Bab 53

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Rumah siapa ni?" Soal Bob dengan hairan.

Fuad dan Halim mengunyah keropok yang sempat mereka beli di kedai runcit. Fitri je takde sebab main futsal.

"Rumah manusia lah takkan rumah alien." Balas Halim melawak.

Bob memandang Halim. Haaa lawak sangattt...

"Rumah suami ex crush kau." Jawab Fatin dengan selamba. Loceng di tepi pagar ditekan.

"Apa? Kau serius lah?" Sumpah muka Bob waktu ini serupa muka beruk terkejut. Hodoh amat!

"Yes brother. Ni rumah laki ex crush kau." Sengih Siti padanya apabila Bob ragu-ragu dengan apa yang dikatakan oleh Fatin.

Mereka tak bergurau okey!

Shahrul yang tak tahu nak cakap apa hanya diam saja. Matanya melilau melihat halaman rumah di depan mereka ini. Cantik dan kemas je. Rumah siapa ni?

Tak sempat Bob bersuara, pagar rumah pun terbuka secara automatik.

Fatin masuk ke dalam umpama dia lah tuan rumah. Dia mana tahu malu, hahahahaha...

Siti turut masuk mengekori langkah Fatin yang semakin laju menuju ke pintu rumah. Suka atau pun tidak, Bob melangkah jua dengan perasaan yang berat. Shahrul pula jalan beriringan dengan Bob. Dia kurang faham sebetulnya.

Fatin cakap ni rumah suami ex crush Bob? Crush Bob dah kahwin? Bob crush dengan orang yang lebih tua daripada mereka ke?

"Assalamualaikum, puan rumah!" Ucap Fatin dengan kuat sambil mengetuk pintu.

"Waalaikumsalam, ya aku tahu lah korang dah sampai. Tak payah lah ketuk pintu macam nak roboh." Jawab Ain dengan jelingan tajam sebaik sahaja dia membuka pintu.

Fatin menayang sengih dengan wajah bersahaja.

"Tak nak jemput kitorang masuk ke? Panas ni." Siti mengipas-ngipas wajahnya yang sudah berpeluh. Jalan kaki waktu macam ni memang berpeluh lah. Pukul empat Fatin ajak keluar. Awal betul!

"Masuklah..." Ain membuka pintu luas-luas untuk mereka masuk. Matanya sempat menangkap senyuman nipis dari Bob. Seketika dia berkerut melihat Shahrul.

Siapa pula dia ni?

"Oh lupa ni Shahrul, budak baru class kitorang. Dia join sekali, kau okey kan?" Kata Fatin memperkenalkan Shahrul pada Ain.

Ain senyum kecil pada Shahrul walau Shahrul tidak nampak dia senyum di sebalik niqab yang dipakainya.

Shahrul melihat Ain dengan wajah hairan. Ni ke ex crush Bob? Tapi kenapa nampak macam baya mereka je? Rapat pula tu. Pelbagai soalan bermain dalam fikirannya.

"Aku tahu kau banyak benda nak tanya, chill je. Dia ni kawan kitorang, sahabat dunia akhirat Fatin. Kawan daripada kecik lagi. Family Fatin pun dah anggap Ain ni macam anak angkat." Ujar Halim tanpa dipinta.

"Ohhh..."

"Weh, cuba kau tengok ni!" Fuad memanggil Halim.

"Ada apa?" Soalnya sambil melangkah ke arah Fuad.

Fatin turut melangkah ke arah Fuad yang asyik melihat gambar-gambar yang tersusun elok dalam ruangan kabinet kaca.

"Perhhh style siaaa gambar ni. Gaya macam rockers pun ada." Kata Halim dengan teruja.

Gambar Fariz yang memakai bandana di kepala menarik perhatian mereka.

"Wuishhh hensem siaa laki kau, Ain! Arghhh hensem siot!!!" Fatin menjerit kecil.

Ain di belakang tercengang. H-huh?

"Weh weh tengok ni weh! Walawehhh geng skateboard rupanya. Tak sangka betul ustaz pandai main skateboard."

"Tengok ni pula weh! Kenapa ustaz terlalu hensem dan style dalam gambar ni? Arghhh boleh gila bayang aku begini!!!"

"Aku tak sangka Ustaz Fariz bukan sembarangan ustaz. Serba serbi boleh mat!"

"Kannn patutlah suara dia sedap."

Pujian demi pujian Ain dengar daripada mereka berlima termasuklah Bob. Dia tertawa kecil kerana tidak dapat menahan diri daripada ketawa melihat telatah mereka semua. Hanya Shahrul je diam, tidak tahu apa-apa. Dia masih tak faham.

"Guys, can you explain who is she? Apa kaitan dia dengan Ustaz Fariz? Kita dekat rumah Ustaz Fariz ke?" Soal Shahrul dengan nada yang agak kuat agar mereka mendengar suaranya.

Mereka berlima serentak memandang ke arah Shahrul.

"Okey, jom duduk kita borak dekat sofa sana." Kata Fatin apabila dia rasa kesian dengan Shahrul yang betul-betul tak faham dengan situasi sekarang. Umpama dia berada di dunia alien.

Mereka pun bergerak meninggalkan rak kaca itu untuk duduk di sofa.

"Macam ni, Ain ni sahabat baik aku daripada kitorang kecil lagi. Dia ni sebaya kita. Faham tak setakat ni?"

Shahrul angguk.

"Sebelum tu, Ain kau bagi ke aku cerita ni?" Fatin tidak mahu membuka cerita jika tidak diizinkan kerana ia melibatkan maruah Ain dan ustaz mereka.

"Aku okey je." Jawab Ain dengan tenang. Benda dah lepas jadi tiada masalah pun kalau Fatin mahu bercerita pada Shahrul.

Siti, Fuad, Halim dan Bob diam tidak menyampuk. Biarkan Fatin je yang bercakap.

"Tahun lepas ada kes fitnah yang melibatkan Ain dengan Ustaz Fariz. Kecoh satu sekolah. Pendek cerita orang yang fitnah Ain dengan ustaz dah kantoi busuk. Terus dia kena buang but sad for Ain. Ayah dia tak terima dan dia kena macam-macam sampai kena halau daripada rumah.

Mungkin dah memang takdir Ain dengan ustaz diorang pun berkahwin atas sebab yang agak aib juga. Agak aib juga sebab melibatkan maruah diorang berdua tapi diorang berdua ni mangsa keadaan. Ada orang cuba perangkap mereka berdua ni tapi tak berjaya. Sebab keadaan masa tu pun agak haru, ustaz buat keputusan untuk bertanggungjawab dan kahwin dengan Ain. Begitu ceritanya..."

Shahrul mengangguk faham. Begitu rupanya, tak sangka betul.

"Sorry, if pertanyaan aku buat kau tak selesa. If you don't mind, can we be a friend? Or should i jaga batas sebab kau isteri ustaz?" Soal Shahrul sambil menggaru hujung keningnya.

"Saya okey je. Semua orang saya berkawan as long pandai jaga batas antara lelaki dan perempuan." Jawab Ain dengan lembut.

Shahrul mengukir senyuman segaris. Suara pun lembut je mesti orangnya comel dan sopan.

"Assalamualaikum, serius nampak? Meeting apa?"

Terkejut mereka apabila tiba-tiba saja Fariz berdiri di belakang mereka.

"Eh, bila ustaz sampai? Tak dengar pun bunyi motor." Tanya Fuad dengan wajah yang masih terkejut.

Ain segera berdiri lalu mendapatkan Fariz untuk salam.

Fariz senyum saja. Dia mengusap kepala Ain dengan kasih.

"Ustaz, kalau nak sweet-sweet jangan depan kami. Hormat kami yang masih single but not available ni." Tegur Fatin dengan selamba.

Ain menggaru kepalanya, malu.

"Biarlah, isteri saya. Mana nak dengar bunyi motor kalau semua muka serius macam tengah bincang masalah negara." Balas Fariz dengan kening terangkat. Apa benda yang diorang sembang tadi? Serius betul. Ini membuatkan dia rasa curiga.

"Hahahaha tak lah ustaz, Shahrul ni hah tanya Ain ni siapa pada ustaz. Kenapa kitorang rapat dengan dia dan kenapa kitorang ada dekat rumah ustaz. Itu je." Sengih Siti.

"Ohhh, okey lah sambung lah borak. Saya nak solat asar."

"Why not kita solat sekali je? Alang-alang kan." Cadang Bob apabila Fariz mahu naik ke tingkat atas.

"Saya okey je, takde masalah nak solat berjemaah. Sayang ada telekung lebih ke?"

Uihhhh rasa cemburu mula menyelinap dalam hati Bob apabila Fariz tanpa segan silu memanggil Ain dengan panggilan 'sayang' depan mereka.

Astaghfirullah, isteri orang tu Bob.

Bob menggeleng kepalanya laju.

Arghhh tolonglah move on cepat sikit!

"Rasanya ada dalam bilik tetamu. Kejap sayang ambil."

Fatin dan Siti pura-pura batuk.

Ain buat tak dengar. Memang sengaja nak kenakan dia lah tu. Dia melangkah ke arah bilik tetamu untuk mencari telekung yang dia simpan untuk kegunaan jika ada yang datang ke rumah Fariz.

"Kita sembahyang dekat sini pun takpe. Saya naik atas kejap lepas tu saya turun semula." Ujar Fariz meminta diri terlebih dahulu. Dia nak mandi untuk segarkan badan terlebih dahulu.

Hilang saja kelibat Fariz, Ain pula muncul dengan membawa dua pasang telekung untuk Fatin dan Siti.

"Kejap lagi lah baru korang ambil wudhuk. Ustaz tengah mandi dekat atas tu." Ujar Ain apabila melihat mereka mahu ke tandas ambil wudhuk.

"Oh yeke? Okey, boleh santai jap." Fuad duduk semula sambil main handphone.

Yang lain turut duduk sama.

"Sweetlah kau dengan ustaz hehehehe..."

"Diamlah Fatin."













"Weh bagi aku smash weh! Bagi aku!!!"

Smashhh

"Arghhh sikittt lagi mat!"

"Yes, menang wohooo!!!" Bob dan Halim bertepuk tampar sesama mereka. Gembira apabila dia berjaya kalahkan Fuad dan Shahrul.

Fuad mencebik.

"Erk elehhh baru menang sekali dah kecoh." Gumam Fuad tidak berpuas hati.

Shahrul tenang mengutip bulu tangkis yang jatuh tidak terlalu jauh daripadanya

"Hah! Tak puas hati apa?" Bob mengangkat-angkat keningnya. Sengaja nak menganjing.

"Diam kau."

Bob dan Halim ketawa terbahak-bahak. Ada orang marah lah, keh keh keh...

"Round two please..." Pinta Shahrul yang sudah siap sedia untuk memukul bulu tangkis.

Bob dan Halim mengukir senyuman sinis.

"Ayuh, siapa takut!"

"Kamu nanyaaaa..."

"Kamu bertanya-tanyaaa..."

"Hahahahaha..."

Fuad menggeleng kepala. Gila punya manusia.

Fatin dan Siti ketawa melihat telatah mereka berdua. Mereka berdua duduk santai di kerusi yang tersedia di situ setelah penat bermain dengan Fuad dan Shahrul. Disebabkan mereka kalah, Bob dan Halim yang menggantikan mereka.

"Korang, jemputlah makan. Ada puding dengan jus tembikai ni." Tutur Ain sambil menatang dulang yang berisi pinggan yang penuh dengan puding, jug air yang sederhana besar dan cawan untuk mereka minum.

"Uishhh susah-susah je bini orang ni." Fatin segera mengalihkan handphone mereka untuk Ain letak dulang tersebut atas meja bulat di tengah-tengah kerusi rotan yang mereka duduk. Nampak berat je tu. Risau betul kalau jatuh.

"Tak susah pun. Benda dah ada dalam peti sejuk tinggal keluarkan dan hidang."

"Rajin betul kau buat puding. Memang setiap petang kau buat ke?" Soal Siti sambil menuang jus tembikai ke dalam cawannya. Dahaga beb! Memang timing yang tepat Ain bawa air untuk mereka, hahaha...

Fatin membasuh tangannya terlebih dahulu menggunakan pili air yang terpacak elok di tepi longkang berdekatan dengan garaj kereta Fariz.

"Taklah, kadang-kadang je aku buat kalau aku rasa nak makan. Ustaz pula tukang habiskan." Sengih Ain. Dia nak makan semua memang tidaklah. Dia bukannya makan banyak pun. Sekadar rasa-rasa je. Tengok encik suami makan pun dah buat dia kenyang.

"Gemoklah ustaz lepas ni. Jatuh terus gelaran ustaz hensem dekat sekolah." Kata Fatin dengan gurauan.

"Buncit lah perut ustaz hahahaha..."

Perut Fariz buncit.

Galak sungguh mereka ketawa kerana membayangkan perkara itu.

"Tak baiklah korang ni." Tegur Ain walau hakikatnya dia sedang menahan diri daripada ketawa. Dia turut membayangkan perkara yang sama dan ianya amat kelakar untuk dibayangkan.

"Ehem, galak ketawa? Seronok mengumpat?"

Mati terus tawa mereka berdua.

Ain menoleh ke belakang.

Fariz yang berpakaian santai itu dipandang. Uishhh hensemnya anak susuan Umi Ana ni.

"Hahahaha seronok ustaz, lagi-lagi ustaz yang kami umpat." Jawab Fatin sambil ketawa.

Siti turut ketawa sama apabila tidak dapat melihat Fatin yang ketawa berdekah-dekah. Ain pula menggaru kepalanya. Tak nak masuk campur.

"Takpe, Ain tetap sayang saya walaupun perut saya boroi ke muka berkedut ke itu baru lah cinta sejati. Tak cari lain walaupun pasangan dah tak hensem. Kan sayang..."

Ain mengangguk laju.

Kalau rupa paras yang menjadi ukuran cinta, tidak akan pernah dapat. Sebab bila dah ada yang hensem pasti akan ada lagi yang hensem. Jadi, setia lah pada yang satu.

"Auwhhh sawitnya pasangan depan ni." Siti menjulingkan matanya ke atas. Ingat sweet lah tu erk eleh...

"Jealous cakap..."

"Tak kuasa saya."

Ain tergelak.

"Abang nak minum?" Tanya Ain apabila Fariz duduk di sebelahnya.

"Nak."

Memandangkan kerusi rotan sudah di duduk oleh Siti dan Fatin, Fariz duduk di bawah saja. Mujur ada tikar buat alas.

"Eh ustaz duduklah dekat atas." Fatin terus bangun. Rasa tak elok pula tuan rumah duduk di bawah.

"Takpe, saya tak kisah pun duduk bawah. Awak berdua duduk je lah atas kerusi tu. Saya nak duduk berkepit dengan Ain." Balas Fariz dengan senyuman senget. Sempat dia mengenyit mata pada Ain.

Ain tersipu malu.

Aishhh mata tu nakal betul!

Fatin mencebik. Tunggu dia kahwin dengan Abang Ziyad dia hah time tu dia akan tunjuk dia lagi sweet daripada mereka berdua, humph!

"Arghhhh nak airrrr haussss...." Jerit Halim sambil mengibas-ngibas tangan pada wajahnya. Panas!

Bob mengibas-ngibas bajunya. Rasa nak buka baju je. Panas!

Ain terus menuang air untuk mereka lalu mereka mengambil setelah mengucapkan terima kasih. Shahrul berdiri di tepi Fuad sambil mengunyah puding coklat yang masih sejuk dengan sopan. Sedap!

"Puding ni home made ke?" Soalnya ingin tahu.

"Ha'ah, saya yang buat. Kenapa? Tak kena dengan tekak awak ke?" Risau pula Ain kalau pudingnya tak kena dengan tekak Shahrul.

"Eh, no! Puding ni sedap. Why tak jual? Boleh dapat duit."

"Kannn, aku dah suruh minah ni jual tapi tak nak. Semua dessert yang dia buat semua sedap. Aku paling suka puding roti dengan kek coklat yang dia ni buat. Sedap weh! Sekali kau rasa pasti nak lagi. Sedap mat!" Puji Siti melambung-lambung.

Fatin mengangguk setuju. Betul tu Siti, betul sangat!

Ain rasa segan apabila dipuji sebegitu. Rasanya dia buat biasa-biasa je. Kek dekat kedai lagi sedap daripada dia punya.

Manakala Fariz sudah rasa kembang. Ain yang dipuji, dia yang kembang. Bangga sehhh orang puji masakan isteri dia.

Kau ada? Takde kannn...

"I see, kalau kau tak kisah buatlah bila kau free boleh aku rasa. Ustaz okey ke saya minta isteri ustaz buat kek coklat?" Pinta Shahrul. Terliur pula dia dengar.

"Saya tak kisah pun. Kalau Ain buat nanti saya beritahu awak." Balas Fariz. Selagi ia tidak membebankan Ain, selagi itu lah dia tidak kisah.

Bob, Fuad dan Halim hanya diam saja sambil menikmati juadah petang mereka. Malas nak menyampuk sebab mereka bukan faham apa pun. Mereka tahu makan je, hehehe...

"Balik ni korang semua jalan kaki ke?" Tanya Fariz apabila menyedari jam sudah menunjukkan pukul 6:15p.m. Sudah lewat petang. Ralit sangat mereka bersembang sampai tak sedar dah lewat petang.

"Eh ha'ah lah, lewat dah ni. Jom lah gerak."

Kalut mereka berenam bangun daripada duduk berbual.

"Kitorang jalan kaki ustaz, kitorang balik dulu ya." Pamit Halim.

"Eh kejap, biar saya hantar."

"Tapi-...."

Fariz masuk ke dalam rumah untuk ambil kunci kereta.

"Okey, kita ada driver." Gurau Fatin.

"Hahahaha otak kau."

Ain tergelak.

"Okey jom."

"Baik ustaz...."

Fariz senyum.

Memandangkan Shahrul bukan satu kawasan perumahan dengan mereka, dia di minta untuk duduk di depan sebelah Fariz.

"Abang hantar diorang kejap ya sayang. Tutup pintu dan tutup tingkap. Nak maghrib dah ni." Pesannya sebelum masuk ke dalam kereta.

Ain mengangguk kecil. Sudah menjadi rutin hariannya setiap petang sebelum maghrib. Kata Fariz, biar syaitan tak boleh masuk dalam rumah.















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro