, bagaimana liku-liku watak utama terpaksa menerima suaminya sudah menjadi milik orang lain ditambah pula watak utama itu sudah mempunyai hampir sepuluh orang anak.

"Mengarut, Aisy kau dengar ni tak ada istilah isteri sementara macam yang kau fikirkan. Wafiy tu kan memang lelaki paling tak guna yang pernah aku jumpa. Apa masalah dia? Sudahlah masalah kau dengan dia tak selesai. Dia nak pergi tambah masalah baru dah kenapa?

Aku pun mula-mula terfikir kalaulah tak pandai nak jaga anak orang buat apa nak kahwin? Adelia pun sama, dekat luar sana dah tak ada lelaki lain nak dekat dia ke? Laki orang juga dia nak. Kadang-kadang aku kesian juga dekat dia muka aje cantik tapi bodoh, entah-entah dia tu sebenarnya dah tak laku sebab tu dia terkejar-kejarkan laki kau." Setiap bait kata Qhaira sememangnya memedihkan telinga. Kalaulah si Adelia dengar makian Qhaira ini sudah pasti dia bakal insaf.

"Qhai, jagalah mulut tu sikit. Kalau lelaki dengar terus tak jadi nak masuk meminang kau." Aisy tersengih apabila melihat reaksi wajah Qhaira sudah mulai berubah.

"Kau tau tak hati aku tengah panas ni. Mak Wafiy pun boleh diamkan aje anak dia nak menduakan kau. Ya Tuhanku, makin berasap hati aku. Aisy aku bukan batu api tapi aku tak boleh tengok kawan aku menangis disebabkan lelaki tak guna. Mak Wafiy tu pun satu dulu cakap kau ni menantu tersayang dan tercinta tapi sekarang apa dia dah buat? Semuanya mendiamkan diri. Aisy, izinkan aku bakar rumah dia."

"Jangan tambah masalah, nanti kena tangkap polis naya aje. Kalau kau sorang aje kena tangkap tak apa tapi kalau aku pun terlibat sama macam mana? Tak pasal-pasal dituduh bersubahat. Biar ajelah yang kahwin tu laki aku bukannya laki kau. Oh lupa kau tak ada laki lagi kan." Aisy tertawa besar mengenangkan yang sahabatnya masih belum bersuami. Bukannya tak ada yang nak dengan Qhaira tapi belum si jejaka mahu memulakan perkenalan Qhaira sudah menolak. Kalau macam Qhaira punya perangai bilalah si dia ni nak kahwin?

"Kau nampak tak rumput tu karang aku sumbat dalam mulut kau kang. Kita tengah marah suami dia, dia boleh pulak nak bagi kita marah dekat dia."

"Aku bukan apa, kesian telinga aku hari-hari kena tadah bebelan kau. Kalau membebel dekat Wafiy dengan Adelia tak apalah jugak ni telinga aku jugak yang hadap. Sudahlah, abaikan mereka. Dah tertulis yang mereka ditakdirkan bersama. Apa lagi kita boleh buat." Aisy menggeleng kepalanya dia sudah redha malah Qhaira pula yang melebih-lebih. Dia faham yang Qhaira yang amat menyayangi dirinya oleh sebab itu dia terlalu marah apabila Wafiy ingin berkahwin dengan Adelia.

"Iyalah, tapi kau ingat eh marah aku takkan hilang pada Wafiy selagi dia masih berniat mahu meneruskan perkahwin dengan mak lampir Adelia tu." Qhaira menjuihkan bibirnya.

"Tak payahlah nak berdendam bagai. Hari ini kita tak ada buat apa-apa kan jom keluar makan kek ke. Aku dah lama tak keluar berjalan-jalan sejak balik dari luar negara. Ingatkan nak bergembira dulu rupanya hati yang luka parah aku dapat."

"Bagus jugak tu keluarlah rumah sekali sekala jangan duduk terperap layan perasaan tu. Tak bagus tau. Pergilah bersiap, hari ni aku belanja kau. Cakap aje apa kau nak semuanya aku akan belikan. Tapi kau kena janji jangan sedih-sedih faham?" Makin berbunga hati Aisy dibuatnya, siapa saja yang tak gembira bila ada orang nak belanja kita macam-macam. Ini yang buat Aisy makin sayangkan sahabatnya yang kaki bebel itu.

"Terima kasih, sayang kau sangat-sangat!" Novel yang Aisy diletakkan sebelahnya lalu dia segera mendakap erat tubuh Qhaira.

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro