Bab 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Alfu mabruk lil'arusi wal'arisi 'ala zawajir-sa'idi. Selamat menempuh hidup baru. Semoga menjadi keluarga yang sakinah,mawaddah dan warrohmah. Diberikan keturunan yang soleh dan solehah, diberikan limpahan rezeki yang berkat serta selalu berada di dalam lindungan dan juga kasih Allah SWT." Ucap Fariz tatkala berjabat tangan dengan Muaz sambil tersenyum gembira.

"Syukran atas ucapan dan doanya ustaz. Aamin aamin ya rabb semoga apa yang didoakan pada saya turut berbalik pada ustaz dan isteri ustaz. Terima kasih sudi meluangkan masa ustaz dan isteri untuk menghadiri majlis kami berdua. Maaflah kalau ada kekurangan dalam majlis kami ni. Kami buat kecil-kecilan je." Kata Muaz dengan rendah diri.

"Ish apa pula kata macam tu. Buat sederhana pun sudah cukup tidak perlu mewah-mewah kerana ia perbuatan yang membazir dan Islam tidak suka akan pembaziran."

Lega Muaz mendengarnya. Dia takut andai majlis persandingan dia dan Balqis ini tidak memuaskan Fariz.

"Muaz, saya nak tanya sesuatu boleh?" Soal Fariz dengan wajah yang serius. Memandangkan Ain dan Balqis sedang berbual di meja makan jadi senang dia mahu berbual dengan Muaz dengan bebas. Tak sangka sekejap je Ain dan Balqis boleh jadi kawan.

"Ustaz nak tanya apa?"

"Balqis bunting pelamin?"

Muaz tercekik air liur. Matanya melilau melihat sekelilingnya sebelum mendekati Fariz yang memandangnya dengan senyuman senget.

"Nampak sangat ke ustaz?" Rasanya dia dan Balqis dah cover baik punya depan tetamu yang hadir. Baju pengantin pun besar dan tidak menampakkan sebarang bentuk tubuh badan. Tajam betul mata Fariz.

"Hahahaha amboi kemain awak ya Muaz. Laju betul buat kerja. Tak nampak pun cuma saya perasan Balqis asyik letak tangan dekat perut dia. Jalan pun hati-hati je. Saya teka je."

Muaz tersengih malu.

"Terbabas lah ustaz. Benda dah halal depan mata takkan saya nak biarkan je." Sengihnya tapi sungguh dia tak sangka pula melekat terus. Habis dia kena bebel dengan uminya sebab tak reti nak menyabar sampai hujung tahun. Ala, dah rezeki terima je lah hehehehe....

Tergeleng Fariz mendengarnya. Dia tahu Muaz dan Balqis dah nikah bulan lepas disebabkan keluarga Balqis mahu menunaikan ibadah umrah dan tiada siapa yang dapat menjaga Balqis. Jadi keluarga Balqis dan keluarga Muaz sepakat untuk nikahkan mereka dahulu. Sandingnya baru lah hari ini.

"Kawal sikit nafsu tu tahu lah cinta berbalas. Naya Balqis dapat suami macam awak. Agaknya tiap-tiap tahun ada baby."

"Hahahahaha barulah meriah ada ramai anak. Saya suka, Balqis pun suka. Cakap pasal saya je, ustaz tu bila lagi? Ustaz lagi awal kahwin daripada saya takkan belum ada apa-apa perkembangan lagi?" Soal Muaz dengan kening terangkat.

Kisah Fariz dan Ain berkahwin telah pun dia tahu daripada Fariz sendiri. Berat ujian yang menimpa mereka berdua. Tapi ustaznya itu yakin pasti ada hikmah disebalik ujian yang mereka tempuhi itu.

"Saya kalau boleh nak tunggu Ain cukup umur dulu Muaz. Saya tak nak orang cakap bukan-bukan dekat dia. Kesian dia nanti." Balas Fariz jujur. Siapa je yang tak nak ada anak cepat-cepatkan? Tapi dia tahu keadaan tidak mengizinkan untuk mereka berdua ada anak lagi.

"Laaa pedulikan je apa yang orang nak cakap. Mulut orang kita mana boleh tutup ustaz. Nak tunggu isteri ustaz cukup umur alamatnya lagi tiga tahun baru ustaz merasa ada baby. Lagi pun tak mungkinlah isteri ustaz tak nak ada baby, kan?" Muaz cuba mempengaruhi fikiran Fariz agar tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif orang sekeliling. Kahwin salah, tak kahwin salah. Masalah betul manusia ni.

"Orang dulu-dulu elok je kahwin muda kenapa orang sekarang sibuk nak pertikaikan? Diorang punya pandang negatif tu macam lah nenek moyang diorang tak kahwin muda. Orang dulu lagi lah umur 12 tahun dah kahwin, beranak pinak. Orang sekarang je macam-macam ragam." Bebel Muaz tanpa sedar.

Mentaliti masyarakat kadang-kadang agak melampau juga. Kahwin muda dikatakan mengandung luar nikah. Kahwin lambat kata memilih pasangan. Tak kahwin kata tak laku. Itu baru part kahwin belum lagi part anak. Haih, manusia-manusia...

Fariz tergelak.

"Membebel macam mak cik-mak cik pula. Tahulah dah jadi suami orang dan bakal bergelar seorang bapa, berlagak ya dengan saya."

"Hehehehe jangan marah..."

"Hmmm, yelah... So, apa plan lepas kahwin? Sambung study juga ke?"

"Cadangnya kitorang berdua nak sambung study dekat mesir tapi disebabkan tereksiden mengandung, saya seorang je lah yang pergi kalau ada rezeki. Balqis dia tak nak sambung sebab dia nak fokus dengan kandungan dia. Katanya seorang isteri lebih baik berada di rumah jaga anak-anak, aaa gitu... Sweetkan?" Muaz tersenyum bangga.

Fariz mencebik. Heleh sweet lagi dia dengan Ain, werkkk...

"Iyelah, apa-apa pun saya doakan yang terbaik dalam rumah tangga korang berdua. Ada masalah bincang berdua jangan libatkan family. Awak tu jadi ketua yang bertanggungjawab, bimbing isteri dan anak-anak menuju ke syurga. Jangan pernah terfikir untuk cari yang kedua. Selalu doa agar hati tak beralih arah." Pesan Fariz panjang lebar.

Muaz mengangguk kecil.

"In Syaa Allah, terima kasih atas nasihat-nasihat tu semua ustaz. Saya pun doakan semoga rumah tangga ustaz bahagia dan di bawah lindungan Allah."

"Okeylah nak zohor dah ni, saya minta diri dulu lah ya. Ada masa datanglah rumah saya, makan-makan ke." Pelawanya.

"In Syaa Allah, yang pasti sebelum saya sambung study saya singgah rumah ustaz."

Fariz mengukir senyuman. Setelah bersalaman, dia melangkah ke arah Ain yang sudah siap makan. Kemain selera dia tengok Ain makan daripada tadi. Biasalah nasi minyak orang kahwin memang sedap.

"Sayang, jom kita gerak. Nak zohor dah ni." Bahu Ain dipegang lembut.

"Oh yeke? Okey jom. Terima kasih Balqis sudi borak dengan saya." Senyum Ain pada Balqis yang turut mengukir senyuman padanya.

"Sama-sama, hati-hati balik tu. Jumpa lagi Ain, ustaz." Balqis melambai tangan pada mereka berdua setelah Fariz meminta diri untuk pulang.

"Kau borak apa je dengan ustaz? Kemain rancak berborak." Soal Balqis pada Muaz apabila suaminya itu mendekatinya.

"Adalah hal orang lelaki, kau mana boleh tahu." Jawab Muaz selamba. Sate daging yang masih ada dalam pinggan Balqis di ambil lalu dia mengunyah. Lapar.

Balqis mencebik. Iyelah tu, hal lelaki lah sangat.

"Aku kan kesian betul dengan cara ustaz dengan isteri dia kahwin. Kalau aku dekat tempat Ain tu perhhh confirm aku down teruk. Tapi tu lah mungkin sudah tertulis takdir diorang macam tu mujur Ain tu hati dengan mental dia kuat. Kagum betul aku." Kata Balqis dengan nada kagum. Walaupun mereka baru bertemu dua kali tapi dia dapat lihat kebahagian pada wajah mereka suami isteri. Lihat saja cara panggilan dan tingkah mereka, penuh kasih sayang.

Muaz menghabiskan sate dagingnya itu sebelum bersuara.

"Tu lah tu tapi aku lagi geram sebab ustaz tu takut sangat orang akan mengata dia kalau Ain mengandung waktu usia muda macam ni. Bagi aku lah kan tak salah pun. Diorang kahwin pun bersebab, surat mahkamah pun dah ada. Islam pun takde kata boleh kahwin sewaktu usia sekian sekian sekian. Islam cuma ada kata kahwin lah sewaktu sudah matang, hah. Matang tu dari segi pemikiran dan perbuatan bukannya dari segi umur. Tu orang luar negara tu bersepah je yang kahwin muda. Takde jadi isu pun. Geram betul aku." Bebel Muaz dengan penuh emosi. Sambil-sambil tu dia masih mengunyah sate sehingga habis sate kepunyaan Balqis. Bertuah punya suami. Sate isteri dirembatnya.

"Yelah, negara kita kan ada undang-undang. Takkan nak ikut cara orang luar negara pula."

"Heh undang-undang pun banyak ke laut."

Balqis mengecilkan matanya pada Muaz. Amboi amboi amboi mulut takde insuran betul. Menjawab saja.

"Yang kita ni bila nak ubah panggilan. Nak jadi mak bapak dah takkan nak kau-aku? Panggillah aku 'abang' ke 'biy' ke enn kan sweet tu." Muaz terus menukar topik perbualan mereka.

Balqis buat muka geli.

Abang? Biy? Erkkk

"Kau bukan abang aku dan biy? Tak nak lah aku, geli. Nanti aku panggil kau 'biy' bukan kau yang datang tapi lebah. Lepas tu lebah kan suka madu, aku pula tak suka 'madu'."

Muaz menahan diri daripada ketawa. Macam lah dia tak faham apa yang mahu disampaikan oleh Balqis itu. Ecececehhhh...

"Dah tu kau nak panggil aku apa? Darling? Baby?Eeeuuuww aku pula rasa loya."

"Habib, nampaklah islamik gitu..."

"Ya habib ya maulana weshhh bukan besye-besye ni."

Balqis tergelak. Bongok betul.

"Dah jom lah masuk, sayangkan kena rehat. Kesian baby walid ni." Perut Balqis diusap lembut.

Balqis tersenyum malu.

Sayang.... Hikhik...













"Sayang, jom dating nak?"

Ain yang sedang melipat telekung memandang Fariz dengan mata yang terkerdip-kerdip.

"D-dating?"

Fariz mengangguk. Walaupun mereka baru je sampai rumah untuk solat zohor, dia langsung takde rasa penat.

"Alang-alang baju pun tak tukar lagi ni, jom pergi dating nak? Abang bukan apa sementara nak tunggu sekolah buka, abang nak spend time dengan sayang puas-puas. Abang takut buka sekolah je abang takde masa dengan sayang." Tutur Fariz tentang apa yang dia rasa.

Ain menggaru pipinya. Tiba-tiba rasa ada berjuta-juta rama-rama terbang dalam perutnya.

"Nak dating dekat mana?"

Fariz mengetuk dagunya sambil berfikir. Nak dating dekat mana eh?

"Sayang ada nak pergi mana-mana tak?"

Ah sudah! Dia pula nak kena fikir. Hanya ada satu tempat je yang dia teringin nak pergi.

"Zoo..."

"H-huh?"

Ain menggigit bibirnya. Salah ke?

Melihat Ain yang mula menunduk itu membuatkan Fariz tertawa kecil.

"Sayang nak pergi zoo?" Soalnya dengan senyuman. Comel sangat tempat Ain pilih untuk mereka dating, hahahaha...

Lambat-lambat Ain mengangguk. Dia tersengih memandang Fariz. Malu!

"Salah ke?"

"Hahahaha tak salah pun sayang. Boleh je nak pergi zoo tapi abang takut tak sempat pula. Sekarang dah pukul dua takut jalan jammed sampai lewat petang. Tak best pula nak round dalam zoo sebab rushing. Kita pergi esok pagi nak? Petang ni kita pergi dekat-dekat je." Kata Fariz dengan lembut tidak mahu membuat Ain berkecil hati apabila cadangannya ditolak.

Ain sengih kecil. Betul juga tu. Mana puas round sekejap je. Rugi je beli tiket mahal-mahal.

"Dah tu abang nak dating mana?"

Fariz kembali mengetuk dagunya untuk berfikir. Gelagat Fariz itu mengundang senyuman lucu di bibir Ain.

Comel pula buat gaya macam tu, hehehehe...

"Kita pergi makan dulu lepas tu baru kita fikir nak pergi mana." Putus Fariz apabila dia tidak tahu hendak dating di mana. Dia mana pernah dating. So, dia tak tahu tempat apa yang menarik untuk dijadikan tempat dating.

"Nak makan dekat mana?"

"Dekat mulut sayang." Gurau Fariz.

"Laaaa saya ingatkan makan dekat mata."

Fariz terdiam beberapa saat.

Ain tergelak. Hah main-main lagi.

"Amboi sayang..."

"Hehehehe..."

Mereka pun bersiap-siap untuk keluar makan. Restoran milik Daniel menjadi destinasi Fariz. Lama dia tak makan dekat sana. Biasa mamak je cuma harini dia nak jadikan hari istimewa untuk mereka berdua. Alang-alang tu boleh dia kacau Alif bekerja, hahahaha...

"Sayang order lah sayang nak makan apa." Kata Fariz pada Ain yang sedang membelek menu.

"Urmmm kejap ya." Sejujurnya dia masih kenyang kerana dia banyak makan masa majlis persandingan Muaz dan Balqis pagi tadi. Tapi setakat makan yang sup-sup ni okey kut.

Fariz mengangkat tangan memanggil waiter. Datang saja waiter terus dia buat pesanan.

"Saya nak bihun tom yam seafood, epal asamboi dengan cendawan goreng tepung pedas dan garing." Pesan Fariz.

Staf tersebut mencatat pesanan Fariz dengan teliti agar tidak tertinggal sebarang menu yang dipesan.

"Saya nak bihun sup daging dengan air mineral. Tu je." Pesan Ain pula.

"Itu sahaja?" Soal staf tersebut inginkan kepastian.

"Itu saja, terima kasih." Jawab Ain dengan senyuman kecil.

"Hah cakap dengan Alif, tolong buat sedap-sedap ek. Terima kasih." Sengih Fariz.

Tercengang staf itu dibuatnya. Teragak-agak dia mengangguk sebelum menuju ke bahagian dapur.

"Alif, customer ni minta kau buat sedap-sedap." Nota order Fariz diberi pada Alif yang memandangnya dengan hairan.

"Malaun meja mana yang request ni Faiz?" Amboi, suka-suka je minta buat sedap-sedap. Nak sedap-sedap buatlah sendiri. Cebiknya dengan geram.

"Erkkk meja 28 tapi dia macam kenal kau sebab dia mention nama kau." Jawab Faiz teragak-agak.

Wajah Alif berkerut.

"Dia datang dengan bini dia ke?"

"Iyelah kut."

"Hmmm, okey kau buatlah kerja kau." Tahulah dia malaun mana. Siapa lagi yang dah kahwin kalau bukan Fariz. Saja lah tu nak mengacau dia buat kerja.

Alif segera buat pesanan yang dipinta dengan cekap. Tak sampai 10 minit menu Fariz sudah pun lengkap. Sempat dia menulis sesuatu dan diselit pada bawah mangkuk bihun tom yam. Nota cinta darinya!

"Sampai dah." Ain duduk menegak. Fariz yang duduk di sebelahnya mengukir senyuman kecil.

"Terima kasih." Ucapnya.

"Sama-sama." Jawab staf tersebut lalu beredar pergi.

"Kalau tak selesa buka lah niqab tu. Abang cover muka sayang daripada tepi ni." Kata Fariz apabila melihat Ain yang terkial-kial mahu makan bihun sup.

Mujur mereka duduk di bahagian hujung dan menghadap dinding. Jadi, kemungkinan wajah Ain untuk dilihat orang tiada.

"Takpe ke?" Ain bertanya dengan nada was-was.

"Takpe, orang tak boleh nampak. Abang pula hadang sayang daripada tepi. Tak nampak punya." Jawab Fariz dengan yakin.

Melihat keyakinan Fariz, Ain menarik niqabnya perlahan-lahan ke atas dan menyangkutnya di kepala. Senang dia terus tarik ke bawah saja kalau ada orang tiba-tiba nampak dia.

Saat Fariz mahu makan dia ternampak ada kertas terselit bawah mangkuknya. Pasti budak Alif punya kerja. Segera dia membuka lipatan kertas tersebut dan terus dibaca.

'Ingat sweet ke dating dengan bini? Nak sedap-sedap suruh bini masak, okey bye!'

Alif yang hensem 😎

Fariz membuat muka. Hekelehhh kecoh betul. Hensem lah sangat rasa loya tekak dia.

Mereka pun makan dengan santai. Laju-laju nak ke mana kan?

"Lepas ni kita nak ke mana?" Tanya Ain sesudah membetulkan niqabnya semula setelah mengelap mulutnya dengan tisu basah.

"Kita pergi jalan-jalan taman lah sementara tunggu waktu asar masuk." Baru pukul 3:10p.m masih awal lagi nak tunggu azan asar berkumandang.

Ain mengangguk kecil.

Setelah membuat pembayaran, mereka pun menuju ke kereta untuk ke destinasi yang seterusnya. Taman!

Fariz memandu menuju ke tasik Titiwangsa. Tiba-tiba rasa nak main basikal dengan cik isteri. Nampak sweet gitu, ihiksss...

"Dah sampai, jom sayang."

Ain melihat orang-orang yang bermain basikal dengan pandangan teruja. Seronok je dia melihat mereka kayuh basikal dengan gelak tawa. Ada yang berkeluarga dan ada juga yang berpasangan. Apa yang pasti paling ramai adalah golongan remaja.

Fariz tersenyum melihat Ain yang asyik memerhati pengunjung di sini. Tangannya memaut erat lengan Ain.

"Jom." Fariz memimpin tangan Ain menuju ke tempat basikal.

"Ya bang, nak basikal yang mana?" Tegur peniaga lelaki yang nampak Fariz sedang melilau melihat basikal-basikal yang terletak elok kawasan itu.

"Saya nak yang ini. Satu jam berapa ya?"

"Satu jam RM10 bang." Jawab peniaga lelaki itu dengan senyuman.

"Saya nak main dua jam." Pinta Fariz sambil menghulurkan RM20 padanya.

"Okey baik bang. Sekarang 3:45p.m jadi abang sampai sini dalam 5:45p.m." Terang peniaga lelaki itu.

"Okey baik, terima kasih."

"Sama-sama bang."

Fariz menolak basikal setelah menolak naik tongkat basikal yang menjadi pilihannya. Ain mengekori saja langkah Fariz sambil memerhati orang ramai yang bermain basikal.

Fatiz naik terlebih dahulu.

"Okey, naik sayang."

Ain teragak-agak mahu naik. Dia bukan apa, dia pakai jubah macam mana dia nak naik?

"Macam mana nak naik abang?"

"Sayang duduk mengiring lepas tu peluk pinggang abang." Kata Fariz dengan senyuman. Kaki kanannya memijak paddle basikal manakala kaki kirinya memijak jalan tar untuk menyeimbangi basikalnya sementara menunggu Ain untuk duduk di belakangnya.

Walaupun kekok, Ain turuti apa yang Fariz katakan itu.

"Dah naik?"

"Dah."

"Okey, let's go!" Fariz pun mula mengayuh basikal dengan kadar santai sahaja. Ain dibelakang memeluk kuat pinggangnya.

Rasa macam nak terjatuh!

Angin petang yang meniup lembut itu menambahkan lagi rasa nyaman suasana pada petang itu. Ain asyik melihat pemandangan tasik Titiwangsa itu dengan penuh rasa takjub. Bukan itu saja dia dapat melihat menara KLCC daripada sini.

Bestnya dekat sini, ada surau dan tandas awam untuk kegunaan para pengunjung. Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah mencari surau untuk menunaikan solat asar.

Kadang-kadang Fariz akan berhenti seketika untuk menikmati pemandangan bersama Ain sebelum mengayuh basikal semula. Penuh gelak tawa mereka berdua. Fariz acap kali mengusik Ain dengan brek mengejut atau pun kayuh laju-laju hingga pinggangnya dicubit geram oleh Ain.

Ain turut tertawa kecil. Rasa bahagia saat ini tidak dapat dia ungkap dengan kata-kata. Walaupun hanya berbasikal dan menikmati pemandangan tetapi ia sudah pun cukup untuk mereka meluangkan masa bersama-sama.

Seperti yang ditetapkan 5:45p.m tepat mereka sudah kembali pada peniaga basikal tadi untuk memulangkan semula basikal tersebut.

"Ada nak pergi mana-mana lagi ke?" Tanya Ain sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.

"Kita singgah masjid lah solat maghrib dekat sana. Alang-alang boleh rehat kejap sementara nak tunggu azan maghrib." Jawab Fariz sambil memakai seatbelt setelah menghidupkan enjin.

Fariz pun memandu menuju ke masjid yang berdekatan. Pada jam sebegini jalan mulai jammed. Dia tidak kisah kerana dia tidak rushing untuk pulang ke rumah. Dia masih ada plan untuk makan malam di luar bersama Ain. Dia betul-betul mahu meluangkan masanya bersama Ain.

Mereka tiba di sebuah masjid tepat-tepat azan sedang berkumandang. Cepat-cepat mereka masuk ke dalam masjid yang sudah dikerumuni dengan orang ramai.

Usai solat maghrib, Fariz membawa Ain makan malam di sebuah restoran.

"Waaaa cantiknyaaaa..." Ain ternganga melihat restoran yang bertemakan fauna itu.

Fariz senyum mendengarnya.

"Jom." Dia memaut tangan Ain dengan erat. Sengaja dia memilih restoran ini untuk makan malam. Tak sia-sia dia google tadi, hehehe...

Ain teruja melihat konsep restoran itu tanpa menghiraukan Fariz yang asyik memerhati gelagatnya. Cantik sungguh rekaannya. Memang bernas sungguh idea pemilik restoran ini.

"Abang...."

Fariz yang sedang mengunyah lamb chop segera menelan untuk menyahut panggilan Ain itu.

"Ya sayang, kenapa?"

"Mesti comelkan anak Balqis dengan Muaz tu. Tak sabar pula nak tunggu Balqis bersalin tahun depan." Kata Ain secara tiba-tiba.

Entah kenapa dia teringin nak mengandung setelah dia mengusap perut Balqis. Memikirkan perkara itu membuatkan wajah dia merona merah.

Mujur Fariz tidak mengunyah sebarang makanan saat ini. Kalau tidak mahu tercekik dia.

"Kenapa? Sayang teringin nak mengandung?" Duganya ingin mengetahui isi hati isterinya itu.

"Isteri mana je yang tak nak mengandungkan?" Jawabnya malu-malu.

"Sayang nak ke?"

Ain meramas jari jemarinya. Wajahnya sudah panas membahang malu.

Fariz mengukir senyuman nipis.

"Abang bukan tak nak minta hak abang pada sayang tapi abang tak nak minta selagi sayang tak cukup umur."

"Ke-kenapa?" Ain tidak berapa nak faham.

Fariz senyum lagi.

"Abang takut sayang tertekan dengan keadaan sekarang. Abang..."

"Tapi saya dah bersedia."

Fariz terkedu.

"A-apa?"

Ain melarikan matanya. Dia malu!

"Sayang tak kisah?"

"Uh urmmm..."

Fatiz senyum kacak.

"Dah makan lah nanti sejuk tak sedap dah." Dia tak nak usik Ain sekarang nanti Ain ubah fikiran pula, huhuhu...















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro