Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Weh, lepak taman jom?" Ajak Fuad.

"Padang? Buat apa?" Tanya Siti dengan pelik. Jarang-jarang mereka lepak dekat taman. Biasa kalau mereka lepak taman kalau mereka berjoging je.

Ain terus menoleh ke arah Fuad.

Taman?

"Halim dengan Bob main bola dekat padang. Dengar-dengar sebab Shah turun padang sini. Tu yang diorang tak lepak dengan kita petang ni. Jom lah tengok diorang main." Jawab Fuad beriya-iya.

"Shah datang? Buang tabiat apa mamat tu tetiba datang main bola dekat sini? Area rumah dia dah takde padang ke apa?" Bebel Fatin dengan wajah yang berkerut.

Fuad menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Dia bukannya abang kepada lelaki itu pun nak tahu semua benda tentang Shah. Eh tak kuasa lah nak jaga tepi kain orang.

"Kau tak join pula diorang main bola?" Soal Yana pula.

"Malas aku." Dia bukannya kaki bola seperti Bob dan Halim. Pantang orang ajak main bola, laju je pergi. Dia? Hmmm, dia kaki lepak je hehehe...

"Jom lah tengok diorang main. Bukan selalu tengok Shah lawan Bob." Fatin terus bangun. Dia menepuk punggungnya agar pasir yang melekat pada seluar belakangnya jatuh ke tanah.

"Jom lah, alang-alang boleh aku pergi kedai beli air. Panas pula petang ni." Kata Siti turut setuju dengan Fatin.

Melihat Fatin, Siti dan Fuad sudah bangun Ain dan Yana pun turut bangun sama. Mereka berlima pun jalan beriringan menuju ke taman permainan di mana sebelah taman permainan itu terletaknya padang bola.

Sempat juga mereka singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air sebelum ke taman. Cuaca yang agak panas pada petang itu membuatkan mereka berlima agak dahaga.

"Mimpi apa kau tiba-tiba datang padang bola sini? Asal tak main dekat taman perumahan kau je? Dah kena rembat dengan orang lain ke?" Soal Bob sebaik sahaja Shah tiba di padang bola.

Memang sengaja dia datang lebih awal daripada Shah. Dia, Halim, Fitri dan beberapa orang lagi yang merupakan satu team dalam bermain bola sepak terus bangun apabila Shah dan rakan-rakan lelaki itu tiba di hadapan mereka.

Shah menyungging senyuman sinis apabila Bob menyindir dirinya.

"Saja. Ada masalah? Padang ni pun bukan kau punya. Semua orang boleh main." Balas Shah dengan selamba. Rakan-rakannya ketawa sinis pada Bob.

"Eh, mamat ni." Bengang pula Fikri melihat raut wajah Shah yang jelas-jelas mengejek Bob. Namun, Bob hanya tenang saja walaupun dalam hatinya sangat meluat dengan Shah.

Rasa nak sepak-sepak je mulut Shah tu. Eeiiiiii....

"Oiii, lawan bola ke tu!"

Shah dan Bob terus menoleh ke tepi di mana Fatin, Fuad, Siti, Yana dan Ain berdiri sambil melambai ke arah mereka.

Memandangkan padang bola mereka di kelilingi dengan dawai besi jadi mereka berlima hanya berdiri di luar padang itu saja tanpa ada niat untuk masuk ke dalam. Kang duduk dalam tak pasal-pasal muka kena bola.

Lagi pula di luar padang itu disediakan bangku untuk duduk dan sebatang pokok besar yang rendang meredupkan kawasan bangku itu. Jadi, tiada masalah untuk mereka lepak di situ tanpa berpanasan.

Bob melihat ke arah Ain yang turut memandangnya.

Mata bertentang mata, turun ke hati.

Laaa tiberrr...

Ain mengukir senyuman nipis saat Bob memandang dirinya.

Dugggg

Bob terpana dengan senyuman Ain. Jantungnya berdegup kencang. Dia mengalihkan pandangannya.

Aishhhh bahaya pandang lama-lama.

"Comel juga Ain rupanya."

Kata-kata Shah membuatkan dia terus memandang wajah lelaki itu. Senyuman yang terukir di bibir lelaki itu membuatkan dirinya mula tidak senang hati.

"Kau kalau setakat datang sini nak usyar budak perempuan, pergi balik je lah." Ujar Bob dengan nada yang jengkel.

Shah terus menoleh ke arah Bob semula. Keningnya terangkat.

"Ain tu kawan kau kan?" Soalnya sekadar ingin kepastian.

"Asal? Nak ngorat dia? Lambertttt lagi." Bob menjulingkan matanya ke atas. Apa ingat Ain tu senang nak di ngorat? Heh, silap besar kalau fikir macam tu. Ain paling susah untuk di ngorat!

"Why not? Dia single lagi kan? Kenapa? Kau suka dia ke?"

Bob memandang Shah dengan sinis.

"Kalau aku tak suka dia dah lama aku tak berkawan dengan dia. Kau nak ngorat dia? Silakan. Takde siapa kisah."  Balasnya dengan nada yang yakin.

Of course dia yakin Ain takkan terima Shah.

Kan?

"Haih, bila diorang nak start main ni? Main tenung-tenung pula." Keluh Fatin.

Yana dan Siti duduk di bawah sambil menjulurkan kaki mereka. Mereka berdua lebih selesa duduk di bawah daripada duduk di bangku.

"Entah lah ada lah tu benda yang diorang tak puas hati. Cuba kau tengok muka Bob tegang je. Adalah tu yang dia bengang dengan Shah." Ujar Fuad sambil menyedut air minumannya.

"Bila je Bob tenang bila nampak muka Shah?" Ujar Siti dengan selamba.

"Kannn..." Yana bergelak tawa dengan Siti.

Ain hanya diam saja tidak menyampuk. Rasanya tiada apa yang kelakar atau dia yang tak rasa benda tu kelakar?

"Oiii, bila nak lawan bola oiii!!! Cepatlah lawan, bosan ni!!!" Laung Fatin lagi. Orang datang nak tengok diorang lawan bola bukan lawan mata. Halah halah halah...

Ain tersengih melihat Fatin yang sudah cemberut. Bukan dia tak tahu Fatin tak sabar melihat Bob dan Shah lawan bola.

"Aku nak cabar kau. Sesiapa menang dalam permainan bola ni dia akan bagi apa sahaja yang pemenang nak? Deal?" Cabar Shah dengan senyuman senget. Dalam fikirannya sudah tahu apa yang dia mahukan. Matanya melirik ke arah Ain yang sedang bergelak tawa dengan Fatin.

Comel!

Entah kenapa dia merasakan Ain kelihatan sangat comel apabila berpakaian santai. Walaupun mereka kerap berjumpa di sekolah tetapi apabila Ain berpakaian santai membuatkan dirinya tertarik pada Ain.

"Kenapa ehhh kalau nak cabar je guna ayat tu? Klise mat. Boring."

Shah mengangkat bahunya.

"Tak nak? Lemah! Loser!" Ejek Shah agak kuat. Terburai ketawa rakan-rakannya yang lain.

"Melebih siaa kau ni. Ada ke Bob cakap tak nak? Takde kan?" Fitri yang sejak sedari menjadi pendengar setia mula naik berang.

Bukan dia saja malah rakan-rakannya yang lain turut panas hati apabila dikatakan lemah!

Bob mengepal tangannya dengan perasaan yang bengang.

"Deal! Kau ingat aku takut? Setakat kau? Huh, celah kaki aku je lah." Balas Bob dengan sinis.

Nak kalahkan dia? Huh, jangan harap!

Shah menyungging senyuman sinis. Berpuas hati dengan jawapan Bob. Walaupun begitu dia kena serius kerana lawannya bukan calang-calang lawan. Dia tahu Bob dan teamnya sangat handal dalam bermain bola.

"Weh, dah nak mula!" Kata Siti dengan teruja. Dia mula duduk bersila.

Ain, Fatin, Yana dan Fuad terus melihat Bob sedang memanaskan badan terlebih dahulu sebelum mula bermain.

Let's go!













"Haish, bosan pula petang-petang ni." Fariz mengeliat kecil. Memandangkan hari ini merupakan hari pertama dia mengajar di sekolah baru, dia tidak mempunyai sebarang kerja yang perlu dia bawa pulang. Disebabkan itu dia berasa amat bosan.

Dia mengerling ke arah Puteri yang duduk tidak jauh daripadanya. Ayu sahaja 'dia' duduk bersimpuh di hujung katilnya.

Kalau lah Puteri tu manusia dah lama dia ajak Puteri kahwin. Takde lah sendu sangat hidup dia. Tapi tu lah hmmm malangnya Puteri adalah jin Islam.

"Puteri, kau tak nak balik ke alam kau ke? Kau tak teringin ke nak kahwin?" Soal Fariz sambil menongkat dagu. Matanya memandang lurus ke arah Puteri yang sedang menatapnya.

Puteri hanya tersenyum sambil menggeleng kecil saja pada Fariz sebagai balasan pertanyaan daripadanya.

"Kenapa kau tak nak kahwin? Kahwin tu kan sunnah? Kau tak nak ke ada suami lepas tu ada anak? Takde lah kau sunyi je." Tanya Fariz lagi.

Kalau orang lain tengok dia, mesti dia di anggap sebagai orang gila. Cakap sorang-sorang.  Risau kadang-kadang.

Fariz melepas keluhan kecil. Macam takde function je dia borak dengan Puteri bukannya Puteri bersuara pun untuk menjawab segala pertanyaannya. Senyum, angguk dan geleng. Tu je. Hmmm...

Jam di dinding di kerling. Baru pukul lima petang dia dah lepu macam ni. Dia bangun daripada duduk lalu dia menjengah kepalanya dari tingkap bilik.

Cuaca elok je. Tak panas tak mendung.

Dia berfikir sejenak. Joging pun macam nice je ni.

Dia meneliti pakaiannya. T-shirt lengan pendek dan seluar tracksuit. Ngam soiii! Terus dia keluar daripada biliknya menuju ke tingkat bawah. Pintu ruang tamu di tuju. Kasut sneakers One Piece di ambil dan di sarung.

Sudah lama dia tidak memakai kasut sneakers ini dan ternyata masih muat. Dia mengukir senyuman lebar. Okey jom!

Pagar rumah di kunci. Dia merenggangkan badannya terlebih dahulu sebelum mula joging. Sambil joging matanya melilau melihat persekitarannya.

Masa ni lah dia baru nak tengok kawasan perumahannya seperti apa. Lagi pun dia baru berpindah daripada apartment lamanya kerana dia sudah mencukupi duit untuk membeli rumah sendiri. Senang kalau dah kahwin ada tempat tinggal sendiri.

Jadi, di sini lah dia berpindah. Rumah teres dua tingkat. Agak jauh daripada apartment lamanya tapi amat dekat dengan tempat dia mengajar.

Joging punya joging, tiba lah dia di kawasan taman permainan. Langkahnya perlahan-lahan menjadi perlahan dan berhenti. Matanya melihat persekitaran taman permainan itu. Sungguh meriah dengan suara kanak-kanak yang sedang bermain serta remaja-remaja yang turut bermain sama dan lepak di tepi padang bola sepak.

Entah kenapa kenangan lama kembali menjengah di fikirannya. Di mana dia, Qayyum, Lukman, Fikri, Alif dan Airin bermain skateboard bersama-sama pada setiap waktu petang jika mereka lapang. Rindu sungguh momen-momen zaman remajanya itu.

Bibirnya tersenyum nipis.

Sekarang jangan harap lah nak main skateboard sama-sama. Masing-masing umur sudah meningkat dan ada kerjaya sendiri. Airin pula sibuk menguruskan anak-anaknya. Mana mungkin mereka dapat lepak macam dulu-dulu.

Haihhhh rindu betul!

Langkahnya di atur menuju ke taman permainan itu. Matanya meliar melihat jika ada bangku yang masih kosong untuk dia duduk. Kebetulan ada sepasang suami isteri yang sedang mendukung anak mereka yang sedang menangis bangun dan beredar daripada bangku itu. Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, Fariz melangkah laju ke arah bangku tersebut.

Fuhhhhh lega dapat duduk.

Tiada apa-apa yang dia lakukan melainkan pejam mata dan menikmati angin yang meniup lembut pada petang itu. Nyaman sungguh dia rasakan sampai rasa nak terlelap di buatnya. Mujur lah bangku yang dia duduk ini di bawah sebatang pokok yang rendang dan lebat daunnya.

"Huwarghhhhhh sakitttttt...." Teriakan seorang kanak-kanak lelaki menyentakkan Fariz. Matanya terus tercelik. Dia mencari-cari arah suara tersebut.

Kelihatan seorang kanak-anak lelaki menangis teresak-esak sambil menjulurkkan kakinya. Fariz tidak pasti apa yang berlaku memandangkan beberapa orang kanak-kanak seusianya mengelilingi kanak-kanak lelaki yang sedang menangis itu.

Jatuh mungkin?

Dia hanya mengabaikannya saja. Namun, matanya tertacap pada satu arah yang tidak jauh daripada kelompok kanak-kanak itu. Dia mengecilkan matanya.

Satu susuk seorang kanak-kanak lelaki berdiri di tepi gelongsor menjadi perhatiannya. Bukan kerana itu yang menjadi perhatiannya tetapi wajah kanak-kanak lelaki itu yang menarik perhatiannya. Separuh bahagian wajah itu elok sempurna tetapi separuh lagi sangat mengerikan untuk di lihat.

Hangus terbakar!

Memandangkan dia dan susuk itu agak jauh, dia tidak dapat melihat wajah itu dengan jelas. Dia yakin punca kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak sambil memegang lututnya kerana di tolak dengan susuk kanak-kanak lelaki itu.

Mungkin.

"Ustaz Fariz?"

Fariz tersentak apabila dirinya di tegur secara tiba-tiba. Terus dia menoleh ke kanannya apabila ada seseorang yang berdiri di sebelahnya. Terkerdip-kerdip matanya.

"Muaz?"

Muaz tersenyum lebar apabila tidak sangka tekaannya adalah tepat sekali.

Fariz melihat penampilan bekas pelajarnya ini atas bawah. Bola yang berada dalam pegangannya di lihat.

"Ustaz duduk area sini ke?" Tanya Muaz ingin tahu.

Fariz mengangguk kecil dengan senyuman. Kecil ya dunia. Pusing-pusing jumpa orang yang dia kenal.

"Baru pindah dua tahun yang lepas. Ni pun ustaz bosan duduk rumah takde benda nak buat itu yang saja joging sampai lah ke taman ni. Tak sangka awak pun tinggal area sini juga." Jawab Fariz dengan santai.

"Nak main bola ke?"

"Ha'ah nak main bola. Saya setiap petang memang main bola sepak dekat sini. Ustaz nak join ke?"

"Eh, tak nak lah saya. Awak pergi lah main nanti kawan-kawan awak tertunggu-tunggu pula." Fariz menolak pelawaan Muaz dengan baik.

"Kalau macam tu takpe lah, saya pergi dulu ya ustaz. Assalamualaikum." Pamit Muaz sebelum beredar pergi.

"Waalaikumsalam." Jawab Fariz.

Dia melihat Muaz yang berlari anak menuju ke arah kawan-kawannya yang menunggunya.

Agak lama dia duduk santai di situ. Lebih kurang dalam 40 minit, dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah.
















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro