Bab 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sengih-sengih daripada tadi gila aee?"

Terus mati sengihannya. Alamak, lama dah ke dirinya diperhati? Dia berdehem kecil.

"Mana ada gila. Kalau gila lama dah masuk hospital bahagia." Jawabnya dengan selamba. Dia menyimpan handphone dalam poket seluarnya.

Lukman merenung Fariz dengan wajah penuh curiga. Tak pernah-pernah Fariz sengih macam ni, ada apa-apa ke?

"Tak payah pandang aku macam tu Abang Lukman. Tahu lah aku ni hesmes."

Lukman menjuling matanya ke atas.

Hesmes lah sangat. Susah kalau terpengaruh dengan ayat budak-budak tik tok ni. Makin lama makin pelik bahasa. Rosak bahasa melayu.

"Hesmes tengkorak kau lah. Jom pergi surau lepas tu lepak restoran tempat Alif kerja. Lama tak mengacau budak tu buat kerja." Kata Lukman seraya bangun daripada sofa.

Lepas dia balik daripada tempat dia mengajar di sebuah kolej yang tidak jauh daripada kawasan perumahan Fariz, dia singgah ke rumah Fariz untuk mengajak lelaki itu keluar makan petang bersama-sama. Memandangkan waktu asar hampir masuk jadi dia membuat keputusan untuk ke surau solat berjemaah sebelum pergi makan.

Fariz pula jenis on je bila ajak ke mana-mana disebabkan dia langsung tidak buat apa-apa di rumahnya selain tidur.

'Puteri' pula? Hmmm dia dah ada 'rumah baru' untuk dia tinggal. Dia sedar dia ni manusia, insan yang lemah. Eh tiber!

"Eh eh sebut tengkorak orang pula."

Lukman buat pekak. Malas nak layan.

Fariz mengunci pintu rumahnya sebelum memakai selipar. Tak payah nak beria pakai kasut sangatlah. Selipar pun dah memandai.

Dia menghampiri Lukman yang sedang menunggu dirinya di depan pagar rumah.

Lukman merenung Fariz dengan wajah yang berkerut. Budak ni betul ke tak betul?

"Dah kenapa pandang aku macam tu?"

Lukman berpeluk tubuh dengan nafas berat.

"Kau serius nak pakai selipar tu?" Soal Lukman dengan kening terangkat.

Terkerdip-kerdip mata Fariz.

Huh?

Dia memandang seliparnya sebelum memandang Lukman semula.

"Ada masalah ke dengan selipar aku? Selipar mahal ni, skechers. Aku baru beli bulan lepas." Fariz menayang selipar brand skechers tersebut di depan Lukman. Wajahnya jelas beriak bangga. Bangga dapat beli brand skechers, hikhik...

"Aku takde masalah kau nak pakai selipar tapi corak selipar kau tu haihhh kau bukan 5 tahun ya, kau 25 tahun. Sedar sikit diri tu dah tua bangka bukan kanak-kanak ribena." Cemuhnya.

Fariz mencebik. Dia berpeluk tubuh dengan kaki bersilang. Style apa selipar corak ni.

We Bare Bears

Item hot dowh!

Comel je tiga beruang ni.

"Apa-apa je lah jom lah gerak cepat. Nak azan dah ni." Segera dia naik motor bahagian belakang. Biar Lukman bawa, dia duduk di belakang.

"Jangan peluk aku." Pesan Lukman sebelum memecut laju menuju ke surau.

"Kau ingat aku gay? Badan tak empuk, tak selera aku nak peluk. Keras kematu." Balas Fariz dengan selamba.

Lukman menjeling tajam. Ada yang kena lempar dalam longkang kejap lagi.

Keras kematu atuk ayam dia lah. Dia punya sado dikatakan keras kematu? Buta agaknya. Kena buat pembedahan mata secepat mungkin Fariz ni.

Fariz hanya buat biasa je.

Tidak mahu melengahkan masa, Lukman memecut laju menuju ke surau yang terletak di hujung perumahan Fariz.

Tak jauh pun tapi sengaja nak pecut biar cepat sampai. Boleh mengaji dulu sebelum azan asar berkumandang.

Baik? Tak!

Dia masih hamba yang jahil.

Seperti yang dirancang, usai sahaja solat asar berjemaah di surau, Lukman dan Fariz menuju ke restoran tempat Alif bekerja. Tiba-tiba tekak nak makan dekat restoran milik Daniel.

"Uit, tu bukan kereta laki Airin ke?" Lukman yang baru menanggalkan helmetnya segera menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Fariz.

Sebuah kereta Porche Macan berwarna merah terpakir elok di tempat letak kereta tidak jauh daripada pakir motorsikal. Hanya kereta milik Steve saja yang nampak gah di kawasan ini. Orang kaya boleh lah.

"Airin ada sekali ke?" Soal Lukman dengan nada hairan.

"Entah mana aku tahu. Ada kut dengan Steve. Takkan Steve datang sini sorang-sorang pula kan?"

Lukman menjongket bahunya. Entah mana dia tahu. Mungkin ada urusan di sini.

Malas nak berteka-teki terus mereka berdua masuk ke dalam restoran tersebut. Mereka berdua mencari tempat duduk berhadapan dengan bahagian dapur. Nak intai Alif buat kerja macam mana, hehehe...

Baru sahaja mereka mahu duduk, tiba-tiba nama mereka dipanggil.

"Abang Lukman, Abang Fariz, sini makan dekat sini!!!"

Memandangkan tidak ramai pelanggan waktu itu, suara tersebut sangat kuat hingga menarik perhatian para pelanggan serta staf di situ.

Lukman menekup wajahnya kerana malu manakala Fariz pula rasa nak hempuk je orang yang menjerit memanggil nama mereka berdua.

Rasa nak marah tapi kena sabar.

Dengan geram, mereka berdua menuju ke arah Airin yang tersengih memandang mereka berdua. Ya, Airin yang menjerit memanggil mereka.

"Kau memang tak reti nak panggil elok-elok ke?" Kata Lukman pada Airin sebaik saja duduk berhadapan dengan Airin. Ternyata bukan Airin saja yang ada tetapi kelima-lima anaknya turut ada sama.

Zahin yang sedang makan berhenti seketika untuk bersalaman dengan Lukman dan Fariz. Tersenyum mereka berdua melihat Zahin yang sangat sopan tak seperti ibunya. Hauk punya perangai.

Fariz mengusap lembut kepala Zahin. Dia duduk di sebelah Zahin yang masih kosong itu.

"Elok lah tu Airin panggil dengan nama daripada panggil 'oiiii'." Jawab Airin dengan selamba. Dia meneruskan suapan mihun tom yamnya dengan penuh kenikmatan.

Lukman memicingkan matanya. Suka betul menjawab budak ni. Tak berubah walaupun sudah anak lima.

Fariz malas nak beradu mulut. Dia lebih gemar bermain dengan anak-anak Airin yang bermata hijau itu. Memandangkan Zahin tengah makan, jadi quadraplets menjadi mangsa Fariz. Dicubit-cubit pipi tembam kembar-kembar tersebut dengan geram.

Geram sangat dengan pipi tu. Tembam!

Pipi ke pau entah.

"Mana laki kau? Tak nampak pun dia." Soal Fariz apabila kelibat Steve langsung tidak kelihatan. Nak kata Airin datang ke sini dengan anak-anaknya tanpa Steve macam tak je. Dia tahu Steve tak akan membenarkan Airin keluar dengan anak-anaknya tanpa pengawasan daripadanya atau pun orang-orang Eagle Eyes.

"Steve jumpa Abang Daniel dekat office, ada hal yang nak dibincangkan katanya." Jawab Airin sambil menyua bubur pada Zahiyah.

Fariz mng'ooo'kan saja.

Lukman mengangkat tangan memanggil waiter. Seorang staf lelaki yang perasan terus menuju ke arahnya.

"Saya nak order mihun tom yam seafood, manggo jus dengan cendawan goreng tepung." Order Lukman tanpa melihat menu.

"Saya nak nasi goreng daging, avocado jus dengan sotong bakar. Order kami ni suruh Alif yang buatkan. Cakap pelanggan istimewa datang jangan nak banyak bunyi." Kata Fariz dengan wajah serius.

Terkedu staf lelaki itu. Orait tak orait customer ni?

"Erkkk o-okey ermmm ada apa-apa lagi?"

"That's all, thank you." Jawab Lukman dengan senyuman nipis.

"Aku nak pergi intai jap. Confirm membebel budak tu." Sengih Fariz dengan nakal. Terus dia bangun lalu menuju ke arah bahagian kitchen. Pandangan hairan staf-staf di situ diabaikan.

Lukman menggeleng.

"Buat perangai betul."

Airin ketawa mengekek. Macam-macam ragam mereka berdua ni.

"Memang sengajakan suruh aku buat last-last minit sebelum aku punch card nak balik." Jeling Alif dengan geram. Dia duduk di sebelah Fariz yang sedang mengunyah sotong bakar.

Fariz hanya buat pekak je. Saja nak buat Alif bengang dengannya.

"Bukan selalu pun kau buat makanan untuk kitorang. Chill sudah." Kata Lukman dengan senyuman lebar. Suka melihat wajah Alif yang monyok itu.

Airin tertawa kecil. Dia menghulur air milonya pada Alif.

"Minum lah kesian penat." Tutur Airin dengan lembut.

"Thank you, kau je yang memahami aku." Balas Alif terharu. Dia buat-buat mengelap matanya umpama ada air mata yang mengalir keluar. Drama sangat.

"Eeeiii menyampah aku. Zahin, besar nanti jangan jadi macam Uncle Alif tau. Kaki drama. Menyampah betul." Ujar Fariz pada Zahin yang sedang mengunyah sotong bakar kepunyaannya.

Terkerdip-kerdip mata Zahin memandang Fariz. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Fariz tetapi dia mengangguk saja sekadar tidak mahu Fariz berkecil hati apabila dia tidak memberi sebarang respon.

Fariz tersenyum lebar apabila Zahin mengangguk.

Alif mengecilkan matanya.

"Airin, kau tengok Abang Fariz kau tu. Ajar yang bukan-bukan pada anak kau."

"Abaikan je bukannya Zahin faham pun apa yang Abang Fariz tu cakap. Dia main angguk je, hahahaha..." Gelak Airin kerana terlalu geli hati.

"Kurang asam betul."

Alif, Airin dan Lukman ketawa apabila Fariz memasamkan wajahnya.

"Patutlah meriah, ramai rupanya."

Mereka berdua berhenti ketawa dan menoleh ke arah suara yang menegur mereka secara tiba-tiba itu.

Rupa-rupanya yang menegur mereka itu adalah Daniel. Daniel mengukir senyuman pada mereka. Selain Daniel turut ada Steve, Blade, Elan, Ammar, Chann dan Lay.

Lukman, Fariz dan Alif terdiam seribu bahasa. Entah kenapa makanan yang sedang mereka kunyah terasa seperti pasir. Susah nak telan.

Gila kau, dua ketua mafia ada depan mereka mahu tak ketar? Sudah lah orang-orangnya pun agak menakutkan. Muka pun kemain ketat, ada masalah besar yang diorang bincang ke tadi?

"Erkkk hehehe maaflah mengganggu. Kitorang terserempak dengan Airin tu yang datang lepak sini sekali." Kata Lukman dengan sengihan kekok.

"It's okay, enjoy your food." Balas Steve dengan senyuman nipis. Dia tidak kisah jika mereka bertiga bersama Airin dan anak-anaknya. Tapi dia akan kisah jika lelaki selain mereka yang mendekati isteri dan anak-anaknya.

Airin menahan diri daripada meletuskan ketawanya apabila mereka bertiga cacing kepanasan tatkala melihat Steve dan Ammar serta orang-orangnya di sini.

"Alang-alang jom lah makan sekali bukan selalu kita kumpul ramai-ramai macam ni. Jangan risau, aku belanja." Kata Daniel dengan teruja.

Ammar memandang Daniel dengan kening terangkat. Eh eh over pula mamat ni. Dia melihat jam tangannya. Sudah jam lima petang.

"Sure, why not. Aku nak order makanan paling mahal dekat sini. Chann dengan Lay, korang pun order yang mahal-mahal. Ada orang nak belanja tu." Kata Ammar dengan senyuman senget.

Chann dan Lay saling berpandangan. Perlahan-lahan mereka memandang wajah Daniel yang sudah mengecilkan matanya. Erkkk...

"Heh, setakat korang bertiga tak miskin derr aku. Orderlah banyak mana pun." Balas Daniel dengan sinis.

Ammar mencebik. Huishhh riak betul. Miskin betul-betul baru tahu.

Daniel menarik meja sebelah yang kosong untuk digabungkan dengan meja Airin memandangkan tidak cukup ruang untuk mereka semua duduk sekali.

"Eh, Abang Daniel biar saya buat." Alif terus bangun apabila Daniel sudah menarik kerusi untuk diletak tepi supaya memudahkannya untuk tolak meja tersebut.

Beberapa orang staf turut datang ke arah Daniel untuk membantu Daniel. Gila ke apa nak biarkan bos buat semua sendiri. Tak pasal-pasal kena pandang serong apabila tidak membantunya.

"It's okay, Alif just sit." Tahan Daniel apabila Alif berura-ura mahu bangun dan membantunya. Lagi pula Lay, Chann dan Ammar turut membantu sama.

"Bos..." Dua orang staf lelaki datang menghampiri Daniel dengan wajah gugup. Mana tak gugup kalau dua orang korporat yang berjaya dalam dunia perniagaan dalam negara mahu pun luar negara berada di depan mereka.

Sejak daripada tadi meja Airin menjadi perhatian baik para pelanggan mahu pun staf disebabkan kehadiran dua lelaki itu. Siapa sangka Daniel berkawan rapat dengan dua lelaki itu. Patutlah Daniel seorang yang berjaya. Berkawan pun dengan orang yang berjaya.

"Hah Sa'ad dan Hilmi tolong ambil order diorang." Pinta Daniel sambil menolak meja dan siap! Lay dan Chann menarik kerusi dan susun untuk mereka duduk.

Steve duduk di sebelah Zahid yang asyik mengunyah cendawan goreng tepung kepunyaan Lukman.

"Satu grill lamb chop, satu kentang goreng dengan satu hot chocolate. That's all." Order Ammar tanpa senyuman.

"Oit, diet ke cik abang?" Tegur Daniel dengan kening terangkat.

Ammar menyungging senyuman sinis.

"Aku tak nak makan sampai kenyang kesian bini aku dah masak tapi aku tak makan." Jujur Ammar tanpa rasa segan.

"Uuu sweet..."

Ammar menjulingkan matanya ke atas.

Steve lebih selesa mendiamkan diri sambil dirinya di suap kentang goreng oleh Airin.

Okey, yang ni lagi sweet.

"Lay and Chann?" Soal Daniel apabila kedua-dua mereka masih tidak membuat pesanan.

"Chicken chop and orange juice." Order Lay.

"Nasi goreng usa and manggo juice." Order Chann pula.

Hilmi mencatat pesanan mereka dengan teliti. Sa'ad sudah pergi memandangkan ada pelanggan yang memanggilnya.

"Steve?"

Steve memandang Hilmi seketika sebelum memandang ke arah Blade dan Elan yang duduk di sebelahnya. Keningnya dijongket menanyakan apa yang mahu mereka makan.

"Up to you sir, kami makan je apa yang sir order." Jawab Blade tidak mahu membuang masa tuannya itu. Elan turut bersetuju dengan kata-kata Blade. Dia pun tak tahu nak makan apa.

"Okay then. Three set nasi ayam, three nescafe hot, two milo ice, one grill squid and two crispy mushroom. That's all." Order Steve tanpa melihat menu.

"Uihhh banyaknya awak order." Kata Airin apabila mendengar apa yang Steve order.

"Banyak ke?"

Lukman dan Alif mengangguk. Fariz pula sibuk bermain kertas, batu, gunting dengan Zahin. Siapa kalah kena jentik tangan.

Steve tertawa kecil.

"Three set ayam and three nescafe hot for me, Elan and Blade. One grill squid and two crispy mushroom for us. Two milo ice for you and Zahin." Terang Steve.

Airin meng'ooo'kan saja. Terkejut dia bila Steve order lima air. Dia tersengih. Caring betul encik suami ni, hikhik...

"Saya nak mihun tom yam seafood dengan teh panas. Itu saja." Kata Daniel sebagai orang yang last buat order.

Hilmi mengangguk kecil. Dia mengulang semula apa yang dipesan oleh mereka sebelum beredar menuju ke bahagian dapur.

Sementara menunggu pesanan siap, mereka membuat hal masing-masing. Steve sibuk melayan karenah anak-anaknya yang asyik berceloteh itu ini. Mulut ada je benda nak cakap walaupun hari-hari jumpa.

Ammar dan Daniel pula berborak tentang markas mereka. Manakala Lay, Chann, Elan dan Blade lebih memilih untuk berdiam diri. Takde benda nak dibualkan.

"Abang Fariz, Ain macam mana sekarang? Okey ke duduk madrasah?" Soal Airin ingin tahu. Dah lama tak berjumpa dengan gadis ayu itu. Dia tahu semuanya daripada Fariz sendiri.

"Alhamdulillah, okey je dia dekat sana. Dia pun suka. Tenang katanya, tak serabut kepala." Jawab Fariz sambil mengunyah cendawan goreng milik Lukman.

"Wait a minute, siapa Ain?" Soal Lukman dengan wajah hairan.

Ain mana pula ni. Asal dia tak tahu apa-apa?

"Bakal isteri Abang Fariz."

"Uhuk uhuk uhuk."

"Eh, okey tak ni Alif?" Cepat-cepat Daniel mengambil air milik Alif apabila Alif tersedak teruk.

"Uhuk..." Alif meneguk rakus air minumannya hingga habis. Dadanya ditumbuk berkali-kali. Wajahnya merah tidak cukup nafas. Perit sungguh tekaknya.

Ammar, Steve, Elan, Blade, Chann dan Lay memandang Alif dengan wajah hairan. Dah kenapa?

"Serius?" Soal Alif dengan nada terkejut tanpa mengendahkan pandangan pelik mereka.

"Otak kau, kau percayalah cakap budak ni. Ain tu pelajar aku ngek, form 3. Agak-agaklah nak kenenkan aku dengan dia. Mengarut." Fariz menjulingkan matanya ke atas.

Airin sudah bantai mengertawakan Fariz yang geram dengan statementnya.

"Why not kalau itu jodoh kau. Terima je lah." Kata Ammar dengan kening terangkat.

Daniel mengangguk setuju.

"Entah, contoh depan mata kau je. Airin dengan Steve, umur jauh beza tapi kahwin hah kau dapat lima orang anak terus. Rakus tak rakus tu." Kata Daniel dengan selamba.

Airin sudah menganga. What the fish?

Steve buat tak tahu saja. Siapa suruh Airin buat dia terpikat?

Chann dan Lay mengemam bibir mereka daripada ketawa. Geli hati mendengar kata-kata Daniel yang tak bertapis itu.

Blade dan Elan pura-pura tak dengar. Mereka sibuk bermain handphone mereka. Tak nak masuk campur hal rumah tangga diorang.

Tanpa sedar Fariz mengangguk kecil membenarkan apa yang dikatakan oleh Daniel itu.

"Tu Airin bukan saya. Saya tak serakus Airin." Kata Fariz.

"Ehhh melampau sungguh ya." Airin mengecilkan matanya.

Eh eh kecik besar kecik besar je dia tengok Fariz ni. Kemain mengata orang.

Alif dan Lukman sudah ketawa.

"I hope you and that girl are destined to be together." Ujar Steve dengan senyuman senget.

"Aamiin Ya Allah."

"Eh eh budak ni."

Alif menayang sengih padanya.

Fariz menggeleng. Apa-apa je lah ya. Malas dia nak fikir.













Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro