Bab 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum warahmatullah..."

"Assalamualaikum warahmatullah..."

Wajahnya diraup lembut.

Istighfar dibaca beberapa kali sebelum diikuti dengan wirid memuji dan mengagungkan Yang Maha Esa.

Tangan diangkat separas dada lalu bacaan doa seusai solat mula kedengaran. Setiap yang dibaca di aminkannya. Suara yang merdu itu amat membuaikan hatinya.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau lah Yang Maha menguasai langit dan bumi. Engkau jua lah Yang Maha Mengetahui setiap isi di langit dan juga di bumi. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Rabb.

Ya Allah, aku mohon pada-Mu, berkatilah perkahwinan kami ini. Lindungilah perkahwinan dan mahligai yang kami bina ini dibawah lindungan-Mu Ya Rabb. Ya Rabb, sungguh tiada tempat yang layak untuk aku mengadu nasibku melainkan hanya kepada Engkaulah aku mengadu dan meminta."

Entah kenapa air matanya jatuh menitis mendengar doa tersebut. Hatinya menjadi sebak.

"Sungguh tiada upaya untuk kami mengharungi segala ujian yang Engkau berikan kepada kami melainkan dengan pertolongan daripada-Mu Ya Rabb. Bantulah aku untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab agar dapat membimbing isteriku, Nur Ain Nuha menjadi seorang isteri yang solehah agar dapat menuju ke syurga-Mu.

Allah Ya Rabb mudahkanlah urusan kami baik di dunia mahu pun di akhirat. Jadikan kami hamba-hamba-Mu yang beriman. Tetapkanlah hati kami agar tidak tersilap langkah. Matikan kami dalam keadaan husnul khotimah. Aamiin aamiin ya rabb..." Fariz menyapu tangannya ke wajah sebaik saja dia selesai membaca doa. Elok je dia pusing ke belakang, terkejut sungguh dia melihat Ain yang sudah mengalir air mata dengan deras.

"Hey, awak okey Ain? Kenapa awak menangis hurm? Awak sakit ke?" Soalnya dengan cuak. Dah kenapa pula Ain tiba-tiba menangis ni? Eh risau pula dia subuh-subuh macam ni Ain menangis tiba-tiba.

Ain menyeka air matanya dengan laju. Rasa malu mula menyelinap ke dalam dirinya.

Ya Allah, malunyaaa...

Ain menggeleng.

"Sa-saya cuma sebak tu je. Maaf ustaz, teremosi pula." Tuturnya perlahan dengan wajah tunduk menekur memandang sejadah.

"Sebak kenapa?" Wajah Ain dipegang lembut agar mata mereka saling bertatapan. Air mata yang mengalir di tubir mata Ain di seka dengan ibu jarinya.

"Sa-saya tak isk isk pernah rasa nikmat solat berjemaah macam ni..."

Tersenyum Fariz mendengarnya. Alahai isteri...

"In Syaa Allah, mulai hari ini selagi saya hidup dan mempunyai  kudrat untuk bergerak, saya akan pastikan awak akan solat berjemaah dengan saya sewaktu saya berada di rumah. Jangan sedih-sedih lagi okey? Tak comel dah. Muka merah-merah ni nak cendol ke?"

Ain tergelak. Spontan dia menepuk bahu Fariz dengan geram apabila dirinya diusik sebegitu.

Subuh-subuh nak cendol, gila ke?

Fariz tergelak.

"Hah, kan comel macam ni. Pagi-pagi bergelak tawa bertambah seri tau."

Ain tertawa kecil. Wajahnya merah membahang malu. Sejak dia solat asar berjemaah dengan Fariz petang semalam, terus Fariz memintanya untuk pindah ke biliknya agar mereka dapat solat berjemaah setiap waktu solat.

Pada mulanya dia segan kerana akan tidur sebilik dengan Fariz tetapi melihat Fariz tidak memaksanya membuatkan dia menjadi serba salah. Dia bukannya bodoh sangat tak tahu dosa pahala mengenai hubungan suami isteri.

Walaupun Fariz tidak memaksa tetapi Fariz itu suaminya. Selagi tidak melanggar hukum syarak wajib dia taat. Malam tadi pun tiada jadi apa-apa.

Cuma dia hairan apabila dia bangun saja daripada tidur, dia sudah berada di atas katil tanpa bertudung sedangkan dia yakin sebelum dia tidur dia baring di sofa lengkap bertudung. Lama dia termenung baru dia sedar pasti Fariz yang mengangkatnya dan menanggalkan tudungnya saat dia tidur lena.

"Erk urmm u-ustaz..."

Fariz mengangkat kening.

"Iya?"

Ain menggaru pipinya. Wajahnya kembali merona merah.

"Te-terima kasih..."

"Untuk apa?"

"Angkat saya semalam." Perlahan saja dia cakap macam berbisik.

Berkerut-kerut wajah Fariz.

"Hah? Apa? Saya tak dengarlah."

Ain mengemam bibirnya. Arghhh malunya nak cakap!!!

"Terima kasih angkat saya malam tadi." Tuturnya sederhana kuat sebelum menekup wajahnya dengan kain telekung yang masih dipakainya.

Fariz ketawa geli hati. Laaaa itu je ke? Hahahaha...

Wajah Ain semakin memerah apabila Fariz ketawa sebegitu. Rasa nak menangis je. Mesti dia berat kan? Uwarghhhh....

"Janganlah gelak..."

Makin kuat Fariz ketawa bagai nak gila. Senak perutnya kerana asyik ketawa.

Ain hampir saja nak menangis kerana terlalu malu dengan Fariz.

"Hahahahaha awak ni comellah Ain. Hahahahaduiii..."

"Uztaz..."

"Ehehehe sorry-sorry dah jangan menangis lagi okey? Awak tu comel sangat siapa suruh? Hahahaha alahai Ain." Dia menekup wajah Ain sambil tersengih.

Ain mencebik geram.

Tersenyum Fariz melihatnya. Hidung Ain dipicit geram.

Berkerut wajah Ain apabila hidungnya dipicit. Walaupun tak kuat tapi masih rasa sakit seketika.

"Kenapa awak tidur atas sofa hurm? Nanti sakit-sakit badan awak. Sofa tu bukan empuk mana untuk awak buat tidur. Lepas ni awak tidur je atas katil dengan saya. Katil saya muat je untuk kita berdua tidur sama-sama."

Ain menggigit bibirnya. Matanya dikalih daripada terus menerus menatap wajah Fariz.

"Sa-saya malu..." Perlahan saja dia membalas tetapi masih boleh di dengari Fariz. Tersenyum dia mendengarnya. Terasa dirinya amat bertuah menjadikan Ain isterinya walaupun dalam keadaan yang tidak dijangka.

"Nampaknya kita kena biasakan tidur sekatil memandangkan kita duduk sebilik. Fighting okay!" Kata Fariz dengan semangat.

Sebetulnya dia mengatakan perkara itu lebih kepada dirinya sendiri. Tipu lah kalau dia tak kekok tidur dengan Ain malam tadi. Punyalah hujung dia tidur sebab risau dia tidur lasak ke apa tak pasal-pasal dia tertendang Ain jatuh ke bawah. Mana lah tahu kan? Tetapi setakat ni dia tidur tidak bergerak okey. Takat pusing kiri pusing kanan tu biasalah.

Makin memerah wajah Ain jadinya.

"In-in Syaa Allah..."

Fariz ketawa lagi. Comel sungguh!

"Saya nak pergi dapur dulu, awak pergi lah mandi." Kata Fariz apabila ketawanya mulai reda.

"Ustaz dah mandi ke?"

"Dah sebelum solat qobliyah lagi. Nak bagi badan segar."

Ain melekapkan belakang tapak tangannya pada dahi Fariz. Fariz tersenyum.

"Dah tak panas kan? Semua sebab awak, umi dan yang lain mendoakan saya. Terima kasih jaga saya ya." Tangan Ain yang melekap pada dahinya disentuh lembut lalu dipegang. Senyuman kacak menghiasi bibirnya.

Ain terpesona melihatnya.

Dup dap dup dap

"Jangan tenung saya macam tu Ain, segan saya."

Ain tersentak. Cepat-cepat dia mengalihkan matanya. Tangannya yang digenggam Fariz ditarik.

Fariz ketawa kecil. Sungguh, pagi ini dia banyak ketawa disebabkan tingkah comel isterinya itu. Tidak mahu mengusik Ain lagi dia bangun sambil mengangkat sejadah untuk di ampai.

"Saya tunggu awak dekat dapur, kita makan sama-sama." Sebelum Fariz keluar daripada biliknya, sempat dia mengenyit mata pada Ain yang melihatnya.

Ain terkedu.

Wajahnya semakin merah membahang malu.

"Amboi, kemain bergelak tawa pagi-pagi ni. Tahu lah dah kahwin, hormat sikit orang single dalam madrasah ni." Tegur Zatul sebaik saja Fariz masuk ke dalam ruangan dapur.

Fariz melipat lengan jubahnya hingga paras siku agar tidak kotor terkena makanan.

"Tu lah orang suruh kahwin tak nak kahwin. Nak single forever konon." Dia menarik salah satu kerusi di meja makan itu lalu di duduknya.

Zatul menjuling matanya ke atas. Dia berpeluk tubuh sambil melihat Fariz yang sedang menongkat dagu.

"Pernah dengar pepatah mat salleh yang berbunyi men are trash? Tak pernah? Aku ulang sekali lagi, men are trash." Penuh sinis Zatul membalas. Nadanya pula kedengaran keras sahaja.

Hampir tercekik air liur Fariz mendengarnya.

Men are trash huh?

"Perhhh ayat kau, men are trash huh? Kau nak cakap aku trash lah ni?" Kening diangkat.

"Kau trash? Taklah..."

Fariz yang mahu tersengih tak jadi tatkala Zatul menyambung ayatnya.

"Kau lagi teruk daripada trash." Zatul tersenyum lebar apabila dia berjaya mengenakan Fariz. Padan muka!

"Ceh, kurang asam betul."

Zatul ketawa terbahak-bahak melihat wajah cemberut Fariz. Dia segera menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Cuci pinggan mangkuk yang dia guna untuk memasak tadi.

Fariz mencebik. Tak guna betul, dia terkena dengan Zatul.

"Mana Ain, Fariz?" Suara Umi Ana menjengah halwa telinganya.

Umi Ana yang baru masuk dengan membawa bakul menyapa pandangannya. Pasti baru lepas ampai pakaian di luar.

"Ain tengah mandi umi nanti lepas dia mandi dia ke sini." Jawab Fariz dengan senyuman.

Umi Ana turut tersenyum sama. Hati tuanya gembira mendengar Fariz ketawa pagi-pagi sebegini. Hatinya kuat mengatakan rumah tangga Fariz dan Ain akan bahagia hingga ke hujung nyawa. Dia sentiasa mendoakan kebahagian mereka berdua.

"Iyelah, ni Fariz tunggu Ain nak makan sama-sama lah ya?" Usik Umi Ana.

Fariz tersengih malu.

"Biasalah umi, pengantin baru yang baru sihat daripada demam. Mestilah nak sweet-sweet dengan isteri tercinta." Sampuk Zatul yang sudah siap mencuci. Dia mengelap tangannya yang basah dengan tuala yang digantung tepi tingkap.

"Orang dengki memang macam tu umi. Sibuk je hal rumah tangga orang. Benda dah halal suka hati lah nak sweet-sweet ke apa."

Zatul membuat muka menyampah. Eeeiii rasa nak muntah hijau.

Umi Ana tergelak melihat mereka berdua bertengkar kecil. Daripada awal pertemuan sehingga lah sekarang tak pernah berubah. Ada saja perkara yang mahu di ajak bergaduh.

Fariz yang sedang duduk di dekati. Belakang tapak tangannya dilekap pada dahinya. Sudah tidak panas lagi.

Alhamdulillah, syukur...

"Batuk dengan selsema dah okey?" Tanya Umi Ana inginkan kepastian.

"Alhamdulillah, okey dah umi. Terima kasih buat bubur yang sedap untuk Fariz." Tubuh Umi Ana dipeluk erat. Sayang sungguh pada ibu susuannya ini.

Umi Ana mengusap lembut belakang Fariz dengan kasih.

"Sama-sama, Fariz nak makan apa pun cakap je dengan umi nanti umi buatkan ya."

"Sebab tu Fariz saaaaayyangggg umi sangat-sangat."

"Ha'ah memang kau je yang sayang umi dekat sini."

Fariz menjuling matanya ke atas.

"Diamlah mak cik, bising je."

"Eh budak ni. Aku lepuk juga kang."

"Kamu berdua ni haih dah besar panjang pun asyik nak bergaduh je. Malu kat adik-adik." Umi Ana menggeleng kepala.

Baru saja Zatul mahu membalas, kedatangan Ain membantutkan niatnya.

"Pagi umi, Kak Za..." Sapa Ain dengan ramah.

"Pagi Ain.." Balas Zatul dan Umi Ana dengan senyuman.

Ain menuju ke sinki untuk membasuh tangan.

"Ustaz nak air apa-apa ke?" Tanya Ain pada Fariz apabila dia tidak nampak sebarang cawan atau gelas di depan Fariz.

"Boleh juga, awak buatkan saya air nescafe satu." Balas Fariz. Alang-alang Ain nak buat air untuknya, baik dia minta air nescafe walaupun ada air teh o dalam jug. Hehehe...

"Laaaa dah kahwin pun panggilan tak berubah ke? Apa panggil ustaz, panggillah abang ke hubby ke nak alim lagi habib. Tak pun panggil je dia ni monyet aaa lagi senang."

Wajah Ain merona merah.

Abang? Hubby? Habib?

Tapi ayat yang last sekali tu...

Monyet?

Entah kenapa Ain nak tergelak tapi di tahan saja.

"Kau diamlah, sibuk je." Jeling Fariz dengan geram.

Zatul buat pekak. Dia ketawa jahat dalam hati apabila dia dapat mengenakan Fariz untuk kali yang kedua.

Umi Ana menggeleng kecil. Biarlah Ain nak panggil Fariz apa pun. Mereka pun kahwin mengejut. Mestilah susah untuk mengubah cara panggilan mereka. Takpe biar masa yang menentukan segalanya.

"Umi dengan akak dah makan ke? Yang lain pun dah makan?" Soal Ain pada mereka tanpa memandang ke arah Fariz. Dia dapat rasakan Fariz sedang merenungnya dan perkara itu membuatkan hatinya menjadi tidak keruan.

Ya Allah, tolong hamba-Mu ni Ya Allah. Redakanlah perasaan gemuruh yang bermaharajalela dalam dirinya tika ini.

"Umi dengan Kak Za dah makan dengan budak-budak dekat pondok makan tadi. Kamu berdua makan lah ya. Umi nak tengok budak-budak kejap." Kata Umi Ana tidak mahu mengganggu suami isteri tersebut.

"Umi nak ikut!" Zatul turut mengekori Umi Ana yang sudah ke ruang depan.

Tinggallah Ain dan Fariz berdua di dapur. Selepas siap membancuh, Ain menghidangkan air nescafe tersebut pada Fariz.

"Terima kasih." Ucap Fariz sambil tersenyum.

"Sama-sama." Ain mengambil dua buah pinggan untuk dia dan Fariz. Nasi goreng udang yang masih panas dalam kuali dicedok lalu dimasukkan ke dalam pinggan mereka berdua.

"Ni untuk ustaz." Pinggan tersebut diletak di depan Fariz lalu dia duduk berhadapan dengan Fariz.

"Terima kasih Ain..." Sengih Fariz.

Berbunga-bunga hatinya apabila Ain melayannya macam ni. Aaaa rasa disayangi pula ahaksss... Isteri mithali gitu...

Ain menunduk malu.

"Sama-sama..."

Mereka berdua sarapan tanpa berbual. Lebih kepada tak tahu nak sembang apa sebetulnya. Lagi pula Ain masih segan dengan Fariz.

"Ustaz..."

"Iya?"

Ain teragak-agak mahu bersuara.

"Takpe ke kalau saya masih panggil ustaz dengan panggilan ustaz? Se-sebab ehem u-ustaz kan suami saya." Kata Ain dengan gugup. Perkataan 'suami saya' tu perlahan saja dia cakap.

"Saya okey je asalkan jangan panggil monyet."

Ain tergelak. Kata-kata Zatul sebentar tadi bermain di fikirannya.

"Jangan gelak sayang..."

Ain terkedu. Matanya terkerdip-kerdip memandang Fariz yang galak merenungnya.

Fariz mengenyit matanya pada Ain dengan senyuman nakal sebelum bangun dan meletak pinggan dan gelas dalam sinki.

Dugggg

Wajah Ain merona merah. Jantungnya berdegup kencang.

"Minta tolong basuh pinggan dan gelas saya sekali ya sayang. Terima kasih cinta."

Nak tercekik Ain mendengarnya. Entah kenapa udara sekelilingnya terasa sangat panas. Dia mula rasa lemas.

Ya Allah, ajal aku nak sampai dah ke?















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro