1| Mawar

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hingus yang hampir meleleh aku lap menggunakan tisu. Aku menangis lagi buat kesekian kalinya.

"Kalau kau wujud dah lama aku jadikan kau suami aku Isyq! Pedulikan hero dengan heroin. Aku nak kau!" Aku sambung meroyan dengan nada suara yang hanya semut boleh dengar. Tak boleh bising sangat sebab nanti kena halau keluar dari perpustakaan. Retina mata masih gian merenung muka surat terakhir novel itu.

"Kau ni kenapa menangis? Rasanya semalam kata nak jadi kental macam anak betina."

Aku pandang anak mata Kamila; rakan sebilik merangkap kawan baik aku. Hati aku mula berubah menjadi tisu semula. Mata makin mengecil bagi mengelakkan air mata turun lagi. Makin masin nanti muka aku yang manis ni!

"Huaaa! Mila! Aku sedih!" Hujung lengan baju Mila aku genggam lembut sebelum dibawa rapat dengan hidung. Hidung digeselkan berkali-kali pada kawasan baju cotton itu.

"Ini tak lain tak bukan, mesti pasal novel. Kenapa? Hero mati?"

Aku geleng.

"Heroin mati?"

Aku geleng lagi.

"Habistu?" Byna seperti hilang sabar. Mukanya makin cemberut.

"Hero dengan heroin happy je. Diaorang dah kahwin, ada anak. Tapi kawan hero tu..."

"Mati?"

Pap! Bahu Mila aku pukul kuat! Terus aku jauhkan diri aku dengan Mila. Muka tak puas hati jelas terpancar pada wajah aku. Muncung bibir kalau boleh aku panjangkan sampai satu depa tanda tak puasa hati. Sedap-sedap je dia matikan watak kesukaan aku!

"Kawan hero tu tak kahwin dengan sesiapa. Dia tak dapat happy ending." Aku tutur perlahan. Anak mata aku lirikkan ke arah lantai perpustakaan selepas dapat merasakan renungan tajam Mila. Aku tahu yang perangai aku agak childish tapi itu hak aku untuk luahkan perasaan. Biarpun untuk benda yang remeh!

"Kau pukul aku sebab watak tak wujud kau tu tak kahwin je?! Dahlah Mawar! Aku malas layan kau. Aku datang sini nak study!" Laju kaki Mila melangkah meninggalkan meja perpustakaan. Laju jugalah tangan aku memegang lengan Mila. Kuat. Sehingga aku sekali terseret.

Beberapa pasang mata mula memandang ke arah kami. Center of attention.

"Mila... sorry!" Mata Mila yang membiaskan rasa menyampah bertemu dengan mata yang aku kerdipkan secomel mungkin. Minta simpati. Aku tahu dia bencikan tumpuan daripada orang sekeliling kami. Jari telunjuk Mila dihalakan ke arah aku sebelum tangan dikepal dan ibu jari dihalakan ke arah lehernya. Tanda geram kerana aku telah mewujudkan situasi.

'Mati kau lepas ni.'

Air liur yang aku telan terasa kesat seperti pasir. Mati betul aku lepas ni. Member sudah lah tengah 'cuti bulanan'. Pegangan pada lengan Mila aku lepaskan perlahan-lahan. Hanya lirikan mata menghantar kepulangan Mila.

Aku pantas bangun daripada terus kekal berada dalam posisi duduk ala-ala gadis Melayu terakhir di lantai. Atau lebih tepat, gaya heroin jatuh terduduk selepas kena dera dengan mak tiri dalam drama yang aku selalu lihat di kaca televisyen. Mata-mata yang memandang drama murahan sebentar tadi aku abaikan. Aku tidak peduli apa yang mereka fikirkan. Tangan aku pantas membuat kerja; buku dan alat tulis dimasukkan ke dalam beg galas. Aku sandang beg lalu menolak kerusi ke dalam meja. Rapat.

PAP!

Fokus aku terganggu. Bukan buku yang jatuh di kawasan rak buku tadi menjadi tumpuan aku, tetapi figura seseorang seperti menghendap lebih menarik perhatianku. Lelaki. Aneh perlakuannya. Mungkin perasaan aku. Atau mungkin dia hanya malu kerana telah membuat bunyi yang agak kuat sehingga menarik perhatian pelajar-pelajar di situ. Aku paranoid barangkali. Langkah aku terus diatur menuju ke arah pintu keluar. Kepala aku toleh kebelakang buat kali terakhir. Ingin melihat ke dalam perpustakaan kembali.

Anak mata kami bertaut sesaat. Jeda. Bayangannya hilang selepas aku kerlipkan mata.

Siapa dia?

"Okay semua, buka buku Material Energy and Balance (MEB) kamu muka surat 51. Tanda. Nanti formula tu akan digunakan waktu peperiksaan. Saya ingatkan sekali lagi untuk subjek ni, exam nanti open book."

Lincah tangan aku bergerak menyelak buku rujukan berwarna merah edisi ketiga yang tebal itu. Penanda buku berwarna biru neon aku lekatkan pada muka surat yang pensyarah aku sebut sebentar tadi. Pensil menari-nari diatas helaian kertas tersebut. Formula aku bulatkan. Risau nanti waktu jawab periksa aku tak tahu kenapa aku tandakan muka surat ini.

"Adam! Kan saya dah cakap, minggu ketiga saya nak semua orang dah ada buku rujukan sendiri! Nanti nak exam awak juga yang susah. Saya tak boleh nak tolong kalau perangai awak macam ni. Saya—" panjang lebar Dr Hana membebel. Apalah nasib anak Dr Hana. Mahu bernanah telinga setiap kali Dr Hana membebel!

"Kalau Dr sponsor separuh harga buku tu, esok juga saya junjung buku MEB pergi kelas!" Bibir Adam membentuk sengihan nakal. Bukan kami tak tahu harga satu buku itu lebih kurang dalam RM90. Kos makan untuk seminggu atau mungkin lebih!

"Ada-ada je perangai kamu ni, Adam! Saya—"
Seisi kelas hanya tertawa kecil melihat Adam yang sedang galak dimarahi oleh Dr Hana. Ada yang menggelengkan kepala, cukup kenal dengan perangai Adam; pelajar cemerlang yang sedikit nakal. Ada budak lelaki yang sudah mengeluarkan telefon bimbit bagi merakam momen tersebut. Barangkali mahu ditunjukkan kepada anak-anak Adam betapa nakalnya ayah mereka suatu ketika dahulu.

Oh, betapa aku harapkan akulah yang akan menjadi ibu kepada anak-anak Adam.

I want to be Adam's one and only Eve.

Damn—

Siapalah aku berangan untuk digandingkan dengan Adam?

A hopeless romantic. A novel reader.

Mentally unstable person because she's being too delusional? Aku pun tak pasti.

Adam dan aku jauh berbeza. Dia Matahari buat semua.

Dia bersinar cerah. Dia menceriakan hari-hari semua orang. Walhal aku? Tiada yang istimewa. Hanya seperti kebanyakan manusia.

Dia pandai. Dia sempurna. Dia segala-galanya.

Betapa aku harapkan bahawa dunia ini milik aku dan dia. Berdua. Atau mungkin lebih indah ditemani cahaya mata? Ah! Mungkin masih terlalu awal untuk aku fikirkan tentang itu.

Tetapi apa yang aku tahu, aku mahukan dia. Hanya dia. Adam Raziq yang ku damba...

Gilakah aku?

"Oit!" Bahu aku terhinjut ke atas. Tersentak. Kepala aku palingkan ke arah kanan. Wajah Mila aku pandang. Keliru.

"Kau tak nak balik ke? Dr Hana habiskan kelas awal sebab dia tiba-tiba ada mesyuarat." Tangan Mila bergerak laju mengemas barang-barangku di atas meja. Cekap.

"Jom balik. Aku craving aiskrim ni!" Aku anggukkan kepala seraya menarik senyuman kecil mendengar pernyataan Mila. Tangan aku digenggam erat oleh Mila, memaksa aku untuk membuntutinya. Hujung mata aku mencuri pandang ke arah Adam.

Lock!

Pipi aku terasa hangat saat mata kami bertaut. Vasodilation. Adam melemparkan senyuman nipis kepadaku. Benarkah? Adakah mimpi aku bakal menjadi realiti?

"Aku belanja kau aiskrim hari ni Mila!" Senyuman aku makin melebar namun cuba ditahan agar tidak jelas kelihatan. Kilig. Bahagia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro