Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hari ini kita akan masuk pelajaran baru iaitu 'Pengurusan Jenazah'." Fariz memerhati anak-anak muridnya seketika sebelum menyambung pengajarannya.

"Maksudnya ialah menguruskan jenazah dengan cara tertentu mengikut ketetapan syara' dan hukumnya adalah fardhu kifayah. Setakat ni boleh faham?" Soal Fariz setelah menerangkan serba sedikit tentang maksud dan hukum menguruskan jenazah.

"Faham ustaz!"

"Ustaz!"

"Ya Siddiq? Ada apa-apa yang awak nak tanya?" Fariz memandang Siddiq yang mengangkat tangan padanya. Keningnya terangkat sedikit.

"Kan masa nak kafankan jenazah tu kenapa lelaki hanya tiga lapisan tetapi perempuan lima lapisan?" Soal Siddiq dengan ingin tahu.

Fariz tersenyum. Belum sempat Fariz mahu menjawab, Syaza terus menyampuk.

"Takkan benda basic macam tu pun tak tahu?" Ejek Syaza.

Wajah Siddiq mulai berubah merah apabila dirinya mula ditertawakan. Terus dia duduk semula. Alif di sebelah menepuk bahunya.

Tabahlah kawan.

Fariz menggeleng kecil.

"Tak salah pun soalan Siddiq tu. Dia tak tahu sebab tu dia bertanya. Jangan buat-buat tahu sudah, memang sampai mati pun takkan tahu. Tak perlu ketawakan Siddiq seolah-olah awak tahu semua perkara. Mungkin soalan Siddiq itu dapat membantu mereka yang lain yang turut tidak tahu kenapa bilangan kain kafan untuk lelaki dan perempuan tidak sama. Selagi bernyawa selagi itu perlu menimba ilmu supaya dapat membantu orang lain. Bahasa kasar, biar bodoh sekali jangan bodoh sampai bila-bila." Sedas Fariz menegur Syaza dengan nada yang lembut tetapi berbisa.

Tersentap Syaza dibuatnya. Mereka yang mengertawakan Siddiq pun turut tersentap sama.

Fatin menyungging senyuman sinis. Padan muka! Acah good-good je. Menyampah!

"Kenapa bilangan kain kapan lelaki dan perempuan berbeza? Kerana aurat lelaki dan perempuan tidak sama. Lelaki hanya tiga lapisan sudah memadai untuk menutup seluruh bentuk auratnya tetapi tidak pada perempuan. Aurat perempuan amat mudah untuk dilihat sebab itu ia memerlukan lima lapisan kain kapan untuk menutup keseluruhan auratnya. Faham Siddiq?"

"Faham ustaz. Terima kasih...." Jawab Siddiq sambil mengangguk. Baru dia tahu kenapa dan mengapa.

"Ada soalan lain?"

Atiqah mengangkat tangan.

"Ya Atiqah."

"Lari topik sikit ustaz takpe ke?" Soal Atiqah meminta izin terlebih dahulu.

"Boleh, sila kan."

"Kenapa kita kena pakai kain kafan dan macam mana terhasilnya kubur? Maksud saya macam mana manusia yang beragama Islam boleh terfikir untuk menggali tanah yang sangat dalam untuk tanam orang yang dah meninggal sesudah mengafaninya? Sedangkan ada agama lain, dia bakar je mayat tu jadi abu tanpa mengafaninya. Siap pakaikan mayat tu cantik-cantik lagi." Soal Atiqah.

Fariz tersenyum. Soalan yang menarik.

"Ada sesiapa yang dapat jawab soalan Atiqah?" Tanyanya sebelum menjawab pertanyaan Atiqah. Dia mahu melihat sejauh mana mereka berfikir tentang soalan Atiqah itu.

"Kita kan Islam, kita dikafankan untuk tutup aurat kita sebelum masuk ke dalam liang lahad. Yelah, kubur tu kan tempat kita akan ditanya malaikat. Lepas tu kain kafan tu akan tutup bau busuk yang datang daripada tubuh badan kita sendiri. Kubur digali dalam pula sebab untuk mengelakkan mayat di gali semula oleh orang yang tak bertauliah. Saya rasa lah." Jawab Razif sedikit tak yakin tapi dia yakin jawapannya logik dek akal.

"Lagi?"

"Yang saya dengarkan ustaz, macam ada sesetengah tu pakaikan mayat cantik-cantik sebab diorang percaya yang mayat tu akan menjelma menjadi orang cantik bila dilahirkan semula. Tak tahu lah betul ke tak. Itu kan kepercayaan diorang. Tapi saya tak percaya pun." Kata Qaisarah dengan selamba.

"Yeke? Tak pernah dengar pun?" Sampuk Alif.

"Tu lah lain kali tengok lah drama ke movie barat sekali sekala. Baru tahu budaya diorang macam mana."

Alif hanya menayang wajah biasa saja. Tak kuasa dia nak layan drama ke movie ke apa. Main bola lagi bagus.

"Lagi?" Fariz memandang satu per satu wajah anak-anak muridnya itu.

"Takde ustaz."

Fariz meletak buku teksnya di atas meja. Dia berdiri tengah kelas dengan tangan di belakang.

"Masih ingat kisah Nabi Adam A.S?"

"Ingat ustaz."

"Tak berapa nak ingat."

"Sikittt..."

Jawab mereka serentak tetapi berlainan jawapan.

"Okey takpe. Masih ingat siapa manusia pertama yang meninggal?" Soalannya itu membuatkan mereka terdiam seketika.

"Anak Nabi Adam A.S, Habil. Betul tak ustaz?" Balas Fatin teragak-agak.

"Betul."

"Hah! Qabil bunuh Habil sebab dia tak nak kahwin dengan adik kembar Habil kan? Sebab adik kembar Habil tak secantik adik kembarnya." Sambung Khairunnissa sambil memetik jarinya.

"Iyup, Qabil terlalu marah dan mendengar bisikan syaitan. Qabil mengangkat batu yang besar dan menyampaknya ke arah kepala Habil dan Habil meninggal dunia kerana itu. Qabil menyesal dan dia tidak tahu mahu buat apa dengan mayat Habil.

Sedang dia berfikir, Allah membantunya dengan menghantar dua ekor burung gagak yang sedang bergaduh dan salah seekor daripadanya mati. Burung gagak yang hidup itu menggali tanah dan menanam burung gagak yang mati tadi. Qabil terus ikut cara tersebut lalu menggali tanah dengan kedalaman yang cukup untuk menanam mayat Habil. Itu lah asasnya cara menanam mayat oleh orang Islam dan beberapa agama dan budaya lain." Cerita Fariz serba ringkas sekadar menjawab pertanyaan Atiqah.

"Pernah dengar tentang Malaikat Rumman?"

"Tak ustaz!!!"

"Nak saya cerita atau sambung tentang pembelajaran?" Tanya Fariz walaupun dia tahu apa jawapan mereka semua.

"Cerita!!!"

Fariz ketawa kecil.

"Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam R.A. Sebelum kedatangan Malaikat Munkar dan Nakir untuk menyoal si mati, datanglah seorang malaikat yang wajahnya bercahaya, sinarnya menyerupai sinar matahari mengunjungi si mati. Malaikat tersebut bernama Rumman.

Malaikat Rumman duduk dekat dengan si mati dan berkata 'Tulislah segala amalmu yang baik dan buruk'. Si mati bertanya 'Dengan apa aku menulisnya? Di mana penaku? Di mana tintaku?' Malaikat menjawab 'Gunakan ludahmu sebagai tinta dan jari sebagai penanya.'

Si mati bertanya lagi kepada Malaikat Rumman 'Di manakah aku mahu menulis sedangkan aku tidak mempunyai sehelai kertas?' Mendengar pertanyaan itu, Malaikat Rumman terus merobek kain kafan yang dikenakan pada si mati itu lalu berkata 'Ini kertasmu, tulislah di sini.'

Si mati pun menulis segala amal baiknya semasa hidup di dunia akan tetapi semasa ingin menulis amal keburukannya, si mati berasa malu pada Malaikat Rumman, lalu berkata 'Wahai malaikat, bagaimana aku mahu menulisnya? Aku malu!' Mendengar kata si mati itu, Malaikat Rumman berkata 'Wahai orang yang bersalah! Kenapa engkau malu hari ini? Sementara engkau sedikit pun tidak berasa malu kepada Tuhanmu saat engkau melakukannya di dunia?' Malaikat Rumman terus mengangkat tiang batu yang berukuran besar lalu memukulkannya kepada si mati.

Si mati menjerit kesakitan, ia memohon supaya menghentikan pukulan tersebut. 'Wahai malaikat angkatlah tiang batu ini dariku, biarkan aku menulis segala amal buruk aku selama hidup di dunia' Maka si mati pun menulis segala amal baik dan buruknya sepanjang dia hidup di dunia. Setelah itu, Malaikat Rumman menyuruhnya agar melipat dan memberikan cap atau stempel pada kertas itu. Si mati bertanya 'Bagaimana cara aku menyetempelnya sedangkan aku tidak mempunyai stempel?' Malaikat Rumman pun menjawab 'Pakailah kukumu untuk menyetempelnya.' Si mati pun melakukan seperti apa yang dikatakan oleh Malaikat Rumman dan setelah itu Malaikat Rumman mengalungkan catatan itu kepada si mati hingga hati kiamat.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 13 : 'Dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka.'

Wallahua'alam, hanya Allah saja yang mengetahui." Cerita Fariz dengan panjang lebar. Dia melihat reaksi wajah mereka semua.

"Seriuslah ustaz? Huishhh serammm..." Razif menggosok tengkuknya yang tiba-tiba saja meremang.

Fariz mengangguk kecil.

"Sebab tu ke kita dikafankan?"

Fariz mengangguk lagi.

"Tapi kenapa saya baru tahu tentang Malaikat Rumman ni? Sedangkan setahu saya lepas kita mati, malaikat Munkar dan Nakir terus datang soal dekat kita." Afif menyatakan rasa ragu-ragunya.

"Ilmu pengetahuan ni luas. Apa yang kita tahu mungkin hanya sedikit sedangkan banyak lagi perkara yang kita tidak tahu. Ilmu Allah ini luas. Tak tahu kita kena cari dan belajar dengan orang yang benar. Lagi pula tentang Malaikat Rumman ni ramai yang tidak tahu kewujudan dan tugasnya. Malaikat ni ramai cuma yang wajib kita ketahui hanya sepuluh sahaja beserta tugasnya. Masih ingat tak nama malaikat serta tugasnya?"

"Ingat ustaz."

"Cuba jawab. Saya nak test ingatan awak semua."

Semua mula excited.

"Malaikat Jibril menyampaikan wahyu!" Fatin orang pertama menjawab dengan semangat.

"Alhamdulillah, lagi?"

"Malaikat Izrail, mencabut nyawa!" Jawab Alif dan Siddiq serentak.

"Malaikat Israfil meniup sangkakala!"

"Malaikat Munkar Nakir menyoal ahli kubur."

"Malaikat Malik menjaga pintu neraka!"

"Malaikat Ridhwan menjaga pintu syurga!"

"Malaikat Raqib mencatat amal kebaikan!"

"Malaikat Atid mencatat amal keburukan!"

"Malaikat Mikail mengatur rezeki."

"Alhamdulillah, syukur awak semua masih ingat. Tepuk tangan untuk diri sendiri."

Kuat mereka tepuk sambil ketawa riang umpama kanak-kanak.

"Jangan terlalu suka sangat, Malaikat Raqib dan Atid sedang menjalankan tugas mereka. Mereka sentiasa ada dengan kita, catat apa yang kita buat baik lisan mahu pun perbuatan. Tak lupa juga Malaikat Izrail selalu datang menjenguk kita satu hari 70 kali ada pendapat lain yang mengatakan setiap 20 minit Malaikat Izrail datang kepada kita untuk melihat sama ada sudah sampai untuk nyawa kita dah dicabut atau belum. Hati-hati. Andai nyawa ditarik saat melakukan maksiat atau dosa, nescaya azab neraka akan menanti." Nasihat Fariz pada mereka. Kadang kala manusia terlalu lalai sebab itu mereka perlu saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

"Mesti dulu ustaz rebus buku-buku sirah kan?" Ujar Ilham dengan perasaan kagum pada ustaznya itu.

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Yelah, ustaz tahu semua benda." Jawab Syakila spontan.

"Taklah, macam saya cakap tadi ilmu Allah itu luas. Kita yang kena cari dan belajar dengan orang yang benar. Ada perkara yang awak tak tahu tapi saya tahu dan ada juga perkara yang kita tak tahu. Selagi kita hidup selagi itu lah kita kena belajar mendalami ilmu agama supaya iman kita bertambah kuat dan yakin pada janji-janji Allah." Tutur Fariz dengan senyuman.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Semua melihat ke arah tingkap.

"Huihhhh hujan lebat betul. Mesti basah kasut nanti." Terdengar keluhan-keluhan kecil itu membuatkan Fariz kembali bersuara.

"Jangan merungut tentang sesuatu perkara. Allah yang menciptakan hujan. Awak salahkan hujan sebab kasut awak basah bermakna awak nak salahkan Allah sebab kasut awak basah. Berani ya awak salahkan Allah."

"Ehhh mana ada ustaz!"

"Taklah ustaz, mana ada!"

"Ustaz ni janganlah buat saya berdosa. Saya ni dah lah memang banyak dosa huhuhu..."

"Ustaz ni...."

Fariz menahan diri daripada menghamburkan ketawa. Terhibur dengan wajah gelabah mereka semua.

Tahu takut!

Dia turut melihat hujan yang lebat. Dia tersenyum nipis.

"Saat umat manusia gembira hujan turun ada seorang hamba Allah yang menangis teresak-esak tatkala hujan turun membasahi bumi."

"Siapa ustaz? Ada ke patut menangis masa hujan? Hujan lah best boleh main hujan. Sejuk...." Syafa memeluk tubuhnya dengan senyuman lebar. Rasa macam nak main hujan pula sekarang.

Fariz masih tersenyum nipis. Entah kenapa dia merasakan sebak di dadanya.

"Hamba Allah yang merupakan kekasih Allah iaitu Baginda Rasulullah SAW. Saat Baginda melihat hujan Baginda menangis teresak-esak kerana dikhabarkan bilangan umatnya jatuh ke neraka seperti bilangan air hujan jatuh ke bumi." Kata Fariz dengan wajah yang sedikit muram. Dia sebak tatkala teringat kisah Baginda yang sangat mencintai umatnya.

Suasana kelas 3 Bestari menjadi hening. Mereka terpukul dengan kata-kata Fariz.

"Setiap titisan air hujan Malaikat Mikail yang menjaganya dan Malaikat Mikail juga tahu seberapa banyak air hujan yang perlu dia turunkan ke bumi sehingga hari kiamat. Semuanya telah di atur dan ditentukan." Sambung Fariz lagi.

Kringgggg

"Okey baiklah masa saya pun dah tamat. Memandangkan saya menghabiskan masa dengan bercerita, lusa saya nak awak semua bentangkan tentang tajuk ini. Tak ada alasan. Tajuk ni sangat mudah."

"Alaaaa ustaz mana boleh macam tu."

Ternaik keningnya apabila mereka mula merungut.

"Amboi, melebih pula. Tadi saya tanya nak saya bercerita atau pun terus mengajar, awak semua sepakat nak saya bercerita. Jadi, kenapa nak salahkan saya pula? Salahkan diri awak sendiri dulu okey." Balas Fariz dengan senyuman senget.

Keluhan berat mula kedengaran.

Fariz ketawa dalam hati. Haih lah budak-budak ni. Macam-macam ragam.

"Bangun semua!!!" Razif terus memberi arahan apabila melihat Fariz sudah mengemas barang-barangnya.

"Syukran jazilan ya mua'lim!"

"Syukran jazilan ya mua'lim!!!"

"Afwan, hati-hati waktu balik. Hujan lebat ni." Pesannya sebelum keluar daripada kelas 3 Bestari ini.

"Baik ustaz!!!"














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro