Bab 25

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Fatin, lepak jom petang ni." Ajak Yana pada adiknya itu.

Fatin yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya memandang Yana sekilas.

"Malaslah, nak siapkan kerja petang ni. Lusa nak kena presentation." Sesekali dia melihat group whatsapp kumpulannya untuk membincangkan tentang tugasan yang diberikan oleh Ustaz Fariz.

Yana berpeluk tubuh memandang Fatin dengan kening terangkat.

"Sejak Ain tak ada, kau dah kurang lepak. Kenapa?"

Fatin hanya diam tidak menjawab. Dia fokus membuat point-point penting yang telah mereka bincang mengikut bahagian mereka.

"Oit, aku tanya kau ni bukan tanya kertas mahjong." Kata Yana apabila dirinya diabaikan oleh Fatin. Eh ehh ehhh geram pula rasa kena palau.

"Aku kan tengah buat kerja ni. Cepat siap, ada masa aku turun lepak okey. Dah jangan kacau aku." Balas Fatin dengan nada yang malas.

"Erk eleh tanya pun nak marah." Bukan berlalu pergi tetapi dia menghampiri Fatin yang sedang melukis awan. Kerusi yang kosong di sebelah adiknya itu di duduk.

Merasakan dirinya terganggu, Fatin melepas keluhan kecil. Dia berhenti menulis

"Kau nak apa? Kan aku dah cakap kalau aku cepat siap aku turun lepak. Kalau tak, tak lepak lah aku."

"Kau sebenarnya nak mengelak daripada Bob kan?"

Fatin terkedu. Wajah Yana yang berkerut memandangnya dipandang. Terlepas tawa di bibirnya.

"Asal pula aku nak mengelak daripada dia?" Fatin menggeleng kecil dengan tawanya.

"Sebab dia meragui tentang Ain macam orang lain."

Tawa Fatin terus mati.

Yana menyungging senyuman sinis. Dia dah agak apa yang dia fikir adalah benar.

"Bob ada cakap dekat aku yang kau macam mengelak daripada dia. Sembang pun dah tak rancak macam dulu. Layan acuh tak acuh. Semuanya lepas Ain pindah sekolah. Kau marah Bob sebab tak back up Ain masa Shah cakap macam-macam dekat Ain kan?"

Fatin ketawa sinis.

"Nak marah pun tak ada guna. Ain dah pindah. Kau nak suruh aku buat apa lagi? Gelak-gelak macam tak ada apa-apa berlaku. Macam tu ke?" Kata Fatin dengan nada yang biasa tetapi dalam hatinya hanya Allah saja tahu betapa marah dan kecewanya dirinya pada kawan-kawannya yang lain. Langsung tidak mempercayai Ain malah hanya diam membisu saat Ain dicaci maki. Hanya Siti saja yang bersuara selepasnya.

"Kan diorang dah minta maaf, menyesal sebab tak pertahankan Ain."

Fatin tertawa sinis.

Menyesal huh?

"Tu masalah diorang bukan aku. Ain tu aku kenal daripada darjah satu sampai sekarang. Rapat. Ke mana nak pergi pun dia wajib ada sebelah aku tapi sekarang? Aku tak tahu dia ada dekat mana dan pindah sekolah mana. Kau nak suruh aku happy, gelak-gelak macam meraikan kepergian dia? Hell no! Korang dah buat aku hilang seorang kawan yang aku dah anggap macam adik beradik aku sendiri. Huh! Malas aku nak cakap pasal ni." Fatin menggeleng kecil. Dia tak nak dirinya terlalu beremosi.

Yana terdiam. Dia tahu Fatin dan Ain sangat rapat bah kan lebih rapat berbanding dengan dirinya. Ibu mereka juga sudah menganggap Ain seperti ahli keluarga mereka sendiri.

"Dah kau ke tepi, aku nak buat kerja. Jangan ganggu aku." Keras saja nadanya menandakan dia betul-betul tidak mahu diganggu lagi.

Yana melepas keluhan kecil.

"Fine..." Dia mengalah. Dia bangun lalu menuju ke bilik tidurnya. Tangannya yang memegang handphone di sebalik dia berpeluk tubuh tadi dikeluarkan. Terus dilekap pada telinga.

"Kau dah dengarkan?"

Keluhan berat kedengaran di hujung corong talian.

"I'm sorry... A-aku... Aku tahu aku salah dalam hal ni. Argghhhh bodoh la..."

Yana diam membisu.

"Aku tak sangka Ain sampai tahap pindah sekolah. Langsung tak contact Fatin apa-apa. Kalaulah masa tu aku back up Ain pasti kitorang tahu Ain dekat mana dan Fatin tak marah macam ni." Nada suaranya mulai perlahan.

Yana menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.

"Benda dah jadi takde apa yang perlu kita kesalkan. Macam ni lah kau sabar je dulu, keadaan masih tegang lagi. Fatin pun masih panas."

"Dah dua minggu, keadaan masih sama. A-aku serba salah gila. Selagi Fatin tak maafkan aku selagi aku tak bersua muka dengan Ain, selagi tu lah hidup aku tak aman. Aku rasa berdosa sangat-sangat."

Yana tersenyum tawar. Dia duduk di birai katilnya.

"Entahlah Bob, dengan aku pun dia jarang nak bercakap. Aku tanya sepatah, sepatah dia jawab. Aku malas nak desak dia nanti bergaduh pula." Keluh Yana.

"Haih, entah lah Yana. Aku dah tak tahu nak buat apa. Okeylah, thanks sebab tolong jawab persoalan aku."

"No problem, apa-apa hal aku call kau balik."

"Okey. Petang ni jadi lepak ke?"

"Jadi tapi tak sure Fatin join ke tak. Dia busy buat kerja tadi tu. Katanya kalau dia siap cepat, dia join lepak sama." Kata Yana.

"Baguslah kalau dia masih ada rasa nak lepak sama. Okeylah jumpa nanti chau."

"Alright."

Talian ditamatkan.

Yana meletak handphonenya di atas tilamnya. Haih, macam mana lah cara nak sejukkan hati adik perempuannya itu. Walaupun mereka berdua asyik bertengkar tetapi salah seorang daripada mereka pasti mengalah untuk menjaga hubungan mereka adik beradik. Tapi dalam hal ini berlainan. Ini melibatkan tentang hubungan seorang sahabat.

Dia sudah sedia maklum betapa rapat dan sayangnya Fatin pada Ain. Ain sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri. Dia sendiri tidak nafikan keluarganya dengan Ain sangat rapat.

Fatin yang berada di ruang tamu melepas keluhan berat. Dia tidak ada niat mahu melepaskan kemarahannya pada Yana tapi hatinya masih sedih dengan apa yang telah berlaku.

Dua minggu sudah berlalu tetapi hatinya masih tidak dapat menerima apa yang dah berlaku. Dia kehilangan seorang sahabat yang paling dia sayang. Macam mana dia nak tersenyum bahagia?

Haishhh

Mana kau pergi Ain?

Matanya dipejam rapat. Dia tidak sedar air matanya mengalir setitis.

Dia rindu.

Rindukan sahabatnya itu.

Sahabat dunia akhiratnya.













Ain berkira-kira mahu whatsapp Fariz atau pun tidak. Sudah hampir setengah jam dia tenung contact nama ustaznya itu bagai nak tembus.

Kepala yang tidak gatal di garu. Sesekali dia menggigit kuku ibu jarinya kerana terlalu gemuruh.

Aish, dah kenapa pula dia rasa segan pula ni?

Tiba-tiba saja dia teringat kata-kata yang dilemparkan oleh Fariz kepadanya.

Sama-sama kasih.

Wajahnya terus merona merah.

Sedar dia seperti melayan perasaan, terus dia menggeleng laju.

Astaghfirullahalazim...

"Haish, apa yang aku fikir ni." Wajahnya ditekup geram. Geram apabila dia teringat ucapan tersebut.

Punya banyak Fariz bercakap, kata-kata itu juga lah yang dia teringat. Aisehhh...

"Agak-agak Ustaz Fariz layan tak eh whatsapp aku? Ke dia tengah sibuk sekarang?" Tanpa dia sedar, dia tertekan ke bahagian call.

"Assalamualaikum..."

Ain tersentak. Matanya terkerbil-kerbil apabila dia seperti terdengar suara sayup-sayup yang memberi salam.

Aik dia salah dengar ke?

Aishhh, tu lah berangan je banyak.

"Hello? Ain? Awak ada tak tu?"

Ain makin hairan. Dia menoleh kiri kanan, tiada orang. Kepalanya di garu.

"Haih, khayalan je kut." Saat matanya kembali menatap screen handphone, matanya terus membulat besar.

Tercampak handphonenya kerana tindakan spontan darinya. Jantungnya berdegup laju.

Ya Allah, sejak bila dia call Ustaz Fariz? Arghhhh malunyaaaaa!!!

"Ain? Awak ada ke tak tu? Atau awak tertekan?" Suara Ustaz Fariz kedengaran lagi walaupun sayup.

Tangannya menggeletar mencapai semula handphonenya.

Chill Ain chill...

Benda dah pun tercall, hentam saja lah.

"Wa-waalaikumsalam Ustaz Fariz, maaf saya tercall sebenarnya. Saya terkejut heee..." Jawab Ain dengan jujur.

Kedengaran tawa kecil Fariz. Entah kenapa hatinya mula bergetar kecil.

"Tercall sebab rindukan saya ke?"

Dugggg

Wajah Ain mula merona merah.

R-rindu?

"Ma-mana adalah ustaz. Ustaz jangan perasan ya."

Kedengaran Fariz ketawa lagi.

Ain menggigit bibirnya. Hatinya terasa lain saat mendengar tawa bekas ustaznya itu.

Ya Allah, perasaan apakah ini?

"Hahahaha yelah-yelah awak tercall, jadi saya off kan panggilan ya?"

"Eh sekejap ustaz! Jangan off dulu." Cepat-cepat dia tahan Fariz daripada menamatkan panggilan mereka.

"Kenapa? Awak ada apa-apa nak cakap dengan saya ke?"

"Ada tapi saya takut menyusahkan ustaz je." Tutur Ain dengan nada serba salah. Hujung tudungnya dipintal tanpa sebab.

"Hurm? Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak pernah menyusahkan saya dan saya tak pernah rasa disusahkan oleh awak. Jangan rasa takut okey. Saya tak makan orang, saya makan nasi lauk ayam goreng."

Entah kenapa Ain ingin ketawa dengan ayat terakhir ustaznya itu. Dalam masa yang sama, dia terharu dengan apa yang dituturkan oleh Fariz.

"Jadi, apa yang awak nak cakap pada saya? Nak ajak saya dating ke?"

"Eh, ke situ pula ustaz ni. Merepek je." Telinganya menangkap ketawa besar Fariz. Dia menekup wajahnya ke bantal.

Ya Allah, kenapa indah sangat tawa bekas ustaznya itu?

"Hahahaha habis tu? Saya ingatkan awak call saya sebab rindu tapi bukan. Jadi, saya fikir awak call saya sebab nak ajak dating lah kan? Tapi bukan juga. Hurmmm kalau macam tu..."

"Sebenarnya saya nak minta tolong daripada ustaz." Potong Ain apabila Fariz seakan-akan ingin mengusiknya lagi.

"Tolong apa tu?"

Ain mengatur nafasnya sebelum bersuara.

"S-saya rindukan Fatin, sahabat saya. Boleh tak kalau saya nak minta tolong ustaz bawa saya jumpa Fatin? Boleh ke?" Tanya Ain dengan berdebar-debar.

Namun, langsung tiada balasan daripada ustaznya itu. Entah kenapa dia rasa sedikit sedih. Mungkin permintaannya itu agak berlebihan dan menyusahkan Fariz.

Tapi dia amat rindu pada sahabatnya itu. Terlalu rindu. Rindu yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Baru dia mahu bersuara, kata-kata Fariz membuatkan dia tersenyum lebar.

"Sure. Why not? Saya tahu awak terlalu rindu pada sahabat awak tu. Saya pun tahu Fatin merasakan perkara yang sama."

"Mana ustaz tahu Fatin rindukan saya? Dia ada cakap ke?" Ain sudah tersenyum lebar. Setitis air matanya jatuh menitis. Air mata kerinduan.

"Saya tahu daripada riak wajah dan perilaku dia. Sejak awak tak ada, Fatin banyak diam dan termenung. Tempat duduk awak, Fatin langsung tak bagi sesiapa duduk. You know what, dalam bilik guru tu ada je gosip nak dibawangkan jadi saya terdengar rupa-rupanya pasal Fatin. Saya tak berapa nak pasti sangat tapi dengar-dengar sejak awak tak ada Fatin jadi pasif. Jadi saya agak dia tengah rindu dan risau tentang awak."

Makinlah Ain rasa nak menangis mendengar perkara tersebut. Fatin rindukan dia!

"Ustaz..."

"Insyaa Allah, ada masa saya bawa Fatin jumpa awak. Awak jangan risau ya."

"Terima kasih ustaz. Sa-saya tak tahu nak balas budi ustaz macam mana." Ucap Ain dengan sebak.

"Sama-sama kasih. Balas budi saya dengan jadi seorang yang solehah. Itu saja saya minta."

Ain terpempam.

Solehah?

"S-saya bukan perempuan yang baik ustaz. Saya takut nak berjanji untuk jadi seorang yang solehah." Dia takut digelar munafik jika dia berjanji tetapi dia mungkiri. Dia bukan manusia yang baik dan dia bukan hamba Allah yang taat. Dia masih jahil dalam agama.

"Insyaa Allah, suatu hari nanti awak akan jadi seorang hamba Allah yang solehah. Tanamkan azam itu dalam diri awak. Berusaha untuk jadi yang lebih baik daripada sekarang. Tapi awak jangan buat kerana saya tapi kerana Allah. Buat kerana Allah, pencipta sekalian makhluk."

Ain tersenyum nipis.

Kenapa Fariz terlalu baik dengannya? Kenapa Fariz amat prihatin dengannya? Adakah kerana dia amat menyedihkan?

"Insyaa Allah ustaz, terima kasih untuk semuanya. Terima kasih ambil berat pada saya. Terima kasih sangat-sangat."

"Sama-sama kasih, saya senang dapat tolong awak. Apa-apa awak call je saya. Saya sentiasa ada untuk awak."

'Saya sentiasa ada untuk awak.'

Ain mula rasa debaran kecil di dadanya.

Perasaan ini lagi.

"Terima kasih ustaz. Saya hargai."

"No problem, ermmm Ain saya tamatkan panggilan ni ya. Saya nak ke surau."

"Oh, boleh-boleh. Maaf ganggu ustaz."

"Hahaha it's okay. Jaga diri okey? Jaga solat, jaga pemakanan dan jaga kesihatan. Take care. Assalamualaikum."

"Wa-waalaikumsalam..."

Talian pun mati.

Ain merenung screen handphonenya.

Dia memegang dadanya yang tidak berhenti berdebar-debar.

Aishhh, boleh mati lama-lama macam ni. Ustaznya itu semakin lama semakin erkkk sweet?

Cepat-cepat Ain menghapus perasaan tersebut. Gila ke apa?

"Haish, dah mereng agaknya aku ni."














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro