3.TITANIUM

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Cortana berlindung dibalik dinding konkrit tebal sambil tangannya pantas mengisi peluru didalam kelopak raifal HK416. Usai mengisi peluru dia memasukkan kelopak tersebut pada raifal yang disandang kemudian mencekah. Dia kemudian kembali mengisi peluru pada baki lapan kelopak . Kelopak tadi diikat dengan pita perekat menjadi dua.

Matanya sesekali mengerling keluar. Cahaya lampu limpah dari helikopter polis dan kenderaan tempur pasukan khas SWAT menerobos masuk ke dalam bangunan.

Jelas Cortana terperangkap. Dia perlu keluar tetapi pihak polis sudah mengepung dan telah beberapa kali mengarahkan Cortana untuk menyerah.

Dia takkan menyerah. Dia harus melawan. Dia harus keluar dari cengkaman polis dengan apa cara sekalipun.

Dia membuka satu beg duffel dan mengeluarkan pelancar grenad lalu dipasangkan pada raifal HK416 dan membawa keluar satu pucuk pelancar grenad automatik MILKOR yang diselempangkan ke bahu kiri.

Kemudian dia memakai rompi kevlar sebagai perlindungan. Disisipkan kelopak-kelopak peluru raifal tadi pada rompi kevlar berserta enam butir bom tangan dan empat butir flashbang.

3 pucuk pistol SigSauer 9mm turut dikeluarkan dari beg tersebut, diperiksa kelopak dan siap dicekah sebelum disisipkan pada pinggang kiri dan kanan, manakala sepucuk lagi pada peha kanan. Peha kirinya dipakaikan set simpanan kelopak pistol.

Sebelum dia merempuh keluar, dia harus melembutkan tentangan pihak polis maka dia menyelempang raifal dan mengacu pelancar grenad MILKOR.

Cortana sudah bersedia. Sedia untuk bertempur habis-habisan.

Sebagai persiapan terakhir, dia memakai fon telinga kemudian mula memutarkan lagu pada telefon bimbit. Dia memilih lagu dan menekan butang play.

Dengan pantas Cortana mengacukan pelancar grenad kearah tingkap dan menembak deretan kereta polis dan kenderaan tempur SWAT yang mengepung jalan keluar.

You shout it out
But I can't hear a word you say
I'm talking loud not saying much

Alunan muzik mulai dimainkan, dan Cortana menghabiskan magazin grenad. Peluru yang ditembak meluncur keluar dari laras dan mengena sasaran yang Cortana kehendaki. Letupan demi letupan menggegarkan kawasan perkarangan bangunan dan memusnahkan beberapa buah kereta polis dan mencederakan anggota polis serta SWAT yang tidak menjangkakan Cortana akan bertindak sedemikian.

Keadaan menjadi kelam-kabut. Beberapa anggota SWAT cuba membalas tembakan tetapi tercampak dek letupan grenad.

Anggota yang lain bingkas membalas tembakan.

I'm criticized but all your bullets ricochet
You shoot me down, but I get up

Beberapa das tembakan oleh polis hampir saja mengenai Cortana, tetapi tersasar. Mereka bertalu-talu membalas tembakan cuba menekan Cortana.

Serpihan konkrit terhambur bersama debu akibat tembakan senjata pihak polis yang tersasar.

Cortana terus mara, mulanya mencampakkan dua butir flashbang sebelum mengacukan raifal HK416 dan menembak kearah anggota polis dengan pelancar grenad raifal tersebut.

I'm bulletproof nothing to lose
Fire away, fire away

Kedua-dua pihak saling berbalas tembakan. Peluru bersimpang siur dibalik asap dan letupan yang tidak berkesudahan. Cortana menghabiskan sisa peluru MILKOR.

Ricochet, you take your aim
Fire away, fire away

Cortana bangkit dari persembunyian dan mara, menembak satu demi satu anggota polis yang cuba menghalangnya dari meluru keluar bangunan. Refleks Cortana yang pantas seolah dilatih sebagai operator pasukan khas turut menggentarkan pihak polis apatah lagi anggota SWAT.

You shoot me down but I won't fall, I am titanium

Sebaik melepasi sebuah van polis yang sedang terbakar, Cortana ditembak dari sebuah helikopter. Tembakan tersebut mengenai bahu kanan Cortana. Dia menjeling tajam sambil membalas tembakan kearah lampu limpah yang disuluh helikopter tersebut. Dia tahu ada seorang penembak tepat dan dia perlu ditewaskan.

You shoot me down but I won't fall
I am titanium, I am titanium, I am titanium, I am titanium

Beberapa das tembakan dilepaskan kearah Cortana namun tersasar. Cortana bingkas bangkit dan berlari mencari perlindungan sambil menembak secara rambang kearah helikopter tersebut menghabiskan dua kelopak peluru.

Cut me down
But it's you who has further to fall
Ghost town, haunted love
Raise your voice, sticks and stones may break my bones
I'm talking loud not saying much

Dalam kekalutan adegan tembak menembak, fon telinga yang dipakai Cortana masih melekat dan telefon bimbitnya masih terus memainkan lagu yang dipilih. Kali ini dia menyerang balas sehabisnya.

I'm bulletproof nothing to lose
Fire away, fire away

Laras raifal HK416 yang dikendali Cortana memuntahkan peluru 5.56mm sebaik picu ditarik. Satu demi satu kelongsong peluru ditendang keluar dan kemudian berjatuhan ke tanah. Dia berlari sambil menembak kearah kokpit helikopter menghabiskan baki peluru pada kelopak yang baru sahaja digantikan.

Ricochet, you take your aim
Fire away, fire away

Sepantas itu juga penembak tepat yang ada diatas helikopter tersebut membalas tembakan tetapi gagal apabila kokpit helikopter ditembusi peluru dan mencederakan juruterbang. Helikopter tersebut mulai hilang kawalan.

You shoot me down but I won't fall
I am titanium
You shoot me down but I won't fall
I am titanium, I am titanium

Cortana bingkas bangun dan berjalan sambil mengacukan raifalnya kehadapan. Dibelakangnya, helikopter tadi menghempas jalanraya dengan rotornya melibas lalu patah dan serpihannya melayang kemerata tempat sebelum meletup.

Mata Cortana tertancap pada pejera, tangan kirinya kemas memegang grip sambil udi raifal rapat pada bahu kanan dan sesekali melepaskan tembakan.

Stone-hard, machine gun
Firing at the ones who run
Stone-hard, thus bulletproof glass

Beberapa das tembakan dilepaskan lagi, kemudian dia mencapai bom tangan dan melemparkannya kearah sebuah kenderaan polis. Ia meletup serta merta.

You shoot me down but I won't fall, I am titanium

Anggota polis yang masih ada saling berbalas tembakan dengan Cortana sambil berundur untuk berlindung. Mereka sedar Cortana bukan lawan mereka tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

You shoot me down but I won't fall, I am titanium

Seorang demi seorang dilumpuhkan oleh Cortana. Habis semua kelopak peluru raifal dia pantas mencapai pistol SigSauer dan terus menembak tanpa henti tetapi penuh ketepatan.

You shoot me down but I won't fall, I am titanium

Melihat seterunya tidak lagi memberikan ancaman Cortana mula membuka langkah seribu, namun terhenti bilamana melihat sebuah motosikal Ducati Streetfighter diparkir di penjuru simpang. Peluang untuk melarikan diri lebih jauh fikirnya.

You shoot me down but I won't fall, I am titanium

Lantas tanpa melengahkan masa dia menunggang motosikal tersebut dan memecut pantas dari tempat kejadian meninggalkan sisa kemusnahan dan tubuh bergelimpangan.

I am titanium

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro