Bab 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Fatin, alang-alang awak nak ke tandas  tolong bawakan buku-buku latihan ni ke meja saya." Pinta Cikgu Wawa pada Fatin yang kebetulan ingin keluar ke tandas.

"Baik cikgu." Jawab Fatin dengan senyuman. Dengan senang hati dia mahu membantu cikgunya itu. Boleh jalan-jalan seketika walaupun hanya pergi ke bilik guru.

"Thank you Fatin." Ucap Cikgu Wawa turut tersenyum sama.

"Sama-sama cikgu." Fatin menyusun buku latihan kelas mereka elok-elok supaya tidak jatuh semasa dia membawa buku-buku tersebut.

"Nak aku tolong ke?" Pelawa Atiqah pada Fatin apabila Fatin mahu keluar kelas dengan buku-buku tersebut.

"It's okay, tak berat pun." Jawab Fatin dengan sengihan.

Atiqah mencebik. Ala, baru nak cari alasan untuk jalan-jalan. Punggung dia dah keras kematu dah ni, huhuhu...

Fatin pun jalan menuju ke bilik guru yang terletak di sebelah blocknya iaitu di Block D. Tak jauh tapi cukup untuk dia ambil angin. Perkara yang paling digemari para pelajar ialah tatkala cikgu meminta tolong mereka bawa buku ke bilik guru.

Sepanjang jalan dia berhumming bagi menghilangkan rasa sunyinya. Mana tak sunyi kalau dia lalu koridor yang hanya ada makmal sains saja untuk terus ke laluan bilik guru.

Apabila berselisih dengan mana-mana cikgu dia akan terus memberi salam sebagai sapaan. Masuk saja bilik guru dia melangkah ke arah tempat Cikgu Wawa yang terletak di bahagian tengah ruang di sebelah kanan.

"Hah Fatin, hantar buku ke?" Tegur Ustazah Zaiton ramah.

"Ha'ah ustazah kebetulan saya nak ke tandas alang-alang Cikgu Wawa minta saya hantar buku ke mejanya." Terang Fatin.

Ustazah Zaiton mengangguk faham. Dia menoleh ke arah Fatin yang berura-ura mahu pergi.

"Kejap Fatin, ustazah datang sini sebab Ustaz Fariz yang suruh. Katanya ada benda penting dia nak cakap dengan awak." Kata Ustazah Zaiton dengan laju.

Sebetulnya dia sendiri hairan apabila ustaz muda itu meminta pertolongan daripadanya untuk memanggil Fatin agar berjumpa dengannya. Mungkin kerana wajahnya ketara kehairanan terus Fariz memberitahu tujuannya.

Disebabkan itu dia terus setuju untuk memanggil Fatin. Eh tup tup Fatin ada dekat sini jadi tak perlu lah dia untuk ke kelas 3 Bestari. Tuan empunya badan sudah ada di hadapannya. Tak perlu dia susah-susah lagi.

"Hah? Kenapa Ustaz Fariz nak jumpa saya ustazah?" Soal Fatin dengan wajah kehairanan. Dia ada buat sebarang kesalahan ke?

"Pergi je jumpa awak akan tahu sendiri. Ustazah pergi dulu, assalamualaikum." Senyum Ustazah Zaiton sebelum beredar pergi. Dia ada kelas untuk mengajar sekejap lagi.

Fatin menggaru kepalanya yang ditutupi dengan tudung. Malas nak berfikir panjang terus dia melangkah ke meja ustaznya itu.

Fariz yang sedang termenung itu dipandang. Sempat pula termenung.

"Assalamualaikum ustaz." Ucap Fatin.

Fariz tersentak. Wajahnya diraup seketika sebelum menjawab salam pelajarnya itu. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Waalaikumsalam Fatin, baru sampai ke?"

"Ha'ah, Ustazah Zaiton cakap ustaz nak jumpa saya. Kenapa ya ustaz? Saya ada buat salah apa-apa ke?" Tanya Fatin.

Fariz tertawa kecil. Dia meraup rambutnya ke belakang menyerlahkan kekacakannya. Songkok sudah dia tanggalkan dan diletak atas meja gurunya.

Eh eh ustaz ni muka dah hensem tapi orait ke tak orait ni? Risau kadang-kadang.

"Taklah awak takde buat salah apa-apa pun. Cuma saya nak tanya, lepas balik sekolah ni awak ada sebarang aktiviti ke?"

Fatin blur.

Kenapa pertanyaan Fariz agak lain macam pada pendengarannya ya? Ke dia je yang berfikir bujan-bukan?

"Rasanya takde, kenapa ustaz tanya?"

"Nice, lepas sekolah ikut saya nak?" Ajak Fariz dengan senyuman manis.

Fatin ternganga.

Huh? W-what?

Hujung keningnya di garu walaupun tidak gatal.

"Ustaz orait ke tak orait ni? Baru minum ketum ke?"

Fariz ketawa berdekah namun cepat-cepat dia menutup mulutnya apabila menyedari dia berada di bilik guru. Risau orang anggap dia gila.

Makin tak faham Fatin jadinya.

"Hahahaha awak ni Fatin ke situ pula awak fikir. Saya baru minum milo ais mana datangnya ketum hahahaha lawak lah." Fariz ketawa kecil.

"Habis tu? Ustaz tiba-tiba cakap macam tu memang saya fikir bukan-bukan lah." Fatin mencebik apabila dirinya diketawakan oleh Fariz.

Fariz sengih.

Okey salah dia buat Fatin fikir buruk.

"Awak nak jumpa Ain tak?"

Fatin terkedu.

A-ain?

Matanya membulat dan mulutnya sedikit menganga.

"U-ustaz tahu Ain dekat mana?" Soalnya dengan nada yang tertahan-tahan.

Fariz mengangguk dengan senyuman nipis.

Fatin rasa ingin menjerit saja kerana terlalu gembira.

"Macam mana ustaz tahu keberadaan Ain?" Soalnya ingin tahu.

"Saya yang bawa Ain jauh daripada pandangan orang atas kehendak Ain sendiri. Selalu juga saya melawat dia. Dia tak benarkan saya beritahu sesiapa tentang keberadaannya. Hanya saya dan ibunya saja yang tahu dia berada di mana." Jujur Fariz.

Wajah Fatin yang ceria tadi berubah perlahan-lahan. Sampai begitu sekali Ain bawa diri daripada mereka? Hatinya sedikit sedih. Dia tak marah atau kecewa tapi dia sedih.

"Mungkin disebabkan Ain terlalu rindukan sahabat dia dan serba salah tentang pemergiannya, Ain buat keputusan untuk berjumpa dengan awak. Dia minta saya bawa awak jumpa dia.  So, nak ikut saya tak lepas habis sekolah ni?"

"Nak ustaz, nak!"

"Tapi saya harap perkara ni tidak diketahui sesiapa pun dan kalau boleh jangan bagi sesiapa nampak awak bersama saya. Saya tak nak pisang berbuah dua kali." Pesan Fariz sambil menongkat wajahnya.

Fatin mengangguk faham. Mungkin Fariz sudah tidak mahu terlibat dengan mana-mana gosip yang mudah tersebar lagi.

"Insyaa Allah, saya cuba ustaz. Demi Ain saya sanggup!"

"Bagus, awak dah boleh masuk kelas semula. Maaf mengganggu masa awak. Kalau cikgu tanya kenapa awak keluar lama sangat awak petik je nama saya." Kata Fariz apabila dia tiada lagi mahu dikatakan pada Fatin.

Fatin mengangguk kecil.

"Terima kasih ustaz. Terima kasih sangat-sangat." Ucap Fatin dengan nada gembira sebelum beredar keluar.

Fariz tersenyum kecil.

Dapat dia bayangkan betapa gembiranya Ain apabila dapat berjumpa dengan Fatin. Pasti Ain tersenyum lebar. Wajah comel itu pula akan kelihatan ceria.

Bibirnya menguntum senyuman.

Indah betul persahabatan mereka berdua.

"Kau kenapa senyum-senyum ni? Gila ke?" Tegur Khairunnissa sebaik saja Fatin masuk ke dalam kelas.

Fatin hanya senyum saja tanpa menjawab pertanyaan Khairunnissa. Dia sedang gembira saat ini. Terlalu gembira!

Rasa nak menjerit tapi kena sabar.

"Aku syak dia terserempak dengan crush dia lah." Sampuk Atiqah sambil berpusing ke belakang.

Tiada cikgu yang menggantikan Cikgu Yahya yang cuti sakit, jadi mereka semua membuat hal masing-masing. Sebab itu Fatin jalan melenggang masuk ke kelas tanpa rasa takut kena marah dengan cikgu sebab masuk lambat ke dalam kelas.

"Crush? Abang form 6 tu ke? Uishhh kemain kau melencong kan." Usik Khairunnissa turut berpusing ke belakang menghadap Fatin.

"Ish ke situ pula aku dah lama tak nampak abang tu tau. Cakap pasal dia rindu pula aku nak tengok dia. Apasal lah aku tak pergi usyar tadi ek?" Fatin mengusap-usap dagunya. Tak terfikir nak lalu kelas form 6 yang hanya sebaris lorong dengan bilik guru.

"Dah tu sengih-sengih macam orang gila dah kenapa?" Soal Atiqah dengan hairan.

"Adalah, sibuk je nak tau." Balas Fatin tidak mahu memberitahu perkara sebenar. Dia sudah berjanji dengan Fariz agar tidak memberitahu sesiapa tentang Ain. Tak sabar nak tunggu loceng balik bunyi!

"Fatin, kau terer kan math. Ni macam mana nak buat eh?" Tanya Siddiq secara tiba-tiba. Dengan selambanya dia duduk di sebelah Fatin. Tempat duduk Ain yang kosong itu. Wajahnya berkerut cuba menyelesaikan soalan tersebut.

Tingkah Siddiq itu membuatkan Atiqah dan Khairunnissa terdiam. Siddiq duduk tempat Ain.

Gulp!

Habislah, Fatin memang tak suka orang duduk di tempat Ain. Mampus Siddiq kena sound kejap lagi.

Satu dua tiga

"Kau silap tanya orang mat. Aku tak pandai math, Nurin pandailah. Pergi tanya dia." Bukan marah tetapi sebaliknya. Tenang saja Fatin membalas.

Mereka berdua saling berpandangan.

Fatin tak marah?

"Ala, malaslah. Kau tolonglah aku selesaikan masalah math ni." Keluh Siddiq dengan nada memujuk. Ala dia tahu Fatin pandai cuma Fatin malas nak ajar dia. Ish, kedekut ilmu betul.

"Suruhlah math tu selesaikan masalah dia sendiri. Sendiri cipta masalah sendiri selesaikan. Suka hati je nak suruh orang selesaikan." Cebik Fatin dengan nada sarkastik.

Siddiq mengecilkan matanya memandang Fatin. Berloyar buruk pula dia ni. Seketika baru dia tersedar. Lain macam mood Fatin ni. Gembira semacam je. Siap bergurau kasar dengan dia.

Fatin is back?

"Aku serius ni Fatin."

"Aku pun serius juga Siddiq."

"Ada yang kena hempuk dengan buku ni kang."

Fatin ketawa apabila Siddiq geram dengan dirinya.

"Oi oi oi borak apa? Nak join sekaki." Sampuk Alif lalu menyeret kerusi Siddiq untuk duduk di sebelah Fatin. Gelak-gelak ni ada cerita best ke?

"Mana ada borak apa-apa. Aku suruh Fatin ni ajar aku nak selesaikan soalan ni tapi loyar buruk pula dengan aku. Geram je rasa." Balas Siddiq dengan wajah cemberut.

"Ohhh aku ingatkan ada gosip baru. Baru nak join buat dosa sekali." Kata Alif dengan sengihan.

"Hahahaha bodohlah kau. Tak padan dengan lelaki sibuk nak bergosip macam orang perempuan." Gelak Khairunnissa dengan kuat. Atiqah turut ketawa bersama tetapi lebih sopan daripada Khairunnissa.

"Eh suka hati aku lah nak bergosip ke tak." Cebiknya.

Siddiq menggeleng kecil. Risau ya dengan perangai kuat gosip Alif ni. Kadang-kadang dia terfikir mesti dulu mak dia nak anak perempuan tapi yang lahir lelaki. Tu mulut dengan perangai serupa perempuan. Nasib tak lembut. Hesy, risau-risau...

Fatin menggeleng kecil. Macam-macam.

"Eh tapikan ada budak baru tau. Lelaki, baya kita gak. Kelas 3 Amanah." Kata Alif dengan wajah serius.

"So? Apa masalahnya?" Soal Atiqah. Tak pelik pun ada pelajar baru.

"Kecoh dowh. Budak kaya. Nanti kau usyar lah." Balas Alif dengan semangat.

"Hekeleh, tu je? Aku pun kaya." Siddiq menepuk dadanya.

"Hah mula dah." Fatin menongkat dagu. Kalau begini memang bergosiplah mereka.

"Budak laki tu ke yang orang duk sebut-sebut? Hensemlah apa lah. Budak tu ke?" Khairunnissa mengusap dagunya.

"Weh, nak join gosip pasal budak sebelah gak!" Nurin kebetulan tengah lalu di meja mereka terus terhenti. Entah kerusi siapa dia rembat, dia duduk di sebelah Siddiq menghadap mereka.

"Iya, budak tu lah tak silap aku nama dia Akim? Hakim? Hakimi? Entahlah lebih kurang lah." Kata Alif lagi.

"Tapi kan aku tengok budak tu biasa je takde lah hensem mana pun. Hensem lagi Ustaz Fariz. Diorang je beriya dengan budak tu." Cebik Nurin dengan nada menyampah.

"Amboi, kemain banding dengan Ustaz Fariz. Anti sangat dengan budak baru tu dah kenapa?" Terangkat kening Siddiq. Perlahan-lahan Siddiq menutup buku latihan mathematicnya. Tak jadi nak siapkan latihannya. Hehehe...

"Tadi time rehat aku kan tunggu member aku so memang terserempaklah dengan dia. Aku tertenung dia sebab aku pelik tak pernah nampak dia. Lepas tu kau tahu apa dia cakap apa?"

Mereka berlima menggeleng tidak tahu. Bersungguh-sungguh Nurin bercerita dengan mimik mukanya.

"Dia cakap 'aku tahu aku hensem jangan pandang lama-lama rimas.' Aiyyyy kepala dia lah. Rasa nak mencarut je tapi kena sabar. Perasan siaaa dia tu. Dia fikir dia hensem sangat ke? Hensem lagi pak guard sekolah kita." Cerita Nurin dengan penuh emosi.

Fatin, Atiqah dan Khairunnissa menahan firi daripada ketawa. Boleh aee bandingkan budak baru tu dengan pak guard? Hahahahaha marah betul!

"Ishhh tapi kalau dia cakap macam tu dekat aku memang aku sound direct je. Bontot kucing aku lagi hensem dari muka dia." Kata Atiqah dengan nada geram.

Mamat perah santan betul!

Hensem lagi Razif! Eh?

"Eeeee kau usyar bontot kucing kau aeee teruk punya perangai." Siddiq buat muka geli.

"Eh suka hati aku lah nak tengok apa pun, kucing aku." Balasnya dengan selamba. Tidak terasa dengan kata-kata Siddiq itu.

"Bongoklah eeeeiiii tak senonoh betul perangai. Lantaklah mamat tu hensem ke hodoh ke takde kena mengena dengan hidup aku pun. Muka elok mulut puaka buat apa? Buat semak." Kata Fatin sambil menongkat kepalanya. Dia tidak berminat dengan budak baru kelas sebelah mereka itu.

Kalau hensem pun bukannya dia tertarik. Apa ingat semua perempuan pandang rupa? Hell no!

"Keras betul hati kau." Komen Alif.

Fatin menyungging senyuman senget.

Bak kata Ain, itu semua zina mata dan zina hati.

Mereka berbual tentang pelajar baru tersebut sehingga bunyi loceng kedengaran. Ish ish ish kuat membawang betul mereka ni. Tahu-tahu je dah balik.

Fatin sudah tersenyum lebar.

Yes, akhirnya!

Ain, tunggu sahabatmu ini datang!














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro