Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Weh, aku nampak ada ustaz baru pindah ke sini harini. Agaknya ustaz tu kut yang ganti Ustaz Fizi." Ujar Fatin yang baru saja duduk di sebelah Ain.

Ain hanya diam saja tidak berminat dengan ustaz baru yang Fatin katakan itu.

"Hensem tak ustaz baru tu? Kau nampak dekat mana?" Soal Khairunnissa yang duduk di hadapan mereka. Begitu juga dengan Atiqah. Mereka berdua terus pusing kebelakang menghadap Fatin dan Ain.

"Tak nampak sangat muka dia sebab jauh. Aku pun baru keluar daripada tandas. Tak sempat nak usyar ustaz tu dah masuk lorong ke bilik guru. Daripada belakang nampak macam hensem tapi tak tahu lah kalau sebaliknya. Aku harap-harap hensem baru semangat nak belajar." Ujar Fatin dengan sengihan nakal.

"Kau memang pantang nampak cikgu ke ustaz ke yang hensem mula nak menggatal aeee... Kalau bujang tak apa tapi kalau laki orang hah gigit jari lah kau." Gelak Atiqah mengekek.

Khairunnissa turut gelak sama. Bukan mereka tak tahu Fatin memang suka lihat cikgu atau pun ustaz yang hensem. Nanti mula lah adegan 'cuci mata' dia tu.

Ain menggeleng kecil. Perangai tak semengah betul kawan dia ni. Anak siapa entah.

"Weh, duduk-duduk cikgu nak sampai!" Afifah yang kebetulan duduk di tepi tingkap segera bersuara apabila perasan Cikgu Asmida yang mengajar mereka subjek Mathematics berjalan menuju ke kelas mereka.

"Hah? Cikgu singa tu sampai dah? Mampus!"

Satu kelas mencicit lari duduk di tempat mereka lalu mengeluarkan buku teks Mathematics dan diletakkan atas meja mereka. Jantung masing-masing berdegup kencang. Takut wehhh....

Razif selaku ketua kelas segera bangun sebaik sahaja Cikgu Asmida melangkah masuk ke dalam kelas mereka.

"Bangun semua!" Arahnya.

Skrettttt

"Assalamualaikum dan selamat pagi Cikgu Asmida!" Ucap Razif lalu di ikuti oleh rakan-rakan kelasnya yang lain.

"Waalaikumsalam dan selamat pagi semua. Sebelum duduk jawab sifir saya terlebih dahulu. Angkat tangan sebelum jawab." Balas Cikgu Asmida dengan wajah yang tegas.

Masing-masing membuat muka tak suka tapi masih lagi di kawal supaya tidak di perasan oleh cikgu mereka itu. Mahu kena sembur. Huishhh jangan buat pasal.

"Hish, boring betul." Rungut Fatin perlahan. Dia terpaling malas nak berfikir tapi tak berfikir kena denda pula adehhhh....

Ain hanya sengih saja mendengar rungutan Fatin. Jangan kata Fatin, dia sendiri pun tak suka mata pelajaran mathematics. Bukan tak suka tapi tak masuk dalam kepala. Tak ngam.

"6x9?"

"Saya!"

Semua mata terarah ke Nurin.

Fuhhh laju siot berfikir.

Cikgu Asmida mengangguk kecil suruh Nurin jawab.

"54."

"Okey, duduk."

Nurin mengukir senyuman bangga apabila dia orang pertama dapat jawab sifir yang mudah.

Melihat Nurin sudah duduk dengan rileks membuatkan mereka semua bersemangat ingin menjawab sifir yang seterusnya supaya mereka cepat duduk daripada berdiri lama-lama.

"3x8?"

"Saya!"

"Saya!"

"Saya!"

"Saya cikgu!"

Empat orang serentak mengangkat tangan.

"Amru." Cikgu Asmida nampak Amru mengangkat tangan terlebih dahulu daripada mereka berempat.

Terdengar keluhan daripada mereka bertiga.

"24 cikgu."

"Okey, duduk. Next, 8x7?"

"Saya!" Fatin mengangkat tangannya tinggi dan nadanya agak kuat menarik perhatian Cikgu Asmida.

"Ya, Fatin."

"56!" Jawab Fatin dengan yakin.

"Okey, good."

Fatin sudah meloncat suka. Akhirnya tak perlu dia berfikir dengan lama. Daripada tadi dia aim je sifir 7. Hehehehe....

"Chaiyokk Ain!" Kata Fatin dengan semangat.

Ain hanya mengangkat bahu. Malas betul dia nak berebut mengangkat tangan. Chill-chill sudah.

Seorang demi seorang jawab hingga lah hanya tinggal sepuluh orang sahaja. Makin lama makin susah sifir yang diberikan oleh Cikgu Asmida.

"7x9?"

"Saya!" Ain mengangkat tangannya. Sifir 9 paling mudah untuk dia ingat.

"Ya Ain, jawab."

"63." Jawabnya tenang.

"Okey, duduk."

Ain melepas keluhan, dapat duduk juga akhirnya. Fatin di sebelah sudah bersiap sedia membuka buku teks.

"Semangat nampak?" Tegur Ain.

"Buat-buat semangat je. Hakikatnya malas. Mengantuk tapi mampus kalau menguap. Tak pasal-pasal kena aim dengan cikgu singa tu."Kata Fatin dengan perlahan sambil mencebik menyampah.

Ain tergelak. Nak buat macam mana dah namanya pun belajar. Hadap je lah dapat cikgu perangai macam mana pun. Lebih-lebih lagi mereka duduk di kelas hadapan. Tak lah kelas depan sangat, kelas kelima yang dikatogeri sebagai kelas terpandai dalam sekolah je. Masuk kelas yang keenam dah sederhana.

Hmmm adat sekolah. Ada kelas pandai, sederhana dan kurang pandai. Tipu lah sekolah lain takde macam ni. Majoriti sekolah memang ada katogeri sebegini. Sebab tu pelajar kelas belakang cikgu tak ambil peduli sangat berbanding kelas hadapan.

Entah apa-apa je lah. Cikgu pun memilih kelas rupanya. Mengajar kelas depan kemain tegas dan garang tapi bila mengajar kelas belakang hmmm ajar sambil lewa, nak tak nak je mengajar. Tak semua tapi sesetengah cikgu lah.

Asal kelas hadapan je harapan cikgu, habis yang kelas belakang? Bukan harapan cikgu? Haihhh, tak faham sungguh cara pemikiran mereka. Baik tak payah ada kelas belakang je. Senang.

Apabila semua sudah jawab soalan sifir, Cikgu Asmida terus mengajar mereka. Macam biasa, kena fokus kalau tak memang kena sembur dengan cikgu singa itu.

"Sebelum tu, hantar latihan kelmarin yang saya beri pada awak semua atas meja saya." Arah Cikgu Asmida.

Seorang demi seorang bangun lalu meletakkan buku kerja sekolah mereka atas meja guru seperti yang diarahkan oleh Cikgu Asmida.

"Mampus! Aku tak siap lagi!"

Ain menoleh ke arah Siddiq yang hanya duduk bersebelahan dengan mejanya. Kelihatan Siddiq dan Alif tergesa-gesa menyiapkan latihan yang masih tidak siap dengan meniru jalan kerja yang di buat oleh Razif.

"Weh, cover aku kejap." Pinta Siddiq dengan wajah yang pucat. Aduh, macam mana entah dia boleh lupa dengan latihan kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Asmida itu. Mati lah dia.

"Cepatlah, cikgu dah pandang-pandang tu." Gesa Razif. Haish, tak pasal-pasal buku dia juga jadi mangsa.

"Kejap lah. Sikit je lagi." Laju saja Siddiq menyalin jawapan daripada Razif. Begitu juga dengan Alif.

"Alif! Siddiq! Razif! Mana buku? Hantar sekarang juga!" Arah Cikgu Asmida dengan lantang. Terkejut mereka bertiga.

"Sorry geng." Razif menarik buku latihannya lalu menuju ke meja guru.

Seakan-akan dapat menghidu kesalahan mereka berdua, Cikgu Asmida terus menuju ke meja Alif dan Siddiq. Membulat matanya.

"Tak siap? Pergi berdiri luar kelas sekarang juga! Berdiri tengah-tengah koridor depan kelas. Jangan sandar!" Tengkingnya.

Mencicit Alif dan Siddiq keluar daripada kelas dan berdiri seperti yang di arah. Mahu tercabut jantung mereka mendengar suara Cikgu Asmida yang memetir itu.

"Yang lain buka buku teks muka surat 96." Maka bermulalah sesi pembelajaran mereka dengan penuh khusyuk. Atau lebih tepat penuh kebosanan. Siapa minat math suka lah tapi majoritinya ramai tak minat. Hahahaha.... Begitu lah kehidupan sebagai seorang pelajar.













"Weh, kau pergi masuk kelas dulu aku nak pergi tandas kejap. Tak tahan nak kencing." Ujar Ain apabila mereka hampir tiba di depan pintu kelas mereka.

"Hah okey." Balas Fatin pendek.

Memandangkan tandas berada di aras koridor mereka, jadi takde masalah untuk Ain berlari menuju ke tandas tanpa turun atau naik tangga. Terus saja belok kanan dah jumpa tandas.

Fatin serta rakan-rakan kelasnya yang lain sudah pun duduk di tempat mereka dengan perasaan yang excited. Mana tak excited bila ada ustaz baru yang akan mengajar kelas mereka menggantikan Ustaz Fizi.

"Eh, mana Ain? Tandas ke?" Tegur Khairunnissa apabila perasan kelibat Ain tiada dalam kelas.

"Ha'ah pergi tandas, tak tahan nak kencing katanya." Jawab Fatin sambil mengeluarkan buku teks Pendidikan Agama Islam dan buku latihannya sekali.

"Oooo...."

"Eh korang rasakan ustaz baru tu garang ke lembut? Hensem ke biasa-biasa je? Aku daripada pagi tadi curious siapa ustaz baru tu. Macam mana orangnya. Aku bukan apa aku takut dia garang macam Ustaz Fizi. Hilang terus mood aku nak belajar." Soal Atiqah dengan wajah yang ingin tahu meninggi.

Dia bukan apa cuma dia memang tak gemar kalau cikgu yang mengajarnya garang-garang. Automatik dia akan jadi gugup walaupun dia takde buat salah apa-apa.

"Segarang-garang Ustaz Fizi tu, Ustaz Fizi tu memahami jiwa pelajar. Lagi-lagi pelajar-pelajar lelaki. Asyik nak menangkan lelaki je, menyampah pula aku." Cebik Raihan yang turut mendengar perbualan mereka. Dalam memuji pasti akan berakhir dengan kutukan.

"Aisehhh kau macam berdendam dengan Ustaz Fizi je? Asal?" Soal Fatin dengan senyuman senget. Bukan mereka tak tahu Raihan memang anti dengan Ustaz Fizi.

Semuanya berpunca Raihan bergurau kasar dengan mengatakan tulisan lelaki cakar ayam. Hodoh, buruk, hauk!

Tiba-tiba Ustaz Fizi balas gurauan Raihan dengan mengatakan lelaki lebih bersih daripada perempuan. Maka berperanglah mereka berdua sehinggalah Ustaz Fizi last mengajar kelas mereka.

"Tak kuasa aku nak berdendam dengan Ustaz Fizi tu. Buat sakit otak, jiwa dan raga aku je." Raihan menjulingkan matanya ke atas.

Mereka bertiga ketawa berdekah melihat reaksi Raihan yang jelas-jelas sangat menyampah dengan Ustaz Fizi. Hahahaha aduhaiii....

Ain keluar daripada tandas setelah membuang air kecil. Dia melepas nafas lega. Lega juga akhirnya. Daripada dia beratur nak naik kelas lagi dia menahan.

Tidak mahu membuang masa terus dia jalan laju menuju ke kelasnya tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan.

Kebetulan pada masa yang sama satu susuk tubuh seorang lelaki turut jalan laju melepasi lorong koridor yang berdekatan untuk terus jalan ke depan.

Ain yang tidak perasan susuk tubuh itu terus terlanggar tidak sengaja.

"Ehhhh...." Akibat perlanggaran tersebut Ain jatuh terkebelakang. Namun, nasibnya sangat baik apabila pergelangan tangan kanannya segera di tarik ke depan supaya dia tidak jatuh.

"Aduh, sakitnya..." Ain menepuk-nepuk lembut bahunya yang terasa agak sakit. Dia langgar batu ke apa?

"Maafkan saya, saya tak perasan awak lalu."

Mendengar ayat maaf itu terus membuatkan Ain mendongakkan wajahnya memandang wajah empunya suara itu. Terkerdip-kerdip matanya.

Siapa ni? Tak pernah nampak pun?

Tinggi, sawo matang, nampak macam sado yang paling penting dia ni hensem!

Kalau Fatin nampak hmmmm mahu terjojol matanya nanti. Bukan boleh percaya sahabatnya itu. Pantang nampak yang hensem mula lah nak cuci mata. Mujur sekadar cuci mata saja. Tak lebih daripada itu.

Sempat lagi Ain mengscankan lelaki di hadapannya ini. Bukan itu saja sempat lagi dia mengumpat Fatin dalam hati. Hehehehe....

Seketika baru dia teringat. Entah-entah lelaki ini ustaz baru yang diperkatakan oleh rakan-rakan kelasnya.

"Erkkk takpe saya pun salah juga sebab jalan pun menonong je." Entah kenapa Ain mula rasa gugup apabila sedar yang orang dia langgar ini adalah ustaz baru. Matanya sempat menjeling name tag ustaz itu.

Fariz

"Urmmm awak tahu tak dekat mana kelas tingkatan 3 Bestari?" Tanya Fariz sambil membawa beg sandangnya. Dia sejenis yang sangat malas nak pegang buku ke hulu ke hilir. Lenguh.

Seperti yang di duga oleh Ain, ternyata memang benar Ustaz Fariz ini lah yang akan mengajar mereka menggantikan Ustaz Fizi.

"Kebetulan saya kelas 3 Bestari. Saya tunjuk jalan."

Fariz mengangguk setuju. Entah macam mana dia boleh terlupa jalan nak ke kelas tingkatan 3 Bestari. Sedangkan dia sudah hafal laluan setiap kelas yang akan dia ajar semasa dia berada di dalam bilik guru. Ada hikmah juga mereka berdua berlanggaran. Senang kerjanya.

Daripada pintu belakang kelasnya, Ain mengetap bibirnya apabila suara rakan-rakan kelasnya sangat riuh dan langsung tidak perasan akan kehadiran dia dengan Ustaz Fariz.

Elok je Ain masuk terus Fatin bersuara dengan agak lantang.

"Ain, lambat betul masuk? Kau pergi tandas ke buat tandas?" Soal Fatin dengan gurauan. Dia masih tidak sedar akan kehadiran ustaz baru itu. Atiqah, Khairunnissa, Nurin, Siddiq, Alif dan Razif sudah bantai ketawa berdekah-dekah

Ain sudah menepuk dahi. Dia diam saja tanpa menjawab pertanyaan Fatin. Gila apa nak jawab kalau ada ustaz baru bersama dengannya.

"Ehemmm amboi meriahnya sampai tak nampak saya masuk? Borak apa?" Tegur Fariz yang sudah berdiri di depan kelas. Matanya tajam melihat seorang demi seorang prlajar barunya ini.

Baru lah mereka semua sedar akan kehadiran Fariz. Kelasnya yang sangat bising terus menjadi senyap sunyi. Semua muka cuak. Lagi-lagi melihat wajah Fariz yang tidak mengukir sebarang senyuman dan berwajah serius.

"Bangun semua!!!" Arah Razif sedikit kalut. Mana tak kalut apabila dapat dia rasakan betapa garangnya ustaz di depan mereka ini. Kalau Ustaz Fizi.

"As-....." Terbantut terus Razif mahu memberi salam apabila Fariz mengangkat tangan supaya Razif tidak meneruskan ucapan salamnya itu.

"Assalamualaikum semua." Ucap Fariz dengan nada yang sedikit kuat.

"Waalaikumsalam, ustaz." Jawab mereka dengan serentak dan perlahan. Ternaik kening Fariz.

"Amboi, slownya suara. Tadi kemain kuat suara duk hu ha hu ha sekarang hilang dah suara tu?" Perli Fariz. Matanya menoleh sekilas ke arah pelajar yang menolongnya tadi. Terkerbil-kerbil pelajar itu memandangnya. Hahahaha comel.

Terkedu mereka apabila setepek kena perli. Tak tahu nak reaksi bagaimana. Kecut perut masing-masing.

"Lagi sekali, assalamualaikum semua."

"Waalaikumsalam ustaz!!!" Jawab mereka dengan lebih kuat daripada tadi. Bergema seketika kelas mereka.

Fariz menyungging senyuman sinis. Perli ke apa ni?

Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya.

"Ada nak tanya apa-apa ke?" Soal Fariz pada pelajar lelaki itu. Semua mata menoleh ke arah pelajar tersebut iaitu Siddiq.

"Ustaz, kenapa ustaz yang bagi salam? Bukan sepatutnya kami ke yang kena bagi salam pada ustaz?" Tanya Siddiq dengan wajah yang kehairanan.

Soalan Siddiq itu turut bermain di dalam pemikiran rakan-rakan kelasnya yang lain. Ha'ah kan? Bukan ke sepatutnya mereka yang perlu beri salam? Terbalik dah ni.

Fariz berkerut hairan.

"Kenapa awak yang perlu beri salam? Saya yang masuk kelas ni jadi saya yang patut beri salam bukannya awak semua. Mana ada tuan rumah beri salam apabila tetamu datang ke rumahnya. Salah tu." Jawab Fariz dengan sedikit penerangan. Nampaknya ada perkara yang perlu dia ajarkan pada mereka.

"Okey, awak semua boleh duduk." Melihat anak-anak murid barunya ini masih berdiri membuatkan dia rasa kasihan pula.

"Apa-apa pun terima kasih atas pertanyaan itu tadi. Siapa nama awak?"

"Siddiq, ustaz." Jawab Siddiq.

"Okey, Siddiq. Nampaknya ada perkara yang sesetengah daripada awak dan cikgu-cikgu yang lain salah dalam hal ini. Ucapan memberi salam sepatutnya diucapkan pada mereka yang masuk ke dalam kawasan awak atau pun berselisih dengan awak.

Seperti yang saya katakan tadi, mana ada tetamu yang beri salam pada tuan rumah. Umpama awak semua merupakan tuan rumah dalam kelas ini dan cikgu yang baru masuk ke dalam kelas ini merupakan tetamu. Melainkan cikgu tersebut masuk ke dalam kelas ini sebelum awak semua. Hah yang itu betul awak semua yang perlu beri salam pada cikgu tersebut. Jelas?" Terang Fariz panjang lebar.

"Jelas, ustaz!" Jawab mereka serentak. Kini baru lah mereka faham tentang hal ini. Jika tidak sampai habis sekolah pun mereka tak akan faham dan tak tahu.

"Tapi kami dah biasa ustaz. Daripada sekolah rendah sampai sekarang. Macam mana tu?" Tanya Razif pula.

"Itu kesilapan daripada cikgu-cikgu itu sendiri. Tapi tak mengapa sebab ramai yang tak tahu tentang hal ini. Jadi, apabila awak semua dah tahu, dah faham tentang perkara ini tegur lah mereka dan perbaikilah kesilapan mereka dengan cara yang berhemah. Ustaz sebelum ini takde beritahu ke?"

Hanya gelengan saja yang dia lihat sebagai balasan pertanyaannya.

"Hmmm, takpe lah okey harini saya cuma nak buat sesi perkenalan dengan awak semua. Kalau sempat saya akan mula mengajar, In Shaa Allah."

Terdengar bisikan-bisikan kecil 'yesssss' daripada mereka. Amboi, kemain suka kalau tak belajar ni ya.

"Start daripada hujung sana dekat dengan pintu masuk." Arah Fariz sambil tunjuk ke arah pelajar perempuan yang duduk di barisan hadapan dekat dengan pintu masuk kelas. Afifah.

Maka bermulalah sesi suai kenal antara mereka sama. Nama, cita-cita dan hobi merupakan pertanyaan yang diajukan oleh Fariz pada mereka.














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro