Bab 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ain!!!"

Ain yang sedang mengelamun tersentak apabila tiba-tiba saja tubuhnya dipeluk kuat. Bukan seorang tapi empat orang!

"H-hawa?" Ain blur. Dah kenapa ni?

Hawa tersenyum lebar sambil menekup lembut wajah Ain.

"Baarakallahu laka wa baaraka 'alaika wa jama'a bainakumma fi khoir'." Ucap Hawa lalu memeluk tubuh Ain dengan penuh gembira.

Mata Ain terkerbil-kerbil. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh Hawa itu.

"Semoga Allah sentiasa memberkati kamu dalam keadaan yang mudah dan dalam keadaan yang sulit serta mengumpulkan kalian berdua sentiasa dalam kebaikan. Itu maksudnya atas ucapan tahniah perkahwinan awak dan Abang Fariz." Ujar Nadhirah apabila melihat Ain kebingungan.

"Terima kasih Hawa." Ucapnya dengan nada sebak. Gembira? Untuk apa dia gembira jika dia telah dibuang oleh ayah kandungnya sendiri?

Selepas mereka pulang daripada pejabat agama, Fariz terus memberi ruang padanya untuk bersendirian. Tambahan pula dengan keadaan Fariz yang tidak sihat membuatkan dirinya semakin dilanda rasa bersalah.

Adakah dia memang pembawa malang pada ustaznya itu?

"Awak tak gembira ke Ain?" Soal Umairah apabila wajah Ain jelas kelihatan sedih tidak gembira.

Mendengar kata-kata Umairah itu, Hawa melepaskan pelukannya. Wajah Ain ditatap lembut.

"Awak tak suka Abang Fariz ya?"

Pertanyaan mereka berdua membuatkan Ain ingin menangis. Kenapa mereka baik sangat padanya? Mereka tak jijik ke? Dia sebetulnya malu mahu menghadap mereka semua setelah apa yang berlaku pada petang semalam.

"Sa-saya isk isk saya malu dengan awak semua tentang apa yang berlaku petang semalam. Sum-sumpah! Wallahi kitorang tak buat macam apa yang dituduh." Esak Ain apabila kejadian semalam bermain semula di fikirannya.

Ditengking dan ditampar depan mereka amat memalukan dirinya. Entah macam mana dia nak sorokkan wajahnya ini. Dia terlalu malu dengan mereka semua.

"Jangan cakap macam tu Ain, tak terdetik langsung dalam hati kami untuk mempercayai apa yang dikatakan pihak JAIS semalam. Kami sendiri tahu Abang Fariz tidak akan melakukan perkara tersebut. Tambahan pula Ain takkan biarkan diri Ain berdua-duaan dengan Abang Fariz. Kami semua pun tahu Abang Fariz tak sihat jadi memang tak logik Abang Fariz buat benda tak elok pada Ain." Kata Sumayyah dengan jujur.

Hawa, Nadhirah dan Umairah mengangguk. Tiada siapa pun yang memandang serong pada Ain dan Fariz. Mereka yakin pasti ada salah faham yang telah terjadi hingga mereka berdua ditangkap khalwat.

"Lagi pula kami memang suka sangat Abang Fariz kahwin dengan Ain. Ain dah macam keluarga kami. Kalau Ain pergi dari sini pasti kami akan rasa kehilangan terutama budak-budak." Tambah Nadhirah pula.

"Iya, Ain. Kami semua memang setuju Ain jadi isteri Abang Fariz. Sesuai sangat. Tak sangka doa kami termakbul. Alhamdulillah, kahwin juga Abang Fariz tu. Ingatkan bujang sampai bila-bila. Risau tengok dia tu."

Ain terharu. Sungguh, penghuni madrasah ini sangat baik akhlaknya. Menerima kehadirannya dengan hati yang terbuka. Hatinya tersentuh.

"Terima kasih sudi terima kehadiran saya di sini." Ucapnya dengan penuh keikhlasan.

Nadhirah, Hawa, Sumayyah dan Umairah tersenyum.

"Jadi lepas ni kami kena panggil awak Kak Ain lah kan? Awak kan isteri Abang Fariz tak sopan pula hanya sekadar panggil Ain saja. Kakak Ain Nuha..." Seloroh Umairah sengaja ingin memeriahkan suasana mereka yang tidak berapa nak ceria itu.

"Hahahaha awak ni tak payah lah nak Kak Ain sangat, panggil Ain je. Saya ni muda belia lagi okey." Tawa Ain geli hati.

"Amboi, nak kata kita ni tua lah ya?" Sumayyah mengecilkan matanya.

"Awak memang tua pun. Saya sama geng dengan Ain, muda belia." Hawa memaut bahu Ain dengan kening yang terangkat-angkat.

Makin mengecil mata Sumayyah memandang mereka berdua yang berhive-five sesama mereka.

"Amboi, kemain bergelak tawa ni borak apa?"

Lantas mereka berlima menoleh ke arah suara tersebut.

"Ehehehe takde borak apa pun Kak Za, saja nak bergurau senda di pagi hari yang indah ini." Sengih Nadhirah pada Zatul yang menegur mereka tadi.

"Yeke? Macam akak tak nampak korang rancak berborak daripada tadi. Diorang buli awak ke Ain?" Zatul memandang Ain dengan kening terangkat.

Ain menggaru kepalanya.

"Eh taklah Kak Za, diorang ni memang suka bergurau dengan saya."

"Entah Kak Za ni, tak baik tau buruk sangka dengan kami. Kami ni mana sampai hati nak buli Ain nanti Ain tak nak buat kek lagi dah. Kempunan kami nanti." Seloroh Hawa dengan selamba.

"Diorang tak buli Ain kak tapi diorang buli saya. Ada ke patut diorang cakap saya ni tua? Eh eh macam diorang takkan tua nanti." Cebik Sumayyah dengan wajah muram.

Terburai ketawa Zatul mendengar kata-kata Sumayyah itu. Makin cemberut wajah Sumayyah jadinya.

"Kak Za ni...." Sumayyah sudah memuncung.

Tergelak mereka melihat Sumayyah seakan-akan sedang merajuk. Walaupun mereka berniqab tetapi itu tidak menghalang mereka untuk melihat air muka mereka seperti apa.

"Akak gurau je lah Sumayyah kalau diikutkan akak lagi tua okey. Tapi umur hanya sekadar angka je bukannya boleh buat apa pun." Kata Zatul dengan nada memujuk.

Sumayyah sengih. Saja je, hahahaha...

"Eh sembang dengan korang ni terus akak lupa tujuan akak ke sini."

"Eh kitorang pula dipersalahkan? Akak yang lupa, itu bukan masalah kitorang." Balas Nadhirah dengan nada bergurau.

"Yelah Nad, yelah. Hah Ain, akak cari awak sebetulnya. Nasib baik jumpa awak dekat sini."

Ain berkerut hairan.

"Kenapa akak cari saya? Akak nak apa-apa ke?" Soal Ain.

"Ha'ah, tolong beri Fariz makan bubur dengan minum susu panas boleh? Akak nak hantar tapi Umi Ana takde pula nak ajak teman masuk. Budak-budak lelaki pula semua ke surau. Segan pula akak nak masuk bilik Fariz tu. Kut lah dia tak pakai baju hah rezeki mata akak tengok badan laki orang."

Nadhirah, Hawa, Umairah dan Sumayyah sudah senyum-senyum memandang wajah Ain yang sudah merona merah.

"Cepat Ain kang kebulur laki Ain tu, bising pula dia dekat umi nanti. Dia tu dah lah kaki mengadu. Menyampah tau kadang-kadang." Cebik Zatul dengan menyampah.

Dia cukup menyampah bila Fariz mengadu macam-macam dekat Umi Ana. Manja mengalahkan budak-budak.

Ain menggaru hujung kening.

"O-okey kak..."

Zatul mengukir senyuman lebar.

"Dulang makanan ada atas meja dapur. Ain tinggal bagi dia makan je."

Ain mengangguk kecil. Dia mengorak langkah masuk ke dalam madrasah dengan hati yang berdebar-debar.

Waduh-waduh terasa lain pula apabila dia sudah bergelar isteri orang. Isteri kepada bekas ustaznya sendiri.

Ain menatang dulang yang berisi mangkuk bubur ayam dan segelas susu panas dengan berhati-hati menuju ke bilik tidur Fariz.

Sejak daripada tadi, jantungnya tidak berhenti berdegup kencang. Perasaan gemuruh menguasai dirinya.

Kata-kata Zatul yang mengatakan kemungkinan Fariz tidak pakai baju membuatkan wajahnya merona merah. Walaupun dia sudah pernah melihat sekali tetapi dia malu untuk melihat untuk kedua kalinya.

Pintu bilik Fariz yang tidak ditutup rapat itu dipandang. Kakinya berhenti melangkah. Dia masih berkira-kira mahu masuk atau pun tidak.

Boleh tak dia letak depan pintu ni je?

Ain menggeleng laju.

Astaghfirullahalazim... Apa benda yang dia merapu ni.

Nafas ditarik lalu dihembus perlahan.

Bismillah....

Pintu tersebut ditolak perlahan dengan kakinya memandangkan tangannya menatang dulang.

Fariz yang sedang solat di katil menyapa kornea matanya. Teragak-agak dia mahu masuk. Sudahnya dia berdiri saja di muka pintu menunggu Fariz selesai solat.

"Ain?"

Ain tersentak.

Eh sudah dah?

Fariz memandang Ain dengan wajah hairan. Namun, saat dia melihat dulang yang ditatang oleh Ain membuatkan dia tersenyum lebar.

"Sini lah masuk." Gamitnya dengan lembut. Walaupun tekaknya perit tetapi tidak seperit awal-awal dia demam. Dia boleh bercakap seperti biasa cuma akan terbatuk-batuk kecil.

Perlahan saja Ain berjalan menghampiri Fariz yang menunggu dirinya.

Dup dap dup dap

"Uhuk uhuk uhuk..."

Cepat-cepat Ain menghulurkan susu panas tersebut kepada Fariz yang terbatuk-batuk.

"Bismillah, minum slow-slow ustaz. Panas lagi ni." Kata Ain sebelum Fariz minum susu tersebut. Risau melecur je lidah tu nanti.

Fariz mengangguk kecil.

"Bismillah..." Ditiup perlahan susu tersebut sebelum dicicip.

Ain duduk di sebelah Fariz apabila ustaznya itu eh bukan suaminya itu menepuk ruang kosong di sebelahnya itu.

Suami

Wajah Ain merona merah.

Fariz masih tidak perasan tingkah Ain itu kerana asyik mencicip susu panasnya. Baru saja dia mahu mengambil mangkuk bubur, Ain pantas menegah. Wajah hairan dilemparkan pada Ain.

"Erk urmm biar saya suap ustaz. Ustazkan tak larat lagi." Terang Ain dengan gugup. Bukannya dia tak nampak masa Fariz pegang gelas susu tadi, menggigil-gigil. Terlepas jatuh naya je.

Fariz menggesek puncak hidungnya. Dia berdehem kecil. Tiba-tiba rasa segan. Tak pernah-pernah ada orang suap dia makan selain Umi Ana.

Mereka berdua duduk berhadapan.

Walaupun dia rasa malu tetapi dia tetap menyuakan sudu yang berisi bubur dan ayam di bibir Fariz setelah dia meniup lembut agar bubur tersebut tidak terlalu panas.

Fariz menahan diri daripada tersengih melihat kegugupan Ain itu. Ketara sangat sampai menggeletar tangan kecil itu.

"Bismillah..." Fariz mengunyah lalu menelannya dengan perlahan-lahan.

Satu suap, dua suap, tiga suap

Ain tersenyum melihat Fariz yang mula mempunyai selera untuk makan. Kalau tidak, langsung tidak mahu menjamah sebarang makanan. Tidur saja lelaki itu. Muka pun dah cengkung. Nasib maintain hensem, eh!

Sedar tak sedar habis satu mangkuk bubur itu dimakan Fariz. Susu panas juga diminum habis.

"Alhamdulillah, kenyang." Fariz menepuk perutnya dengan senyuman kecil. Rasanya sudah tiga hari dia langsung tiada selera makan. Baru harini seleranya sudah naik. Mungkin sebab Ain suap dia kut? Hehehehe....

"Ustaz nak lagi ke?"

Fariz menggeleng.

"Terima kasih suap saya makan. Besar pahala awak tolong saya." Ucap Fariz dengan senyuman kacaknya. Senyuman yang jarang dipamerkan pada sesiapa.

Ain menunduk malu.

"Erk kalau macam tu saya keluar dulu ya. Ustaz ada nak apa-apa lagi?"

Fariz menggeleng.

"Saya nak rehat, pening kepala." Tuturnya.

Spontan Ain melekapkan belakang tapak tangannya ke dahi Fariz. Terkedu Fariz dibuatnya.

"Suhu ustaz dah turun sikit. Lega saya." Tindakan Ain yang sangat spontan itu membuatkan wajah Fariz memerah. Dia berdehem kecil menghilangkan rasa berdebar di hatinya.

Ain tersedar. Terus dia menjatuhkan tangannya. Bibir dikemam kuat. Situasa yang janggal itu membuatkan dia cepat-cepat bangun dan mahu keluar daripada bilik Fariz.

Tiba-tiba tangannya digenggam lembut. Kejung seluruh tubuhnya.

"Nanti asar kita solat berjemaah ya. Saya tunggu awak dekat sini." Pinta Fariz lembut.

"O-okey..."

Fariz tertawa kecil. Dia melepaskan pegangannya daripada memegang tangan Ain.

Ain pun keluar dengan wajah merah.

Ya Allah, malunya!!!!



















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro