Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tahu balik rupanya ingatkan dah sesat pergi hutan tak jumpa jalan balik." Sindir Ainul apabila Ain baru saja masuk ke dalam rumah.

Ain membuat muka. Tak habis-habis nak cari pasal dengan dirinya.

"Pergi mana Ain? Keluar daripada petang, malam baru balik?" Tegur seorang wanita yang sedikit berumur namun masih kelihatan muda.

Ain mengukir senyuman nipis. Dua plastik merah yang di genggamnya diletakkan atas meja makan.

"Pergi pasar malam dengan Fatin. Dia ajak." Jawabnya dengan jujur.

Lepas main badminton, Fatin terus mengajak mereka untuk pergi ke pasar malam. Tak sangka lama pula mereka lepak di pasar malam hingga jam sudah menunjukkan ke angka sembilan malam. Takde lah lewat malam sangat pun.

Ainul yang melihat Ain meletak plastik yang berisi makanan itu mencebik. Dia menjenggul kepalanya untuk melihat apa yang di beli oleh adik perempuannya itu.

Tak nampak pula!

"Ada pula duit beli makanan?" Soal Ainul dengan perlian.

Ain berdecit.

"Fatin belanja, ada masalah ke? Kalau aku ada duit sekali pun kenapa? Aku bukannya macam kau, boros." Balas Ain dengan pedas.

Jangan nak samakan dirinya dengan Ainul. Duit belanja sekolah dia memang akan asing separuh-separuh. Separuh untuk dia belanja di sekolah dan separuh lagi dia akan simpan dalam tabung.

"Eh kau-....."

"Dah jangan gaduh-gaduh. Ibu tak suka. Kalau ayah korang balik dengar korang bergaduh macam ni mau angin orang tua tu." Puan Suri yang merupakan ibu mereka memicit kepalanya. Pening apabila kedua-dua anak perempuannya asyik bergaduh tidak kira masa.

Ain menjongket bahunya. Ingat dia suka bergaduh dengan Ainul? Huh, sikit pun tak! Menyampah! Dia masuk ke dalam bilik lalu mencapai tuala mandi untuk mandi.

Ainul merengus tak puas hati. Sakit hatinya pada petang tadi masih tidak reda, ini tambah lagi makin panas hati dia.

"Ainul pergi ambil pinggan, ibu nak hidang apa yang Ain beli ni." Puan Suri menghampiri meja makan lalu melihat isi dalam plastik yang di beli oleh Ain itu. Terukir senyuman di bibir tuanya.

Kuih pelita, agar-agar pelbagai jenis dan ayam madu empat ketul. Cukup untuk mereka sekeluarga makan malam ini.

"Haish, malas lah. Nanti Ain keluar bilik air suruh dia ambilkan. Alang-alangkan dia dekat dapur." Balas Ainul dengan nada yang malas.

"Malas sangat tak payah makan. Senang." Kata Puan Suri. Dia cukup tak suka dengan perangai Ainul yang suka menyuruh Ain dan malas mahu membuat kerja rumah. Dia mengeluh dalam hati.

"Ishhhh, yelah-yelah." Ainul menghentak kakinya dengan perasaan geram.

"Hah hentak lah kaki tu kuat-kuat sampai putus pun takpe." Sindir Puan Suri dengan pedas. Biadap sungguh!

Ainul menjeling.

"Ibu ni bising lah, membebel je. Orang dah ambilkan pinggan ni." Dua buah pinggan plastik diletak atas meja.

"Kerja kalau tak hempas-hempas tak boleh ke? Apa yang biadap sangat ni?" Marah Puan Suri. Dia paling pantang bila ada orang yang suka hentak-hentak barang ni. Ingat dia beli pinggan ni pakai daun?

"Hish, bising lah." Malas nak dengar Puan Suri membebel terus dia masuk ke dalam bilik dengan menghempas pintu.

"Hah hempas lah pintu sampai tercabut pun takpe. Biar bilik takde pintu." Laung Puan Suri dengan kuat.

Ya Allah, kenapa lah anak sulungnya ini sangat kurang ajar dan langsung tidak menghormati dirinya sebagai seorang ibu? Haihhhh....

Bunyi kunci yang dimasukkan ke dalam pintu rumah menarik perhatian Puan Suri. Tak lama kemudian, pintu rumah di buka daripada luar. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki tua dengan pakaian sedikit basah.

"Lewat balik bang?" Soal Puan Suri sambil melangkah menuju ke arah suaminya, Encik Karim.

"Hmmm, saja cari duit lebih sikit tu yang kerja sampai lewat malam." Jawab Encik Karim.

Helmet ditanggalkan lalu diletakkan atas meja kecil bersebelahan dengan aquarium. Matanya tertacap pada bungkusan plastik yang berada di atas meja makan.

"Awak pergi pasar malam ke?" Soal Encik Karim. Dia melihat isi dalam plastik tersebut. Kebetulan dia memang tengah lapar membuatkan dia terus mengeluarkan isi dalam plastik tersebut ke dalam pinggan.

"Bukan saya tapi Ain yang beli dengan Fatin. Fatin belanja katanya." Jawab Puan Suri. Dia mana larat nak jalan ke pasar malam yang agak jauh daripada kawasan perumahan mereka. Tambahan pula faktor kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan dia berjalan dengan jauh.

Pada masa yang sama Ain keluar daripada bilik air dengan pakaian lengkap baju tidur. Dia mengeringkan rambutnya yang panjang dengan tuala mandinya.

Encik Karim mengangguk kecil. Dia segera menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum makan. Tubuhnya melekit dengan peluhnya.

"Baru balik ke dah lama balik tu?" Tanya Ain sebaik sahaja Encik Karim masuk ke dalam bilik air.

Fuhhhh nasib baik dia keluar cepat. Kalau tak habis bernanah telinga dia kena dengar Encik Karim membebel. Membebel biasa dia tak kisah tapi segala apa yang keluar daripada mulut Encik Karim memang akan membuatkan siapa yang dengar sakit hati.

"Baru je balik ayah kau tu." Kata Puan Suri sambil tangannya lincah menyusun makanan dalam pinggan.

Ain hanya meng'ooo'kan saja. Dia duduk di sofa untuk melihat drama yang sedang bersiaran di kaca televisyen.

"Ain, makan lah ni. Kau yang beli takkan tak nak makan?" Tegur Puan Suri apabila menyedari Ain tidak menyentuh makanan yang di belinya itu.

"Hah kejap." Dia bangun semula merapati Puan Suri lalu dia mengambil seketul ayam madu dan dua biji agar-agar coklat. Itu pun sudah membuat dirinya kenyang.

"Sikitnya makan. Kenyang ke? Banyak kau beli ni." Sedar Ain hanya mengambil itu saja membuatkan Puan Salina kehairanan.

"Cukup lah ni lagi pun orang dah makan dengan Fatin petang tadi. Lebih simpan dalam peti sejuk. Kut ada yang kelaparan malam-malam buta ke." Balas Ain dengan senyuman kecil. Dia kembali duduk di sofa sambil menonton drama.

Tak lama kemudian, Encik Karim pun keluar dengan tuala yang di lilit di pinggangnya. Dia duduk di kerusi meja makan.

"Banyak kau beli makanan ni Ain." Ujar Encik Karim sambil mengambil seketul ayam madu.

"Hmmm Fatin belanja." Jawab Ain pendek. Matanya fokus melihat drama yang dipaparkan. Bukan biadap tapi dia memang begini.

Hubungannya dengan Encik Karim bukan lah rapat seperti mana hubungan dia dan Puan Suri. Entah kenapa dia tidak gemar dan tidak suka untuk beramah atau pun rapat dengan ayahnya sendiri. Seperti ada jurang antara mereka berdua.

"Baik pula dia belanja kau. Banyak duit dia."

Ain hanya diam saja. Malas nak menjawab. Biar lah duit Fatin tu sikit ke banyak. Orang dah belanja, bersyukur lah sedikit.













Fariz membaringkan tubuhnya atas tilam. Penat sungguh apabila seharian dia mengemas barang-barangnya yang agak bersepah. Tak sangka pula banyak benda yang perlu dia kemaskan.

Esok dia akan mula mengajar di sekolah baru. Yang lebih dekat dengan area rumahnya. Memikirkan hari esok membuatkan dia termenung.

Macam mana rupa sekolah yang akan dia mengajar. Pelajar-pelajar dekat sana. Suasana sekolah. Hurmmm....

Sedang asyik dia termenung jauh, tiba-tiba bau wangian yang menyapa hidungnya membuatkan dia tersedar daripada mengelamun. Terus matanya menoleh ke hujung kaki katilnya.

Kelihatan seorang perempuan berpakaian serba putih dan berselendang putih menatap ke arahnya dengan senyuman kecil sambil menunjuk ke arah jam di tepi katilnya.

Fariz yang kehairanan terus menoleh ke arah. Pukul sembilan.

Allah!

Terus dia bangun daripada baring.

Dia belum menunaikan dolat isya' lagi!

"Terima kasih Puteri." Tuturnya pada perempuan yang di gelar sebagai Puteri itu sebelum perempuan itu hilang daripada pandangannya.

Tanpa membuang masa Fariz masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat fardhu isya' dengan khusyuk.

Habis saja solat dia kembali termenung di atas sejadah. Sejujurnya dia tidak tahu mahu melakukan apa. Nak keluar tapi nak ajak siapa? Qayyum? Tak silapnya Qayyum kerja shift malam. Lukman? Takut menganggu waktu rehat lelaki itu pula. Alif? Pun sama juga. Airin? Haish, lagi mustahil memandangkan Airin sudah berkahwin.

Hurmmmmm

Arghhhhhhh nak buat apa ni!!!!

Bosannya!!!!!

Kebiasaannya dia tidak akan kebosanan apabila dia mempunyai kerja yang perlu dia lakukan setiap malam. Iaitu menyemak dan menanda buku pelajar-pelajarnya. Tetapi memandangkan dia akan masuk mengajar sekolah baru esok jadi dia tiada apa yang mahu dia lakukan.

Sedang dia termenung, handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Terus dia mencapai handphonenya.

Alif

"Hello, assalamualaikum..." Ucapnya terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam, Fariz free tak malam ni? Kalau free jom lepak mamak. Abang Lukman dengan Airin ada sekali ni."

Terus segar mata Fariz.

Fuhhhh macam tahu-tahu je dia baru terfikir mahu mengajak mereka lepak mamak malam ni.

"Aik, lepas pula Airin lepak? Anak-anak dia macam mana?" Tanya Fariz dengan hairan. Bukan apa agak susah untuk Airin keluar lepak bersama mereka memandangkan Airin mempunyai lima orang anak untuk diuruskan.

"Don't worry, Steve bagi kebenaran Airin lepak dengan kita asalkan balik tak lewat malam sangat. Datang lah tempat biasa. Kitorang tunggu."

"Okey, bagi aku lima belas minit."

Panggilan pun dimatikan.

Tanpa membuang masa Fariz bangun lalu melipat sejadahnya dan di gantung pada ampaian baju. Pakaiannya ditukar kepada sweater dan seluar tracksuit berwarna hitam. Santai saja. Lepak mamak je pun. Tak payah nak beriya hensem-hensem sangat.

Sembut minyak wangi sedikit dan rambut di sikat kemas. Cun! Kunci motor, wallet dan handphone di capai.

"Bismillahi rahmani rahim....."

Bunyi motor memecahkan kesunyian kawasan perumahannya. Keluar daripada pagar rumah, dia berhenti sekejap untuk mengunci pagar. Sempat dia menoleh ke arah tingkap ruang tamunya. Kelihatan Puteri berdiri di tepi tingkap sambil menatap ke arahnya.

Fariz hanya mengukir senyuman kecil saja. Tanpa membuang masa dia terus memecut laju menuju ke mamak di mana Alif, Lukman dan Airin menunggu dirinya.

Tidak jauh hanya kurang lima belas minit saja daripada rumahnya. Dia memakirkan motornya di tempat pakir motor yang disediakan.

"Fariz!!!" Panggil Alif sebaik sahaja matanya tertacap pada Fariz yang sepertinya sedang mencari mereka bertiga.

"Yow!!!" Dia terus berjalan laju ke arah mereka. Seperti yang dikatakan oleh Alif memang benar Lukman dan Airin ada bersamanya.

"Mimpi apa tiba-tiba ajak lepak mamak ni?" Soal Fariz sebaik saja dia duduk di sebelah Airin.

"Saja. Bosan duduk rumah takde buat apa. Teringatkan korang tu yang ajak lepak sini. Lama tak lepak sama-sama." Jawab Alif dengan sengihan.

"Ceh, ingat sweet lah?" Ejek Lukman.

Airin ketawa.

"Fikri tak join?" Tanya Fariz apabila baru teringat pada lelaki itu.

"Kejap lagi dia sampai." Jawab Airin.

"Bos, order bos!" Lukman mengangkat tangannya memanggil seorang pekerja mamak untuk mengambil pesanan mereka.

"Mau pesan apa." Tanya pekerja itu sambil memegang pen dan buku order.

"Teh tarik kaw punya. Kasi tarik panjang-panjang dan buih banyak-banyak." Order Airin sambil membuat demo.

"Wokey adik manis. Abang hensem, apa order?"

"Saya nescafe panas satu. Fariz?"

"Saya nak milo ais satu!" Bukan Fariz yang jawab tetapi sebaliknya. Terus Fariz menoleh ke sebelahnya.

Fikri.

"Perhhhh tak bagi salam apa tiba-tiba order. Teruk betul perangai."

Fikri tersengih.

"Saya nak milo ais juga jadi milo ais tu dua." Tutur Fariz pada pekerja itu.

"Makan?"

"Tak mau." Jawab Airin dan Lukman serentak.

"Saya mau nasi goreng seafood." Pinta Fikri.

"Saya mau bihun tom yam seafood." Pinta Fariz pula. Malam-malam macam ni sedap makan benda panas.

"Wokey...."

Selesai mengambil order, pekerja mamak itu pun beredar ke kaunter. Mereka berbual sesama mereka.

"Bini kau tak ikut sekali ke? Ke dia ada dekat sini?" Soal Fikri dengan nada yang nakal. Jelas sekali ingin mengusik Fariz.

"Otak kau lah. Jangan nak mengarut." Jeling Fariz. Suka betul kenankan dia dengan Puteri.

Puteri hurmmm

Semuanya bermula semasa mereka berenam berada dalam hutan untuk menyelamatkan Rayyan yang di culik sewaktu ketika dahulu. Entah macam mana jelmaan seorang perempuan serba putih tiba-tiba muncul dan membantu dia dalam mencari Daniel yang berada dalam hutan.

Disebabkan hanya dia seorang saja yang boleh nampak jadi jelmaan perempuan serba putih  yang bernama Puteri itu melekat mengikuti dirinya. Puas sudah dia cuba menghalau Puteri agar tidak mengikuti dirinya pulang ke rumah tetapi langsung tidak diendahkan olehnya.

Kesudahannya, dia biarkan saja Puteri ikut ke mana saja dia pergi selagi jelmaan itu tidak mengganggu kehidupan hariannya. Bahkan ketika dia solat atau pun mengaji Puteri elok duduk di sebelahnya. Jadi, dia membuat kesimpulan Puteri merupakan jin islam.

Ah, sudah!

Dah macam cerita paranormal saja. Ada unsur-unsur alam ghaib gitu!

"Jangan di seru nanti kalau dia datang betul-betul kau juga yang seram." Sindir Alif.

Fikri memang suka cakap besar tapi sekali datang hurmmm mencicit lari dulu daripada mereka. Tak pun menyorok belakang Airin. Ceh, buat malu kaum lelaki je.

Airin sudah mengekek ketawa geli hati melihat Fikri yang sudah mencebik.

"Rasanya dia tak ikut Abang Fariz. Kalau tak mesti meja ni dah bau wangi." Kata Airin dengan sengihan.

Fariz mengangguk kecil. Walaupun Airin tak boleh nampak tetapi Airin dapat merasakan kehadiran Puteri apabila jelmaan itu berada dekat dengannya.

Mereka berhenti berbual seketika apabila minuman dan makanan mereka sampai.

"Nampak macam sedap pula bihun tom yam Abang Fariz tu." Kecur liur Airin melihat bihun tom yam seafood Fariz yang berasap panas itu. Nak order tapi takut tak habis pula sebab dia baru saja makan malam di rumah bersama suami dan anak-anaknya.

"Nak ke?" Fariz menyuakan mangkuk yang berisi bihun tom yam seafood pada Airin.

"Sikit je, nak rasa." Seperti apa yang dia katakan memang benar dia hanya makan sedikit cukup sekadar rasa. Urmmmm sedap!!!

"Dah lama tak lepak macam ni. Kalau ada Qayyum lengkap group kita." Kata Lukman sambil mencicip nescafenya.

"Hmmm tu lah tapi nak buat macam mana Abang Qay kerja shift malam. Tapi takpe lain kali boleh lepak sama-sama lagi." Balas Airin dengan tenang walaupun dia agak rindu dengan Qayyum.

"Hmmm bila lah Qayyum tu nak kahwin. Umur makin lama makin meningkat. Risau aku dengan Qayyum tu. Busy dengan kerja je." Tutur Lukman dengan keluhan kecil.

Memandangkan Qayyum tua dua tahun daripadanya dan akan cecah umur 30 tahun pada tahun hadapan membuatkan dia sedikit risau apabila Qayyum masih tidak mempunyai calon isteri. Puas juga dia bebel pada Qayyum tapi Qayyum tenang menjawab 'nanti aku cari' 'berserah pada Allah' hmmm itu je jawapannya.

"Abang Lukman bila pula nak kahwin? Jangan tunang lama-lama, nanti kena caras baru padan muka." Gurau Alif.

"Sabar kena tunggu dia habis praktikal dulu baru boleh kahwin dengan dia. Tiga bulan je lagi." Jawab Lukman dengan senyuman lebar.

Ya, dia bakal menamatkan zaman bujangnya tiga bulan lagi. Ahaks, tak sabar betul!

"Abang Fariz bila pula?" Tanya Airin dengan sengihan.

"Dia kan dah ada Puteri. Kahwin je lah dengan Puteri tu. Tak elok lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan dalam satu rumah." Fikri tak habis-habis mahu menyakat Fariz.

"Choiii, kalau dia tu manusia takpe memang lama dah aku ajak kahwin. Masalahnya dia tu jin. Apa jadahnya aku nak kena kahwin dengan jin." Nauzubillahiminzalik.....

Fikri ketawa mengekek.

"Sibuk hal aku yang korang berdua ni bila? Airin yang baya korang pun dah ada anak lima." Soal Fariz pula dengan kening terangkat.

"Lek luuu muda lagi nak kahwin. Baru 25 tahun." Jawab Alif dengan selamba. Kahwin awal-awal buat apa? Dia pun tak yakin dia mampu bimbing anak dara orang atau pun tak.

"Hmmm tunggu jodoh jatuh dari langit." Fikri menyedut air milonya. Aahhhhh sedap! Lega tekaknya yang kering.

Hmmm, jawapan selamat begitu lah. Mereka berlima pun berbual panjang. Pelbagai perkara yang mereka bualkan. Jika ada Qayyum pasti lagi rancak dan meriah.













Noted penting!

Cerita ni sebelum Blade dan Qayyum berkahwin jadi tolong jangan keliru dan tanya lagi ya 😊

By the way enjoy this chapter, maaf kalau hambar 🐸

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro