Bab 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kringgggg

"Okey, itu saja untuk hari ini. Ustaz harap awak semua bersemangat untuk belajar bukannya malas. Ingat ibu ayah awak hantar awak ke sekolah untuk belajar jadi orang yang berjaya mencapai cita-cita awak sendiri." Tutur Fariz sebaik saja loceng rehat berbunyi.

"In Shaa Allah, ustaz." Jawab mereka.

"Bangun!" Razif bersuara.

Terus mereka yang seramai 25 pelajar bangun serentak.

"Terima kasih Ustaz Fariz!"

"Terima kasih Ustaz Fariz!"

"Sama-sama." Fariz pun menyandang begnya lalu keluar daripada kelas 3 Bestari. Perutnya yang berbunyi membuatkan dia berasa sangat lapar. Mujur lah memang sekarang ini waktu rehat dirinya. Langkahnya di atur menuju ke tangga untuk ke kantin.

Setelah memastikan Fariz sudah tidak lagi kelihatan di kawasan koridor kelas mereka, Fatin menjerit teruja.

"Hensem bodoh Ustaz Fariz tu arghhhhhh lelaki idaman malaya gitu!" Fatin menjerit suka. Kedua-dua belah tangannya di cantum kerana terlalu teruja.

Siapa je tak teruja apabila ada ustaz yang hensem mengajar kelas mereka kan? Lebih-lebih lagi yang berstatus bujang. Perhhhhh peratus untuk pelajar perempuan mengorat ustaz tersebut kemungkinan amat tinggi.

"Kesian Ustaz Fariz. Dah lah dikatakan hensem, kena bodoh pula tu ish ish ish teruk betul perangai pelajar yang bernama Fatin ini." Ain menggeleng kecil seraya mengusik sahabatnya itu.

Hensem?

Hmmm, pada pandangan matanya memang benar Ustaz Fariz itu hensem tapi dia langsung tidak tertarik akan kekacakkan yang di miliki oleh ustaz barunya itu. Lagi pun Ustaz Fariz itu pengajar mereka, gila apa nak mengorat pengajar mereka sendiri. Setakat cuci mata tu boleh lah.

"Ish kau ni, support lah member sikit." Cebik Fatin. Hilang terus moodnya apabila Ain berkata sedemikian. Cuci mata je, tu pun tak boleh.

"Support member buat zina mata? Memang tidaklah." Balas Ain selamba.

Fatin tersentak.

Deep weh deep!

Khairunnissa dan Atiqah menahan diri daripada menghamburkan ketawa. Setepek kena ceramah ringkas daripada Ain. Jangan di buat main dengan Ain. Sekali kena tazkirah daripada Ain, terdiam terus.

"Cikgu Johan on the way guys!" Ujar Amru yang  ternampak Cikgu Johan yang sedang jalan menuju ke arah koridor bahagian kelas mereka.

"Perhhh on time sungguh Cikgu Jojo tu datang."

"Bila je dia tak on time? Tapi kalau lambat memang lambat betul masuk mengajar." Kata Siddiq.

"Itu lah tu." Sokong Alif.

"Tapi aku suka sebab takkan belajar hahahaha...." Gelak Fatin di ikuti Khairunnissa dan Atiqah. Ain hanya menyungging senyuman senget sahaja. Nampak sangat pemalas, ish ish ish...

"Teruk betul perangai korang ni. Kan tadi Ustaz Fariz baru je cakap ibu ayah hantar kita pergi sekolah untuk berjaya bukannya datang sekolah jadi malas nak belajar." Tegur Ireena yang terdengar perbualan mereka berenam.

"Eh tiber menyampuk apa hal?" Kerut Fatin dengan wajah yang jelas kurang senang dengan Ireena yang tiba-tiba saja menyampuk perbualan mereka.

Minta perhatian ke apa?

"Takde hal saja cakap kut lah lupa apa yang Ustaz Fariz cakap tadi. Manusia kan kena saling ingat mengingati antara satu sama lain." Balas Ireena dengan sinis.

Syafawani, Syaza, Najwa dan Nani ketawa sinis pada mereka berenam.

"Tak yang korang tiberrr sangat ni apa hal? Suka hati kitorang lah nak borak apa. Tak payah nak menyampuk orang sembang apa." Balas Khairunnissa yang turut tidak gemar dengan tingkah Ireena itu.

Atiqah menjeling menyampah pada Ireena.

Satu kelas tahu Ireena memang suka cari gaduh dengan Fatin. Tak tahu sebab apa. Tiba-tiba je nak cari gaduh.

Gila mungkin?

"Dah tak payah layan orang macam tu. Buang air liur je." Malas nak berpanjangan Ain pantas mencelah.

"Huh, tak payah nak acah baik sangat lah Ain." Sampuk Syaza dengan sindiran.

Ain menjulingkan matanya ke atas.

"Habis tu menyampuk perbualan orang tu baik sangat ke?" Balas Ain dengan perlian.

Fatin mengemam bibirnya daripada menghamburkan ketawanya. Kan dah kena balik. Padan muka. Keh keh keh...

Syaza terdiam. Tak sempat dia mahu membalas Cikgu Johan sudah pun masuk ke dalam kelas. Dia melepas nafas kasar.

Tak guna!

"Assalamualaikum Cikgu Johan!" Ucap Razif apabila rakan-rakannya sudah berdiri.

"Assalamualaikum Cikgu Johan!"

"Waalaikumsalam, duduk semua." Jawab Cikgu Johan seraya menyuruh anak-anak muridnya untuk duduk.

"Cikgu!"

"Ya, Alif. Ada apa?" Soal Cikgu Johan dengan pelik. Tak sempat dia mahu bersuara suara Alif memanggilnya membantutkan dirinya untuk bersuara.

"Tadikan Ustaz Fariz ada bagi tahu sepatutnya cikgu yang beri salam pada kami bukannya kami yang beri salam pada cikgu. Yelah, kami kan tuan rumah. Mana ada tuan rumah beri salam pada tetamu yang datang kan?" Tutur Alif dengan ayat yang sama digunakan oleh Ustaz Fariz tadi.

Cikgu Johan terkedu dengan soalan Alif yang baginya agak tiba-tiba itu. Tak pernah lagi sepanjang dia mengajar dia di beri soalan seperti ini. Sudahnya, dia tak tahu nak bereaksi seperti apa.

"Erkkk urmmm betul lah tu." Kening yang tidak gatal di garu.

"Aik, takkan soalan senang macam tu pun cikgu tak tahu nak jawab? Hahahaha lawak lah cikgu ni." Gelak Najwa.

Syafawani, Syaza, Nani dan Ireena ketawa mengekek.

Fatin membuat muka toya. Tak kelakar pun, over je lebih.

"Dah diam. Buka buku teks muka surat 48. Saya nak awak semua baca dan terus buat latihan di muka surat sebelahnya. Saya bagi masa 15 minit untuk jawab semua soalan-soalan tersebut sebelum saya mulakan sesi mengajar." Ujar Cikgu Johan sambil melihat halaman muka surat 48 seperti yang dia arahkan kepada murid-muridnya.

Berhati-hati di alam siber.

Tajuk yang agak menarik untuk dia ajar pada mereka.

"Baik cikgu."

Buku latihan di buka lalu terus mereka membuat latihan yang diberikan. Tak banyak mana pun cuma ada 10 soalan je.

Mereka fokus menyiapkan latihan yang din beri tanpa sebarang bicara. Diam saja. Kelas menjadi sunyi sepi hanya kedengaran bunyi kipas berpusing saja.












"Thank you, Madam Jeyamala!"

"Your welcome, awak semua dah boleh balik. Homework jangan lupa buat. Esok saya nak tengok." Pesan Madam Jeyamala sebelum beredar keluar daripada kelas 3 Bestari.

"Urghhh hari yang memenatkan." Fatin mengeliat kecil. Dia meletup-letupkan jari jemarinya.

"Ceh, over je kau. Bila je hari kau tak penat?" Ain mengemas barang-barangnya ke dalam beg sandang sebelum menggalasnya ke bahu. Fatin yang sedang zip beg di pandang.

"Bila hari cuti hehehehe..." Balas Fatin dengan ketawa kecil.

Ain ketawa. Ada-ada je lah jawapan Fatin.

"Jom balik."

Mereka berdua pun keluar daripada kelas menuju ke tangga untuk turun ke bawah. Memandangkan kelas mereka berada di tingkat tiga jadi agak sesak laluan mereka kerana perlu berkongsi laluan dengan pelajar-pelajar yang berada di tingkat dua yang turut menggunakan laluan tangga yang sama.

"Haih, kenapa lah sekolah ni takde lif? Cepat sikit nak turun ke bawah." Rungut salah seorang pelajar perempuan yang merupakan pelajar daripada kelas 3 Cemerlang.

"Perhhh kemain demand kau aeee nak sekolah yang ada lif. Sekolah swasta pun takde lif guna tangga je. Ini kan pula sekolah kerajaan macam kita ni hah. Memang tidak lah nak ada lif. Lambat lagi." Balas rakannya pula.

"Hahahaha aku cakap je tapi kalau ada lif lebih baik. Takde lah kena bersesak macam ni setiap hari. Hmmm..." Balas pelajar perempuan itu lagi.

Ain dan Fatin hanya dengar saja apa yang mereka bualkan. Fatin mengangguk setuju dengan apa yang pelajar perempuan itu katakan.

Kan senang kalau ada lif. Takde lah penat nak naik tangga setiap hari. Tak perlu bersesak macam ni setiap kali waktu habis sekolah. Tapi itu hanyalah angan-angan saja. Memang tidaklah sekolah akan buat lif.

Keluar saja daripada perkarangan sekolah, Ain dan Fatin terus jalan ke tempat menunggu van sekolah yang paling hujung di mana Siti, Bob, Fuad, Halim dan Yana berada.

"Yowww, van tak sampai lagi aeee?" Soal Fatin pada Yana apabila van mereka tidak kelihatan. Biasanya waktu-waktu macam ni van dah sampai.

"Belum lagi, kejap lagi sampai lah tu." Ujar Yana pada adiknya, Fatin.

Ya, mereka berdua adik-beradik. Beza dua tahun. Fatin 15 tahun manakala Yana 17 tahun.

"Hah, tu sampai dah!" Ujar Bob sambil menunjukkan van berwarna biru gelap yang menuju ke arah mereka.

"Ceh, tu van korang bukan kitorang." Cebik Fatin apabila menyangkakan van mereka yang tiba rupanya hmmm sebaliknya.

"Gerak dulu Fatin, bye." Ain mengukir sengihan pada Fatin yang cemberut itu. Lain yang di harap, lain yang datang.

"Hmmm, bye petang ni jangan lupa datang." Balas Fatin sambil melambai ke arah Ain.

"Berehhhh..." Ain segera berlari anak menuju ke arah Siti dan Bob yang berdiri menunggu untuk masuk ke dalam van dan beberapa orang pelajar yang turut berlari-lari menuju ke arah mereka untuk beratur sama.

Sebaik sahaja pintu van di buka terus Bob dan Siti masuk ke dalam memilih tempat duduk mereka. Ain turut masuk dan duduk di sebelah Siti.

"Fuhhh panas siot terbakar kulit aku." Bob mengipas-ngipas wajahnya dengan tangan. Dia membuka tingkap agar angin luar masuk ke dalam.

"Ala, baru panas dunia belum lagi panas neraka." Sampuk Fitri yang duduk di belakang Bob.

"Takde pula aku dengar neraka pernah sejuk. Ceritanya sekarang di dunia jadi kita sembang perkara di dunia lah ya." Balas Bob dengan wajah toya.

Sebodoh-bodoh dia takde pula dia dengar neraka sejuk. Alahai...

Fitri sengih. Ala, saja je nak bergurau. Tu pun tak boleh.

"Bob, petang ni bola jom?" Ajaknya.

Bob berfikir sejenak. Matanya merenung Ain yang sedang berborak dengan Siti.

Nak lepak dengan diorang atau main bola?

Nak dua-dua boleh tak? Hehehehe....

Melihat Bob yang seperti mengelamun itu membuatkan Fitri melepas keluhan kecil. Dia bersandar pada kerusi.

"Kau ni asyik lepak je. Bola jarang kau main. Jom lah main bola petang ni. Kita lawan geng Shah."

Mendengar nama Shah di sebut oleh Fitri terus Bob menoleh ke arahnya.

"Shah turun padang?"

Fitri mengangguk.

"Jarang mamat tu turun padang area rumah kita. Ada apa-apa ke?" Soal Bob dengan pelik.

"Mana aku tahu. Dia tiba-tiba nak turun padang sini. Tu aku ajak kau main bola petang ni. Tapi kalau kau nak pergi lepak takpe lah. Takkan aku nak paksa pula."

Bob dilema.

Lepak atau bola?

"Pukul berapa?" Soal Bob ingin tahu.

"Macam biasa, pukul lima petang." Jawab Fitri lagi.

Bob mengangguk kecil.

"Okey, nanti petang aku datang." Putus Bob. Biar lah harini dia tak lepak dengan mereka. Hari lain kan ada.

Fitri tersenyum lebar apabila Bob memilih untuk berlawan bola dengan Shah petang ini. Bukan dia tak tahu Bob memang kurang berkenan dengan Shah dan kedatangan Shah untuk bermain bola di kawasan perumahan mereka pasti bersebab.

Bukan Bob je dia pun memang kurang suka dengan Shah. Perangai lelaki itu yang suka cakap besar dan berlagak itu membuatkan mereka tidak gemar untuk berkawan dengannya.

Dalam fikiran Bob, dia seperti dapat mengagak kedatangan Shah untuk bermain bola di padang mereka bukan lah petanda yang baik. Dia tahu pasti ada sesuatu yang di ingini oleh lelaki itu pada dirinya.

Buktinya kenapa tiba-tiba saja Fitri mengajaknya untuk bermain bola dan mengatakan Shah datang ke padang di kawasan perumahan mereka. Bukannya kawasan perumahan Shah tiada padang bola untuk bermain. Ada je. Malah lagi luas daripada padang mereka. Aneh bukan?

Haishhh apa-apa je lah malas nak fikir.

Bob menyandarkan tubuhnya. Songkoknya dibetulkan.

Apa? Normal lah kan pelajar lelaki pakai songkok walaupun perangai macam nokharom.

Tak normal? Tu bukan masalahnya.

Matanya kembali merenung Ain yang duduk selang dua baris di hadapannya. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

Ain Nuha.

Keluhan kecil dilepaskan. Terasa rugi pula tak lepak dengannya hari ini. Hmmm...














Halluuuu ada orang tak tu?

Hahahaha maaf lah lama benor tak update. Idea tak berapa nak ada sangat. Maaf ya 😬

So yeah enjoy 🌹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro