Bab 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang Fariz datang!!!" Ghazali menjerit gembira apabila terlihat kereta milik Fariz masuk ke dalam madrasah.

Qais dan Zarif yang sedang bermain buaian terus berhenti bermain dan berlari ke arah Ghazali yang berdiri tidak jauh daripada kereta milik Fariz.

Fatin yang melihat beberapa orang kanak-kanak yang berjubah putih mengukir senyuman. Eeeiii comelnya!!!

"Kita buat apa dekat madrasah ni ustaz?" Soal Fatin pada Fariz yang sudah mematikan enjin kereta.

"Jumpa Ain lah. Takkan awak lupa dah kut? Nyanyuk lah awak ni serupa orang tua." Jawab Fariz dengan ketawa kecil.

"Eh eh ustaz ni, saya tanya je bukannya nyanyuk. Mana saya tahu Ain dekat sini ingatkan ustaz datang nak menyinggah ke apa." Balas Fatin dengan mencebik.

Dia yang muda belia ni dikatakan nyanyuk? Cis!

"Hahahaha dah tu tanya lagi soalan cerdik. Dah jom turun kita jumpa umi dulu baru jumpa Ain. Boleh kan?"

"Umi? Umi ustaz ke?"

Fariz mengangguk.

"Okey jom." Mereka berdua pun keluar daripada kereta serentak.

Ghazali, Qais dan Zarif yang tersenyum lebar mulai kendur senyuman mereka digantikan dengan wajah hairan apabila terpandang Fatin yang tersenyum kekok pada mereka.

Tawa Fariz terlepas apabila mereka bertiga tenung Fatin bagai nak tembus.

"Jangan pandang kakak macam tu. Kesian kakak takut dengan awak bertiga." Tegur Fariz dengan tawa kecil.

Terkerdip-kerdip mata bertiga sebelum tersengih malu.

"Maafkan kami kakak. Kakak ni siapa? Awek Abang Fariz ke?" Soal Zarif dengan polos.

Fatin tercengang.

Huh hah?

A-awek?

"Ehhhh tak lah bukan bukan bukan akak bukan a-awek A-abb-abang Fariz lah." Balas Fatin dengan gagap saat mahu menyebut 'Abang Fariz'. Wajahnya mula merona merah. Malu!

Fariz menggigit bibirnya menahan diri daripada ketawa terbahak-bahak. Adoiii, budak Zarif ni soalan pun hahahaha...

Ghazali mengusap dagunya dengan wajah curiga. Melihat kawannya buat begitu, Qais turut melakukan perkara yang sama. Rasa macam cool pula. Usap-usap dagu, hehehe...

"Iya ke ni.... Macam tak percaya je... Akak datang sini sebab nak jumpa umi kan? Sebab nak kahwin dengan Abang Fariz." Kata Ghazali dengan yakin. Wajahnya mempamerkan riak yang serius.

"Erkkk..." Fatin mati kata. Apakah?

Fariz berpeluk tubuh dengan kening terangkat. Amboi, petah sungguh berkata-kata tentang kahwin bagai. Siapa yang mengajar budak-budak ni? Eh ehh ehhh...

"Jangan nak mengarut. Ni kawan Kak Ain, pelajar abang." Kata Fariz dengan wajah garangnya.

Tetapi langsung tidak menakutkan Qais, Ghazali dan Zarif.

"Oh yeke? Hehehe mana kitorang tahu, ingatkan awek Abang Fariz." Jawab Zarif dengan sengihan.

Qais dan Ghazali mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan oleh Zarif.

Fatin menggesek puncak hidungnya. Amboi budak-budak ni macam orang dewasa pula.

"Maaflah Fatin, mereka bertiga ni memang macam ni. Nakal. Kuat mengusik. Abaikan je budak-budak ni jom masuk jumpa umi." Tutur Fariz apabila Fatin diam tidak bersuara setelah diusik oleh mereka bertiga.

"Apa yang meriah sangat dekat depan tu? Qais, Zarif, Ghazali?" Umi Ana yang terdengar suara mereka bertiga seperti sedang berborak sakan.

"Eh Fariz? Ya Allah, bila sampai?" Terkejut Umi Ana apabila Fariz berdiri sambil tersenyum padanya.

"Umi... Fariz baru je sampai tiba-tiba ada tiga orang polis tak bertauliah tahan Fariz. Macam-macam dia tanya. Merapu pula tu soalan." Kata Fariz sambil bersalaman dengan Umi Ana.

Umi Ana tergelak kecil. Tahu siapa yang dimaksudkan oleh Fariz. Sudah terang lagi kan bersuluh polis yang tidak bertauliah itu adalah Qais, Zarif dan Ghazali. Seketika matanya beralih ke arah Fatin yang hanya diam membisu di sebelah Fariz. Bibirnya menguntum senyuman.

Qais, Zarif dan Ghazali menayang sengih sebelum berlari masuk ke dalam madrasah.

"Ini siapa? Kawan Ain ke?" Soal Umi Ana dengan lembut. Dia tahu tentang Fatin kerana Fariz yang cerita padanya sebelum mahu ke sini.

"Ha'ah saya kawan Ain. Nama saya Fatin." Fatin menghampiri Umi Ana lalu menyalam tangan tua Umi Ana dengan sopan.

"Sopan orangnya. Panggil umi ni umi je ya Fatin."

"Baik umi." Sengih Fatin. Dia sopan? Kalau Umi Ana tengok perangai dia dekat sekolah, memang hilang perkataan sopan itu.

"Mari masuk, Ain ada buat puding roti untuk makan petang. Macam tahu-tahu je sahabat dia nak datang." Umi Ana terus menjemput mereka berdua masuk ke dalam.

"Ain buat puding roti? Uuuu sedap tu lama Fariz tak makan puding roti home made punya." Membayangkan saja sudah buat dia kecur liur.

"Ain memang pandai buat dessert ustaz. Kalau Ain buat memang superb! Saya berani kerat handphone saya lah. Memang sedap!" Ujar Fatin dengan wajah bangga dengan pujian.

"Serius?"

Fatin mengangguk yakin.

Umi Ana tergelak.

Mereka bertiga pun masuk ke dalam madrasah bersama-sama. Di ruang tamu madrasah itu melihat penghuni madrasah sedang menjamu puding roti buatan Ain. Seperti biasa lelaki dan perempuan duduk berasingan.

Fatin melihat dengan takjub. Wow semua berniqab dan berjubah hitam. Manakala lelaki pula berjubah putih dan berserban.

Dia meneliti pakaiannya pula. T-shirt lengan panjang, seluar tracksuit dan tudung bawal. Entah kenapa dirinya terasa sangat jahil. Lihat cara pemakaiannya dan mereka bagai langit dan bumi. Boleh tak dia nak balik tukar pakaian sekejap? Malunya!!!

Fariz yang faham keadaan Fatin segera berdiri di hadapan Fatin untuk menutupi tubuh anak muridnya itu. Dia tidak boleh berkata apa-apa soal pemakaian Fatin memandangkan Fatin masih menutup aurat tetapi tidak sempurna. Takpe, perlahan-lahan.

"Abang Fariz!" Ziyad yang ternampak Fariz terus berdiri untuk menghampiri Fariz. Suara Ziyad yang kuat itu menarik perhatian mereka semua.

"Kejap, jangan datang dan tengok abang. Kita ada tetamu, perempuan. Kawan Ain. Nanti abang datang makan dekat sana ya." Kata Fariz menghalang Ziyad daripada mendekatinya.

"Ah, maaf tak tahu. Nanti abang join tau." Balas Ziyad sebaik saja memusingkan badannya supaya tidak melihat tetamu yang dikatakan oleh Fariz tersebut. Sama seperti Ziyad, mereka yang lain turut tidak memandang ke arah Fariz.

Fatin terkesima. Hatinya sangat kagum dengan cara mereka. Setelah mendengar kata-kata Fariz tadi kaum adam terus tidak menoleh ke arah mereka dan lelaki yang bernama Ziyad terus memusingkan tubuhnya tanpa bertanya kenapa.

Boleh tak dia cakap dia jatuh cinta dengan keperibadian mereka yang sangat menjaga pandangan mata mereka? Mana nak jumpa lelaki macam mereka dekat luar? Susah! Limited edition!

"Ehem, takkan dah jatuh cinta?" Tegur Fariz apabila perasan Fatin merenung Ziyad tidak berkerdip. Eh eh budak ni sempat usyar anak teruna orang. Tahu lah Ziyad tu hensem ada lesung pipit. Nasib baik Fatin tak nampak muka Ziyad kalau tak mahu angau budak ni.

Fatin tersentak. Dia tersengih malu. Alamak, kantoi pula!

"Jom kita pergi dapur. Rasanya Ain ada dekat sana lagi." Tutur Umi Ana apabila kelibat Ain tidak ada di sini.

Fatin mengangguk kecil.

Sampai saja di bahagian dapur kedengaran suara Ain sedang bergelak tawa dengan beberapa orang perempuan yang turut ada di dapur.

Mata Fatin sudah bergelinangan dengan air mata. Sumpah dia rindu dengan suara Ain. Sudah lama dia tidak dengar Ain ketawa sebegitu.

Fariz tersenyum kecil melihat reaksi Fatin. Rindu sungguh pada sahabatnya itu.

"Assalamualaikum, mengganggu ke?" Ucap Fariz sambil berpeluk tubuh.

Serentak Ain, Hawa, Nadhirah dan Umairah berhenti ketawa. Mereka berempat menjawab salam Fariz.

"Laaa Abang Fariz ke? Datang nak makan ke?" Tegur Nadhirah dengan gurauan.

"Ha'ah datang nak makan. Dengar-dengar ada orang buat puding roti. Tu kaki melangkah ke sini." Balas Fariz dengan selamba.

"Ceh, yeye je."

Ain pula sudah terkaku. Matanya tidak lepas merenung Fatin yang turut merenungnya.

"F-fatin..." Ain rasa seperti hendak menangis apabila melihat Fatin berada di depannya. Rindu! Dia sangat-sangat rindukan sahabatnya itu.

"Nadhirah, Hawa dengan Umairah tolong umi dekat depan ya." Umi Ana memberi signal pada mereka bertiga supaya beredar daripada dapur untuk memberi ruang kepada Ain dan Fatin.

Mengerti apa yang disampaikan oleh Umi Ana, mereka bertiga terus bangun dan berlalu pergi. Sempat mereka berbalas senyuman pada Fatin.

Fariz turut pergi sama. Kakinya menuju ke kelompok lelaki untuk menjamu selera. Dia menghampiri Ziyad yang asyik mengunyah. Lapar pula tengok diorang makan. Aisyhhh tak boleh jadi ni!

Puding roti yang tinggal satu di pinggan Ziyad di rembat. Terkerdip-kerdip mata Ziyad melihat Fariz makan dengan selamba di sebelahnya. Terletus tawa kecil di bibirnya. Tak matang sungguh perangai.

"Ain..."

"Fatin..."

Tidak dapat menahan rasa di dada terus mereka berdua berpelukan. Air mata kerinduan mengalir pada wajah mereka.

"Kau sihat?" Tanya Fatin sambil menekup wajah Ain. Direnung wajah Ain dengan penuh kerinduan.

"Alhamdulillah sihat. Kau?"

"Of course sihat, tengok kau lagi bertambah sihat aku. Eeiiii rindunya dekat kau...." Tubuh Ain dipeluk erat semahu-mahunya.

Ain ketawa kecil.

"Rindu kau juga sahabat." Ucap Ain jujur.

"Eh dah lah peluk aku, sesak nafas aku macam ni. Jom lah makan puding roti yang aku baru buat ni. Fresh dari oven." Kata Ain cuba menghidupkan suasana ceria mereka.

Makin bersinar mata Fatin.

"Uishhh dah lama siot aku tak makan puding roti kau. Lain kali buatlah kek batik pula. Boleh aku datang lepak makan dekat sini." Balas Fatin dengan nada gurauan.

"Boleh, untuk kau semuanya boleh Fatin."

Fatin sengih.

Ain mengambil piring lalu dia memotong puding roti untuk dihidangkan pada Fatin. Fatin dengan tak malunya membancuh oren jus lagak seperti rumah sendiri. Tergeleng Ain melihatnya. Perangai tak pernah berubah.

"Kau makan lah sekali."

"Takpe lah tengok kau makan pun dah buat aku kenyang."

Fatin mencebik.

"Ingat sweet ke hah?"

"Tak sweet eh?"

"Tak. Dah jom makan sekali. Kau yang buat kau kena lah makan. Mana tahu kau nak perdajalkan aku ke kan. Jadi, biar kita sama-sama kena keracunan makanan."

"Aku tak sekejam tu mat."

"Hahahaha cepat jom makan!"

Ain mengalah.

"Iyelah...."












"Serius Ustaz Fariz cakap macam tu?"

Fatin angguk laju. Wajahnya serius tika ini menandakan dia tidak main-main.

"Lepas je ustaz cakap macam tu takde siapa yang berani nak bersuara. Seminggu weh aku rasa macam duduk sekolah penjara. Sunyi je lepas seminggu elok dah sikit-sikit. Time ustaz cakap macam tu kan aku rasa macam woww macam ala-ala mafia gitu." Kata Fatin sambil tergelak apabila mengingati kejadian yang itu.

Gila kau, macam tu je Fariz slay diorang yang memfitnah Ain macam-macam. Ireen? Triple kill terus Fariz bagi. Padan muka.

Ain terharu apabila Fariz berbuat sebegitu. Dia merasakan dirinya amat dilindungi. Alhamdulillah, Allah hantarkan seorang hamba yang baik untuk membantunya.

"Tapi kesian pula dekat Ireen kena buang macam tu je. Mesti mak ayah dia kecewa dengan Ireen." Tuturnya dengan nada kasihan.

"Tak payah kesian dengan orang macam tu. Dia tabur fitnah weh. Memang patut pun dia kena macam tu. Biar insaf sikit. Hati tu hitam sangat." Susah kalau ada kawan yang hati terlalu lembut ni. Senang kena pijak dengan orang.

"Kalau bukan sebab dia, aku tak ada dekat sini Fatin. Ada hikmah apa yang dia buat dekat aku. Hikmahnya aku dapat ketenangan yang selama ini aku cari. Aku suka duduk sini. Tenang. Berkawan dengan orang-orang yang baik. Aku boleh dalami ilmu agama lagi dekat sini. Aku dah jatuh cinta dengan tempat ni." Kata-kata Ain itu membuatkan Fatin terdiam lama.

"Jadi, kau tak perlukan kitorang dah ke?"

Ain terkejut apabila Fatin berkata seperti itu.

"Jangan nak merepek. Aku hempuk kau kang."

Fatin tergelak.

"Ala, gurau je tapi kau tak nak jumpa budak-budak lain ke? Atau kau masih marah dengan diorang?" Soal Fatin ingin tahu. Takkan Ain memang langsung tak nak jumpa diorang?

Tapi kalau dia jadi Ain pun dia sendiri tak nak jumpa mereka. Yelah, kawan sendiri duh! Kawan sendiri tak percaya kawan sendiri apa kes? Lebih-lebih lagi Bob. Macam tu nak jadikan Ain kekasih kalau benda macam ni pun dah ragu-ragu dengan Ain? Huh! Crush tahi kucing dia lah.

Hanya Siti saja dia masih okey sebab Siti back up Ain daripada terus di hina oleh Shah. Yang lain tu memang dia layan acuh tak acuh je. Sakit hati dengan tingkah mereka.

"Aku masih belum bersedia nak jumpa diorang. Tapi aku dah maafkan semua orang, aku tak simpan dalam hati pun. Ireen pun aku dah maafkan." Jujur Ain. Buat apa simpan dendam kalau ia boleh memakan dirinya sendiri? Dia serahkan semuanya kepada Allah. Dia yakin Allah lebih tahu segala-galanya.

Fatin mengangguk faham. Macam dia katakan Ain memang baik. Baik sangat sampai maafkan mereka macam tu sahaja.

"Okey lah aku dah nak kena balik dah ni. Takut ibu aku tercari-cari je." Kata Fatin apabila menyedari jam sudah hampir menunjukkan jam enam petang. Lewat dah ni.

"Oh, okey sampaikan salam aku dekat ibu kau tau."

"Takpe ke?" Soal Fatin ragu-ragu.

"Apa yang takpe?" Ain tak faham.

"Yelah, kalau kau suruh aku sampaikan salam dekat dia of course lah ibu aku tahu aku jumpa kau. Mesti ibu aku tanya macam-macam. Takkan aku nak menipu pula kan?" Nakal-nakal dia tidak pernah sekali pun dia menipu ibunya walaupun untuk hal kecil. Dia tak nak dikategorikan sebagai anak derhaka.

Ain senyum.

"Takpe, aku tak kisah sebab aku yakin ibu kau takkan tanya lebih-lebih. Cukup dia tahu aku ada je tak ke mana pun tapi tempat tinggal dirahsiakan. Cuma kakak kau je aku tak yakin."

"Pasal kakak aku tu kau tak payah risau. Aku takkan bagitahu dia. Dia tu mulut tempayan. Kalau aku cirit pun heboh satu rumah dia nak bagitahu. Tak guna punya kakak. Suara dah lah macam tarzan." Kutuk Fatin tanpa rasa bersalah.

Tergelak Ain mendengarnya.

"Sorry ganggu, Fatin jom lah gerak sekarang nanti lewat pula awak sampai rumah."

Mereka berdua menoleh ke belakang serentak. Wajah Fariz menyapa pandangan mereka berdua.

"Baik ustaz. Sorry hehehe leka pula borak." Sengih Fatin.

"Hahaha takpe faham, saya tunggu dekat depan."

Fatin mengangguk kecil. Faris terus keluar menuju ke luar madrasah untuk menghidupkan enjin kereta.

"Tu encik abang kau dah panggil aku balik. Gerak dulu babe. Ada masa aku datang lagi okey." Kata Fatin sambil berdiri. Sempat dia mengusik Ain yang sudah membulat mata memandangnya.

"Banyaklah kau punya encik abang." Wajahnya mula merona merah apabila diusik macam tu. Haish, bagai langit dan bumi.

Fatin gelak.

"Mana tahu kau dengan ustaz jodoh. Ustaz tu good looking apa, ilmu pun penuh di dada. Sesuai lah tu dengan kau." Fatin galak mengusik Ain hingga wajah Ain merah kerana malu.

"Takde makna. Dah pergi balik sana."

"Ceh, halau aku ya. Takpe-takpe, aku doakan kau dengan Ustaz Fariz tu ada jodoh. Aamiin Ya Allah!"

"Fatin!"

"Hahahahaha...."

Ain menggeleng kecil.

Tidak mahu membuat Fariz menunggu lama, Fatin segera melangkah keluar setelah berpelukan dengan Ain.

"Fatin, ni tolong bagi dekat ibu aku boleh?" Fatin yang mahu keluar terus terbantut. Satu plastik yang berisi tupperware dihulur padanya. Bibirnya menguntum senyuman. Pasti puding roti.

"Sure, why not? Mesti ibu kau happy." Huluran itu disambut mesra.

"Terima kasih weh." Rasa terharu apabila Fatin sentiasa ada untuknya. Macam mana dia tak sayang sahabat dia ni.

"Sama-sama, Insyaa Allah ada masa aku bawa ibu kau ke sini bila aku nak datang lagi okey. Jangan nangis-nangis." Air mata yang mengalir pada wajah Ain diseka lembut.

"Aku sayang kau dowh."

"Ya, aku pun sayang diri aku sendiri." Seloroh Fatin.

Ain menepuk lengan Fatin dengan geram. Geram apabila Fatin asyik menyakatnya.

"Okeylah, aku balik dulu."

"Take care, nanti aku whatsapp kau. Aku pakai nombor baru."

"Nice! Jangan tak whatsapp tau. Aku tunggu!"

"Baik bos."

Fatin terus keluar sambil membawa plastik yang diberi padanya. Dapat dia membayangkan wajah gembira Puan Suri apabila menerima puding roti buatan Ain.

"Ustaz, sorry lama hehehe jom gerak." Tegur Fatin seusai bersalaman dengan Umi Ana dan beberapa orang perempuan yang turut ada bersama dengan Umi Ana.

Fariz yang sedang berbual dengan Ziyad terus terhenti.

"Okey jom. Ziyad duduk depan okey."

Ziyad mengangguk kecil. Fatin yang kehairanan di depan mereka dipandang sekilas.

Comel!

"Oh, lupa pula. Fatin, Ziyad teman kita tau. Saya tak nak orang pandang serong dekat awak nanti bila orang nampak saya hantar awak balik rumah berdua-duaan." Jelas Fariz agar tidak berlaku salah faham.

"Oh, boleh je. Asalkan saya selamat sampai rumah tu pun dah okey." Jawab Fatin dengan tenang.

Ceh, padahal dalam hati dah dup dap dup dap saat bertentang mata dengan Ziyad.

Ya Allah, anak cina mana yang sesat dekat sini ni? Arghhhhhh hensem betul anak orang ni!

Nasib baik Ziyad cepat-cepat melarikan pandangannya kalau tak aiiyyy memang tak balik dia hahahahaha....

"Okey jom, dah senja ni."

"Jom."

Ziyad menggangguk kecil.

Dia mengerling ke arah Fatin yang sedang membuka pintu penumpang bahagian belakangnya.

Jadi nama dia Fatin lah ya.

Dia tersenyum nipis.














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro