BAB 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Setelah selesai membasuh sedikit tumpahan air kopi pada tudung Aisy dia terus berjumpa dengan Ummi dan Ashfan diikuti Qhaira yang setia dengannya. Tiba di Kafe lantas sepasang mata milik Aisy melilau mencari kelibat Puan Alisa setelah diamati betul-betul mereka duduk dimeja baris kelima. Aisy segera menuju kearah Puan Alisa dan Ashfan.

"Assalamulaikum Ummi" Aisy memberi salam pada Puan Alisa sahaja tanpa memandang Abangnya. Sengaja menganggap bahawa Ashfan langsung tiada disitu.

"Lah barulah aku nampak kau, kau ni pergi mendaftar ke atau pergi buat kuih pau?" perli Ashfan sebaik melihat Aisy sampai. Menyampah betul tengok adik perempuan tunggalnya itu.

"Abang ingat yang mendaftar tadi sikit orang ka? Abang cakap senanglah sebab Abang dah lepas semua ni." Aisy menjegilkan matanya. Abang Ashfan kalau tak mulakan perang mulut antara mereka memang tak sah.

"Ikut engkau, semuanya kau je yang nak betul, tengok Ummi baju dia pun dah bertompok kau ni main kejar-kejar erk sampai ada tompok air tertumpah tu?" tegur Ashfan matanya melirik pada tompokan air kopi ditudung Aisy.

"Ehh baju Aisy ni kena air kopi lah sukati je main tuduh-tuduh." Aisy mengetap bibirnya geram.

"Aisy, ni siapa?" soal Puan Alisa tiba-tiba menanyakan tentang gadis dibelakang Aisy. Siapa lagi kalau bukan gadis kaca mata bulat ni Qhaira lah orangnya.

"Ouh Ummi yang ni namanya Qhaira kawan baru Aisy." senyum Aisy sambil memperkenalkan kawan barunya.

"Qhaira ini Ummi saya dan yang mulut macam longkang tadi tu Abang saya." selamba sahaja Aisy memperkenalkan Ashfan pada Qhaira begitu.

"Kau mulut jaga sikit erk, aku cilikan mulut tu baru kau tau." ugut Ashfan pada Aisy. Sesuka hati Aisy saja memperkenalkan dengan cara begitu nanti hilanglah macho Ashfan nanti.

"Ada Aisy kesah?" Aisy hanya membuat tidak endah langsung tidak takut dengan ugutan Abangnya.

Qhaira segera menyalam tangan Puan Alisa tanda hormat. "Ummi nanti hantarkan Aisy dan Qhaira kat hostel boleh? lagipun bilik kami sama" ujar Aisy sambil menayangkan kunci bilik itu.

"Kau boleh pergi jalan kaki ya! kalau si Qhaira ni Abang boleh hantarkan, kalau nak Abang hantarkan rombongan meminang sekali pun boleh." Ashfan mengeyitkan sebelah matanya. Qhaira tersenyum apabila diusik begitu.

"Abang ni gatallah ! " jeling Aisy berserta mimik muka menyampahnya.

"Alah kau sibuk je lah dik!" omel Ashfan.

"Qhaira kau jangan layan Abang aku yang senget sebelah ni tau, dia memang macam ni sejak dilahirkan lagi." Aisy mengetap bibirnya.

"Sudah! janganlah bergaduh tak malu ke dengan orang? Aisy dan Ashfan sama je kalau Ummi piat telinga tu baru tau!" Puan Alisa sudah memberikan amaran.

"Baik Ummi" ujar Aisy dan Ashfan serentak. Dah kena marah baru nak berhenti bergaduh kalau tidak mesti sampai lusa tak reda dua beradik ni punya gaduh.

Qhaira hanya menggeleng sambil tersenyum melihat gelagat dua beradik ni bergaduh sebijik macam kanak-kanak dah kena marah dengan Ummi baru nak reda. Tapi Qhaira langsung tidak peduli dengan sikap pelik Aisy kerana dia benar-benar sudah selesa berkawan dengan Aisy yang mulut becok ini.

××××××

"Terima kasih Ummi sebab sudi hantar ke sini." ujar Aisy setelah sampai ke biliknya yang dikongsi bersama Qhaira.

"Sama-sama tapi Aisy kena ucap terima kasih tu sepatutnya dekat Abang sebab Abang yang bawa" kata Puan Alisa matanya melirik pada anak bujang itu.

"Hmm, cepatlah cakap terima kasih!" dipaksa pula Aisy suruh berterima kasih. Aisy segera mengherotkan keningnya sakit hati melihat kelakuan Abangnya.

"Terima kasih daun keladi, Abang janganlah nak mengatal macam ulat bulu panjat lidi" Aisy mengerakkan jari telunjuknya gaya seperti ulat bergerak.

"Sempat kau bagi pantun ya." Ashfan tersenyum berbaur sakit hati.

"Aisy dan Qhaira belajar dan jaga diri elok-elok ya... jangan malas-malas." nasihat Puan Alisa.

"Baik Ummi." balas Aisy.

"Baik Mak Cik." diikuti dengan Qhaira.

"Tak payah panggil Mak Cik, panggil Ummi je baru nampak mesra kan?" celah Puan Alisa yang selesa dipanggil Ummi berbanding panggilan 'Mak Cik' itu.

"Insyallah Ummi." balas Qhaira.

"Dah la jom balik, sebelum tu Abang nak cakap sikit yang Abang dah sorok semua koleksi CD drama korea kau ya bye!" Ashfan terus mengangkat kaki meninggalkan Aisy.

Membuntang mata milik Aisy apabila Ashfan berkata begitu. Ehh dah lah beli pakai duit Aisy sendiri bukannya pakai duit Abang Ashfan pun. Yang pergi gatal tangan nak sorok kenapa?

"Ummi!! tengok Abang tu." rengek Aisy.

"Nanti Ummi paksa la dia cari balik." Puan Alisa cuba menenangkan Aisy.

"Okeylah Aisy, Ummi dan Abang balik dulu ya. Jaga diri tau!" ujar Puan Alisa sebelum pergi. Ashfan pula mungkin sudah tunggu dekat lif takkan lah sanggup tinggalkan Ummi macam tu. Kalau Abang buat macam tu memang alamatnya nak kena ganyang dengan Aisy lah jawabnya.

Akhirnya tamatlah sudah drama keluarga Aisy yang berjaya mencuit hati Qhaira. Memang tidak dapat dinafikan Ummi Aisy begitu ramah dan mudah mesra banyak bercakap seperti anak-anaknya juga Aisy dan Abangnya Ashfan.


✿✿✿✿✿

vote & komen yea ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro