Bab 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sayang...."

"Ya abang."

"Sayang..."

"Iya abang..." Ain menutup pili air setelah selesai membasuh pinggan dan cawan. Setelah itu dia mengelap area tempat memasak supaya tiada kesan minyak yang melekat.

"Sayang..."

Wajah Ain berkerut. Dah kenapa suami dia ni? Daripada tadi duk panggil-panggil dia.

"Iya abang? Abang nak apa?" Tanyanya sambil menatap wajah Fariz yang tersengih-sengih memandangnya.

"Nak attention."

Ain tergelak. Alahaiii encik suami.

"Malam tadi tak cukup ke?"

Laju Fariz menggeleng dengan mulut tercebik.

"Tak! Abang nak attention daripada sayang setiap masa." Rengeknya dengan manja.

Ain ketawa lagi sambil menggeleng kepala. Makin lama makin manja betul Fariz Razemi ni. Tapi dia suka bila Fariz bermanja dengannya, terasa dirinya amat disayangi.

"Tapi abang kan nak ke sekolah dah. Lambat karang." Tegur Ain apabila jam sudah menunjukkan tujuh pagi.

Fariz hanya menayang sengih. Entahlah tiba-tiba dia rasa nak bermanja dengan Ain pagi ni. Bukan sebab dia 'dapat' malam tadi tapi dia rasa lain sangat pagi ni. Rasa nak menggedik dengan isteri sendiri, hikhik....

Air nescafenya di minum hingga habis sebelum dia menuju ke sinki untuk membasuh gelasnya itu.

Ain pula sibuk memasukkan bekal makanan ke dalam beg kain untuk Fariz bawa ke sekolah sesuai dengan permintaan Fariz sebelum pergi ke sekolah.

"Dah siap a-..." Ain terkejut apabila tangannya tiba-tiba digenggam erat oleh Fariz.

"Jom pergi depan sama-sama." Kata Fariz sambil memaut jari jemarinya dengan jari jemari Ain. Bibirnya tidak lokek mengukir senyuman kacak khas buat isteri tercinta.

Ain tersenyum malu. Dia jalan beriringan dengan Fariz menuju ke ruang tamu. Memandangkan dia tidak memakai tudung dan niqab, Fariz tidak mahu Ain menghantarnya hingga ke muka pintu. Cukup melihatnya melalui tingkap itu pun sudah memadai.

"Jaga diri elok-elok, kalau ada apa-apa call je abang. Abang pergi kerja dulu." Dahi Ain dikucup lama sebelum bibir Ain menjadi sasarannya.

Ain menunduk malu.

"Abang pun sama juga, pergi kerja hati-hati. Jangan bawa laju-laju. Mengajar jangan stres-stres." Belakang tapak tangan Fariz dikucup  kasih.

Fariz senyum.

Setelah itu, Fariz pun masuk ke dalam kereta dan memandu menuju ke sekolah. Ain mengunci pintu rumah dan menuju ke sofa. Kipas siling yang berputar di tenung.

Bosan.

Sepanjang lima bulan perkahwinan dia dan Fariz amat membahagiakannya. Setiap detik, setiap saat Fariz tidak jemu memanjakannya.

"Aku nak buat apa ek?" Novel-novel yang dia beli sudah pun dia habis baca. Nak kemas rumah macam takde apa yang perlu dikemaskan. Hari-hari kemas rumah memang bersih sampai habuk pun tak sempat nak lekat lama.

Hmmmm

Mata Ain terkerdip-kerdip merenung kipas. Fikirannya mula memikirkan tentang masa depannya.

"Mesti tak sunyi kalau ada anak." Sengih Ain sambil menepuk lembut perutnya yang kempis.

Dia membayangkan yang dia mempunyai anak bersama Fariz. Mesti comel! Dia pun tak sunyi macam ni.

"Haihhh aku nak buat apa niii..." Keluhnya.

Dia baring atas sofa sambil memejam mata. Tahu-tahu je dia terlelap.

Ting tong

Ain yang tidur lena langsung tidak sedar dengan bunyi loceng yang berbunyi itu.

Ting tong

"Haish, takkan minah ni takde dekat rumah?" Tudungnya dikibas-kibas. Panas!

"Takde lah tu, jom lah gerak sayang. Panas ni." Ilman memegang bahu Ainul yang berdiri di depannya.

Ainul berdecit. Buat penat je dia bangun awal semata-mata nak ke sini tetapi tiada orang. Haish, buang masa betul!

"Kita baru sampai bie, takkan nak balik dah?" Ainul masih tidak berpuas hati.

Ilman menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan.

"Kan takde orang tu, buat apa nak tercongok dekat sini sayang oiii... Kang kulit kau burn, kau pula bising." Bebel Ilman apabila Ainul masih berdegil.

Dia sendiri tak tahu motif Ainul meminta dia membawanya ke sini. Kalau dia tak mahu, Ainul pergi dengan teksi. Jadi, biarlah dia pergi bawa Ainul sendiri.

Ainul masih tidak berganjak. Matanya melilau melihat persekitaran rumah Fariz. Seketika matanya tertacap pada buaian gantung di bawah pokok tidak jauh daripada garaj kereta milik Fariz.

Lama matanya melihat ke situ. Tiada sebarang angin tetapi buaian itu beralun ke depan dan ke belakang seolah-olah ada yang duduk bermain. Entah kenapa bulu romanya naik meremang.

Tengkuknya diusap. Haish, lain macam pula rasa.

"Urmmm bie jom lah gerak. Kejap lagi aku ada class." Tidak mahu berlama terus dia melangkah ke arah Ilman yang tercongok atas motor menunggu dirinya.

Ilman mengukir senyuman.

Akhirnya!

"Jom! Eh alang-alangkan singgah makan cendol tepi simpang tadi nak tak? Panas-panas ni sedap juga dapat makan cendol." Ajak Ilman apabila teringat gerai cendol yang terletak di tepi simpang taman permainan semasa hendak ke sini.

"Hah? Ada kedai cendol ke?"

"Ada, jom jom jom. Nanti aku rempit pergi kolej kau."

Ainul tergelak. Rasa serba salah pula menipu Ilman sedangkan kelas dia takde tengah hari. Petang nanti baru ada pukul tiga.

"Tak payah nak rempit sangatlah. Nak mati awal ke?" Ujarnya sambil naik ke belakang Ilman. Pinggang Ilman dipegang.

Ilman tergelak.

"Sayang juga kau dekat aku." Usiknya.

Ainul mencebik.

"Kalau tak sayang dah lama aku reject kau. Kau kan playboy berjaya." Perli Ainul dengan nada bersahaja.

Makin galak Ilman ketawa.

"Alaaa tu dulu jangan lah ungkit-ungkit. Sekarang ni kau je yang ada dalam hati aku."

"Ayat buaya."

"Hahahaha dah pegang kuat-kuat."

Ainul akur sahaja. Sempat matanya mengerling ke rumah Fariz.

Zzuuppp

Matanya dikalih ke belakang Ilman. Jantungnya berdegup laju.

Apa benda yang dia nampak tadi?

Kelibat serba putih di buaian tadi membuatkan dia meremang habis. Haish, takkan siang-siang pun ada hantu?

Nasib baiklah mereka dah gerak pergi.

Bulu romanya masih tegak berdiri.

Dia menggeleng kepala cuba melupakan apa yang dia nampak tadi.












Fariz mengetuk mejanya sambil sebelah tangannya melekapkan handphone pada telinganya.

Tut tut tuttt

Tut tut tutt

'Nombor yang anda dail....'

Fariz terus end call. Suara lain yang nak di dengar, suara lain pula yang menjawab.

"Tidur kut." Fariz menompang wajahnya dengan kedua-dua tangannya. Tiga kali dia call Ain tapi langsung tidak di angkat.

Disebabkan dia tiada kelas untuk mengajar, sengaja dia duduk lepak di bilik disiplin sambil membuat kerjanya. Nak buat dekat bilik guru, dia rasa malas nak naik. Lagi pula dia lebih suka duduk di dalam bilik disiplin kerana tiada sebarang gangguan. Sunyi sepi. Tenang je hidup dia.

"Haihhh bosan betul." Keluhnya dengan mulut memuncung.

Buku latihan pelajar-pelajarnya sudah habis dia semak dan tanda. Dia betul-betul tak ada kerja nak buat. Ingatkan boleh on call dengan isteri tercinta tapi malangnya tidak berangkat. Baru nak bergayut, huhuhu...

"Baru pukul sebelas haihhh lambat lagi nak balik." Keluhnya lagi.

Tik tok tik tok

Nak membawang dia tak suka membawang. Buat tambah dosa kering je. Dia mencari-cari sesuatu yang boleh menghilangkan bosannya.

Bingo!

Mulutnya menyungging senyuman lebar.

Gitar!

Macam mana dia boleh lupa yang dia ada simpan gitar dekat sini. Hehehehe ini lah masa untuk dia melihat dia masih berbakat atau pun tidak.

Dia bangun lalu menuju ke pintu bilik disiplin. Dia meninjau melihat ke luar terlebih dahulu. Rasanya waktu-waktu macam ni tak ada siapa yang akan lalu kawasan ni.

Clear!

Pintu ditutup rapat.

Gitar yang tersandar elok di tepi rak fail laporan salah laku pelajar di dekati.

Alang-alang dia takde kerja nak buat apa kata dia nyanyi satu dua lagu.

"Ehem ehem test test one two three..."

Jari jemarinya memetik tali gitar tanpa rentak sambil berfikir lagu yang mahu dia nyanyi.

"I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
Ohohoho
And there's a couple of words I want to say..."


Wajah Ain bermain dalam fikirannya. Si kecil yang dia tidak jangka akan menjadi isterinya.

"For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever i, i'll be there for you..."


Dia berjanji pada dirinya akan menjaga Ain hingga akhir hayatnya. Dia akan melayan Ain selayak seorang permaisuri. Dia juga akan sentiasa ada untuk Ain saat diperlukan.

"I know it deep in my heart
I feel so blessed when i think of you
And i ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And i pray we're together in Jana
Now i find myself i feel so strong
Everything has changed when you came along
Ohohoh
And there's a couple of words i want to say..."


Dia tidak akan mensiakan-siakan anugerah terindah yang dianugerahkan kepadanya. Dia tidak pernah bercinta dan tidak tahu apa itu cinta. Setelah hadirnya Ain, perasaan yang tidak pernah dia rasakan selama dia hidup hadir dalam dirinya.

Dia tidak percaya pada cinta manusia tapi dia silap. Cinta manusia mampu mengubah segala-galanya.

"For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever i, i'll be there for you

I know it deep in my heart
Now that you're here
In front of me i strongly feel love
And i have no doubt
And i'm singing loud that i'll love you eternally

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you, loving you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah for opening my eyes
Now and forever i, i'll be there for you
I know it deep in my heart..."


Nyanyiannya pun dah habis.

"Uuuuu bravo bravo bravooo..."

Terkejut Fariz apabila pintu bilik disiplin dibuka secara mengejut. Hampir saja dia melatah.

"Astaghfirullah, korang takde kerja ke hah? Salam pun tak bagi haihhh..." Marahnya dengan geram. Dijelingnya dua orang guru lelaki yang tersengih-sengih memandangnya.

"Rilek lah Fariz hahahaha terkejut ke tuu..." Salah seorang daripada mereka.

"Mahu tak terkejut Rul member tengah sedap menyanyi tiba-tiba kena terjah."

Rul atau lebih tepat Syahrul ketawa mengekek apabila kembarnya menyenggol bahunya. Syahril hanya ketawa kecil sambil menggeleng kecil.

Fariz menghela nafas kecil. Haih, budak berdua ni sibuk je.

"Korang berdua nak apa datang sini? Takde kelas ke nak mengajar?" Soal Fariz dengan nada malas. Gitarnya diletak bawah. Hilang dah nak petik gitar lagi. Dia baru je nak nyanyi lagu lain.

Tanpa meminta izin masuk, si kembar masuk ke dalam setelah membuka kasut lalu duduk di hadapan Fariz.

"Aku baru habis mengajar, Ril pula memang free takde kelas. Terserempak pula tu ajak pergi kantin. Lapar duhhh..." Ujar Syahrul dengan menepuk perutnya.

Syahril mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan adik kembarnya itu.

"Dah tu pergi lah kantin sana. Menyibuk ke sini dah kenapa?"

"Halau nampak? Ceh, patutnya kau kena berterima kasih dekat kitorang sebab terjah masuk ke sini tau. Kalau tak memang mampus kau nak melayan cacing kerawit dekat luar tu." Cebik Syahrul.

Terangkat kening Fariz.

Cacing kerawit?

Syahril berdecit.

"Cikgu Maria tu lah lembap." Kata Syahril dengan geram.

Terus tegak Fariz duduk sebaik sahaja nama itu disebut. Bulu romanya naik meremang buat seketika.

"Dia nak masuk sini ke?" Soal Fariz.

"Don't know maybe yes maybe no tapi aku sure kalau dia dengar kau menyanyi tadi confirm dia terjah masuk. Confirm! Aku yang lelaki ni pun boleh terpesona dengan suara kau apatah lagi perempuan." Jawab Syahrul.

Syahril angguk setuju.

Satu bilik guru tahu yang Cikgu Maria ada hati dengan Fariz. Fariz memang langsung tak melayan. Memang respect gila dekat Fariz. Setia betul pada isteri. Bertuah sungguh siapa yang jadi isteri Fariz ni.

Jadi, mereka memang protect Fariz habis-habisan. Langsung tak bagi peluang untuk Cikgu Maria mendekati Fariz.

"Eeeiii geli aku. By the way 'terima kasih' lah selamatkan aku." Ikhlas tak ikhlas je nadanya berterima kasih.

"Ceh, tak ikhlas betul berterima kasih."

Fariz gelak. Memang pun.

"Tapi serius suara kau sedap dowh. Kau budak nasyid ke dulu?" Tanya Syahrul ingin tahu.

"Boleh lah dikatakan macam tu."

"Hmmm yelah apa-apa je lah. Okey lah kitorang gerak dulu bye-bye." Mereka berdua pun bangun lalu beredar keluar.

Fariz menggeleng. Haih, datang tak di undang pergi begitu saja.

Whateverrr...

Dia kembali melihat jam.

Arggghhhh bila nak balik ni!!!!














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro