BAB 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sejak dari tadi telefon bimbit Aisy berbunyi namun Aisy mengambil keputusan untuk tidak menjawab. Kerana apa? Kerana si pemanggil itu adalah Wafiy. Tak ada angin tak ribut tiba-tiba saja menelefonnya.

"Aisy kenapa? Angkat ajelah tak pun silent aje. Bisinglah." Qhaira yang sedang memotong sayur memandang pelik ke arah Aisy. Ada saja orang nak menganggu masa orang nak memasak ni!

"Malaslah angkat, Wafiy yang call kut. Sekejap aku nak silent." Aisy segera menyambung kerjanya membasuh ikan.

"Kenapa dia call?" soal Qhaira.

"Entahlah, mabuk kut. Dah ada bakal isteri baru pun nak cari yang lama ni buat apa? Aku ni bukannya berguna sangat pun bagi dia kan." Aisy mencebikkan bibirnya.

Ting! Satu mesej masuk dari telefon bimbit milik Aisy.

"Tadi kata dah silent tu kenapa bunyi lagi tu? Siapa pulak yang hantar mesej kali ni?" Qhaira mengerutkan keningnya.

"Aku dah silent kut tadi. Sekejap aku nak tengok." Air membasuh tangannya lalu mengelap tangan pada kain.

Mesej daripada Wafiy dibuka. Aisy mengangkat sebelah keningnya apabila membaca mesej daripada suaminya. Suami lagi ke huh?

Maafkan abang kerana buat keputusan yang terburu-buru.
Maafkan abang atas semua kesalahan yang pernah abang lakukan pada Aisy.
Abang akui yang selama ini abang hanya memberi air mata kepada Aisy sepanjang perkahwinan kita.
Abang akui kesalahan yang abang lakukan juga adalah datang dari ke tidak matangan Abang.
Abang cuma nak cakap yang perkahwinan abang dengan Adelia takkan terjadi atas sebab tertentu.
Sekali lagi abang nak cakap maafkan abang.
Satu permintaan terakhir dari abang bolehkah Aisy ada di sisi abang untuk kali terakhir?

"Tak jadi pulak dia kahwin. Kenapa pulak? Dia nak pergi mana?"

"Siapa yang tak jadi kahwin? Laki kau ke?" soal Qhaira hairan.

"Iya, tiba-tiba nak batalkan perkahwinan pulak tak tahulah." Aisy segera meneruskan kerjanya untuk memasak. Perut dah lapar sangat ni.

"Pelik betul aku dengan Wafiy ni. Agaknya dia nak berbaik semula dengan kau kut." Qhaira menduga.

"Memang dia nak ajak berbaik pun. Aku malaslah nak ambil tahu fasal dia lagi. Jujur aku cakap kalau dia ditakdirkan akan mati aku takkan ambil peduli. Sebab hati aku dah tak ada pada dia. Selama ni dia hanya beri sakit pada aku. Aku kalau boleh biarlah dia pergi jauh daripada hidup aku." Aisy melepaskan keluhannya.

"Aisy, bawa bertenang okey. Jangan stress." Tak terduga oleh Qhaira bahawa ayat itu keluar daripada bibir Aisy. Memang Aisy dah tak ada hati langsung pada Wafiy ke?

✿✿✿✿✿

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro