Bab 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sorry, lama ke kau tunggu?"

"Taklah. Baru 20 minit, belum satu jam lagi." Balasnya dengan bersahaja.

"Perli aku ke? Chill lah Farah, aku belanja kau makan ehhh..."

Farah membuat muka. Air coffee starbucknya disedut beberapa kali sebelum bersuara. Sempat lah juga dia beli starbuck sementara tunggu manusia di depannya ni sampai.

"Hmmm kau nak apa jumpa aku, Ilman? Ainul tahu tak kau nak jumpa aku ni?" Soal Farah sambil menyandar belakang badannya pada kerusi. Wajah kekasih Ainul itu dipandang dengan wajah tertanya-tanya.

Ilman melepas keluhan kecil.

"Tak. Dia tak tahu pun aku datang jumpa kau sebab tu aku ajak kau jumpa sini. Aku lambat ni pun sebab aku daripada hostel dia. Tup tup jalan jammed. Pishang aku."

"Straight to the point, kau nak jumpa aku sebab apa?" Tidak mahu membuang masa Farah terus menanyakan apa tujuan Ilman mahu berjumpa dengannya.

"Pasal Ainul."

Ternaik kening Farah.

"Asal? Kau nak break dengan dia? Kau ada perempuan lain?" Matanya mengecil merenung wajah Ilman yang terkerdip-kerdip memandangnya.

"Ish, bukan lah! Takdenya aku nak break dengan Ainul." Ilman menggeleng laju.

Break dengan Ainul? Tak pernah terlintas langsung dalam fikirannya.

"Dah tu?"

"Kau dengan Ainul dah berkawan lama kan? Boleh tak kau nasihat dia jangan berdendam dengan adik dia lagi? Aku bukan apa cuma aku kesian dengan adik dia tu je."

Farah menghela nafas berat.

"Kalau pasal tu aku tak boleh buat apa-apa Ilman. Okey, aku mengaku dulu memang aku sokong je apa yang Ainul nak buat dekat adik dia tu sebab dia kawan susah senang aku. Tapi bila fikir balik Ain tu memang takde buat salah apa-apa. Aku pernah nasihat dia tapi kau tahu lah dia tu keras kepala. Tak boleh nak buat apa dah." Kadang-kadang kesian tengok Ain asyik kena buli dengan Ainul tapi tu lah dia tak boleh nak buat apa.

"Dia ada bagitahu kau apa-apa tak? Semalam ke harini ke? Ada tak?"

"Takde pula, kenapa?"

"Dia nak rampas Ustaz Fariz daripada Ain."

"Uhuk uhuk w-what?" Farah terbatuk kecil daripada wajah yang terkejut.

Ilman mengangguk laju. Dia mengeluh lagi.

"Sebab tu aku nak jumpa kau. Tak sangka pula kau boleh ponteng sekolah."

Farah mencebik.

"Bosanlah weh dekat sekolah takde Ainul. Takde geng. Budak-budak form 6 tinggal berapa ketul je sebab ramai yang dapat tawaran masuk kolej macam kau dengan Ainul. Lagi pun dah akhir tahun kan, chill lah. Okay back to the story, Ainul nak rampas Ustaz Fariz daripada adik dia? Dia gila ke apa? Mabuk ketum ke apa budak tu?" Farah memicit kepalanya.

Ah, sudah! Parah betul si Ainul ni.

"Tu lah aku tengah serabut otak ni. Tolonglah aku Farah pujuk dia. Habis kalau dia nak rampas Ustaz Fariz, aku ni nak campak mana?"

"Campak dalam gaung."

"Tak kelakar Farah, tak kelakar." Rasa nak hempuk je kepala Farah tu. Main-main!

Farah sengih tidak bersalah.

"Hmmm tengoklah aku cuba slow talk dengan dia tapi aku tak janji yang aku boleh lembutkan hati dia."

Ilman sedikit monyok. Perkataan 'cuba' itu membuatkan dia tidak yakin Farah dapat memujuk Ainul.

"Kau minta aku pujuk Ainul tapi kau pujuk tak?"

"Dah cuba pujuk tapi dia boleh cakap aku tak sayang dia sebab tak sokong dengan rancangan dia. Haish, jammed kepala otak aku."

Otak dia terus jatuh. Nak kutip hilang. Hilang otak tu!

Terhambur ketawa Farah mendengarnya. Ilman membuat muka.

"Tak kelakar lah hanat."

"Hahahahaha adoiiii parah betul awek kau ni Ilman oiii hahahahaha...." Farah ketawa mengekek kerana baginya apa yang difikir oleh Ainul sangatlah kelakar.

Memang tak betul otak Ainul ni. Ada ke patut cakap pakwe tak sayang dia sebab tak sokong dia rampas suami adik sendiri? Orang gila je yang sokong idea dia tu. Adoiiii, parah betul!

"Haihhh ni yang aku malas nak minta tolong kau."

"Biasalah, kena gelak dulu baru tolong hahahaha... Memandangkan ni kes berat so aku tolong kau sampai berjaya la aeee... Kesian ya hahahaha..."

"Hmmm, okey lah aku nak gerak dah ni. Macam yang aku cakap, aku belanja kau makan sebab buang masa kau dekat sini. Kau nak order apa?" Soal Ilman apabila tiada apa lagi yang mahu dia pinta pada Farah.

"Tak payah anggap je aku buat amal." Lagi pula dia masih tidak berasa lapar.

"Ceh, sejak bila jadi baik ni?"

"Kau ingat aku ni jahil sangat ke?"

"Entah perangai kau lebih kurang macam setan je aku tengok."

"Eh tak guna betul kau. Malas aku nak tolong kau. Pandai-pandai lah kau settle masalah kau dengan Ainul tu. Aku tak nak masuk campur." Farah berura-ura mahu bangun tetapi cepat-cepat di tahan oleh Ilman.

"Ala ala alaaa jangan lah weh aduhhh kau ni aku gurau je bongok. Tolonglah aku wehhh tolong aeeee..."

Farah menyungging senyuman senget. Tahu menggelabah haaaa...

"Tahu takut."

"Hmmm apa-apa je lah. Kau tolong aku ehhh okey bye." Sebelum Farah tukar fikiran baik dia pergi cepat. Bukan betul otak Farah tu. Sama je dengan Ainul. Dua-dua tak betul.













"Sayang...."

"Iya? Abang nak apa-apa ke?" Ain yang sedang mengemop lantai berhenti seketika apabila Fariz memanggilnya.

"Abang nak sayang boleh?" Pinta Fariz dengan senyuman mengusik.

"Hah?" Wajahnya mula merona merah. Dia tak nak fikir lain tapi otaknya tak nak bekerjasama dengan dirinya.

Aaa apa ni apa ni....

"Hahahaha tak lah abang gurau je. Abang cuma nak ajak sayang pergi madrasah. Rindu umi lah." Kata Fariz dengan tawa kecil.

"Ohhh bo-boleh je. Saya okey je. Lama tak makan masakan umi." Ain berdehem kecil. Tolonglah jangan buat jantung dia berdegup laju. Boleh tercabut lama-lama tau.

Fariz tertawa kecil.

Ain menghabiskan kerjanya yang tergendala dengan segera. Tak nak lama-lama dekat situ. Tak selesa disebabkan Fariz merenungnya daripada tadi.

Aiyyy tak tenang betul dia nak buat kerja.

Fariz sengih melihat Ain yang serba tidak kena itu. Hahahaha baru usik sikit dah menggelabah. Macam mana kalau dia serius tadi? Pengsan agaknya. Hahahaha...

Ting tong

Ain yang mahu ke dapur berhenti melangkah tatkala bunyi loceng kedengaran.

Siapa datang? Ibu ke?

"Abang! Biar Ain yang buka."

Fariz yang sudah hampir ke pintu tak sempat berkata apa-apa apabila Ain sudah berlari melepasinya. Terkerdip-kerdip matanya melihat Ain yang sudah berniqab memulas tombol pintu.

Uittt pantas betul!

"I- Ainul?" Senyuman di bibir Ain meluntur sebaik sahaja dia membuka pintu bukan wajah Puan Suri yang menyapa pandangan matanya tetapi Ainul. Apa kakak dia buat dekat sini? Dia melihat kalau Puan Suri turut ada bersama Ainul tetapi tiada. Tiada siapa yang ada kecuali Ainul seorang sahaja.

Aneh.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Ain dengan kehairanan.

"Nak ziarah adik sendiri pun tak boleh ke?" Soal Ainul dengan nada menyinis tetapi dia tetap mengukir senyuman pada Ain. Senyuman tak ikhlas.

Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia serba salah mahu mengajak Ainul masuk memandangkan Ainul datang berseorangan tetapi Ainul, kakaknya. Tak salahkan?

"Siapa yang datang sayang?" Fariz meletak tangannya atas bahu Ain. Ternaik kening Fariz apabila tetamu yang datang adalah Ainul.

"Erkkk Ainul datang nak melawat saya." Jawab Ain.

"Huh? Datang melawat?" Fariz memandang Ainul dengan wajah mendatar.

Melawat ke cari pasal?

"Tak nak pelawa saya masuk ke ustaz? Saya kan tetamu." Soal Ainul tanpa malu. Dia berpeluk tubuh dengan senyuman senget.

"Hmmm masuklah kalau tak malu." Nak halau tapi tu lah memikirkan itu adalah kakak Ain dan secara tak langsung itu kakak iparnya terus dia mematikan niatnya itu.

Ain turut memberi ruang pada Ainul untuk masuk ke dalam walaupun dia ragu-ragu dengan kedatangan Ainul ke sini.

Ainul masuk setelah membuka sandalnya. Sofa panjang di ruang tamu di tuju. Panas betul dekat luar. Dia membuka kerongsang tudungnya untuk mencabut tudungnya. Panas!

"Ehem! Nak buka tudung sila masuk dalam bilik ya. Tak nampak ke saya ada dekat sini? Tak takut dosa huh?" Tegur Fariz apabila menyedari tingkah Ainul itu. Memang tak teragak-agak langsung nak buka tudung depan dia.

"Tch, haish saya panaslah. Mana bilik? Saya nak tidur sekejap."

Ternaik kening Fariz.

Ain sudah menunduk segan dengan perangai biadap Ainul itu.

Ya Allah, malunya dia pada Fariz.

"Sorry, ni bukan hotel tempat untuk orang singgah tidur. Nak tidur balik rumah family bukan rumah ipar. Takde rasa malu ke? Atau memang sifat malu tu takde sejak azali?" Sindir Fariz dengan pedas.

Amboi, melampau pula.

Ainul tersentap. Dia mula rasa panas membahang. Dia bangun daripada duduk.

"Ustaz nak halau saya? Tak sangka aeee orang yang ada ilmu di dada sewenang-wenangnya halau tetamu macam tu je. Aneh lah saya. Tetamu kan bawa rezeki." Nada Ainul masih tenang dan tidak melenting seperti biasa.

"Ha'ah memang saya tengah halau awak pun. Takde siapa pun yang nak awak ada sini. Awak je yang beriya. Kesian ehh nak perhatian. By the way awak tu bukan tetamu saya dan saya tak rasa awak tu pembawa rezeki dalam rumah tangga saya." Pembawa masalah ya. Sambungnya dalam hati. Nak cakap tapi Ain ada dengannya. Dia masih fikir perasaan Ain sebagai adik Ainul.

Ain menggenggam tangan Fariz dengan lembut. Dapat dia rasakan ketegangan antara mereka berdua.

"Huh eloklah laki bini perangai menyakitkan hati." Tak banyak cakap terus dia beredar keluar daripada rumah Fariz.

Fariz dan Ain hanya memerhati saja Ainul yang sudah berada di depan pintu untuk memakai sandal.

Biadap betul! Datang rumah orang langsung takde adab!

Tiba-tiba

Gedebukkk

"Eh Ainul!" Gelabah Ain apabila Ainul jatuh tertonggeng.

"Pffttt..." Fariz menahan diri daripada ketawa berdekah-dekah.

"Adoiii, sakitnyaaa ishhh siapa tolak aku hanat!" Wajahnya berkerut sakit sambil memegang pinggangnya. Dia yakin ada seseorang menendangnya daripada arah belakang tapi tiada siapa di belakangnya.

Tiba-tiba dia bau wangi yang membuatkan bulu romanya naik meremang. Matanya melilau melihat sekeliling.

Haish, perasaan aku je kut.

Fariz tersengih melihat 'Puteri' yang berdiri di depan pintu menghadap Ainul.

Iya benar 'Puteri' lah tendang Ainul sampai Ainul jatuh tertonggeng. Hahahahaha kelakar siot! Nampak tak kedatangan Ainul langsung tidak disenangi sesiapa pun termasuklah jin.

"Abang, tak baik lah gelak." Tegur Ain apabila Fariz terkekek kecil.

Fariz memandang Ain dengan sengihan.

"Hehehe sorry tapi lawak lah sayang hahaha..." Melihat Fariz ketawa membuatkan dia turut ketawa sama.

Jahat betul.















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro