2.FABRIKANT

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Berhenti! Hentikan kenderaan kamu!" laung satu suara garau yang keluar dari pembesar suara kearah motosikal Streetfighter berwarna hitam yang sedang memecut pantas membelah aliran trafik dari arah berlawanan. Suara tersebut datang dari kenderaan polis yang sedang mengejar motosikal tersebut.

Cortana tidak mempedulikan arahan tersebut. Dia terus memacu dengan lebih pantas. Kereta yang datang dari arah bertentangan semuanya mengelak sambil menekan hon tanda protes.

Kemudian, beberapa das tembakan dilepaskan dari kereta polis yang mengejar. Cortana semakin tekad untuk melepaskan, lalu diri dia meluru kearah sebuah trak kargo. Pemandu trak tersebut yang kaget dengan tindakan Cortana menekan brek sekuat hati, menyebabkan trak tersebut mulai tergelincir dan melintangi jalan sebelum merempuh pembahagi jalan sekaligus menyebabkan kedua-dua arah trafik terhenti.

Kali ini Cortana terlepas. Dia terus menekan pendikit dan memacu motosikalnya untuk mendapatkan jawapan kepada seluruh persoalan yang sedang bermain dalam fikirannya. Dia harus mencari makna Fabrikant.

------------------

Cortana, gadis berumur lewat dua puluhan bermata hazel dengan rambut yang ikal serta tubuh yang sederhana tinggi. Seperti hari lain dia menaiki MRT ke tempat pengajian.

Namun hari itu merupakan hari yang mengubah hidup Cortana sepenuhnya.

Kemalangan yang tidak terjangka pada hari itu mengubah persepsi Cortana terhadap dunia. Telinganya masih berdesing panjang. Matanya berpinar tetapi dia masih dapat berdiri. Cortana memerhati keadaan sekeliling, yang memperlihatkan kemusnahan total. Tubuh bergelimpangan serta bau hanyir darah berserta belerang saling bercampur menusuk deria bau. Puing kaca, konkrit, keluli, debu dan asap menyelubungi kawasan stesen.

Dia masih ingat, jeritan "PATRIA" oleh seorang pemuda galau yang membawa beg galas didalam tren sebelum keadaan menjadi sangat panas, cerah dan kemudian malap.

Dia bingkas bangun. Wajahnya dipenuhi debu dan sedikit calar pada kening serta bibir. Lengannya - dia kaget bila melihat lengan kirinya serta jejarinya tangan kanan. Dia meraba tubuh kalau-kalau ada kesan kecederaan yang lebih teruk atau ada keanehan lain seperti pada lengannya. Hanya calar balar.

Mindanya pantas mencongak. Mengapa ada kerangka keluli? Mengapa terdapat litar dan gentian fiber? Kenapa dia sahaja yang masih hidup sedangkan puluhan orang lain terbaring kaku tidak bernyawa?

Cortana menyeret dirinya kearah kaunter tiket yang sudah musnah untuk keluar dari stesen. Jika benar dia bukan dirinya, bukan Cortana seperti yang disangka selama ini maka dia harus lari. Tetapi dia yakin dia adalah Cortana dan dia tidak perlu takut. Apa yang dilihat oleh matanya mungkin ilusi, kesan konkusi yang dialaminya.

Dia mengambil keputusan untuk meminta pertolongan. Dia mahu menjerit tetapi suaranya lemah.

Pihak berkuasa mulai mengerumuni kawasan kejadian. Bomba,paramedik dan polis giat memulakan tugas mengawal keadaan. Sedang paramedik menuruni tangga dan menyuluh lampu, mereka menemukan Cortana yang berdiri serta kelihatan separuh mati dengan pakaiannya koyak rabak dan luka disana-sini.

Mulanya mereka mahu bertindak dan menyelamatkan Cortana tetapi mereka menjadi teragak-agak.

Cortana mendengar perkataan "Fabrikant" dan "sibernetik" terpacul keluar dari salah seoarang paramedik sebelum dia rebah.

---------------

Polis berkali-kali menyoal tentang bagaimana Cortana, seorang Fabrikant boleh dihidup dikalangan manusia tanpa dikesan.

Dia bingung. Kenapa dia dipanggil Fabrikant sedangkan dia adalah manusia. Dia harus mencari jawapan dan jelas polis dihadapannya tidak ada jawapan tersebut.

Cortana mengambil langkah drastik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro